Rabu, 16 November 2016

Zakaria

Bengkak mata saya masih tak surut sejak menangis dari siang tadi. Suami berkali pesan agar saya redha dengan takdir Allah ini

12 November 2016. Tarikh ini akan menjadi ingatan buat saya dan warga sekolah. Kehilangan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani dalam kalangan kami.

Tn Hj Zakaria bin Omar, GPK Pentadbiran yang sentiasa meneladani kepimpinan Rasulullah SAW. Mendekati setiap daripada kami dari akar umbi tanpa ada rasa pilih kasih atau berat sebelah. Pertama kali melihatnya pasti sesiapa pun sedar betapa beliau amat mesra dan mudah dibawa berbincang.

Sejujurnya saya rasa kehilangan yang besar kerana pasti sukar untuk lupakan sapaannya setiap hari. "Eh kakak kau sekarang masih di ipg?", "Eh anak sedara kau yang tu belajar kat mana"?, "Kau dah habis belajar? Nanti bila nak sambung lagi?", "Buat jelah.. Jangan pening-pening kepala" dan banyak lagi dialog yang tak mungkin saya akan lupa.

Beliau tiada galang ganti. Pemimpin yang berusaha untuk kenal dan ingat setiap nama kami. Boleh sebut nama kami satu persatu. Ingat sejarah perkhidmatan kami. Tahu kebolehan kami. Dan selalu tidak mahu susahkan kami.

Gambar yang saya upload ini saya ambil ketika Tn Haji sedang mengangkat fail-fail PBPPP kami. Memang Tn Hj ada ingatkan kami semua untuk alihkan fail-fail tersebut, tapi kerana kekangan masa, kami belum sempat mengalihkannya. Tn Hj tidak marah, tidak mengulang-ulang arahannya. Dilihat fail masih tidak bergerak, tanpa memikirkan statusnya, terus diangkat sedikit demi sedikit fail-fail tersebut. Kebetulan saya sedang melintasi kawasan itu ketika ke kelas.

"Haji! Buat apa ni?"
"Tak de orang angkat, aku angkat jelah..." jawabnya selamba dan lembut.

Saya berasa amat malu mendengar jawapan Tn Hj. Saya mengejar Tn Hj sambil berseloroh ingin menangkap gambarnya. Tn Hj ketawa. Dan waktu itu terlintas di hati saya, "Haji tak berapa sihat, kalau aku tak tolong mesti aku menyesal..". Dan kebetulan ada beberapa guru lain yang turut lalu dan terus membantu sama.

Itu bukanlah kali pertama beliau melakukan sedemikian. Angkat kerusi, kemas dewan, angkat fail, sapu bilik mesyuarat, dan bermacam lagi yang sepatutnya boleh diarahkan sahaja kepada kami telah dilakukan beliau dengan rela dan ikhlas tanpa sekali pun beliau pernah mengungkit. Allahu...

Pemimpin yang sangat berpegang teguh dengan tali agama Allah. Sentiasa solat di awal waktu, berjemaah dengan anak-anak murid dan guru, mengusahakan surau dibesarkan untuk keselesaan semua dan sentiasa berpesan kepada kami bahawa rezeki itu datang daripada Allah dalam pelbagai bentuk; kesihatan, ilmu yang bermanfaat, dan keberkatan hidup.

Beliau amat jarang tidak memudahkan hidup orang lain. Sentiasa mempermudahkan sesuatu. Sentiasa ada solusi ketika bertemu dengannya di saat masalah dirasakan membebani bahu.

Dan Allah telah mempermudahkan urusan pemergiannya. Radang pankreas hanyalah asbab untuk Allah mengambil hamba-Nya yang dicintai ini. Hari Khamis terakhir masih sempat bergurau senda dengan kami. Hari Jumaat kami dikhabarkan oleh isterinya yang Tn Hj dimasukkan ke HDW dan Hari Sabtu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sungguh cepat dan sukar untuk kami terima pada awalnya apatah lagi buat isteri dan anak-anak beliau.

Apabila jenazah tiba di rumah, ratusan manusia sudah bersedia untuk melihatnya buat kali terakhir. Kami guru-guru di bawah pimpinannya pasti mahu melihat wajah terakhir yang sentiasa memberikan senyuman kepada kami. Sejak jenazahnya tiba, bau harum mula dihidu. Kami bergilir untuk menatap wajahnya. Subhanallah. Tn Haji seperti sedang tidur. Wajahnya sangat tenang. Setenang wajah yang selalu kami pandang.

Dan bukan saya seorang sahaja yang menangisi pemergian beliau, tapi sebahagian besar daripada kami. Esakan sentiasa kedengaran dan masing-masing menyelami perasaan sendiri.

Selepas saat terakhir wajahnya dibuka, beliau disolatkan di masjid berhampiran dan kemudian disegerakan untuk urusan pengkebumian. Saya menyusuli van jenazah kerana ingin melihat Tn Hj hingga kali terakhir.

Hujan renyai awalnya. Bila jenazah tiba, hujan gerimis tadi berhenti. A

nak lelaki beliau sudah menanti untuk mengangkat jasad ayahnya buat kali terakhir. Diusap tubuh ayahnya dengan lembut. Diangkat dengan berhati-hati dan alhamdulillah jasad Tn Hj dipermudahkan untuk masuk ke liang lahad. Cuaca yang sekejap terik bertukar redup. Allahu.. Betapa mudah perjalanan beliau ke alam baqa'. Semudah urusan yang beliau selalu berikan kepada kami. Benarlah jika kita sering memudahkan urusan insan lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak.

Tuan PPD kami juga ada, setia memayungi di sisi kubur Tn Hj sehingga akhir bacaan talkin. Sayu dan hiba mendengar kalimah 'Man Robbuka' dari Imam. Melihat anaknya menitis air mata, sedikit terusik hati dan tah berapa kali mengalir juga air mata kami di situ. Namun kami perlu redha dan mendoakan agar Tn Hj ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Semoga segala ilmu dan kebaikan yang beliau taburkan selama ini menjadi pencen kubur buatnya di sana. Amin.
.
.
.

Tn Hj Zakaria bin Omar,
Pemimpin dan guru yang disayangi dan dihormati kami,
Kehilangannya dirasai,
Kehilangannya ditangisi,
Semoga syurga buatnya nanti.

Al-Fatihah.
.
.
Arwah merupakan GPK Pentadbiran di SMK Sultan Ibrahim, Kulai

Tyre

JENAMA TAYAR MENGIKUT JENAMA DAN GRED DI SELURUH DUNIA.......
**Premium Brand Tyres (Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)

**Mid Range Brand Tyres (Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)

**Economy Brand Tyres (Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)

**Budget Brand Tyres (Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini




(Premium Brand Tyres)
Bridgestone
Continental
Dunlop
Goodyear
Michelin
Pirelli
Yokohama


(Mid Range Brand Tyres)
Avon
BFGoodrich
Cooper
Falken
Firestone
Fulda
General
Hankook
Kumho
Marangoni
Nokian
Toyo
Uniroyal
Vredestein

(Economy Brand Tyres)
Achilles
Apollo
Barum
Ceat
Dayton
Debica
Dmack
ESA Tecar
Federal
GT Radial
Hercules
High Performer
Infinity
Interstate
Kenda
Kleber
Kormoran
Marshal
Matador
Maxtrek
Maxxis
Meteor
Millennium
Nankang
Neuton
Nexen
Nitto
Prestivo
Radar
Riken
Sava
Semperit
Silverstone
Sumitomo
Sunny
Tigar
Viking
westlake tyres
Zeetex
Zeta

(Budget Brand Tyres)
Accelera
Admiral
Altenzo
Austone
Autogrip
BCT
Dextero
Duran
Event
Evergreen
Forceum
Fortuna
Fullrun
Fullway
Gislaved
Goodride
Haida
Hero
Herse
Hifly
Jinyu
Landsail
Lassa
Linglong
Maloya
Mastercraft
Mastersteel
Mohawk
Petlas
Platin
Primewell
Roadstone
Rockstone
Rotalla
Runway
Sailun
Sportiva
Star Performer
Starfire
Starmaxx
Sunew
Sunitrac
Syron
Tracmax
Triangle
Tyfoon
Wanli
Westlake
Moga bermaafaat dan dapat membantu😉

Selasa, 15 November 2016

Api

Kalau anda terlihat kebakaran kenderaan di depan mata, di jalan raya, macam mana anda nak membantu dengnan cara yangg betul? Tanpa pili air, tanpa pemadan api, tanpa bantuan bomba, lagi-lagi bila ada mangsa di dalam kenderaan.

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Jangan padam guna air jika api tengah besar, sebab mangsa akan lebih teraniaya, kulit mangsa akan melekat pada seat dan api sebenarnya lebih besar, sebab minyak mungkin melimpah.

Ikut pesanan ni;

1⃣ 📞 bomba secepat mungkin menggunakan nombor yang betul👇

- *999* untuk talian tetap atau mobile berkredit
- *112* untuk mobile walaupun tiada kredit

Tidak rugi kalau 10 orang 📞, sebab kalau semua harap orang lain dah 📞, last-last sebenarnya belum ada yang 📞.

2⃣ Cari pemadam api/fire extinguisher

Mana nak cari kalau anda di tepi jalan? Kereta anda tidak mempunyai pemadam api?

Ini jawapan yang ramai antara kita tak tahu👇

❗Tahan kenderaan awam atau kenderaan komersial seperti teksi, bas, lori!

❗Tahan kenderaan awam atau kenderaan komersial seperti teksi, bas, lori!

❗Tahan kenderaan awam atau kenderaan komersial seperti teksi, bas, lori!

Tahan sampai mereka berhenti!!!

Tahan sampai mereka berhenti!!!

Tahan sampai mereka berhenti!!!

KENAPA❓❓❓

Untuk pengetahuan anda, setiap kenderaan awam atau komersial WAJIB menyimpan pemadam api dalam kenderaan mereka.

Maka, jika 10 orang menyaksikan kebakaran di tepi jalan dan 10 orang tersebut menahan 10 kenderaan awam, maka 10 pemadan api sudah berjaya didapatkan.

Lebih dari cukup untuk mengawal kebakaran dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum ketibaan bomba!

3⃣ Padam punca kebakaran, sembur bahagian bawah/sumber api. Keluarkan mangsa.

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Maka, buatlah tindakan yang betul!

1) 📞 bomba

2) Cari pemadam api
- Tahan semua kenderaan awam/komersial (sebanyak mungkin)
- Pinjam pemadam api dari mereka

3) Padam api / cuba padam api dan keluarkan mangsa dari kenderaan.

PESANAN DARI;

NURNABILA KHAIRUDIN
Pertubuhan Pencegahan Kebakaran (PPK)
FIREPREVENTORSOCIETY.ORG

_Untuk pengetahuan rakyat 🇲🇾_

Isnin, 14 November 2016

Pelajar

Pelajar Bukan Orang Gaji

ADA seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan jika sesekali berjumpa dengan saya, sering mengeluh tentang betapa zaman sudah berubah. Bagaimana anak-anak mahasiswa yang diajarnya itu sudah kekurangan adab dan santun dalam menyantuni guru-guru mereka.
Dulu, ada seorang guru menceritakan kepada saya. Bagaimana dia dan guru-guru sekolahnya menghimpunkan anak-anak di sebuah program kembara di kaki hutan. Sudah pasti mereka harus bermalam di khemah dan sudah tentulah ada panas dan peluh jika beraktiviti sebegitu.

Menjelang petang, sebuah kereta Mercedes yang besar menjalar memasuki kawasan rekreasi dan rehlah. Rupanya, seorang ayah datang mengambil seorang pelajar. Pelajar itu mengadu tidak bisa berada lama di hutan itu. Rimas dan lemas. Lalu, mahu pulang segera dengan menelefon ayahnya supaya diambil. Segera.

Guru-guru tidak mampu berbuat apa-apa. Khabarnya guru-guru tersebut mengajar di sekolah anak-anak hartawan

Pelajar bukan orang gaji minta padamkan papan hitam

Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur kerana menyuruh anak didiknya memadam papan hitam. Ditegur supaya tidak menyuruh anak muridnya lagi melakukan sedemikian. Anak didik bukanlah orang gaji. Anak didik bukanlah orang suruhan. Anak didik adalah pelanggan kita.

Sejak itu, menjadi titik noktah. Dia serik.

Tentu tuan pernah menonton video yang viral bagaimana sekolah di Jepun yang mana anak didik yang menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot!

Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu hari seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja bukan menghukum atau mendenda malah bercakap pun dengan nada yang biasa.

Selepas itu, satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar teruk. Guru itu menemui kembali anak didiknya itu.

“Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu dengan kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang.”

Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda kepada pelajar. Jika mengenakan hukuman fizikal, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu. Maka, apakan daya zaman sudah berubah.

Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas selaku pensyarah itu. Rakan saya itu sungguh terkejut menerima whatsapp yang bertanya

“Tuan datang tak kelas pagi ini ?”

Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu.

Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah maka datanglah seorang guru yang menanyakan kisah mengapa tidak hadir.

Namun, zaman sekarang, guru datang menanyakan sudah berminggu-minggu tidak hadir. Datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motor yang dibawa guru tersebut.

Esoknya, anak didik itu tidak datang juga. Lusanya tidak datang lagi. Guru itu datang lagi sekali.

Ayahnya yang melengkar lagi belum bangun dari tidur, terpisat-pisat selamba menjawab.

“La, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari lepas ini”

“Cikgu, kalau nak anak saya datang awal sangat, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya”

Begitulah antara yang peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.

Zaman sudah berubah, cikgu

Zaman tuan-tuan belajar dahulu bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas lantai tar? Zaman kita-kita dahulukan. Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga ustaz di sekolah saya di sekolah rendah dahulu.

Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah berprestasi tinggi. Sedang saya memarkir kereta saya, saya melihat sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik di atas padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan di belakang. Turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita. Harus menuntut ilmulah daripadanya.

Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik itu akan hukuman itu. Dan, begitu beraninya dan tegarnya guru itu. Tak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?. Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebar luaskan. Saya akan buat caption paling win.

“Guru denda pelajar sehingga pengsan. Tidak dibenarkan makan. Berjalan itik sehingga lewat petang”

Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya dengan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang.

Namun, saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia seorang guru. Cabaran dan getir hidup dijalani menjadi seorang guru mendidik yang zamannya sudah jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk niat apa sebenarnya.

Guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’

Seorang doktor menulis di facebooknya tentang impiannya mahu bertugas selaku seorang doktor di daerah pedalaman. Yang jauh dari viral dan pelanggan yang suka menghentam dunia doktor dan jururawat. Suka memviralkkan situasi tidak benar kepada daerah komuniti penduduk pedalaman yang lebih tahu menghargai nilai kemanusiaan.

Hakikatnya, ada ramai juga guru yang mahu pulang ke daerah pedalaman dan kampung kerana tidak bisa mengajar anak-anak didik orang bangsawan yang menjadikan guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’.

Saya sudah lama tidak merotan anak didik saya. Sudah berbelas-belas tahun lamanya. Zaman sudah berubah tapi saya masih guru yang sama. Masih seperti dahulu.

Prof Muhaya pernah bercerita sewaktu zaman belajarnya dahulu arwah ayahnya sering mengajaknya pergi berhari raya ke rumah bekas-bekas guru Prof Muhaya. Jauh-jauh pergi beraya. Prof berkata arwah ayahnya mahu membalas jasa kepada guru-guru yang pernah mengadakan kelas tambahan secara percuma buat dirinya dahulu. Tanda berterima kasih. Begitulah orang zaman dahulu dengan guru-gurunya.

Bagaimanakah nanti 15 tahun lagi ya ? Takut pula sekiranya anak didik saya menumbuk saya yang sudah tua dalam umur 58 tahun kelak yang gigi nantinya sudah tiada lagi. Kerana sudah tidak ada apa-apa erti lagi dengan menjadi guru. Sekadar mengajar bukanlah lagi tentang mendidik.

Zaman sudah berubah, katanyalah.

Saya tinggalkan dengan serangkap pantun jelas menunjukkan suasana semasa

Apa beza kolek dan sampan?
Mana panjang dari perahu?
Apa guna cantik dan tampan?
Adab kurang, mengaji tak mahu!

-As Syahid

Ikan

BERDERAI AIR MATA

Petang tu Azhar, isteri dan anaknya ke pelantar ikan. Si isteri minta udang segar. Azhar beli udang 2 kilo RM70.

Di tepi mereka ada sorang pakcik tu ambil ikan yang agak berbau, kami panggil ikan baja.

Pakcik itu bayar RM2. Anak Azhar (Iqram) cakap, pakcik hendak bagi makan kucing ke?
Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau.

Pakcik itu terus gosok kepala anak Azhar (Iqram) sambil berkata “anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.

Azhar tergaman, lalu mintak maaf sangat-sangat dgn pakcik tu. Orang2 di pelantar ikan semua terdiam. Iqram terus nangis, Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing.

Terus Azhar beli ketam dan udang dekat pakcik itu. Berat juga pakcik tu mau ambil tapi bila lihat Iqram nangis.. dia gosok kepala Iqram lagi, ucap terima kasih.

Malam tu bila isteri hidangkan ikan masak steam dan udang goreng, terus airmata Azhar berderai, emak makan apa dekat kampung malam ini?

Sewaktu Azhar kecil dulu, beliau juga lalui perkara yang sama, emak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan untuk lauk nasi kami sekeluarga.

Hari ini Allah swt ingatkan Azhar lagi dari mana Azhar datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezeki Nya.

Di atas rezeki kita ada hak untuk mereka.

Ya Allah ya Rabbku... tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmah Mu, jauhkanlah kami dari bangga diri ya Allah.