Ahad, 20 Julai 2014

Jemput rezeki

KISAH BENAR: PEMUDA MISKIN MENJADI JUTAWAN ASBAB SEDEKAH

Nota: 
Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, keluaran Oktober 2012.

“Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong.” Beliau memulakan kata.

“Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula.

Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah.

Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya. Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya.

Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian.

“Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa.

“Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya . Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.”

“Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki”

“Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2. Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka!”

“Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi.

“Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang beliau bak air yang mengalir.”

“Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya. Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.”

“Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya.”

“Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “

“Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.”

“Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya.

“Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya.

“Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari."

“Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan ramadan tahun 2011.

“Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran. “

“Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.”

“Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata-mata.”

“Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. “

“Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “

“Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.”

salam

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: "Babe, razi kirim salam". Akan dijawab, "Yeke? WA'ALAIKUMUSSALAM". Nmpk mcm takde masalah kan? Tertanya2 jgk apa masalahnya kan? Yupp, memang ada masalah. Okay, listen to this! Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kpd kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi... "wa'alaika wa'alaihissalam". Sbb apa? Yusry suruh Norman kirim salam kat Ali. Ali jwb "wa'xalaikumussalam". Sdgkan:- "Wa'alaikumussalam= Selamat sejahtera ke atas KAMU. Jadi, salam Yusry kpd Ali tak terjawab kan? Sbb Ali doakan salam tu kepada Norman. SEDANGKAN NORMAN TU ORG TENGAH. Manakala:- Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera. Maka salamnya terjawab. Indahnya islam. Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB. Wallahualam. *Sebarkan, jgn mintak izin, Ilmu2 Allah ni utk disebarkan*

SURAh AL-IKHLAS...

DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS...
Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini... 
Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s". Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. 


Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan". Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. 


Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.


Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby).
SubhanAllah.... 


Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.
Saudaraku... TOLONG SAMPAIKAN. Sabda Rasulullah SAW, "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

Kuasa

Ketika Amon Goeth , salah sorang ketua Askar jerman yang suka membunuh yahudi secara besar besaran pada perang dunia ke 2 ditanya oleh seorang bisnesman, kenapa kamu suka bunuh orang yahudi tanpa bicara?

Jawab Amon Goeth: “itulah hakikat kuasa. Mampu membunuh orang yang bersalah.”

Lalu jawab Schindler si bisnesman tadi:

“Hakikat kuasa adalah bila kita berpeluang membunuh, tapi kita maafkan, itulah yang aku belajar dari Raja Rom Qaisar, yang mana pernah ada seorang lelaki ditangkap mencuri, lalu di bawa kehadapan Qaisar, lelaki ini tahu bahawa hukuman mencuri dizaman itu adalah hukuman mati, lantas lelaki ini meniarap atas tanah di hadapan Raja Qaisar sambil memohon keampunan, agar nyawanya dipanjangkan, lalu Raja Qaisar,.. mengampuninya, Itulah hakikat kuasa yang sebenar Amon, itulah hakikat kuasa...”

Note:

Allah telah perintahkan manusia agar menahan marah ketika mampu membalas, malahan Allah telah lama manahan murkaNYa ketika melihat manusia membuat dosa, padahal Allah Maka berkuasa menghukum manusia yang bersalah pada bila bila masa, namun Allah memberitahu secara berulang ulang dalam Al Quran bahawa Dia Maha pengampun, Malahan Rahmat Allah lebih besar dari semua dosa manusia, andai kita tahu bersujud dan merayu dalam taubat sebelum menjadi mayat.

Sesungguhnya Allah sangat mengerti Hakikat Kuasa kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Masjid besi :)