ADAB BERBEZA PENDAPAT?
Berbeza pendapat tu lumrah. Tapi, mengurus perbezaan pendapat itu ramai yang tersilap. Akhirnya, akibat tak faham, mereka anggap orang yang berbeza pendapat ni sedang bergaduh, ataupun memang betul-betul gaduh dan sebagainya.
Apa-apapun, di sini adab berbeza pendapat:
1) Berbeza pendapat tu normal. Ulama-ulama dahulu kala pun berbeza pendapat. Di kalangan sahabatpun ada yang berbeza pendapat.
2) Bila berbeza, pastikan pendapat yang di keluarkan itu berdasarkan HUJAH dan DALIL yang mengikuti disiplin ilmu. Pendapat A kena ada dalil, pendapat B kena ada dalil. Dan mengikut DISIPLINnya, bukan pakai dalil yang takde kena mengena dengan isu, atau tafsirannya salah dan yang sama waktu dengannya.
3) Bila kita keluarkan satu pendapat, pastikan pendapat kita tu ada hujah. Andai orang yang berbeza pendapat nak melawan hujah kita, juga mereka memerlukan hujah.
4) Maka, akan ada berlaku siri hujah membalas hujah. Adakah ini sesuatu yang tak bagus? Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang normal dan sangat bagus.
Contohnya, Ibn Jauzi, ada menulis sebuah kitab bertajuk صفة الصفوة(sebuah kita sirah dan juga kisah-kisah ulama di zaman sajabat dan selepas sahabat), yang mana, kitab ni di tulis kerana dia nak KRITIK satu kitab yang di tulis oleh seorang ulama sebelumnya iaitu kitab حلية الأولياء وطبقات الأصفياء oleh AlAsbahani.
Ibn Jauzi baca kitab ini, dan ibn jauzi tak puas hati, kerana ibn jauzi lihat di dalamnya terdapat hadis-hadis dhaif dan palsu, lalu ibn jauzi mengkritik kitab tersebut dengan menulis sebuah kitab(kalau kita, tak puas hati sikit, gaduh di FB. Hehe. Tapi ulama dulu, bila berbeza pendapat, siap dapat buat kitab tu!)
Contoh lain, Ibn Jauzi jugak ada tulis kitab "الموضوعات"(sebuah kita yang mengumpulkan hadis-hadis palsu). Yang mana, di dalamnya, ibn jauzi claim ada beberapa hadis dalam kitab musnad ahmad dan hadis riwayat muslim yang palsu, yang mana beliau menyenaraikan 15 hadis palsu dari musnad Ahmad. TAPI, ada ulama lain TAK SETUJU dengan pandangan ibn jauzi dalam kitab itu, lalu seorang ulama yang bernama Imam Ibn Hajar AlAskalani(pengarang kitab fathul bari) menulis sebuah kitab yang bertajuk القول المسدد في الذب عن مسند الإمام أحمد(pendapat yang tepat bagi menyokong musnad ahmad) untuk kritik kitab almauduaat tersebut.
Ni contoh sahaja. Nak kata, ulama dulu, beza pendapat, tak mainla kutuk-kutuk emotional bagai. Tapi, mereka berhujah dan membalas hujah dengan disiplin ilmu dan penuh adab. Adakah mereka gaduh? Tidak.
5) Seterusnya, ELAKKANLAH dari mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah MENGUTUK, PERLI atau MEMANDANG HINA pihak yang tak sependapat dengan kita.
Nak berhujah, berhujahlah betul-betul ikut disiplin ilmu. Bawak nas, dalil, tulis teks kitab, dan bukannya mengutuk pihak yang kita berbeza, bukak aibnya, menghinanya, menggelarkannya dengan pelbagai gelaran yang tidak enak, mempersoalkan keilmuan dan sijil, fitnah, mencari kesalahan remeh yang kadang tak di sengajakan, dan yang sama waktu dengannya.
Nak berhujah, berhujahlah dengan profesional. Janganlah maki hamun dan emotional terlebih.
6) So, kebiasaannya, perbezaan pendapat ni akan jadi tak best bila ada salah satu pihak yang berhujah tak ikut disiplin ilmu dan emotional terlebih banyak dari hujah. Kat situlah jadi gaduh.
7) Orang awam pulak, tak payahlah nak komen-komen kutuk puak ni puak tu. Kalau tak tahu nak hujah apa, tak payah komen lagi bagus. Ni, bila kita admire satu ustaz, kita backup ustaz tu dan pangkah dan kutuk ustaz yang kita tak suka, dan begitulah sebaliknya.
Kadang-kadang, orang yang komen pelik-pelik ni la yang mencetuskan pergaduhan, mengadu domba dan sebagainya. Hati-hatilah.
8) Kepada orang awam, bila nampak ada ustaz-ustaz yang berbeza pendapat, berbalas hujah, janganlah anggap mereka bergaduh. Kadang, mereka tak bergaduhpun, just berbalas hujah. So, KITA ni, buanglah sifat taksub, tengok mana hujah yang lebih korang rasa tepat untuk korang ikut.
9) Perbezaan ni rahmat. Dan perpecahan merupakan satu azab. Elakkan menabur fitnah, mengeluarkan kata-kata kesat, menuduh ini itu. Kalau dah takde hujah, janganlah jadi macam orang musyrikin mekah. Yang mana, mereka dah takde hujah nak tolak nabi, akhirnya mereka kata nabi gila, nabi kena rasuk jin, nabi otak tak betul, nabi pemecah belah dan pelbagal lagi tuduhan.
Janganlah cakap orang yang berbeza pendapat dengan kita tu "otak tak betul", "tidak menentu keadaan otaknya", pertikaikan ilmu, dan sebagainya.
Di situ sahaja telah menunjukkan kita salah, kerana termakan dengan tipu daya iblis. Kerana ilmu, akhirnya hilang sifat tawadhuk sehingga mencaci maki orang.
Berhati-hatilah.
***
Wallahua'lam.
Itulah serba sedikit adab dalam berbeza pendapat.
Andai kami sendiri tak amalkan, jangan segan silu untuk tegur kami.
Moga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan