Pensyarah terlalu ekspektasi pada pelajar. Pensyarah tidak sedar pelajar pun terbeban dengan silibus yang padat lagi banyak tetapi masih lagi mahukan lebih dari pelajar. Buat kelas 7-8 pagi. Sambung 4-5 petang malam 8-10 malam. Bila masa pelajar rehat?
Otak kita dipenuhi dengan segala macam perkara yang kononnya menyediakan mereka menjadi insan cemerlang. Cemerlang dari segi apa yang kita mahu? Hanya sekadar 4 flat tapi menghafal? Jadi burung kakak tua? Abis exam lupa semua? Saya berpendapat definisi cemerlang kita sekarang sudah tersesat. Definisi cemerlang kita mengakibatkan pelajar kita menjadi mangsa. Mangsa sistem dan juga mangsa pensyarah yang mengalami delusi. pelajar kita menjadi proksi untuk menunjukkan kita hebat, untuk kita mendapat pujian melambung, untuk kita, untuk kita dan untuk kita. Hebat tang mana pun tak tau walhal pada masa yang sama pelajar mengadu yang pelajar stress.
Untuk pelajar? Jangan obsess sangat. Tidak hairanlah jika pelajar kita sekarang lemah EQ nya walaupun hebat pelajarannya. Tidak hairanlah jika pelajar kita mudah stress, lemah jati diri, sempit fikirannya. Bila jawab merapu. Sebab apa? Sebab kita ingin mereka menjadi acuan yang kita definisikan sendiri iaitu cemerlang pelajaran. Maka segala usaha hanya ke arah itu sahaja. 4 rata… dapat kos idaman. Lebih tinggi kedudukan dari kolej lain. Layan pelajar macam robot.please... Don’t be selfish. Pelajar juga manusia.
Apalah nasib pelajar lani? Disumbat dan dipaksakan dengan idealisme pensyarah dan sistem yang didasarkan pada keperluan orang lain dan bukan keperluan dan kemampuan seorang pelajar yang baru mahu mengenal dunia pra-universiti.??
Tidak bolehkah kita berikan mereka peluang dan ruang untuk menjadi pelajar pra-universiti? Bukannya robot yang diprogramkan.
Tidak bolehkah kita berikan mereka peluang dan ruang untuk menjadi pelajar pra-universiti? Bukannya robot yang diprogramkan.
Tinggalkan sistem sekolah yang spoon feed sehingga pelajar menganga saja. Biarlah, kalau mereka cemerlang 4 rata, Alhamdulilah. Jika tidak, apa nak buat jika mereka sudah berusaha yang terbaek. Mungkin bukan rezekinya begitu. Allah maha pemberi rezeki. Biarkan pelajar berusaha dengan cara mereka.
Yang kita ni pun nak sangat pelajar kita cemerlang 4 rata, kita sendiri macamana? Cemerlang? Istiqomah solat subuh berjemaah??? Kadang² teman rasa pelik, hairan dan ajaib sebab klu semua pelajar dalam satu kelas tak dapat A … pensyarah macam wat satu dosa besar lak… dunia akhir zaman.
sudahnya pelajar menjadi cemerlang tanpa melalui proses yang betul. Pelajar jadi overcooked bila masuk U.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan