Khamis, 5 September 2013

pencerahan

Mungkin ada antara anda yang tidak ambil tahu akan pergerakan ekonomi negara, ye lah, setiap bulan cucuk dinding keluar duit, makan minum macam biasa, negara dirasa bergerak maju, yg penting tak bergolak macam sesetengah negara lain. Belum terngadah..

Ni nak share sikit, mula dari May 2013, nilai matawang kita jatuhmerudum(xe). diikuti pada Julai 2013, stock market kita dah start jatuh..
Yang membimbangkan, pada akhir Julai lepas, agensi Fitch Rating's (yang buat evaluation prospek ekonomi negara utk pelabur melabur) menurun kan rating dari stabil ke negatif. Means, macam korang satu bulan income 2k, tapi hutang nak dibayar 4k sebulan, dan total 500k, potensi nak bayar pulak rendah, sebab takde hasil lain dah, itu yg start tarik duit dari PTPTN, GST, Subsidi ni.. But actually takde effect sangat pun. As you need to know, start 2009 till 2012, hutang negara naik mendadak dari 247Bil ke 456Billion. Tak salah nak berhutang camtu, tapi jangan sampai menghimpit rakyat.. Kita berhak tahu apa TUJUAN berhutang dan keMANA disalurkan.. Ini projek mega yang dah diperuntukkan sejak 2009 pun tak siap siap lagi..

Ditambah pula U.S. government start buat Quantitative Easing(stimulate ekonomi dgn buat duit macam byk kat negara dorang, senang nak buat loan untuk melabur), so sejak July banyak Pelabur, start sell stock di negara asia yg menunjukkan unjuran negatif, dan melabur di U.S, antaranya Malaysia.. Bursa Malaysia naik kejap pada awal 2011, masa pelabur melabur diMalaysia, sebab ekonomi U.S. tengah jatuh time tu.. So, makin merudum la Ringgit Malaysia membuatkan kerajaan menanggung subsidi yg tinggi kerana kuasa membeli kerajaan menurun.. Barang import makin mahal, barang eksport makin murah..

Ok, banyak punca semua (hak)subsidi ditarik semula.. Bukan lah harga minyak dunia naik, sedangkan oil-price web show harga minyak stabil.. U.S. takde nye serang Syria tu, dah tentu Assad tali barut dorang, sama la dengan As Sisi… Kalau cakap harga minyak dunia naik pun, maksudnya, pendapatan Petronas bertambah la kan, so nak kemana lagi duit kan.. Kepada rakyatlah hasil bumi dinikmati..

Kenaikan minyak je dah 10% (RM0.20 dari RM1.90), menyebabkan barang lain pun naik sama 10%.. Masuk GST & SST, 10% lagi.. So lepas ni, biasa beli barang dapur RM1000, tambah la 20%, jadilah RM1200.. Tak masuk lelain lagi tu… Ni lah wong jowo panggil 'Inflation'.. Bagi membantu negara, marilah kita balancekan belanjawan kita menjadi 0% semula dengan mengurangkn barang keperluan kita..Diharap kerajaan belanja wang ini sebaik mungkin..

Tapi, sedang subsidi kita ditarik, Independant Power Producer (genting sanyen, YTL, Segari, Powertech, Malakoff) terus mendapat subsidi tenaga dari Petronas sejak Mac 1993 sebanyak 40% secara total, sedang TNB 30%, etc (NGV, diesel) 30%..
Teringat mber TNB cerita, biar guna IPP punyalah, dah la daily rate, guna tak guna kena bayar, gaji tinggi, bonus 6bulan (bukan dengki, bagi adil).. Walaupun bajet tahunan negara bagi TNB 500juta as Grants Development, penggunaan IPP masih diperlukan secara menyeluruh (Itu yg video Rafizi ada terangkan)..
Memang PPA dah singed, tapi boleh pe klu nak renegotiable balik.. Klu dorang taknak, hentam la tax tinggi yg perfectly legal.. Duit tu terlebih kot nak cover 1.1B yg IPP dapat sewenang wenangnya.. Belum cerita pembinaan UITM, PKFZ, NFC, PERWAJA, Empangan Bakon dan 2 lagi empangan yg nak buat kat Sarawak.. Belum cerita bailout, mismanagement, leakages, cronies enrichment..Nak jimat kurangkan hak rakyat, 'overspent' berbillion setiap tahun kerajaan tak bicarakan.. Hutang Kroni, rakyat yg bayar.. Ok dah dah..

Diharap hala tuju ETP dapat membawa perubahan, tapi diam jerk.. Graduan makin bertambah, yang lama pun tak kerja lagi..Kadar penganguran bertambah, takkan nak suruh dorang kerja luar negara.. AKU JANJI satu pun tak menjadi lagi.. Nak beli rumah pun, faham fahamlah.. Cuba melihat pada SATU JUTA rumah PRIMA, statistik pembinaan perumahan purata setahun hanya 65 ribu, dan 3ribu je rumah kos rendah (NAPIC)… So, nak buat SATU JUTA rumah dalam 5tahun, mana yg dah start, pecah tanah adalah kat Putrajaya..AKU JANJI umpama impian bulan bintang..
Perbandingan dibuat kerajaan 46% agak sempit, orang lain buat, dia suruh keluar terus.. Proton murah di Aussie di Saudi tiada pencerahan, kerajaan dorang bagi subsidi ke utk kereta proton.. Sebenarnya hala tuju kerajaan 46% masih samar samar lagi.. Ketirisan amanah dalam pemberian projek pada kroni masih berlaku..

Rakyat tak semua kritis tentang isu pecah amanah, rasuah, kronisme dan salah guna kuasa. Sapa yang bagi BR1M, dialah yang betul, manusia tak selamanya betul.. MAAF, terpolitik sket… Saya tak salahkan kawan kawan 46% tu, sebab media seperti surat khabar, tv & radio, disia siakan dengan menghentam pembangkang, tabur fitnah dan terbaru, membangkitkn semangat perkauman.. Tak tahu dimana kesan baik nya pada kualiti kehidupan rakyat…

Hutang negara boleh dikurangkan, asalkan kerajaan mula berhemah dalam berbelanja dalam setiap ringgit yang dibelanja.. Pendapatan lain dijanakan, macam pertanian.. 25 Oktober ni peluang terbaik untuk kerajaan betulkan dasar kewangan dan fiskal negara.. Bukan hutang hal utama, tapi bagaimana wang negara dibelanjakan… Berdoa agar negara kita baik baik..
Ok lah, panjang lebar sangat dah cerita pagi ni..Sekian..

Saya Sayang Malaysia.. Salam Penutup Syawal... 😐

p/s : Saya bukan pakar ekonomi, kalau mana yg salah, betulkan.. Bukan berpolitik, cuma mengingatkan soal kesihatan ekonomi.. Niat baik, hanya ingin kawan kawan buka mata..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan