Jumaat, 25 Oktober 2013

Strok

Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati.

Kadangkala strok dipanggil 'serangan otak'. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.

Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.

Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak - cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.

Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.

Risiko tidak boleh diubah:

* Umur

* Genetik

* Jantina

* Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:

* Tekanan darah tinggi

* Merokok

* Kencing manis

* Kolesterol

* Obesiti

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.

Satu atau lebih simptom tiba-tiba:

1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.

2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa

meleleh tanpa kawalan.

3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,

percakapan, penglihatan, sukar menelan.

4. Rasa pening atau sakit kepala

5. Kebas di sebahagian daripada badan

6. Pengsan atau menjadi keliru

Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.

Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

1. Sebelah badan lemah.

2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.

3. Masalah menelan.

4. Masalah percakapan dan komunikasi.

5. Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.

Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55

Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89

Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37

Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: "Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

*Sumber dari al-bakriah.com.my

bonus 1993

Berdasarkan sejarah, bonus kakitangan kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 :
  • 1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
  • 1994 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
  • 1995 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
  • 1996 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
  • 1997 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
  • 1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400
  • 1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1,000)
  • 2000 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
  • 2001 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM1,000)
  • 2002 – Bonus satu bulan gaji (minima RM1,200)
  • 2003 – Bonus satu bulan gaji 
  • 2004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
  • 2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
  • 2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500
  • 2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)
  • 2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1,000)
  • 2009 – Bantuan Khas Kewangan RM500
  • 2010 – Bantuan Khas Kewangan RM500
  • 2011 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1,000) 
  • 2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1,500) 
  • 2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500 : 

  •  2014 Bonus : 1/2 bulan... bayar awal Januari 2014

Keadialan Islam


Ustaz Zaharudin Muhammad,25 Okt 2013
Saya cukup merasa sedih dengan peristiwa pembunuhan Norazita Abu Talib. Tambah terkejut apabila mengetahui bahawa beliau adalah penduduk di kawasan berhampiran dengan tempat saya Kota Damansara, iaitu di Subang Suria, tempat yang saya kerap berkuliah juga.

Saban hari berita pembunuhan demi pembunuhan. Sampai bila akan berakhir? Terus terang saya sebut, punca kepada semua ini adalah perundangan di samping masalah ekonomi. Terbukti hari ini kegagalan sistem konvensional di dalam mengatasi semua permasalahan ini.

Ekonomi konvensional menjadikan rakyat terjebak di dalam kemelut kewangan sehingga segelintir sangup melakukan apa sahaja dan hilang kewarasan sehingga sanggup membunuh orang lain kerana harta. Undang-undang yang korup ciptaan manusia menambah parah bukan sahaja tidak mampu mencegah segelintir manusia yang hilang kewarasan, bahkan kadang kala membuka jalan pesalah-pesalah terlepas.

Keluarga NORAZITA ABU TALIB dalam konteks undang-undang hari ini, mampu melihat pembunuh keluarga mereka ditangkap dan selepas itu hanya dengari khabar dari jauh. Jika didadapati bersalah, pun hanya dengar khabar dari jauh. Kehilangan tetap kehilangan, kesedihan tetap kesedihan, geram tinggal geram kepada penjenayah, tetapi hanya mampu mendengar dari jauh hukuman terhadap penjenayah.

Dulu kita dengar CEO yang sepatutnya menjadi pagar, akhirnya pagar makan padi dengan pecah amanah. Pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan jaga harta rakyat, akhirnya dia sendiri yang tidak amanah dengan penemuan audit negara dari tahun ke tahun. Pengawal yang sepatutnya kawal bank dari perompak akhirnya pengawal sendiri yang merompak dan membunuh warga kerja bank. Apa nak jadi dengan Malaysia ya Allah!

Rakyat terus bodoh dengan mempertahankan perundangan konvensional yang korup. Penjenayah yang ditangkap, diberi makan dengan duit rakyat dalam penjara, kerajaan saban hari dapat untung daripada kompaun yang dikutip, mangsa jenayah terus menjadi mangsa tanpa pembelaan, mangsa jenayah dan keluarga mereka terus dihimpit kesedihan dan bebanan perasaan tanpa ada tindakan yang memuaskan hati mereka.

Lihat dalam Islam, hukuman ke atas perompak seperti dalam kes ini:

إﻧﻤﺎ ﺟﺰاء اﻟﺬﯾﻦ ﯾﺤﺎرﺑﻮن اﻟﻠﻪ ورﺳﻮﻟﻪ وﯾﺴﻌﻮن ﻓﻲ اﻷرض ﻓﺴﺎدا أن ﯾﻘﺘﻠﻮا أو ﯾﺼﻠﺒﻮا أو ﺗﻘﻄﻊ أﯾﺪﯾﻬﻢ وأرﺟﻠﻬﻢ ﻣﻦ ﺧﻼف أو ﯾﻨﻔﻮا ﻣﻦ اﻷرض ذﻟﻚ ﻟﻬﻢ ﺧﺰي ﻓﻲ اﻟﺪﻧﯿﺎ وﻟﻬﻢ ﻓﻲ اﻵﺧﺮة ﻋﺬاب
ﻋﻈﯿﻢ

Maksudnya: Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Al-Maidah: 33)

Hukum bunuh dan salib bagi perompak yang mengambil harta dan membunuh mangsa boleh dikatakan sepakat. Tetapi bagaimanakah cara pelaksanaannya. Adakah disalib (ikat pada tiang) dahulu kemudian bunuh, atau bunuh kemudian salib mayatnya?

ﻓﻈﺎﻫﺮ ﻣﺬﻫﺐ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ رﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ أن ﯾﻘﺘﻞ ﺛﻢ ﯾﺼﻠﺐ وﻗﯿﻞ: ﯾﺼﻠﺐ ﺣﯿﺎ ﺛﻢ ﯾﻄﻌﻦ ﺣﺘﻰ ﯾﻤﻮت ﻣﺼﻠﻮﺑﺎ، وﻫﻮ ﻗﻮل اﻟﻠﯿﺚ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ ،وﻗﯿﻞ :ﯾﺼﻠﺐ ﺛﻼﺛﺔ أﯾﺎم ﺣﯿﺎ ﺛﻢ ﯾﻨﺰل ﻓﯿﻘﺘﻞ .

Maksudnya: Menurut pendapat kuat di dalam mazhab Syafei, perompak (yang membunuh dan mengambil harta), hendaklah dibunuh (terlebih dahulu) dan disalib (diikat pada tiang). Ada juga berpendapat, ia disalib hidup-hidup dan ditikam sehingga mati. Pendapat ini pendapat Imam Al-Laith bin Saad. Ada pendapat yang menyatakan: disalib selama 3 hari, kemudian dirungkai ikatannya dan dibunuh.

Sebahagian pendapat melihat, keluarga si mati paling berhak menikam si perompak sewaktu berada di ikatannya.

Bagi yang melihat rakaman perompak menembak mangsa tanpa belas kasihan, maka paling wajar hukuman yang boleh menjadikan hati keluarga mangsa terubat, menginsafkan perompak yang lain daripada mengulangi perkara yang sama, maka saya yakin, inilah hukuman terbaik.

Jika keluarga mangsa diberikan pilihan, cara Islam ini paling boleh mengubat hati dan kesedihan keluarga si mangsa berbanding undang-undang konvensional yang mengabaikan pihak keluarga si mangsa.

Saya tidak tergamak nak upload gambar si mangsa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Al-Fatihah.

Ya Allah, amankan Malaysia dengan undang-undang-Mu. Insyaallah, kami akan terus berjuang sehingga undang-undang-Mu yang adil dapat ditegakkan, seterusnya keamanan daripada jenayah akan dapat dikecapi.
________________________________________
Penulis ialah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

Khamis, 24 Oktober 2013

kanker


TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!! Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita... Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit. Ubat utk Cancer sudah ditemui ! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional. Pesakit cancer tidak seharusnya mati ! Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan: Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif! Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita... Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah. Cara yang tepat makan buah; * JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!! * BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG. BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING! BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung! Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an, Anda memiliki; badan yang sihat, Penuh tenaga, Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal. Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus. Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya. MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!! Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU) maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN). Cara Terbaik adalah: Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan Makan buah segar saat perut kosong. BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN. 

Hilang?


Hasil kreatif ini adalah dari Art Wolfe. Berapa lama untuk anda mencari haiwan yang terdapat di dalam gambar di bawah ini. Memang ada yang berada di depan mata anda, tetapi anda tidak perasaan langsung.


Visit Website
TwitterFacebookLinkedInBufferMailCustom Sharing Tool
Evernote 
+TAG

subuh berjemaah

"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya." Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya 'dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak."
 [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)

Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah SAW telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.

"Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, 'Nikmatilah malam yang panjang ini'. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas."


"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isyak dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat" [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya-Allah.

"Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding 27 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh." "Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka - 'Bagaimana hamba-hambaku ketika kamu tinggalkan?' Mereka menjawab, 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga '."
 [HR Al-Bukhari]

Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.

"Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." [HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Banyak permasalahan, yang bila diselidiki, berpunca daripada pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. 

"Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud: 81)

Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.

"Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad: 7)

"Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa," (Surah Al-Hajj: 40)


http://detikislam.blogspot.com/

Rabu, 23 Oktober 2013

Halimaton Hamdan

Profesor Datuk Dr. Halimaton Hamdan menyuntik inspirasi dalam kalangan warga muda untuk mendalami bidang sains dengan meneroka teknologi nano dan menghasil Maerogel.
KECINTAAN beliau terhadap ilmu dan sains diteruskan dengan menerajui UniMy sebagai universiti butik pertama yang khusus dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia.


KEPAKARAN beliau dalam bidang teknologi nano di negara ini sememangnya diperakui. Penemuan Prof. Datuk Dr. Halimaton Hamdan berhubung M Maerogel (aerogel Malaysia) daripada ekstrak silika sekam padi mampu mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 80 peratus.
Bahan itu mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh diguna untuk mengurangkan suhu panas bangunan konkrit, menyerap tumpahan minyak dan pencemaran udara serta dijadikan panel kalis bom. Bagi membangunkan maerogel, ia mengambil masa sembilan tahun.
Kepada Halimaton, saiz nano yang sangat kecil menyebabkan banyak teknologi boleh diteroka.
Wanita bertubuh langsing dan tinggi lampai itu kelihatan elegan dalam persalinan kurung moden. Ketika ditemui di Universiti Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) di Cyberjaya, Selangor beliau kelihatan sibuk berurusan dengan kakitangannya tetapi masih sudi meluangkan masa.
Selepas tiga dekad mencurah bakti sebagai pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), khidmat Halimaton tidak terhenti di situ saja. Kepakaran beliau diperlukan UniMy sebagai Naib Canselor UniMy sejak bulan Oktober 2012. Unimy merupakan sebuah universiti butik yang menekankan bidang sains komputer dan kejuruteraan. Apa yang lebih menarik, cabang pengajian itu agak berbeza dengan latar belakang pengajiannya iaitu kimia.
"Malaysia memerlukan lebih kurang 20,000 orang pekerja dalam bidang sains komputer pada tahun 2020. Bidang ini sangat penting terutamanya untuk penyelidikan dan pembangunan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Halimaton, sains komputer seperti pembangunan perisian yang bersesuaian, membantu memberikan simulasi keputusan kajian jika suatu penyelidikan itu dibuat dalam bidang kimia. Secara tidak langsung, ia membantu menjimatkan masa sekali gus penyelidik dapat meramal hasil kajian.
"Kesepaduan antara sains komputer dan jurusan-jurusan sains lain membolehkan para saintis menerokai bidang baharu yang banyak melibatkan data-data yang besar selain penggunaan pengkomputeran awan.
"Dahulu tanpa teknologi sains komputer, para penyelidik perlu membuat pengiraan sendiri secara manual tanpa ada perisian-perisian yang membantu dalam mencepatkan kerja," akui saintis yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penyelidikan silika.
Latar belakang
Dilahirkan pada tahun 1956 di Ujung Pasir, Melaka, Halimaton merupakan anak kepada pegawai polis, Hamdan Ismail dan ibunya, Jamilah Jasmi, seorang suri rumah.
Sebenarnya, beliau berasal daripada sebuah keluarga yang sangat aktif dalam bidang politik, datuknya, Jasmi Mohd. merupakan ahli pemuda UMNO Melaka ketika zaman Tun Abdul Ghaffar.
Kata beliau, ibunya selalu bercerita mengenai keadaan di rumah yang sentiasa sesak dengan kedatangan orang ramai ke rumah datuknya.
Pada pertengahan 1980-an, Halimaton pernah diajak menyertai lapangan politik di tempat kelahiran tetapi beliau mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada bidang sains dan teknologi.
Merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik yang berjaya melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah dan ijazah muda, Halimaton menceritakan beliau sering bersaing dengan adiknya ketika di bangku sekolah, sungguhpun di sekolah berbeza.
Halimaton belajar di sekolah rendah Melayu dan apabila melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tun Fatimah (STF) yang beraliran Inggeris, beliau perlu memasuki kelas peralihan selama setahun manakala adiknya, yang setahun lebih muda daripadanya terus ke tingkatan satu.
Jadi, persaingan antara beliau dan adiknya, yang menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid berlaku apabila mereka sama-sama berada di peringkat yang sama.
Bagi Halimaton, persaingan sihat itu telah menyebabkan beliau sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik dalam segala bidang yang diceburi.
Selepas tamat belajar dan kembali semula ke Malaysia pada tahun 1981 dengan tahap pendidikan ijazah sarjana muda sains kimia dari Universiti Indiana di Amerika Syarikat, Halimaton mencari kerja.
Walaupun banyak dipanggil oleh syarikat-syarikat besar terutamanya dalam bidang minyak dan gas, namun kelayakan beliau dirasakan tidak sesuai dengan jawatan yang ada.
Tidak berputus asa, Halimaton terus mencuba dan mendapat tawaran dari tiga buah universiti iaitu UTM, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Barangkali sukar membuat keputusan dalam menerima tawaran, beliau meminta nasihat ayahnya yang mengalakkan beliau memilih UTM kerana tidak ramai bumiputera yang mengambil aliran kejuruteraan di institusi pengajian tinggi awam itu.

HALIMATON percaya sokongan keluarga juga merupakan teras kejayaannya pada hari ini.


Pada umur 40 tahun, Halimaton telah menerima gelaran profesor, sekali gus menjadi wanita pertama yang mendapat gelaran tertinggi di UTM.
Cabaran
Bidang sains dan teknologi bagi seorang wanita sangat mencabar tetapi Halimaton percaya kejayaan seseorang pensyarah itu di universiti adalah terletak pada kesarjanaan individu.
"Ia dapat dilihat dengan beberapa aspek seperti pembelajaran, penyelidikan, penulisan penerbitan dan sumbangan kepada masyarakat," ujarnya.
Tambah beliau, seseorang pensyarah itu seharusnya dikenali kerana ilmu yang dimiliki dan mahir dalam bidang masing-masing, bukan jawatan yang disandang di pusat pengajian terbabit.
"Seorang pemimpin institusi pengajian itu perlu tersohor dalam bidangnya terlebih dahulu. Sebagai contoh, di Universiti Cambridge, dekannya terkenal dalam bidang pengajian melalui aktiviti kesarjanaan yang dilakukannya.
"Malah, profesor-profesor yang terkenal dalam di dunia mempunyai paten penyelidikan dan memiliki kajian dalam bidang masing-masing," terangnya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penyelidikan bahan berasaskan silika.
Ternyata kenyataan beliau bukan sekadar omong-omong kosong, laman web www.chem.utm.my menyatakan Halimaton telah memulakan 25 program penyelidikan dan 80 buah projek dalam bidangnya dengan geran terkumpul lebih RM13 juta selain lebih 100 buah jurnal penerbitan.
Kajiannya banyak memberi fokus mengenai kelestarian, teknologi hijau dengan manipulasi molekular sehingga sintesis bahan-bahan baharu dan sistem struktur nano.
Ciptaan yang terus mengangkat nama beliau, Maerogel, merupakan bahan pepejal paling ringan dan penebat terbaik telah dipilih sebagai produk pilihan pada tahun 2008 oleh International Clean Energy Circle, United Kingdom.
Bahan itu telah dipatenkan di Malaysia dan 22 buah negara lain di seluruh dunia selain sedang dikomersialkan oleh syarikat Gelanggang Kencana Sdn. Bhd.
Bidang pengkhususan Profesor Halimaton dalam kimia ialah zeolite teknologi bahan berstruktur nano, bahan pepejal resonans magnet nuklear (NMR), pemangkinan heterogen dan kimia permukaan.
Seorang saintis di Amerika Syarikat, Samuel Stephens Kistler telah mencipta aerogel pada tahun 1931. Penggunaan bahan itu untuk tujuan komersial telah diterhadkan kerana kos penghasilannya yang tinggi.
Dalam artikel profil sempena Anugerah Merdeka yang diterimanya pada tahun 2009, Halimaton berkongsi sisi peribadinya dan mengakui sangat cintakan seni, muzik dan tarian, di samping meminati bidang jahitan.
Menjahit merupakan hobi Profesor Halimaton. Pada awal kariernya, dia menjahit pakaiannya sendiri.
Beliau berkahwin dengan Prof. Madya Mohd. Nazlan Mohd. Muhid dan mempunyai dua cahaya mata.
"Jika saya bebas memilih bidang pengajian berdasarkan hobi pada waktu itu, sudah pasti saya memilih bidang arkitek atau komunikasi massa," ungkap wanita yang amat meminati lagu-lagu dendangan Anuar Zain ini.
Dalam pada itu, Halimaton berkata, sains memerlukan tiga perkara supaya seseorang itu berjaya dalam bidang tersebut.
"Minat terhadap bidang tersebut sangat penting dan jika tiada rasa tersebut pada peringkat awal, ia boleh dipupuk. Kemudian, komitmen yang terbaik perlu diberikan sepanjang menjalani pengajian.
"Paling penting, kemampuan akademik seseorang itu dalam sains dan matematik perlu dapat menyamai sesuatu bidang sains yang diceburi," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2iZFHZKZk 
Hakcipta terpelihara