Isnin, 27 Mac 2017

Motivasi

27.03.2017 (28 Jamadilakhir 1438H)
*Motivasi Pagi Ini🌇:*

Pada slot Motivasi📈 Pagi di radio IKIM.fm  jam 7.30 pagi hari Isnin ini, *Ustaz Rosmanizam Rosdi* telah pun menyampaikan…

Di pagi2🌇 ini, mari kita hayati 1 hadis Nabi saw ini:

Nabi saw berjumpa seorg Sahabat👤 lalu bertanya💬, _“Aku telah diberitahu bahawa kau telah berpuasa setiap hari dan solat sepjg mlm.”_ Sahabat itu menjwb, _“Ya, benar Rasulullah..”_ . Lalu Baginda berkata, _“Janganlah kau berbuat demikian. Hendaklah kau berpuasa & hendaklah berbuka (maksudnya jgn puasa terus menerus). Hendaklah kau tidur😴 & hendaklah kau bangun utk solat, krn  sesungguhnya ada hak yg mesti kau tunaikan. Dan sesungguhnya bg kedua2 matamu👀, ada hak yg mesti kau tunaikan. Dan sesungguhnya bg isterimu ada hak yg mesti kau tunaikan. Dan sesungguhnya bg tetamu yg dtg ada hak yg mesti kau tunaikan.  Sesungguhnya bg anakmu jgk ada hak yg mesti kau tunaikan(pd riwayat lain).”_
*(Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)*

*Kupasan Hadis ini:*
Hadis ini memberitahu kita ttg kewajipan & tanggungjwb yg mesti kita tunaikan. *Kewajipan ini terbahagi kpd 2✌🏻:*

🔸1) *Kewajipan Khusus kpd Allah swt* – spt solat, puasa, berzakat💰, haji.

🔹2) *Kewajipan Sesama Manusia👥* – spt bergaul dgn isteri, ahli keluarga👨‍👩‍👧‍👦, mendidik anak, bekerja cari nafkah👛, layan tetamu dtg, aktiviti masyarakat. Termasuk jgk memberi hak kpd anggota bdn spt otak, mata👀, kaki 👣& tgn👐🏻 iaitu beri *kerehatan  sewajarnya serta tidak membebankannya.*

Rasulullah saw menyuruh kita agar *seimbang dlm amal harian* kita. Sahabat ini nk jd hamba Allah yg sgt baik👍🏼 & soleh smp xde masa utk berehat & bergaul. Sememangnya ia adalah perkara yg baik👍🏼 krn berusaha mendpt kecintaan Allah utk menjd insan bertaqwa😇.

Tp Nabi saw telah menegurnya💬, w’pun buat mcm tu dia perlu ingat ada masa2 yg lain dia perlu utk *menikmati kehidupan* ini dgn berehat, bergaul dgn ahli keluarga & masyarakat👥👥. Rasulullah saw adalah sebaik2👍🏼 contoh yg terbaik utk kita ikuti.

Baginda telah menunjukkan cara ibadah📿 dgn Allah & pd masa yg sama berkomunikasi💬 dgn manusia sekeliling👥👥. Suatu contoh yg *FLEXIBLE & mudah diikuti.*   Sbb jk disuruh melakukan amalan yg memberatkan, dikhuatiri kita akan cepat jemu😵 & penat😓 serta tinggalkan amalan2📿. Ada la labih baik buat sikit demi sikit & *CONSISTENCE〰〰.*

Allah sendiri berfirman, dlm *Surah Ali Imran : ayat 31* ;
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ
_Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya kamu dicintai Allah"._

Mari kita berusahan ikut apa yg Rasulullah tunjukkan. *Jgn kita terlalu mudah2kan & jangan kita terlalu membebankan.*  Supaya kita dpt menikmati ibadah📿 ini dgn semanis2nya🍭🍬, istiqamah tanpa rasa penat😓 & jemu😵.

Cukup sekadar itu … jumpa lg di lain waktu…

Sengkian…😎

Tiada ulasan:

Catat Ulasan