Ahad, 24 Januari 2016

PHd

KENAPA LAMA SANGAT NAK HABIS MASTER/PHD?
.
.
Orang tanya-tanya saya, kenapa saya dah nak masuk tahun keempat masih tak habis PhD, sedangkan ads orang dua tahun saja dah julang ijazah atas pentas.
.
.
Saya cakap, PhD ni bukan macam bachelor degree bro. Masa bachelor degree, semua dah tetap. Okay kalau ambil engineering, 5 tahun dah boleh dapat ijazah sarjana muda. Apa jenis kelas dan latihan makmal semua dah ditetapkan. Ikut saja. Kalau semuanya baik, 5 tahun dah jadi engineer. Itu pun ada yang extend atas pelbagai sebab.
.
.
Kalau master pula ada dua jenis. Satu by course dan satu by research. Kalau by course selalunya setahun dua dah habis. Kena pergi kelas dan buat penyelidikan sikit serta ada latihan industri kalau perlu. Kalau master by research, tak ada kelas tapi nak habis bila memang tak boleh nak kata. Sama juga dengan PhD. Semua bergantung kepada jenis research yang dibuat.
.
.
Research ada dua jenis. Satu theoretical dan satu lagi experimental. Kalau theoretical banyak buat kira-kira, buat formula, simulation dan benda-benda berkaitan. Selalunya lebih cepat habis berbanding orang yang pilih experimental. Kalau experimental, kena buat eksperimen, dan selalunya geng eksperimen inilah yang lambat sedikit nak habis.
.
.
Ini disebabkan eksperimen ini tak ada guarantee yang hasilnya memuaskan. Juga ada eksperimen yang kecil dan ada eksperimen yang besar. Kalau anda buat eksperimen kimia atau metallurgy, sampel anda kecil dan sedikit. Bacaan juga sedikit dan tak banyak variation. Boleh buat dalam lab. Kalau anda buat eksperimen jana kuasa kecil, sampel anda besar dan sukar nak dapat bacaan yang stabil dan tepat. Nak mengerjakan jana kuasa juga bukan benda senang.
.
.
Itu belum kira lagi kalau ada equipment rosak yang kadang-kadang ambil bulan dan tahun untuk dibaiki atau dibeli baru. Itu yang selalu buat delay. Waktu master saya habis setahun tak buat banyak benda sebab nak tunggu reaktor siap. Waktu PhD saya tunggu setahun untuk tunggu reaktor saya dibaiki.
.
.
Maka saya harap janganlah nilai seseorang calon master dan PhD dengan jumlah waktu yang diambil untuk dia habis belajar. Ujian kami lain-lain belaka. Kalau apa yang dikaji itu lebih detail dan payah nak dibuat, maka lebih lagi lah masa yang akan diambil. Saya tak kata mana-mana yang cepat habis itu tak detail. Ada juga yang detail. Everything depends on the scope and scale of the study, the analytical requirements, the novelty and the justifications of your study.
.
.
Jangan risau la kalau lambat sedikit daripada orang. Yang penting, habis. Ada kawan saya, lapan tahun buat PhD baru habis. Takda hal bro. Ingat, yang penting habis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan