Khamis, 7 Januari 2016

Solat

Lima perkara penting yang terkandung dalam solat fardhu
1)Orang yang solat 5 waktu akan menyebut Allah, Rabb dan nama-nama ALlah yang lain lebih dari 100 kali dalam sehari.
Kita tidak menyebut nama seseorang lebih dari 100 kali tiap-tiap hari dalam hidup. Dengan itu Allah merupakan keutamaan bagi orang yang mendirikan solat.
2)Orang yang solat akan meminta keampunan dari Allah dalam setiap rakaat apabila mengucapkan (رب اغفرلي) .
Allah maha pengampun tidak akan mengabaikan permintaan hamba-Nya yang dilakukan berulang-ulang saban hari.
3)Orang yang solat fardhu akan mengalunkan al-fatihah dalam setiap rakaatnya. Untuk 40 tahun solat, manusia akan mengalunkan al-fatihah hampir 250 000 kali. Sebanyak itu jugalah kita memohon doa ditunjukkan jalan yang lurus.
Tiada orang pernah menyanyikan 1 lagu sebanyak itu sambil tidak berasa jemu. Hanya al-Fatihah mengisi jiwa manusia tanpa menjadikan mereka jemu dengannya.
4)Dalam setiap tashahhud, orang yang solat fardhu akan mengucapkan salam kepada Rasulullah S.A.W apabila mengucapkan . السلام عليك أيها النبي .
Kita biasanya tidak mengucapkan salam kepada orang yang sama sebanyak 10 kali sehari apatahlagi diulang2 setiap hari.
5)Diantara ruku' dan sujud. Orang yang solat akan berhenti seketika. Tidak berbuat apa-apa, hanya berdiri tenang sambil berkata : Wahai tuhanku, kepada engkaulah segala pujian.
Kita biasanya hanya berdiri tanpa berbuat-apa malainkan sekadar melafazkan cinta kepada seseorang sekali dalam hidup, itupun telah cukup untuk meninggalkan kesan paling mendalam dalam jiwa kekasih. Tetapi kita lafazkan pujian kepada tuhan kita saban hari tanpa berasa jemu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan