Sabtu, 29 Ogos 2015

bertunang

"Awak, saya janji saya akan kahwin dengan awak bila saya dah bersedia nanti!"

"Ok awak! Ikut hukum Islam, kita dah bertunang dah! hik hik!"

Esoknya diorang clash. So macam mana status pertunangan???

Mudahnya bertunang ikut 'Islam'. Kalau macam tu saya nak bertunang lah dengan awak, awak, awak dan awak yang baca status ni! hiks ikut 'Islam' kan kita dah bertunang!

Ramai yang bertanya tentang pertunangan dalam Islam yang sebetulnya macam mana.

Ada yang kata sudah bertunang sekiranya lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin! Maknanya si fulan couple dengan si fulanah, masing-masing mengikat janji setia kononnya nak berkahwin sehidup semati. Tiba-tiba break.

So apa status 'pertunangan' tersebut???

Jadi, macam mana pertunangan dalam Islam yang sebenarnya ni?!

Pertunangan hanya boleh berlangsung apabila TELAH DISAHKAN OLEH WALI WANITA TERSEBUT BAHAWA WANITA TERSEBUT TIDAK ATAU BELUM PERNAH MENERIMA PINANGAN DARIPADA LELAKI LAIN SEBELUM INI atau dalam erti kata lain tidak dalam tempoh pertunangan dengan mana-mana lelaki.

Setelah pinangan diterima tentunya akan ada lanjutan perbincangan seperti penetapan tarikh pernikahan, urusan walimatul urus dan lain-lain. Namun tidak bererti setelah peminangan tersebut, si lelaki bebas berdua-duaan dan berhubungan dengan tunangannya.

Ini kerana selagi belum berlangsungnya akad nikah, maka kedua-duanya tetap ajnabi, maka tidak seharusnya seorang Muslim mengambil mudah dalam hal ini.

Bro, kau dah la tak hormat maruah anak dara orang (couple sampai campak dia ke lembah kelalaian cinta yang tidak halal!), lepas tu kau tak hormat wali dia. Ada hati kau nak declare bertunang dengan dia pula?

Jangan gunakan agama untuk berhujah menghalalkan yang haram bro!
Tu bukan tunang ikut 'Islam'. Tapi ikut nafsu. Suka hati je declare tunang menurut Islam.

Rabu, 26 Ogos 2015

kimi-A!

“Assalamualaikum

Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Hujung minggu ini 29hb Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi pembukaan butik ke-5 saya Bella Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini. Terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu. Sesak.



Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.

2010-2011. Saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka.

Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai takut & gentar. Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil.

Nekad.
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.



Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5 sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu.

Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain. Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena buang. Tersedak!



Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya – ‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai ‘Gold Salesman/tradder’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang.

Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional Reserve System’. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya – No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.



July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin? Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati. Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir. Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.

Saya lihat bangsa saya? Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa saya. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan perang terhadap hambanya. Allahumma inni as’aluka ridhaka wal jannah wa a’uzu bika min sakhatika wannar. Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.

Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri Alhamdulillah.

Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama kucing-kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga mendapat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu ini di Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya yang lain.

Mungkin ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi hari ini. Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin teruk. Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan menjadi makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Lihatlah nilai duit kita hari ini?

Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan terjadi. Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih kalau bukan untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha dan ingat! Allah pasti akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi ini. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah. Bella Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk melaksanakan tugas yang Allah amanahkan kepada saya.

Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau rezeki sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah SWT dan jujurkah kita semasa mencari rezeki Allah SWT?

Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.”

Carl Samsudin, 28.

Tegur

Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang TANPA kita buat dia terasa hati, tersinggung, atau lain2?

---

1. Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"?

Masa korang lama bergelap tu, tiba2 lampu hidup.. Apa berlaku? Mesti mata korang SAKIT kan?

Tapi lama-lama korang akan rasa okay..

bahkan korang rasa GEMBIRA sebab ada orang hidupkan lampu..

Macam tu juga nasihat dan peringatan.. Ia ibarat cahaya atau lampu..

Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun..

Kalau kita bagi dia cahaya tiba2, memang dia akan sakit untuk MULA-MULA..

Dia akan terasa hati, tersinggung, etc..

Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu..

Mereka akan tetap terasa hati.. Sebab mereka dalam gelap..

tapi lama-lama....

percayalah dia akan HARGAI korang sungguh2.. Betul..



2. Lagi satu, letak dalam mindset..

Kita nak tegur dan nasihat orang ni, JANGAN terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la..

nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing2 mati..

DAN......

korang bayangkan...

Baru je korang nak melangkah masuk Syurga... Tiba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka,

mereka tuntut pada Allah.. Mereka kata,

"ya Allah.. kat dunia James Bond tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu.. Dia solat sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Joyah tak pernah tegur aku untuk tutup aurat.. dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Jeman langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu.. WALAUPUN dia adik beradik KANDUNG aku ya Allah.. "

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah?

Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah?
Hmm...

so macam mana nak tegur? salah satunya adalah..

korang foward emel ni kawan korang tu .

Sabtu, 22 Ogos 2015

Doa ibu

UKM Confession

August 19 at 4:17am ·

confession #22650

8/18/2015 21:01:58 "Sejak aku sekolah rendah, selalu dapat nombor satu. Upsr dapat 5a, pastu bila masuk mrsm maintain top 5 dalam batch. Pmr 8a. Naik form 4, pergi ke mrsm pkp, still top student. Spm straight A. Apply macam2 scholarship ke oversea, tapi tak lepas interview, so sambung study ke matrikulasi. 4 flat dan dapat sambung course yang aku nak kat ukm. Yang menariknya, aku belajar biasa2 je, tak pernah pulak aku stay up n buat nota warna warni semua tu.

Tapi, ada satu benda yang aku pelik. Kenapa takde perempuan minat kat aku?

Pernah jugak aku confess kat sorang yang aku minat ni, tapi kena reject.

Nak cakap aku tak hensem, time sekolah dulu ada jugak beberapa budak perempuan sekelas cakap aku hensem. Aku ingat diorang just nak membodek je, tapi ada sorang laki ni cakap kat aku,

""Weyh. Serius aku respect and jeles kat kau doh. Hensem pandai tapi tak couple.""

Muka dia memang nampak jujur time dia cakap camtu. Tahap serious dia tu sampai buat aku creepy.

Lepas aku habis matriks, aku banyak duduk rumah je sebab takde kawan kat sini (perkara biasa budak asrama). First time since ages aku spend time with my parents, then my mom said,

""Nanti kau masuk u, belajar betul2, jangan couple. Mak tiap2 hari doakan kau dapat result bagus dan dijauhkan maksiat""

Aku bukak fb, tiba2 hati tergerak untuk bukak inbox. Scroll byk kali, lepas tu aku nampak ada few mesej dari perempuan, confess kat aku. Dah bertahun dah mesej tu, tak pernah pulak aku perasan.

Time tu baru aku sedar, aku dapat result bagus sebab Mak aku selalu doakan. Doa Mak aku jugakla yang jauhkan aku dari couple. Kalau tak, mungkin aku dah perasan mesej tu masa dulu and terjebak dalam couple. Mak aku jugak pernah cakap yang dia lagi suka kalau aku belajar kat Malaysia. Aku rasa sebab tu la aku tak dapat pergi oversea.

Selama ni, aku fikir aku ni genius. Bangga bila orang lain cakap aku macamtu. Hakikatnya, aku berjaya sebab berkat doa mak aku.

Umur Mak aku sekarang dah 60. Aku mula takut, macam mana aku nak hidup kalau Mak aku takde. Aku pernah dengar, apabila matinya sorang ibu, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup.

‪#‎sayasayangibusaya‬"

Khamis, 20 Ogos 2015

Air Asia


SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA

Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) .

SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

Rabu, 19 Ogos 2015

solat berjemaah

Saya paling bengang dengan anak usrah saya kalau mereka study sungguh2, lepas tu dengar azan, tak nak pergi surau pun.

Padahal jalan kaki pergi surau cuma 3 minit je.

Antara perkara saya tegur,

"Antum nak jadi pelajar cemerlang, tapi solat berjemaah antum tak nak jaga. Antum lagi pentingkan study, berbanding hak Allah.

Kalau antum tak datang usrah sebab nak study esok exam, ana tak kisah. Sebab itu memang keutamaan antum datang universiti.

Tetapi kalau antum study walau esok nak exam, tetapi antum tak nak datang solat berjemaah, dah la surau dekat. Itu memang ana pantang.

Sebab apa?


Kenapa Allah pilih antum jadi manusia? Kenapa Allah tak pilih antum jadi siput sedut ke, kelapa sawit ke, mangkuk tandas ke?

Kenapa Allah pilih antum hidup kat planet bumi ni? Kenapa Allah tak jadikan antum bintang kat sistem solar ke, atau jadi planet baru kat luar bima sakti ke?

Kenapa Allah pilih antum hidup sebagai Muslim? Kenapa Allah pilih antum jadi umat Rasulullah? Kenapa antum ikut tarbiah?

Kalau antum mengaku umat Rasulullah,
kalau antum mengaku cinta Rasulullah,
kalau antum mengaku ikut tarbiah,
kalau antum mengaku antumlah pejuang dakwah,

TETAPI antum MALAS dan TAK JAGA solat berjemaah, sebenarnya antum sembang lebat je! Lebih lebat dari hujan kat luar rumah ni".

Hantu u

#TipsMasukU

guys TIPS PERTAMA
Rajinkan diri bersembang dan bercampur dengan pak guard dan makcik tukang sapu. Mereka banyak tahu 'rahsia' kolej dan kampus. Pak guard boleh buka cerita tentang suara orang menangis dan menjerit malam-malam pukul 3 pagi. Dia tahu bilik mana ada budak bunuh diri.Makcik tukang sapu tahu kat koridor mana ada budak kena histeria dan lompat dari tingkat tiga, jatuh bawah kepala bersepai. Dia tahu.Lepas tu dia tahu kat ampaian mana bebudak biasa nampak langsuir bergayut bila sidai baju pukul 3 pagi.

TIPS KEDUA Bila dapat bilik, elakkan daripada pilih katil dekat dengan tingkap. Bila tutup, rasa lemas. Bila bukak malam-malam rasa seram.Tingkap menghadap koridor bahaya sebab malam-malam dengar bunyi selipar diseret. Bila dengar betul-betul ada bunyi 'Karipap! Karipap!'Makcik Karipap biasanya datang lepas pukul 3 pagi waktu kolej dah sunyi dan gelap. Yang belum tidur, sibuk basuh baju kat toilet hujung.Ada juga yang sibuk study pakai walkman, tak perasan Makcik Karipap jenguk di luar tingkap. Siapa Makcik Karipap? Tak siapa tahu.Tapi setiap U ada Makcik Karipap. Cuba tanya senior. Yang pernah nampak kata Makcik Karipap bongkok macam nenek kebayan, pakai tudung.Muka tak nampak.Di lengannya ada bakul rotan berisi batu nisan. Kalau ditegur di sebalik tingkap 'Dik, nak karipap?' jawab lah 'tak nak'.Selagi tak dijawab, takut Makcik Karipap masuk dan tunggu di hujung katil. Ramai dah terkena. Ingat ungkapan keramat ni: tak nak!

TIPS KETIGA Kalau dapat katil double decker, pastikan tahu bila rakan yang tidur di atas atau di bawah masuk tidur.Nak tahu kenapa?Banyak kes terjadi bila kita tidur jam 11 malam bila member belum balik, jam 3 pagi kita dengar dia balik dan panjat katil dalam gelap.Kita tahu member kita tengah tidur sebab spring katil kat atas bergerak-gerak dalam gelap. Lepas tu kita dapat Whatsapp dari member."Bro, aku study McD dengan geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko jangan kunci pintu" Kita rasa menggelupur nak menjerit dalam gelap.Kisah benar.Pernah terjadi.Beringat sebelum kena. Katil double decker memang selalu ada kisah mistik.

 TIPS KEEMPAT Kalau rakan sebilik semua balik kampung dan kolej kamu hanya ada dua tiga kerat yang tak balik, jangan ambil risiko.Dulu ada kes budak yang tak balik kampung sebab malas naik bas berjam-jam. Lagipun ada member bilik atas yang tak balik.Malam itu waktu dia tidur, dia dengar budak bilik atas seret meja pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik atas - tapi dia tengok level tu gelap.Rupanya hanya dia yang tak balik. Takut punya pasal, dia tidur kat pondok Pak Guard sampai Subuh. ingat tu, jangan tak balik kampung.

TIPS KELIMA Kalau rasa nak buang air kecil atau air besar, buang lah sebelum tidur. Rumit kalau rasa nak terkucil pukul 3 pagi.Toilet nun di hujung koridor.Bila sampai sana, tolak pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi bukan lah toilet kolej kalau tak ada kisah seram.Pernah dengar cerita student pergi kencing pukul 3 pagi dan ghaib? Hilang. Lesap.Macam ditelan bumi.Sebulan cari tak jumpa.Malam tu, ada student tengah berus gigi dalam toilet pukul 11 malam. Bila dia tadah air dalam gelas nak berkumur, segumpal rambut keluar.Bila disiasat, rupanya budak yang hilang sebulan yang lepas ada dalam tangki air toilet tu.Tak siapa tahu macamana dia masuk dalam tangki.Mayat dah kembung dan perut dah pecah. Selama sebulan, students lain di level tu dah mandi air mayat... dan makan megi perisa air mayat.Hati-hati bila ke toilet ya.Itu mungkin kali terakhir kamu ke toilet sebelum hilang.

 TIPS KEENAM Elakkan daripada membasuh pakaian selepas pukul 12 malam. Pernah dengar kisah budak nampak 'benda tu' tergantung kat ampaian?Lepas habis perah baju, dia nak sidai kat ampaian tingkat 4. Level dia dah gelap. Semua dah tidur. Tapi dia suka basuh baju malam.Waktu dia nak sidai baju di tingkat 4, dia nampak di hujung ampaian ada bantal bolster yang digantung.Dia tak ambil pusing sangat.Tapi dia perasan 'bantal' tu berhayun-hayun. Bila ditengok betul-betul, rupanya pocong tergantung di ampaian. Ingat tu! Hati-hati ya!

TIPS KETUJUH Sesetengah bilik ada 'sejarah' tersendiri. Kadangkala sejarah hitam bilik sengaja didiamkan oleh pihak kolej.Pernah dengar kisah student dapat bilik tempat bunuh diri?Malam itu dia tidur seorang sebab member balik kampung.Nak jadikan cerita, pukul 3 pagi bekalan letrik terputus. Kipas terpadam.Lampu koridor pun tak ada.Gelap gelita.Tapi dia dengar sesuatu.Bunyi kreok kreok kreok dalam gelap.Bunyi bilah kipas siling bergerak.Tapi letrik tak ada.Dia ambil fon tepi bantal. Suluh pakai skrin.Tahu apa yang dia nampak? Badan seorang lelaki dewasa tergantung dari kipas dengan seutas tali pinggang. Berpusing...Berpusing...Mata terbeliak dan lidah terjelir.Bunuh diri dek patah hati.Tindakan bodoh. Dan yang paling bodoh, tak ada siapa akan beritahu kita.Setiap bilik di kolej perlu diisi. Kalau ada yang tahu bilik tu pernah ada orang bunuh diri, ada ke orang nak duduk situ? Common sense.Cara nak atasi bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?Jangan tinggal solat.Banyakkan baca ayat-ayat suci.Dengar CD hafizhamidun pun ok.

TIPS KELAPAN - terakhir Kalau selimut asyik terjatuh atas lantai pukul 3 pagi, jangan dikutip.Biarkan.Kenapa?Tak pernah dengar cerita?Ada student ni perasan selimut asyik terjatuh atas lantai. Mula-mula jam 1 pagi.Lepas tu 1:45.Lepas tu 3:15. Dia tidur sorang malam tu.Katil sebelah kosong sebab member balik kampung. Bila selimut 'hilang' sekali lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di hujung kaki.Tak ada.Selimut tak ada atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur samar-samar sebab ada cahaya dari luar.Dia cuba intai bawah katil.Pun tak ada.Mana selimut dia?Sambil baring di atas lengan kanan, dia pandang katil sebelah. Selimutnya ada di sebelah.Tapi ada 'benda' berselubung.Seolah-olah berkapan dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak boleh tidur. --the end-- Jaga jaga ye bakal2 mahasiswa/i semua.

Gurauan semata2 . Jgn ambil serius