Selepas jasad nabi adam complete dan diletakkan di syurga, ada satu peristiwa berlaku seperti direkod dalam sahih muslim.
" Apabila Allah sudah membentuk penciptaan Adam di dalam syurga, kemudian meninggalkannya untuk satu tempoh masa yang dikehendakiNya, Iblis mengelilingi jasad Adam bagi mengetahui keadaannya.
Apabila Iblis melihatnya berongga, dia tahu Allah mencipta satu makhluk yang tidak mampu menguasai diri."
Syeikh Solah berpandangan manusia tidak mampu mengawal diri bila marah, terhadap fitnah, terhadap syahwat, dan terhadap tarikan dunia. (Sirah Adam)
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
( Al-'Araf : 16 )
Menurut ustaz syaari, perkataan لَأَقْعُدَنَّ berasal dari root word قعد bermaksud duduk yang lama. Kalau dalam terjemahan bahasa melayu kebanyakan tulis mengambil tempat, kalau baca english translation diorang pilih sit in wait/lie in wait.
Kata Ustaz syaari Iblis takes time untuk mencari kelemahan manusia. He is really really good and has millions years of experience at this.
Dalam al-Quran dirakamkan bagaimana syaitan ketika menghasut Nabi Adam dan Hawa dengan janji-janji seperti di dalam surah al-a'raf dan taha.
Dan kita memohon perlindungan Allah daripadanya.
وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ
"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya (Syaitan-syaitan itu) tidak menghampiriku"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan