Ahad, 3 Mei 2015

dyiat

KEMALANGAN DI DUKE : MENGAPA PILIH SIVIL BERBANDING SYARIAH?

1) Semua lapisan masyarakat Malaysia melahirkan kesedihan terhadap insiden kemalangan maut yang menimpa sebuah keluarga di Lebuhraya Duke semalam. Kemalangan yang menyebabkan kematian suami isteri beserta seorang bayi berumur 7 bulan.

2) Yang menjadi kemarahan awam adalah apabila dilaporkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan berlaku perlumbaan haram antara 6 buah kereta Myvi di tempat kejadian. Apa yang perlu kita fikirkan juga adalah bagaimana nasib 2 orang lagi anak mangsa yang masih lagi kecil untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia ini tanpa tanggungan ibu bapa disisi.

3) Jika diteliti undang-undang Sivil, diperuntukkan di bawah Seksyen 41 yang pesalah hanya dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun. Serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

4) Akan tetapi, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya samada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Bahkan, denda yang dikenakan kepada penjayah tersebut hanya diberikan kepada kerajaan bukannya kepada keluarga mangsa. Melainkan perlu melalui tuntutan file di mahkamah yang sudah pasti akan melalui prosedur dan kos yang berlainan.

5) Ia sangat berbeza dengan ketetapan yang telah ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini. Dalam Islam, sebarang jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja (Shibhu 'amd) tanpa niat, diwajibkan kepada penjenayah untuk membayar diyaat (Ganti rugi) kepada keluarga mangsa bukannya kerajaan.

6) Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (Dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

7) Walaubagaimanapun  para ulama’ berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a.     Wang Emas   –   1,000 dinar
b.     Wang Perak   –  10,000 dirham
c.     Lembu           –  200 ekor
d.     Kambing       –  2,000 ekor
e.     Persalinan    –  200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyaat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyaat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyaat penuh.

8 ) Cuba bayangkan jika di dalam kes ini yang menyebabkan kematian seramai 3 orang, maka penjenayah perlu membayar ganti rugi tersebut kepada waris mangsa dalam kadar 3 kali ganda daripada kadar diyaat asal iaitu dalam kiraan kasar adalah lebih kurang RM1.2 juta.

9) Disinilah dapat kita teliti rahmatnya undang-undang Syariah Islam berbanding undang-undang Sivil kerana ia bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah akan tetapi dapat membela waris mangsa dengan sewajarnya. Oleh kerana itulah PAS bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Undang-undang Syariat ini kerana ia jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya.

#Sokong_hudud
#Bantah_GST

Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff

Sabtu, 2 Mei 2015

tazkirah

❤Sollu Alan Nabiyy.❤
🏃jom Imbas kembali perkongsian yang lalu🏃

🌹Sedikit perkongsian drpd abg long afif di surau nur eman ums. 5/4/2015

👉 Abg long mulakan bicara dengan mengucap syukur pada Allah dengan berbagai nikmat yg diberi.
👉 bab syukur dan pembahagian syukur.

👉bab taat. Taat ada dua iaitu Taat yg disertai petunjuk dan taat yg disertai nafsu. Taat yg yg disertai petunjuk ini duduknya dlm maqam ikhlas, iaitu taat disebabkan allah semata dan bukannya kerana makhluk. Taat yang disertai nafsu adalah taat yg melihat kepada diri iaitu ananiyah. Taat ini taat taat melihat keakuan diri dan kerana makhluk, bukannya taat ikhlas kepada Allah.

👉 bab hidayah dan taufik. Hidayah itu adalah nur iaitu petunjuk drpd nur allah yang diberi kepada makhlukNYA yang terpilih.
Bab taufik. Taufik itu adalah pertolongan drpd allah.

👉abg long menyeru kepada hadirin supaya kembali kepada allah dengan meninggalkan maksiat yang dilakukan.

👉Mula masuk bab menafikan qudrat diri. Abg menerangkan tentang gerak dan diam itu asalnya drpd allah. Kita adalah makhluk allah yang tiada punya apa2. Segalanya drpd allah dan segala amalan kita , ibadat kita jua drpd allah semata, mustahil segala benda ada qudrat dan iradat sendiri, sedangkan solat, dan amalan soleh lain diperqudratkan, dan diperiradatkan drpda allah. Jika kita faham hakikat segala benda hak Allah, nescaya kita x akan nampak hak kita, solat kita dan segalanya. Hanya allah semata.

👉Bab nafsu yang tercela ujub takbur. Bab ini abg long menerangkan apa itu nafsu yang tercela yang bersarang dlm diri. Perlunya tazkiyatun nafs iaitu penyucian hati.

👉Refleksi diri ttg sifat menghukum. Kita x ada hak untuk menghukum org lain. Dinyatakan hadis rasulullah ttg dua org sahabt di zaman rasulullah. Satu seorang abid yang kerjanya ibadat kepada Allah namun rasulullah mengatakan bhw wanita ini ttp masuk neraka walaupun ahli ibadat. Kenapa? Kerana wanita itu mengurung seekor kucing sehingga mati.
Dan dibawa pula hadis kedua berkenaan wanita pelacur yang rasulullah nyatakan bhw syurga lah pengakhirannya. Kenapa? Kerana pelacur tersebut memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Point yang ditekankan adalah, kita ini makhluk, x layak utk menghukum yang lain. Kita x tahu dalaman seseorang kecuali allah shj yang tahu. Kita hanya nampak luaran, kita hanya lihat pd kulit. Abg long memetik kalam alquran mafhumnya, allah x pandang rupa paras kita. Allah pandang hati. Hati adalah benda yg dipandang oleh allah. Allah x pandang amalmu. Jika allah pndg amalmu, nescaya org yg berdosa allah x pandang.

👉bab makhluk dan nilai s.
Dinyatakan berkenaan keperluan untuk menilai diri.

👉 Pmbahagian 5 alam.
Alam rohani, alam rahim, alam syahadah, alam barzakh, alam akhirat.

🌹*alam rohani.Abg long nyatakan mana asalnya penciptaan manusia n makhluk. Asalnya drpd satu di alam rohani. Memetik ayat quran alastubirobbikum.kolu bana syahidna. Kita dahulu pernah memandang n menyatakan baiah kepada allah swt dan menyaksikan sifat allah.

🌹alam rahim. Dimulakan dengan maksud sifat ar rahim. Siapa yg memberi makan kpd kita di alam rahim? Ibu ka allah? Allah lah yg beri kita makan. Allah lah yg menjaga kita. Keselamatan kita.

🌹alam syahadah. Apabila keluar alam rahim kita menangis hua hua hua. Tika itu kita menangis kerana rindukan sifat arrahim allah. Kita rindu kehidupan bersendiri dengan allah. Kita mencari2 allah. Akhirnya ayah menenteramkan kita dgn azan dan iqamat.
Abg long membahaskan apa itu hakikat azan n iqamat. Ayah memazankan pd kita tika kecil utk menenteramkan jiwa kita yg mencari allah. Dimana allah..dimana allah... Hua hua hua... Dia dia dia...
Makna azan itu... Allah lah tuhanmu duhai anak. Allah mu bersifat dengan sifat yang maha besar. Menyaksilah engkau anak pd allah tuhanmu, ketahuilah bahawa muhammad itu rasul allah.
Solatlah penghubung mu dgn tuhanmu. Bermesralah kamu dgn tuhanmu dlm solat. Hubungkan lah hati mu dgn allah melalui solat. Sungguh pd solat itu ada kejayaan. Ditutup kamu dengan sifat allah yang maha besar dan ketahuilah sekali lagi duhai anak. Allah lah tuhanmu.

🌹alam barzakh dan akhirat. Abg long ringkaskan kerana kesuntukan waktu. Kita datang drpd allah. Dan tempat kembali kita adalah kpd allah jua. Kg halaman kita bkn tempat tumpah drh kita. Asal kg kita adalah di akhirat. Disitu kita dtg.disitu jua kita kembali...
Abg long akhiri dengan puji pujian pada allah dan fatihah....

Wallahua'lam...

🌹🙏❤

Jumaat, 1 Mei 2015

kahwin

Tazkirah Maghrib:
Tajuk: Munakahat

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua’z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:

“Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. “

Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.

Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:

“Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak.”

Sufian bin Uyainah berkata:

“Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. “

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya:

“Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang.”

Send Kpd ISTERI tuan2.. dan anda akan lihat KEAJAIBAN Akan berlaku..
testimony drpd mereka yang telah mencuba send msg ini kpd isterinya..
saya telah melihat u.f.o terbang di rumah saya.. dan satu U.F.O itu hinggap di kepala saya.. bentuknya sama seperti periuk nasik eletrik..
Ada berani ka?😂😂😜

hadis

Benarkah penghafal al-Quran boleh beri syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya?

Saya sering kali ditanya tentang soalan ini, untuk merungkai persoalan di atas, beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian:

- Hadis tentang penghafal al-Quran boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya diriwayatkan dengan jalan berikut:

1. Riwayat Ali bin Abi Talib:


حفص بن سليمان (2) عن كثير بن زاذان (1) عن عاصم بن ضمرة عن علي بن أبي طالب قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وعلى آله وسلّم: ((من قرأ القرآن واستظهره فأحلّ حلاله وحرّم حرامه، أدخله الله به الجنّة، وشفّعه في عشرة من أهل بيته كلّهم وجبت له النّار)).


Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Qur'an kemudian mampu mengeluarkannya (menghafalnya), menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, mengharamkan semua yang al-Quran haramkan, (nescaya) Allah memasukkannya dalam syurga dan memberi syafaat kepada 10 orang dari ahli keluarganya.


Komentar terhadap hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam sunan (4/345), Imam Ahmad dalam Musnad (1/148-149), al-Ajurri dalam Kitab al-Syariah (350), Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan (1/255), dan al-Khatib dalam kitab Muwadhih al-Jama' wa al-Tafriq (2/331).


- Kecacatan hadis:

i. Kathir bin Zazan (1):

- Beliau merupakan perawi yang tidak dikenali sepertimana yang disebut oleh Abu Hatim, Abu Zur'ah dan Ibn Ma'in . (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 3, hal. 403)

- al-Zahabi menyatakan beliau meriwayatkan hadis munkar (terlalu lemah) dari Asim bin Dhamrah. (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 3, hal. 403) Perlu diingat hadis ini adalah riwayat beliau dari Asim, maka hadis ini munkar (terlalu lemah).


ii. Hafs bin Sulaiman:

- Beliau adalah perawi yang matruk (ditinggalkan oleh ulama hadis kerana terlalu daif) walaupun beliau adalah imam dalam bidang qiraat. (Rujuk: Ibn Hajar, Taqrib al-Tahzib, jld. 1, hal. 172)


Kesimpulan:

Hadis ini terlalu lemah dan tidak boleh dijadikan dalil dalam bab akidah (syafaat). Oleh itu Imam al-Tirmizi sendiri mendaifkan hadis ini dengan berkata:

هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وليس إسناده بصحيح و حفص بن سليمان يضعف في الحديث


Maksudnya: Hadis ini gharib, kami tidak ia diriwayatkan melainkan dgn sanad ini sahaja. Sanadnya tidak sahih kerana Hafs bin Sulaiman didaifkan dalam periwayatan hadis.

2. Riwayat Aisyah:

من تعلم القرآن أدخله الله الجنة وشفعه في عشرة من أهل بيته كل قد استوجب النار.


Maksudnya: Sesiapa yang mempelajari al-Qur'an maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga dan memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang sepatutnya ke neraka.


Komentar terhadap periwayatan hadis:

i. Hadis ini riwayat Ahmad bin Muhammad bin Husain al-Saqatiy.

- al-Khatib al-Baghadi dan Ibn Jauzi menyatakan hadis ini tidak sabit (sahih). (Rujuk: al-Ilal al-Mutanahiyah, jld. 1, hal. 114, al-Syaukani, al-Fawaid al-Majmu'ah, hal. 309)

- al-Zahabi menaqalkan pandangan bahawa Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy ini adalah pemalsu hadis dan menyandarkan hadis ini kepada ibn Ma'in. (Rujuk: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hal. 135-136)


Kesimpulan:

Hadis ini terlalu lemah kerana perawinya (Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy) dituduh memalsukan hadis.


- Justeru, tidak ada satu riwayat pun yang sahih berkenaan tajuk ini. Jadi, saya menyeru supaya ustaz-ustaz berhenti menjadikan hadis ini sebagai hujah dalam ceramah kerana ia tidak sabit dari Nabi s.a.w. Ingatlah amaran baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang mendustakan aku secara sengaja, maka tunggulah tempatnya di neraka". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


- Tetapi tidak dinafikan terlalu banyak hadis tentang kelebihan menghafal al-Qur'an. antaranya sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca al-Quran dlm keadaan dia menghafalnya dia menghafalnya maka dia berada bersama dgn utusan mulia yang baik (malaikat), dan sesiapa yang membaca al-Qur'an dan dia mengulanginya bacaannya dan berasa susah maka dia mendapat dua pahala". (Hadis riwayat Bukhari, jld. 4, hal. 1882, no. hadis: 4653)

 Cukuplah dengan hadis yang sahih dan hasan daripada terus membaca hadis yang terlalu lemah (daif).


Dr. Rozaimi Ramle(PhD Hadeeth)

15 Oktober 2011

Amman, Jordan.

Khamis, 30 April 2015

rezeki dari Allah

Bismilla..
Untuk ingatan bersama..
::

Umat terbaik yang mengeluarkan Hafiz, alim dan Daie dari rumah ke serata dunia.

T A K L I M  R U M A H

S A T U  K E M I S T I A N
D I  S E T I A P
R U M A H  O R A N G  I S L A M

Di suatu malam seorang ayah membacakan Taklim Rumah dengan keluarganya yang terdiri dari isterinya dan 4 orang anaknya.

Setelah membacakan hadis, si ayah bertanya kepada anak perempuannya yang sulung.

"Nak! Adakah kamu sayang Ayah?"

Si anak menjawab, "Tentu saja aku sayang Ayah"

Ayahnya tersenyum lalu bertanya, "Kalau begitu, boleh Ayah minta rantaimu?"

Lalu si anak menjawab, "Ayah! Aku sayang Ayah, tapi aku juga sayang sama rantai ini..!"

Lalu Ayahnya berkata, "Ya! Sudah tidak apa-apa. Ayah hanya bertanya saja" Si ayah lalu pergi.

Di malam berikutnya selama 3 hari berturut-turut, ayahnya bertanyakan hal yang sama dan si anak pun menjawab dengan kata-kata yang sama.

Si anak berfikir sambil memegang rantai TIRUAN kesayangannya itu,

"Kenapa tetiba Ayah mau rantai ini? Ini kalung yang paling aku sayangi. Rantai ini pun pemberian Ayah juga."

Malam berikutnya, sang Ayah menanyakan hal yang sama. Lalu si anak berkata,

"Ayah! Ayah tahu aku sayang sama Ayah dan juga kalung ini. Tapi kalau Ayah nak rantai ini, takpa akan ku berikan kepada Ayah..!"

Si anak memberikan rantainya dan Ayahnya mengambilnya dengan tangan kiri. Lalu Ayahnya memasukkan tangan kanannya ke saku kanan dan mengambil rantai berbentuk sama namun emasnya tulen.

Ayahnya mengenakannya pada leher anaknya,

"Anakku! Sebetulnya rantai ini sudah ada di saku Ayah sejak pertama kali Ayah meminta rantaimu! Tapi Ayah menunggu kamu memberikan sendiri rantaimu itu dan Ayah gantikan dengan yang lebih baik dan cantik..!"

Si anak menangis terharu.

Kadangkala kita merasakan Tuhan tidak adil. Dia yang memberikan tapi kenapa Dia juga yang mengambilnya?

Kadang-kadang kita rasa sakit hati, sedih dan kecewa. Tapi tidakkah kita tahu, di saat Allah mengambil sesuatu yang berharga dari kita, Allah punya rancangan lain?

Allah mau menggantikannya dengan yang LEBIH BAIK lagi dari apa yang sudah kita miliki sekarang.

Jadi, bersabarlah! Terimalah apapun yang kita alami. Beramallah! Berilah apa yang harus kita berikan. Ikhlaslah dengan segala yang kita lakukan.

Kembalikanlah apa yang diminta Allah swt. Dan tetaplah bersyukur, maka rezekimu akan dilipat-gandakan.

MENUKAR DUNIA FANTASI, DUNIA KHAYALAN KEPADA REALITI ALAM AKHIRAT YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA!!

J A N J I  A L L A H
P A S T I L A H  B E N A R !

::

Rabu, 29 April 2015

kata2 nasihat

11 Rejab 1436H
30 April 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kata-kata nasihat...

كلام اغلى من الذهب

Kata-kata yang yang tinggi nilai dan harganya daripada sebongkah emas.

✅ لم أر شخصا ناجحا في حياته إلا وكان له من بر الوالدين نصيب

Tidak pernah aku melihat seorang yang berjaya dalam kehidupannya melainkan kerana ia berbakti kepada kedua ibubapanya.

✅ لا يوجد شخص خال من الهموم ، لكن يوجد من يتذكر أنها " مجرد دنيا " فيبتسم

Tiada manusia yang sepi dari hal-hal yang menyusahkan. Tapi ada yang sedar bahawa itulah dunia (kehidupan) maka iapun tersenyum.

✅ حين تضيق بكم لا تبكوا ، .... بل اسجدوا

Tatkala engkau dihimpit kesusahan, janganlah menangis tapi bersujudlah
(iaitu solatlah)

✅ خير الأصحاب إذا ضحكت لك الدنيا لم يحسدك ، وإذا عبست لك الدنيا لم يتركك

Sebaik-baik sahabat (iaitu) apabila dunia mentertawakan engkau (kerana dapat nikmat dunia), ia tidak pernah dengki padamu, dan apabila dunia bermasam padamu (kerana merasa kesusahan hidup), ia tidak pernah meninggalkanmu.

✅ من أسباب الهيبة قلة الكلام ، ومن أسباب الجمال كثرة الإبتسامة ، فكن جميلا ذا هيبة

Di antara sebab-bab kewibawaan ialah sedikit berkata-kata, dan di antara sebab-sebab keindahan ialah banyak tersenyum, maka jadilah seorang cantik yang mempunyai kewibawaan.

✅ أرقى ما يتعلم الإنسان : أن يستمع لكل رأي ...ويحترمه !!! ، وليس بالضرورة أن يقتنع به ...!!!

Yang paling tinggi dipelajari oleh manusia bahawa ia mendengar setiap pandangan dan ia menghormatinya!!! namun tidak wajib baginya untuk berpuas hati dengan hal tersebut.

✅ يقول أحد الصالحين : " علّم ولدك القرآن والقرآن سيعلّمه كل شيئ

Berkata seorang di kalangan para salihin:
"Ajarilah anakmu Al Quran, nescaya ia akan mengajari anakmu itu segala sesuatu".

apps hadis

Alhamdulillah, telah di launch aplikasi Hadith 9 Imam di Android. Aplikasi ini sangat mudah, cukup search keywords yang ingin kita cari, maka akan muncul hadith dan terjemahannya. Dibezakan pula hadith dari riwayat imam yang lain yang terhubung (jika semua aplikasi ini di download semua) ketika membukanya...


 Semuanya 0 sen, free  dan filenya yang terbaik..

1. Shahih Bukhari
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.bukhari&referrer=utm_source%3Dgoogle%26utm_medium%3Dorganic%26utm_term%3Dlink+girfa+esuit+hadits&pcampaignid=APPU_C5WNVL_xHImouwTcyIKYDA

2. Shahih Muslim
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.muslim

3. Musnad Ahmad
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.ahmad

4. Muwatho Malik
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.malik

5. Jami' at Tirmidzi
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.tirmidzi

6. Sunan Nasa'i
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.nasai

7. Sunan Abu Dawud
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.abudaud

8. Sunan Ibnu Majah
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.ibnumajah

9. Sunan Darimi
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.darimi

Tlg share ya, semoga menjadi amal baik untuk sahabat2 semua. Barakallahu fiikum.