Isnin, 20 Mac 2017

Poligami

[14/03, 08:46] DINKUDA: "PERAMPAS?"

Mula2 suami isteri bahagia.. Awal2 kahwin, hidup susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Allah bagi kemurahan rezeki, perlahan2 taraf hidup makin baik, hinggalah menjadi mewah dan senang.

Lepas tu, suami jumpa perempuan lain, tertarik pula. Menyedari lelaki boleh poligami, suami pun nakla kahwin dengan orang baru. Isteri tak puas hati, kecewa. Merasakan dikhianati, merasakan sumbangannya menyokong suami dari susah sampai senang tu tak dihargai. Tak rela bermadu, minta diceraikan. Akhirnya hiduplah dia sebagai janda atau ibu tunggal, mengurus diri sendiri seorang2, mengurus anak seorang2. Dan sangat benci dengan isteri baru ex-suami sebab telah merampas kebahagiaannya.

Masa berlalu, si janda ini pun mula rasa kesunyian, rasa kosong. Walaupun ada anak2 jadi penyeri hidup, tapi tetap dalam hati ada ruang kosong yang anak2 tak boleh isi, hanya cinta dari seorang lelaki sebagai teman hidup boleh mengisinya.

Si janda pun mulalah kenal lelaki2 baru di sekelilingnya, dan lelaki2 pun ada yang datang memikat hatinya.. Tetapi tau2 semua lelaki tu pun sudah beristeri juga. Akhirnya, menyedari diri tak mampu hidup solo selama2 lamanya, dan menyedari dalam urusan hidup ada perkara yang dia perlukan sentuhan lelaki, akhirnya dia membuka hati dan minda, tak kisahlah lelaki single atau sudah beristeri, asalkan lelaki itu boleh jadi suami yang soleh buatnya, bertanggungjawab, dia sedia menerima. Akhirnya, dia kahwin dengan suami orang.

Namun, tau2 isteri pertama si suami baru ni pula tak puas hati, sebab si janda ini telah merampas suaminya, dan dia pun dibenci oleh isteri pertama ni. Label perampas yang asalnya dia beri kepada isteri baru ex-suami, kini kena pada dia pulak.

Isteri pertama suami baru ni pun, minta cerai juga. Dan cerita ini berulang-ulang lagi hingga kiamat.

Wahai para wanita, renungkan kisah di atas. Ajarlah diri anda menerima sesuatu menurut neraca agama, bukan emosi anda.

Jika suami nak kahwin lagi, jangan halang dia, kerana hakikatnya dia akan membela nasib kaum sejenismu juga, yang sama macam kamu juga dambakan belaian kasih lelaki bernama suami. Kamu merasa dirampas sebab itu emosi kamu yang tamak, merasakan suami hak milik mutlak kamu. Lupa bahawa suami adalah milik Allah, yang takdir jodoh dan rezekinya adalah ketentuan Allah.

"Curang?"

Apa itu curang? Suami nak kahwin lagi, ia halal. Ia bukan kejahatan. Kenapa nak kata curang? Dan untuk kahwin lagi, dia kena mencari calon. Untuk cari calon, dia kenalah mendekati perempuan, berkenalan. Dan untuk boleh kahwin, kenalah ada rasa cinta. Sama sahaja prosesnya dengan waktu dia nak kahwin dengan kamu dulu. Kalau perbuatan suami mendekati perempuan lain dengan tujuan nak kahwin, iaitu niat yang halal dan baik, kenapa pula nak kata dia curang?

Curang itu definisi yang emosi tamak kamu sendiri yang buat. Ia tiada didefinisikan dalam agama.

"Curang pada anak?"

Kamu ada anak pertama. Kamu sayang dia sepenuh hati. Tapi, kamu masih nak ada lagi anak kedua dan seterusnya. Adakah itu bermakna kamu telah kurang sayang anak pertama? Bosan dengan anak pertama? Anak pertama dah tak comel? Anak pertama tak cukup membahagiakan? Kenapa masih nak anak kedua dan seterusnya?

Kemampuan? Miskin macam mana pun kamu, tetap nak tambah anak tanpa ragukan kemampuan kamu, kononnya yakin dengan rezeki Allah. Bukan prinsip yang sama juga bila suami nak tambah isteri?

Nak tambah anak, kamu yakin Allah bagi rezeki. Tapi suami nak tambah isteri, kamu persoalkan kemampuannya pula sedangkan rezeki isteri kedua tu pun Allah yang pemberinya. Di mana keyakinan kamu wahai wanita...

#jgnkecamsya

*#DuniaIslamKongsiInfo*
Dari fb miqdad ashaari
[14/03, 11:48] Ibrahim Abu Bakar: Huh mmg mantap peringatan ini..tp wanita yg xdak pendidikan agama dan iman yg kukuh tdak akan boleh setuju sepenuhnya..akan ada sj lah alasan2 dan kerenah mereka..kita rempuh sj lah bos..😃😃

Tiada ulasan:

Catat Ulasan