Ahad, 22 November 2015

Dajjal

yang baik jadikan teladan.

Dajjal...
Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.
" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.
" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.
" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.
" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.
" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.
Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.
" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.
" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.
" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.
" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.
" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.
" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.
" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.
" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.
" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.
" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe... Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ' jelasku sambil mula menarik selimut.
" Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ," ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.
" Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, " ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.
" Waalaikumsalam sayang, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite sayang...," jawab isteriku sambil memejamkan mata.
~ Hannah, saat cerita ini ditulis . Saat ini hati mama dan ba selalu risau. Adakah Hannah akan membesar melihat Islam sebagai agama menyelamat umat manusia, sebagaimana waktu islam mula2 sampai, atau adakah waktu itu Islam masih jadi agama dagangan beberapa kelompok kapitalis agama? ~
Islam agama yg bermulanya nampak ganjil, maka pengakhirannya sebelum kiamat juga akan nampak ganjil. Beruntunglah orang2 ganjil.
Sollua'lannabiii...

Karier

Tadi buat presentation pada students Foundation. Lepas habis foundation, mereka akan masuk buat bachelor degree. Beberapa lecturers bagi presentation supaya mereka ada idea apa nak pilih nanti.

Salah sorang lecturer tu bagi contoh materialistik... salah sorang supervisor dia kaya pakai Ferrari sebab segala projek dia ambil 1-2%. So kalau projek RM100 juta, dapat 1-2 juta untuk fee.

Obviously, student pun tanya la balik, kalau boleh dapat 1-2 juta dalam poket, why are you here teaching here? Patutnya, pergi la ke industri kan?

Saya terpaksa bangun dan explain. Sebab benda ni la persepsi yang melanda pelajar universiti sekarang. Masuk universiti nak kaya millionaire, billionaire...

Saya kata:

1. Jawapan mudahnya, kalau dia dan saya kerja industri, takde sape nak mengajar kamu dan universiti takkan wujud dan kamu pun takde tempat nak belajar kat mana.

2. Kalau kamu refer kepada kaya raya macam Bill Gates dan Steve Zuckenberg, mereka sebenarnya tak habis belajar. Silalah berhenti belajar. Tapi hati2 sebab Bill Gates dan Steve Zuckenberg tu ada 2 orang manusia dari 7 billion manusia. Dalam hal ini, "luck" memainkan peranan besar.

3. (Dan saya sepatutnya sambung balik point ni cuma tak teringat dan tak sempat, masa singkat) Lihat universiti mana yang mereka tak habis belajar tu; Harvard University. Jadi kalau kamu ada secebis karektor macam mereka berdua, kamu tak belajar kat Malaysia ni tapi patutnya kamu dah di sana. Kenapa kamu tak ke sana? Most probably sebab tak layak.

4. Tapi lihatlah siapa yang mereka berdua gajikan untuk bina empayar mereka tu. Ya, all the professionals yang ada bachelor degree, master degree dan PhD. Berapa banyak professional tanpa ijazah yang mereka gajikan? Tak banyak.

5. Sebab itu pada slide akhir saya, saya tanya soalan ini; "Yes!!! Will I become a RICH civil engineer then?" dan jawapan saya seperti di dalam slide itu.

6. Kesalahan pertama yang dibuat oleh saya (dulu sebagai pelajar) dan pelajar universiti ialah mereka masuk universiti nak jadi kaya. Kaya = materialistik. Sepatutnya, kita masuk universiti untuk menjadi manusia yang lebih holistik.

7. Of course la jadi engineer ni tak miskin, papa kedana. Boleh la hidup. Kaya tu bonus kalau ada rezeki. Tapi yang lebih penting ialah sebagai engineer, kita tahu yang kerjaya yang kita pilih ini sebagai engineer adalah contribution kita kepada manusia sejagat dan kesejahteraan dunia. Kita patut rasa prihatin, bangga dan ada sense of ownership dengan tanggungjawab yang telah terbeban ini.

8. Kamu kena buangkan pemikiran materialistik ini sebab apabila ia jadi governing thinking dalam kepala, kamu tak akan jadi engineers yang bagus sebab kamu akan selalu berfikir bila nak dapat rumah banglo, bila nak dapat kereta Ferrari dan rasa menyesal ambil jalan ini sepatutnya ambil jurusan lain (yang pada persepsi kamu boleh jadikan kamu kaya). Ownership terhadap karier kamu jatuh menjadi hal ke 2, 3, 4, 5... 121.

9. Jadi bila kamu nak decide apa karier kamu, kamu kena fikir betul2. Apakah contribution pada tamadun manusia yang kamu nak bagi nanti. And THAT should make you a better and happy person.

Habis jawapan saya, saya diberi tepukan gemuruh. Saya harap persepsi mereka berubah apabila buat degree nanti dan pilih betul2 apa jurusan yang nak diambil nanti.

Sabtu, 21 November 2015

UAI tazkirah

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Apa Hukum doa dlm fb?
Ust :  Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

Soalan : Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram.
Ust : perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

Soalan : Mengata orang dalam berceramah..Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak?
Ust : Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- “celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

Soalan : Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
Ust : Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

Soalan : Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
Ust : Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.

Wajib kena hormat mayat. Minima
kan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

Soalan : Amalan diterima ke tak jikalau menuduh hamba Allah wat benda buruk?
Ust : amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.. kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

Soalan : Terlepas rakaat, Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat?
Ust : Tak dapat.

Soalan :  Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
Ust : Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Cth:”Wallah, Tallah”.- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”

Soalan : Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
Ust : bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.

Jumaat, 20 November 2015

Bangkit

Saya nak kongsi nasihat dan pesanan dari kawan saya.

10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH

1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita

2. Istighfar banyak banyak. Reset diri sendiri ke zero point

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat , buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan , side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja.

Semoga membantu.