Ahad, 17 Januari 2016

Diberi utk mberi

Tazkirah Hari Ini (16.01.2016)

Diberi Untuk Memberi

Siapa yang lebih cinta maka dialah yang lebih banyak memberi.Justeru,jika kurang memberi itu petanda “kurangnya” cinta.Apabila kurang rasa cinta,tergugatlah persaudaraan dan rengganglah perpaduan.Oleh sebab itu,hidup ini akan harmoni hanya apabila kita banyak memberi bukan menerima.

Manusia memikul peranan sebagai khalifah di muka bumi.Tugas khalifah itu adalah untuk memberi kebaikan - buat diri sendiri,orang lain dan persekitaran.Hanya dengan itu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan material,keamanan dan keampunan Tuhan.

Malangnya,dalam hidup ini ramai manusia mementingkan bagaimana untuk mendapat,bukan memberi.Mendapat pada sangkaan mereka akan membahagiakan.Maka berlakulah persaingan malah perebutan.Padahal hidup ini bukan untuk bersaing tetapi saling berkongsi. “We are here to complete not to compete!” - Kita di dunia ini bukan untuk bertanding tetapi untuk melengkapi antara satu sama lain.

Jika kita banyak memberi,kita akan meningkatkan kualiti jiwa.Jika kita banyak menerima,kita hanya akan meningkatkan kuantiti harta.

(Ust Pahrol Mohamad Juoi - Semuanya Soal Hati)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan