Selasa, 17 November 2015

Akhlak

IRONI DAN REALITI DI ZAMAN KITA!

Banyak rumah besar --- keluarganya makin kecil

Tingkat pendidikan makin tinggi --- akal sehat makin rendah

Sistem perubatan makin canggih --- kesihatan makin buruk

Travelling keliling dunia --- tak kenal dengan jiran tetangga

Pendapatan bertambah --- tak ada ketentraman jiwa

Kualiti ilmu tinggi --- kualiti emosi rendah

Manusia makin banyak --- rasa kemanusiaan makin menipis

Pengetahuan makin bagus --- kearifan makin berkurang

Perkahwinan makin meriah --- kesetiaan hampir punah

Banyak teman di dunia maya --- tak punya sahabat sejati

Minuman memabukkan makin banyak --- air bersih makin berkurang

Pakai jam tangan mahal --- selalu kekurangan waktu

Ilmu semakin tersebar --- adab dan akhlak makin lenyap

Al Qur’an banyak dihafal --- sedikit sekali yang mengamalkan

Belajar semakin mudah --- guru makin tak berharga

Teknologi informasi kian canggih --- fitnah dan aib makin banyak tersebar

Orang yang sedikit ilmu banyak bicara --- orang yang banyak ilmu terdiam

Akhir zaman… tampak jelas dihadapan kita ya ikhwah!

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ . .

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari keburukan fitnah Al Masih Ad Dajjal” (HR. Muslim no. 588)

Wallahu A'lam

Insan

Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.

5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.

Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.

Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Hello". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "hi" dan "bye" dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi.
Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.

Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.

Fikir fikirknlah..👍🏻

Bila banjir kilat...

Kalau DRIVE nampak AIR BANJIR.. nak REDAH TAK?
Ini sedikit perkongsian BERGUNA dari Datuk Ir.Mohamad bin Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif, JPJ Putrajaya) berkenaan satu soalan diatas dahulu ..Sahabat2ku yg DRIVING.. WAJIB BACA..
Nota :
1- Kalau nampak air banjir di depan, berenti dulu utk nilaikan kedalaman..
2- Standard Ekzos kereta dibina pada 7-8 inci dari tanah, so, tgk kereta di depan yg redah air, tenggelam tak ekzosnya.. amati sampai kereta tersebut naik ke kawasan darat di hadapan.. maka anda akn dpt tahu kedalaman air yg anda akn redah.
3- kalau paras air bawah dr ekzos, maka OKAY, boleh REDAH..xda masalah, tapi jgn laju sgt..
4- klu bunyi 'tepukan air' bawah lantai kereta, itu perkara biasa, sama spt anda naik bot.. cuma maintain kelajuan OPTIMUM (x laju, tak perlahan) utk elak kereta anda diolak 'ombak' air ni dan mengubah haluan ke bahu jalan.. pertimbangkan sama 'ombak kereta' yg anda hasilkan pada pengguna lain..
Kalau AIR BANJIR lebih tinggi dari EKZOS (tapi taklah sampai kereta anda merodok air mcm kapal selam mcm keadaan contoh kereta perdana tahun lepas, anda perlu pertimbangkan.. klu tiada pilihan utk meredah, maka, ada CARAnya :
5- Kalau kereta manual, pastikan anda di gear 1 dgn RPM lebih dari 2500.. jgn cuba kurangkan dari itu atau jgn slowkn RPM ketika redah air..
6- kalau SLOWkan, air akn DISEDUT melalui ekzos anda ke enjin.. Inilah PUNCA kenapa kereta anda mati ketika meredah air banjir.
7- kalau Auto Transmission, masukkan ke gear Low, then redah air perlahan2 pada kelajuan yg sesuai
8- Utk maintain RPM Tinggi dgn kelajuan yg rendah (tak laju & terkawal) ketika redah air, bagi kereta Manual, main2 atau control Clutch kaki.. biasanya RPM tersebut pada gear 1 sudah mencukupi..
9- Untuk kereta Transmisi Auto, main2 dgn handbrake supaya anda dpt kawal kelajuan kereta ketika meredah air (PASTIKAN anda sentiasa tekan BUTANG release pada Handbrake, JANGAN lepas supaya brake anda tak Locked)
Biasanya, jarak Optimum utk praktis diatas ialah kurang dr 250 meter. Banjir Kilat biasanya kurang dari 50 meter.
Ada 2 lagi TIPS TAMBAHAN & PENTING dari saya :
1- pastikan laluan CLEAR dl sblum redah.. Jika PERLU tunggu, maka TUNGGU. kang klu kena slow ada org melintas atau kereta stop di hadapan, kita pun akan tersangkut skali..
2- Lepas naik ke DARATan, UJI BREK ANDA.. kemungkinan besar brek tiada cengkaman sebab basah.. Cara nak keringkan, pandu perlahan2 (hadkan pada 10-15 kmj) smbil tekan pedal Minyak & Brek serentak. Ini bg menghasilkan Kepanasan pd Brek supaya cpt kering & kembali mencengkam.
3- bila rasa dh ok sikit cengkaman, UJI BRAKE anda pd Kelajuan 20-25kmj. Uji berulang kali pd jarak 20-30 meter. Ulang proses 2&3 sehingga dpt cengkaman memuaskan.
-Selamat Memandu-
#islamagamaku❤

Bahaya fb

Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:

1. Kurangkan selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta
Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.

Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.

Isnin, 16 November 2015

UPSR

PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".

SAIFUL NANG

*Foto kredit kepada beritaterkini.my

Guru

Gembira Tengok Kawan2 Post Gambar2 KONVO,
Moga Terus Sukses Ya semua...aamin

Konvo ni AMANAH Yg Besar Sebenarnya,

Amanah Untuk Kita BERI/SUMBANG Sesuatu Semula Kepada Masyarakat,

Pesan Seorg Pensyarah Dulu,
Niatkan Lps Habis Belajar je, nak dapat kerja cpt2
1st- nak Bayar Zakat pendapatan
2nd- nak beri duit pd mak ayah

Inshallah Allah Akan MUDAHkan Jalan Kehidupan Ini Jika NIAT kita betul.

*selalu RENEW Niat
*Ada Ruang/Masa, Amalkan SOLAT DHUHA(antara kunci pintu rezeki)
*Yg Ada MAK AYAH, Sentiasa Mohon DOA Drpd mereka.

Kata Seorg Kwn
" Bilamana Kamu Beroleh Sesuatu, Yakinlah Doa Ibu mu Didengari"

Betul,
Sebenarnya Tanpa Kita Sedari,
Di belakang Kita Ada INSAN2 (mak,ayah,adkbrdk, shbt2, pensyarah2,guru2 dll) yg Tidak Putus Doakn Kejayaan Kita.

Jangan Sesekali Mendabik Dada Mengatakan Apa Yg kita dpt hari ini atas usaha kita seorg,
Silap tu!
Setiap Apa ada pada kita,
Allah boleh ambil sekelip mata.

Waallahualam..
#doakanlah kebaikan untuk org lain
#inshallah, Kita pun akan selalu didoakan.

Berkat

Anda nak sangat dapat straight A UPSR ... anda yakin boleh dapat ... anda pelajar kegemaran cikgu kat sekolah ... semua macam yakin anda boleh dapat ... diri anda sendiripun macam yakin ... kat sekolah anda selalu jadi leader dan kebanggan guru dan kawan2 tapi bila result keluar ada satu subjek anda tak dapat A ... anda rasa sangat kecewa dan malu ...

Anda nak sangat masuk SBP tingkatan 1 ... anda tak berapa yakin boleh masuk sbb result anda tak sebagus kawan-kawan .. anda dengar best friend anda dapat MCKK, Tun Fatimah, SDAR Seremban, ... anda jadi makin tertekan ... mak anda guna cable fibre optik sedara mara mintak tolong adjust ... akhirnya anda dapat SM Sains Fariz Petra ... anda tak berapa nak ke sana sbb SBP tu dekat dgn rumh ... anda nak yg jauh dari rumah baru ada classs ... anda kecewa dan tertekan ...

Anda daftar masuk SBP ... anda betul2 bersemengat .. anda ada ramai kawan di sana ... tetapi tingkatan 3 PMR result anda tak bagus anda kena tendang keluar ... anda kecewa dan tertekan ...

Anda masuk sekolah harian biasa dgn rasa malu ... anda mula ada kawan baru anda jadi glamer sebab budak sekolah sains ... anda antara terpandai kat sekolah baru ... anda di lantik jadi pengawas ... anda tenggelam dalam glamer ... result SPM tak bagus ... anda rasa kecewa dan tertekan ...

Anda apply program diploma, matrik, asasi dsbg ... anda yakin result anda dah cukup untuk masuk IPT ... tapi bila result IPT keluar anda hanya dapat offer program diploma yang anda tak suka di IPT yang anda tak suka ... anda rasa kecewa dan tertekan ...

Anda tak mahu masuk form 6 kononnya tak glamer ... anda apply IPTS kursus yg anda suka ... anda pergi jugak program diploma tak bagus di IPTS yg tak berapa bagus ... mak bapak bayar yuran mahal semester 1 ... anda apply MARA scholarship semester 2... anda joli sakan dgn duit MARA dan duit mak bapak ... anda habis diploma dgn result taklah bagus sangat seperti yg anda harapkan ... anda kecewa dan tertekan ...

Anda apply sambung overseas ... anda tak sedar yg IPT overseas ni mereka berniaga buat duit ... anda bangga dapat beberapa offer dari IPT luar negara anda tak sabar nak sambung study kat luar negara ... belajar di tempat ada snow ... dikelilingi mat salleh ... tapi result IELTS anda sangat rendah dan anda kecewa dan tertekan ...

Anda akhirnya boleh pegi sambung study ke Australia ... anda rasa sangat seronok tapi adik anda mati kemalangan anda tak boleh balik sbb masa tu tgh exam ... ayah anda masuk wad dan mati tahun seterusnya juga anda tak boleh balik ... anda jadi amat kecewa dan tertekan ...

Anda balik ke malaysia dgn ijazah luar negara ... anda rasa bangga dapat gembirakan keluarga dan saudara mara ... anda yakin anda boleh dapat kerja dengan cepat dgn ijazah luar negara yg anda ada .. tapi anda lupa ... medic pun menganggur sekarang ni ... pilot bersepah yg menganggur ... bidang perguruan dari UPSI pun beribu yg masih menganggur ... anda pun end up life 3 tahun dah tak dapat kerja bagus ... anda kecewa dan tertekan ...

Anda dapatlaa kerja biasa-biasa dengan gaji yg tak seberapa ... anda selalu berusaha untuk dapat Pegawai Tadbir Diplomatik atau kerja dgn GLC yg besar2 ... anda curi2 pergi interview ... anda selalu ponteng kerja dan tipu bos ... tapi dah 3 tahun ... takde satu yg panggil anda interview pun ... anda rasa kecewa dan sangat tertekan ...

Anda guna cable fibre optic untuk adjust anda dapat masuk PTD ... sedara anda tu tolong adjust yg akhirnya anda dapat kerja sbgai pegawai kerajaan di putrajaya ... tapi satu ofis tak suka kat anda sbb sikap ada yg sombong dan bongkak ... anda takde kawan di pejabat ... tambah2 anda pulak di beri kementerian yg selalu kena buat kerja luar ... anda terlalu penat dan amat kecewa dan tertekan ...

Anda mula berkenalan dgn kawan blok sebelah ... dia nampak sangat hensem ... anda jatuh cinta tahap gaban .. anda plan nak kawin ... anda nak ianya jadi sangat meriah ... anda pinjam personal loan bank rakyat RM50,000 ... anda kawin penuh meriah .. tapi anda sangat kecewa dan tertekan dengan hutang bank yang jejaskan income bulanan anda ...

Anda mula pergnant selalu muntah2 ... suami pula kena tukar ke sabah ... jumpa jarang2 sekali touch and go laaa nampaknya ... anda lalui hidup pregnant sorang2 kat putrajaya ... tahu2 ... suami anda terkantoi dgn anda ada affair dgn budak iban yg canntikkkkkk perghhhh model  type cikgu sekolah kat sabah ... anda kecewa dan sangat tertekan ...

Anda lahirkan first baby tanpa suami disisi ... anda dalam proses perceraian ... anda lahirkan baby yg bermasalah pulak injap jantung tersumbat ... anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...

Anda akhirnya bercerai dgn suami .... setiap bulan anda terpaksa ke IJN bawak anak pergi berubat ... anak anda bakal jalani pembedahan jantung bulan depan ... anda harunginya sorang2 dan anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...

Anda kena fitnah mengurat suami orang kat pejabat ... jiran sebelah kat presint 8 putrajaya dimana rumah anda duduk tu pun tak suka kat anda ... bila jadi janda mcm2 fitnah keluar ... anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...

Anda stresss dan tertekan ... anda duduk atas sejadah dan mula berfikir ... mula menangis ... anda take duit ... ayah dah takde ... adik pun dah takde ... mak dah makin tua ... anakpun sakit ... suamipun dah bercerai ...

Bukan soal UPSR straight A
bukan soal masuk SBP yg top
Bukan soal PMR straight A
Bukan soal form 4 kelas sains
Bukan soal SPM cemerlang
Bukan soal masuk IPTA yang top
Bukan soal diploma yang bagus
Bukan soal pergi overseas
Bukan soal ada snow ke tak
Bukan soal kawan mat saleh ramai ke tak
Bukan soal kerja kerajaan ke swasta
Bukan soal gaji berapa besar ke kecik
Bukan soal kawin meriah ke tak
Bukan soal kerja putrajaya ke kerja kat kampung
Bukan soal jadi pegawai PTD ke or kerja kilang
Bukan soal kerja company besar ke kecik
Bukan soal anak sihat ke sakit
Bukan soal pregnan ke tak pregnan
Bukan soal suami kena tukar ke tak
Bukan soal itu atau ini ...

Soalnya kita :-

1. sentiasa tak bersyukur dengan apa yang kita ada

2. Sentiasa lupa bahawa keberkatan adalah segala-galanya bukan pencapaian ...

3. Sentiasa mintak sesuatu melampau2 sampai kita terlupa dalam perkara yg kita mintak tu ada bersamanya pelbagai benda yg kita tak suka

4. sentiasa sombong dan angkuh dengan Allah dan dengan sesama makhluk

5. sentiasa kejar dunia melampau2

6. sentiasa kejar glamer dan puji makhluk bukan puji Allah

7. sentiasa lupa pada Allah ...

Dan Allah berikan kita segala kekecewaan agar kita berfikir bahawa gembirakanlah Allah nescaya Allh akan gembirakan kita ... kita sibuk dengan dunia sehingga kita lupa untuk bangun tahjud, lupa utk bersedekah, lupa untuk dhuha, puasa sunat isnin khamis, lupa untuk merendah diri, lupa bahawasanya tiada satupun hak kita di dunia ni ... semuanya Allah yg punya ...

Pesanan abangraja :-

Jangan terlalu mengejar dan meminta dan excited terhadap sesuatu ... sesunggunya seringkali ada banyak bala yg kita tak jangka ada bersama sesuatu yg kita kejar itu ...

Wallahu'alam ...

Raja Shamri bin Raja Husin
Hotel UiTM Dungun
Terengganu.

Sharing is caring ...