Ahad, 12 Mac 2017

Peribahasa

*Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari*

_Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi._

1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI*

Pembetulan : _HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI_

Keterangan :
Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?

Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar.

Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.
 
2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA*

Pembetulan : _MELEPASKAN BATOK DI TANGGA_

Keterangan :
Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu
dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. *MATA KERANJANG*

Pembetulan : _MATA KE RANJANG_

Keterangan :
Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. *MERAH PADAM*

Pembetulan : _MERAH PADMA_

Keterangan :
Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).

Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. *MENJOLOK MATA*

Pembetulan : _MENCOLOK MATA_

Keterangan :
Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan)

Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. *SALING TAK TUMPAH*

Pembetulan : _SALIN TAK TUMPAH_

Keterangan :
SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4)

Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.

Jumaat, 10 Mac 2017

Suami tua

*ISTERI KERAP MEMARAHI SUAMI MEMPERCEPATKAN PENUAAN SUAMI*

Al-kisah, Imam Asy-Syafi'i adalah generasi tabi'it tabi'in atau generasi kedua setelah generasi sahabat Rasulullah SAW.

Imam Asy-Syafi'i terkenal sebagai ulama' mujtahid fiqh. Suatu ketika beliau sedang berijtihad, beliau menghadapi masalah utk menentukan ukuran 1 sho' = 4 mud, kerana waktu itu ukuran 1 mud bersamaan dgn 1 cakupan kedua telapak tangan. Ini dirasakan tidak adil kerana cakupan tangan orang yg besar ukuran mud menjadi banyak, sedangkan orang yg cakupan tangannya kecil maka ukuran mud menjadi sedikit.

Kemudian Imam Asy-Syafi'i berinisiatif pergi ke kota Madinah utk bertemu dgn orang yg paling tua, kerana mungkin orang yg paling tua di sana pernah bertemu (semasa hidupnya) dgn Rasulullah SAW.

Setelah menemui seorang tua, Imam Asy-Syafi'i bertanya, "Pak Cik berumur berapa tahun?

Pak Cik menjawab, "Umurku 75 tahun."

Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Pak Cik menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."

Imam Asy-Syafi'i pun menemui bapanya kemudian bertanya, "Umur Pak Cik berapa tahun?"

Bapa Pak Cik itu menjawab, "Umurku 100 tahun."

Lalu Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Bapa Pak Cik itu menjawab,

"Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."

Lalu Imam Asy-Syafi'i menemui seorang tua dan beliau bertanya, "Umur datuk berapa tahun?"

Datuk itu menjawab, "Umurku 125 tahun."

Imam Asy-Syafi'i terus bertanya, "Adakah datuk pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Datuk itu menjawab, "Ya, aku pernah bertemu dgn Rasulullah SAW."

Singkatan cerita, akhirnya Imam Asy-Syafi'i dapat menyelesaikan masalah ukuran 1 mud sesuai dgn ukuran Rasulullah selepas mendapatkan penjelasan orang tua itu sebagaimana yg kita fahami sekarang.

Drp pengembaraan menemui 3 orang tua itu (anak, bapa dan datuk) ada sesuatu yg mengagumkan. Akhirnya Imam Asy-Syafi'i memberanikan diri bertanya kpd orang tua yg pernah bertemu dgn Rasulullah SAW, "Maaf datuk, kenapa datuk nampak lebih muda dan cergas drp anak datuk dan kenapa anak datuk nampak lebih muda dan cergas drp cucu datuk?"

Orang tua itu dgn tersenyum menjawab, "Cucuku itu selalu dimarahi oleh isterinya, anakku terkadang dimarahi oleh isterinya, sedangkan aku tidak pernah dimarahi oleh isteriku."

Ternyata, isteri menjadi punca mempercepatkan penuaan suami, bahkan mempercepatkan kematian suaminya. Sebaliknya isteri yg bersifat lemah lembut membuatkan suami awet muda dan memanjangkan usia suami. Subhanallah..

اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ من زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung drp-Mu drp pasangan yg menjadikanku tua (beruban) sebelum waktunya."

Darah

Mengapa anda  perlu membersihkan darah ahli keluarga yang tercecer di jalan selepas  kemalangan? sebab....

Ada jenis Jin yang sukakan darah manusia? Tapi darah manusia yang bagaimanakah Jin mahu? Jin tidak mahu darah manusia yang dibubuh dalam bekas molek-molek atau tabung darah.

Kalau Jinn mahukan begitu sudah lama Pusat Darah Negara (nama lama : Pusat Tabung Darah Negara) dikerjakan dan sudah pasti Pusat Darah Negara tutup sebab Jinn asik mengerjakan darah yang ada dalam Pusat Darah Negara.

Jadi darah bagaimana yang Jinn mahu? Jinn mahukan darah yang disimbahkan ke atas muka bumi atau di atas tanah. Sebab Jinn gemarkan darah-darah yang mengalir di atas muka bumi.

Darah-darah manusia yang tercecah di atas tanah atau muka bumi bagi makhluk Jinn yang gemar darah ini sama seperti manusia memakan makanan yang telah dimasak.

Jika manusia ingin memasak makanan maka manusia menggunakan bahan asal-usul kejadian Jinn iaitu api untuk membakar dan memasak makanan. Sebaliknya bagi Jinn pula menggunakan bahan asal-usul manusia iaitu tanah. Bila tertumpah sahaja darah di atas bumi Jinn sangat-sangat menggemarinya. Bau darah yang tercecah di atas tanah bagi Jinn mempunyai bau yang sangat harum dan sangat menyelerakan.

Pernah terjadi satu kemalangan jalanraya dengan mangsa kemalangan hingga ada yang terputus badan. Maka darah pun bagai menyimbah-nyimbah di lebuhraya.

Ketika kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan tersebut dijalankan hari hampir waktu senja. Pada masa itulah pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut,seorang pekerja tersebut yang mempunyai pengetahuan cukup dapat mendengar bunyi makhluk-makhluk dari hutan berhampiran ketawa mengilai-ngilai yang mengerikan jika didengar.

Takut dan rimas dengan bunyi tersebut, pekerja itu menyuruh kawan kawannya yang bertugas itu agar segera menyiapkan kerja kemudian mereka meninggalkan tempat kejadian.

Sebaik kenderaan para pekerja meluncur perlahan untuk beredar salah seorang pekerja yang mempunya pengetahuan itu menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat sekumpulan makhluk-makhluk Jinn sedang menari-nari sambil menjilat-jilat jalanraya yang dipenuhi dengan darah itu.

Lidah Jinn tersebut dikatakan begitu panjang. Jinn tidak perlu membongkok atau merangkak ke tanah untuk menjilat darah-darah yang berada di tanah. Dengan hanya berdiri selamba sahaja jinn menjilat tanah yang berlumuran darah.Pencari Entiti

PS: Pada sesiapa yang ada ahli keluarga yang mengalami kemalangan jalan raya sila bersihkan darah mangsa dengan segera sebelum senja.

Tido

Tido dlm majlis ilmu  pun dpt pahala
Nak kehidupan bermanfaat selalulah buat perkara bermanfaat

Sabar dgn karenah isteri
Buku beza lelaki perempuan seolah2 ppuan dibumi lelaki di langit ttp kuasa Allah blh hidup bersama

Allah tak cipta ppuan dan lelaki utk bersaing ttp utk saling melengkapi
Org ppuan blh sabar dgn anak lelaki tak blh
Jgn meminta jwtn  dgn meminta jwtn kerana jika engkau meminta engkau akan diberatkan
Amanah tak blh meminta2 sbb bila melobi dia akan sebut2 kebaikannya
Minta jwtn atas sbb nak melaksanakan agama boleh
Pemimpin yg melobi utk tujuan tertentu tak blh
Allah akan bg utk lslam menang bila2 syaratnya kena kerja
Laksanakanvm amanah sbb akan ditanya diakhirat
Pemimpin yg beratkan hidup rakyat nabi doa diberatkan sama ada didunia atau diakhirat
Jd pemimpin sebelah kaki disyurga sebelah kaki dineraka
Pemimpin adil dpt layanan vvip diakh
irat
Org yg berlumba2 nak dpt jwtn akan menyesal diakhirat
Nak bg mesej yg berkesan dekat dan sentuh org tu

Pemimpin yg baik gunakan ilmu Allah/urusan agama utk tadbir dunia atau pemimpin yg ambik ulamak sbg panduan
Tugas kena nasihat pemimpin

Firman Allah sesungguhnya org yg beriman bersaudara maka damaikanlah mereka

Guru

cikgu gbinhassan:
Ketika ralit menghirup teh tarik di kedai mamak..aku terpandang kelibat sepasang warga berusia emas berpimpin tangan masuk ke kedai.Lantas mereka duduk berdekatan meja aku yang kosong.Aku melemparkan secebis senyuman walaupun tidak semanis teh mamak ni.

"boleh duduk sini cikgu?" sapa si lelaki berjanggut putih.Pakaiannya kemas dan nampak smart walaupun usia hampir 80 an.Aii macam tahu tahu aku cikgu.Rupanya dia tahu berdasarkan nametag dan pen yang tersisip dalam poket aku.Ada pen hitam dan pen merah.

Banyak benda yang dia tanya aku tentang isu sekolah zaman kini.Rupa rupanya dia bekas pengetua sekolah cemerlang.Anak anak 5 orang.Semuanya sudah berumahtangga. Kesemuanya berjaya dalam hidup.2 orang doktor  dimana seorang daripadanya sedang buat MA di Ireland, seorang engineer di Dubai. Seorang pensyarah di IPTA berstatus Dr. Manakala yang bongsu mengikut jejak sebagai pendidik.

Sifirnya mudah cikgu katanya bila aku bertanya rahsia kejayaan beliau.Memudahkan insan lain sudah pasti akan dipermudahkan nanti.Sentiasa fokus pada tanggungjawab sebagai guru..mendidik dengan penuh keikhlasan dan tidak berkira. Memperbetulkan niat kerana tuhan.Ganjarannya akan datang sendiri ujar beliau.

Kita sebagai ibu bapa...bermain dan bermesralah dengan anak anak ketika mereka kecil.Kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskan mereka pergi.Jangan sampai waktu keemasan itu berlalu pergi kerana kesibukkan kita terhadap kerja yang tidak akan pernah habis.

Rahsia beliau sihat hingga ke usia emas adalah beliau tidak pernah MC..malah tetap ke sekolah walaupun demam atau sakit ringan.Percayalah tuhan akan memberi ganjaran jika kamu ikhlas.Malah ada guru beliau yang sering MC diuji dengan penyakit yang sukar sembuh. Jangan tipu MC pesannya dalam nada keras.Tersentak aku menahan serdak serbuk teh dari naik ke hidung.

Ibu bapa sekarang terlalu lembik.Manjakan anak tidak kena tempat.Hasilnya adalah generasi yang bingung dan mudah sentap.Jika ibu bapa tidak berpuas hati dengan guru..mereka terpaksa berhadapan dengan beliau dahulu.Beliau menjadi pembela setiap guru dibawahnya. Cikgu jangan buang masa melayan karenah ibu bapa.Serahkan kepada pentadbir untuk uruskan.Itu tanggungjawab kami katanya lagi.

Jangan bimbang cikgu.Kita mendidik anak orang lain..Allah pasti bantu anak kita.Lihatlah kebanyakkan anak guru sentiasa berjaya walaupun ibu bapa sendiri tidak ajar pun anak di rumah..

Tanggungjawab kami sudah selesai.Ini lah masa yang tersisa untuk kami menghabiskan waktu bersama tanpa gangguan.Walaupun terasa sepi tapi kami dapat ke surau dan mengaji bersama sementara menunggu nafas kami berhenti ujar beliau sambil melirik mata ke arah pasangannya yang juga bekas guru besar sambil tersenyum.

Kagum..terpana, terkesima malah.

Mampukah aku menjadi seperti mereka ini?Perit di pipi bagai ditampar tampar..

Aku cuma guru biasa yang tidak bisa.
Cnp group sebelah

Sedekah

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jail

Solat pejabat

"Kenapa tidak di solatkan di pejabat sahaja?"

Sebelum Subuh
Sudah berangkat ke Pejabat.

Setelah isyak
Baru kembali dari pejabat.

Zuhur
Tersepit waktu istirahat pejabat.

Asar
Pekerjaan banyak sekali  di pejabat.

Maghrib
Jalan jem/sesak dijalan,
perjalanan pulang dari pejabat.

Isyak
Masih letih, baru pulang dari pejabat.

Malam-malam
Dipanggil untuk datang ke pejabat.
Malah segera berangkat ke pejabat.

Disaat pencen
Hanya memiliki rumah sederhana bukan istana.
Kereta tua yg kos pembaikan pun mahal.
Duit simpanan yg sudah habis  atau Wang pencen hanya cukup-cukup untuk makan.

Walaupun mampu memiliki rumah lebih mewah,
tubuh lemah dan sakit sudah tidak mampu menikmati indahnya rumah.

Hari-hari hanya merasakan rasa sakit.

Puluhan tahun kerja membanting tulang.
Setelah rumah, kereta dimiliki, hartapun habis untuk berubat.

Berat untuk solat karena semua sendi sudah tidak kuat. Ditambah masa muda sibuk kerja hingga tak terbiasa solat.

Mati-matian membela pejabat atas
perintah atasan sampai malas ke masjid.

Tapi disaat tua, lemah, dan wafat.

Jasad pun meminta disolatkan di masjid
dengan Ustaz sebagai Imamnya bukan anaknya yang menjadi Imam.

Mati-matian membela pejabat.
Tak seorang pun mati disolatkan dipejabat. dengan orang atasannya sebagai Imam sholat jenazah.

Jadi..

Masihkah kita  mengutamakan
PEJABAT daripada MASJID?

Padahal..

MASJID adalah tempat terakhir kita di solatkan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahagian Dakwah, JAKIM