Jumaat, 15 Januari 2016

4 faktor

APAKAH EMPAT PERKARA YANG MENYATUKAN UMAT ISLAM?
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 153 (14 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 4 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Mohon pencerahan Tuan mufti. Apakah 4 perkara yang menyatukan umat islam dan ditakuti orang kafir? Terima kasih.

JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Waalaikumussalam wbt,
Wallahua`lam. Kami tidak begitu pasti penetapan 4 perkara seperti itu. Mungkin secara umumnya empat perkara itu ialah:

* al-Quran. Kitab agung ini ialah punca dustur yang menggesa kepada kesatuan. Berapa banyak ayat Allah yang berbicara tentang kesatuan manusia atas dasar tauhid mutlak semata-mata kepada Allah.

* al-Sunnah. Rasulullah SAW ialah model terbaik untuk diikuti secara bersama oleh setiap manusia dalam menterjemahkan kalam Allah dalam al-Quran dalam konteks kehidupan manusia.

* Ta`awun. Konsep tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira warna kulit, ideologi dan taraf sosial ialah elemen penting dalam rangka perpaduan menurut Islam. Dalam sebuah hadis. Dikatakan Rasulullah SAW bersabda:
من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.

*Ibadat. Peranan solat, haji dan zakat yang dilakukan secara berjemaah menzahirkan rasa kebersamaan dan kesatuan yang sebenarnya boleh menggerunkan hati para musuh Islam dan menambah jati diri Muslim.
Wallahua`’lam.

Ps: Soalan ini telah dijawab oleh S.S. Datuk Mufti dalam siaran slot Medan Fatwa, Cinta Ilmu di TV al-Hijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan