Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.
Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.
Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,
"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"
Jawab lelaki itu,
"Bukan."
Ditanya kembali oleh Umar,
"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"
Dia menjawab,
"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."
Umar bertanya lagi,
"Kamu hamba atau merdeka?"
Lelaki itu menjawab,
"Hamba milik seorang Bani Asim."
Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,
"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."
Lelaki itu berkata,
"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."
Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.
Beliau bertanya,
"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"
Dia berkata,
"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "
"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."
Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan