Khamis, 28 Januari 2016

Demokera-c

Jika kita lihat dan berfikir:
TPPA & GSt:  Bagaimana bagusnya hujah... tetepa akan mengikut kata org yg kepentingan
HUDUD:  walaupun nas dan dalil kuat, hujah mantop... tetap akan mengikut pihak yg berkepentinga
PM / President :  Perlu di restui negara sekutu supaya memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dan pemodal.
Tim. PM : Di pilih dn dilantik agar memberi kepentingn PM
Menteri Besar : Bukan dipilih rakyat... tetapi orng yg berkepentingan.
Wakil rakyat: bukan wakil rakyat, tp wakil parti, parti yg calonkan... Juga mengikut kata org yg kepentingan.

Semua ini dimulai dgn tipu daya systen Demokrasi dengan helah "pilihan raya", "rakyat yg memelih" "kehendak rakyat" dll..

System demokrasi ini di cipta oleh penjajah agar terus dpt menjajah..

Rabu, 27 Januari 2016

Pesanan

Ini menakjubkan, Randy Paunch 47 tahun, seorang pensyarah sains komputer dari Mellon Universiti. Dia meninggal disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The last lecture" (syarahan terakhir) pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "panduan untuk hidup yang lebih baik" untuk isteri dan anak-anaknya.
Semoga anda diberkati dengan aspirasinya.

BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI HIDUP ANDA

Personaliti:
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan punya pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda punya pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda; tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah punya semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu
13. Senyum dan tertawa selalu
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

Komuniti:
15. Hubungi keluarga kamu selalu
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari
17. Maafkan orang lain
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

Kehidupan:
22. Dahulukan TUHAN dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. TUHAN itu penyembuhan
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi
27. Yang terbaik akan datang kemudian
28. Buang apa yang tidak berguna, cantik atau menggembirakan
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada TUHAN
30. Kalau kamu kenal TUHAN kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu.
Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang disekeliling anda.

Ingatlah,

BENDA YANG BAIK ADALAH UNTUK KITA SEMUA KONGSIKAN!

Isnin, 25 Januari 2016

studi last minute

26 Januari 2015...Tepat 10:11 mlm....

Siapa student KMS yang masih tak tidur lagi....kenapa tak tidur lagi? 

Tak pe...saya faham.....

Kita geng...""

Study "last minute" tak melambangkan kita pemalas cuma kita ni jenis yang perlu belajar dalam tekanan baru masuk....kalau tak de tekanan...memang tak jalan...

Bila tiada tekanan...apa yang kita baca tu seolah2 tak dapat masuk....bukan kita baca buku...tapi buku yang dah dapat baca perangai kita...

Cumanya kalau kita tak sempat nak baca semua topik....bila keluar dalam "exam" topik yang kita tak sempat "cover", mesti diri ni rasa penuh sesalan....itu lumrah seorang pelajar "last minute"....

Kepada student "last minute"... Teman nak pesan skit...khas untuk mike....

Kalau boleh buat peta minda dan nota "super duper hyper" ringkas...melihat, membaca, sebut, dengar apa yg disebut serta menulis lagi cepat masuk berbanding melihat dan membaca dalam hati sahaja...

Baca kuat2 bila dah last minute ni....lantak la orang nak cakap apa....

Ingat....masa baca...fokus pada key point...hafal dan fahamkan....lepas tu baca sepintas lalu "Elaboration" dia untuk lebih menghayati....last minute macam ni...dah tak sempat nak baca panjang2 dah....terpulang pada skill "menggoreng" masing2....

"Key Point" yang kukuh dicampur dengan "skill goreng" elaboration" yang mantap akan menghasilkan jawapan yang KBKK bukannya sebiji2 macam "skema jawapan"....

Kalau mike dapat pensyarah yang berjiwa KBAT bukan KBAS atau KBAR apatah lagi KBTA....confirm dia suka...kalau dapat pensyarah yang skematik...pasrah la dengan result yang dapat....

Teman ni bukannya best student..tak kurang sangat...tak lebih sangat...sederhana sahaja semasa di U dulu....sedikit nasihat dari pengalaman bila dah jadi psyarah kimi-A! ni...teman jumpa banyak manusia jenis "skematik" di luar sini...kalau teman nak cari pekerja dan business partner yang cemerlang...teman cari manusia yang berjiwa KBAPT bukannya robot atau pakar menghafal sedunia aka rote learning....!

p/s: Nasihat di atas hanya sesuai untuk mereka yang "Last Minute is Our Trust" namun kurang sesuai dengan mereka yang "Practice Makes Perfect"

Yang mana dah selesa....Sila stay dengan "skill" dan "habit" anda masing2..

Bahagia

Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API...

Jika KEMAHSYURAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...

Jika KEKUASAAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...

Jika KECANTIKAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...

Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISION..

Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.

Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.

"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh merekα."

"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada ."

Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.

"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila2, dimana2 dan dalam apa jua keadaan pun."

KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang  BERSYUKUR".

"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG KAMU MILIKI SAAT INI".......👍👍👍

BER"SYUKUR" adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.....
😃😃😃
Jom muhasabah😘😘😘

Ahad, 24 Januari 2016

PHd

KENAPA LAMA SANGAT NAK HABIS MASTER/PHD?
.
.
Orang tanya-tanya saya, kenapa saya dah nak masuk tahun keempat masih tak habis PhD, sedangkan ads orang dua tahun saja dah julang ijazah atas pentas.
.
.
Saya cakap, PhD ni bukan macam bachelor degree bro. Masa bachelor degree, semua dah tetap. Okay kalau ambil engineering, 5 tahun dah boleh dapat ijazah sarjana muda. Apa jenis kelas dan latihan makmal semua dah ditetapkan. Ikut saja. Kalau semuanya baik, 5 tahun dah jadi engineer. Itu pun ada yang extend atas pelbagai sebab.
.
.
Kalau master pula ada dua jenis. Satu by course dan satu by research. Kalau by course selalunya setahun dua dah habis. Kena pergi kelas dan buat penyelidikan sikit serta ada latihan industri kalau perlu. Kalau master by research, tak ada kelas tapi nak habis bila memang tak boleh nak kata. Sama juga dengan PhD. Semua bergantung kepada jenis research yang dibuat.
.
.
Research ada dua jenis. Satu theoretical dan satu lagi experimental. Kalau theoretical banyak buat kira-kira, buat formula, simulation dan benda-benda berkaitan. Selalunya lebih cepat habis berbanding orang yang pilih experimental. Kalau experimental, kena buat eksperimen, dan selalunya geng eksperimen inilah yang lambat sedikit nak habis.
.
.
Ini disebabkan eksperimen ini tak ada guarantee yang hasilnya memuaskan. Juga ada eksperimen yang kecil dan ada eksperimen yang besar. Kalau anda buat eksperimen kimia atau metallurgy, sampel anda kecil dan sedikit. Bacaan juga sedikit dan tak banyak variation. Boleh buat dalam lab. Kalau anda buat eksperimen jana kuasa kecil, sampel anda besar dan sukar nak dapat bacaan yang stabil dan tepat. Nak mengerjakan jana kuasa juga bukan benda senang.
.
.
Itu belum kira lagi kalau ada equipment rosak yang kadang-kadang ambil bulan dan tahun untuk dibaiki atau dibeli baru. Itu yang selalu buat delay. Waktu master saya habis setahun tak buat banyak benda sebab nak tunggu reaktor siap. Waktu PhD saya tunggu setahun untuk tunggu reaktor saya dibaiki.
.
.
Maka saya harap janganlah nilai seseorang calon master dan PhD dengan jumlah waktu yang diambil untuk dia habis belajar. Ujian kami lain-lain belaka. Kalau apa yang dikaji itu lebih detail dan payah nak dibuat, maka lebih lagi lah masa yang akan diambil. Saya tak kata mana-mana yang cepat habis itu tak detail. Ada juga yang detail. Everything depends on the scope and scale of the study, the analytical requirements, the novelty and the justifications of your study.
.
.
Jangan risau la kalau lambat sedikit daripada orang. Yang penting, habis. Ada kawan saya, lapan tahun buat PhD baru habis. Takda hal bro. Ingat, yang penting habis!