Khamis, 21 Disember 2017

Sport rim

Apabila Gaji Naik Dan Dapat Bonus
********************************

Setiap tahun pasti ada yang naik gaji kan? Ada juga yang akan dapat bonus. Penjawat awam kompem dapat RM1000 pada Januari nanti.

Jadi, apa yang korang akan buat dengan wang bonus atapun gaji yang akan naik nanti?

Rancanglah dengan baik supaya dapat dimanfatkan sepenuhnya.

***

Bila gaji naik ataupun dapat bonus;

1. Sayangi kereta lama jika masih elok, bukannya tukar kereta baharu.

2. Belikan rumah untuk orang rumah bukannya tambah orang rumah lagi satu.

3. Selesaikan hutang jahat dulu, bukannya cipta hutang jahat yang baharu.

4. Belajar menabung bagi cukup dana kecemasan 6 bulan dulu, bukannya menabung untuk beli Iphone X.

5. Jangan tambah apa-apa dalam rumah jika masih elok dan baharu.

6. Buat perlindugan takaful untuk isteri dan anak sebagai tanda kasih sayang sebagai ayah dan suami.

7. Belikan beras wangi yang berkualiti untuk keluarga, bukannya tukar sport rim kereta.

8. Belanja ibu bapa dan keluarga makan di luar untuk hiburkan hati mereka, bukannya pergi beli jam berjenama untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan pejabat.

9. Belikan isteri rantai emas dan cincin sebagai tanda berterima kasih kerana siapkan sarapan dan pakaian kerja kita. Bukannya tukar tayar jadi kepak keluar.

10. Tambahkan nilai derma tabung masjid. Jika dulu RM1 saja apa salahnya masukkan RM10 ataupun RM20. Bukannya masih kekal derma RM1 walaupun bergaji RM3000.

***

Gunakan bonus dan gaji yang naik dengan sebaik-sebaiknya. Mulakan menyimpan 10% daripada pendapatan untuk masa hadapan.

Yang bergaji kecil, tak mengapa. Mulakan melabur di instrumen seperti Tabung Haji dan ASB. Purata dividen 6-7% akan membantu korang sedikit sebanyak dalam mengharungi zaman GST ni.

Naik gaji, cuba kekalkan gaya hidup. Tak perlu tambah komitmen hutang yang tak perlu. Binalah aset di usia muda. Bukannya duk bina liabiliti.

Ambil tahu, ambil peduli tentang kesihatan kewangan korang. Korang mampu mengubahnya.

Kaum isteri tu, dapat bonus jangan duk berlumba-lumba beli Tupperware ye. Dah penuh satu almari dah korang kumpul tu. Baik beli emas. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

Rabu, 20 Disember 2017

Ustaz adib

md.rozi:
NI SATU LAGI KISAH...apa punya mak bapak la. Ustaz cuba bentuk akhlak anak pun dah jadi isu mahkamah dah. Alahaiii..cabaran buat mereka bergelar guru. Nak buat baik pun salah!.

Pakat viral kes ustaz adib..
Kes Suruh Pelajar Solat Ustaz Dihadapkan Ke MAHKAMAH
Assalamualaikum semua . Maaf jika terdapat pelbagai soalan yang diajukan saya tak dapat berikan makluman secepat mungkin sehingga kalian tertanya tanya.
Kes saya ni berlaku masa bulan 8 baru ni . Dah masuk 5 bulan kes masih berjalan . Lebih kurang macam kes cikgu azizan. Kes saya juga melibatkan 4 orang pelajar tahun 5 juga.
Saya dah mengajar masuk tahun ni baru tiga tahun . Dan bukan kali pertama saya minta murid untuk solat bilamana tiba waktu solat. Nak dijadikan cerita sesama kejadian 4 orang ni saya suruh pergi solat tapi tidak pergi . Banyak kali saya suruh tapi tiada tindakan . Malahan mereka menyembunyikan diri. Setelah saya nampak saya panggil mereka. 2 daripadanya melarikan diri. Kemudian saya ambil tindakan pada keempat pelajar ni. Saya maklumkan pada mereka untuk beritahu pada ibubapa mereka apa yang terjadi . Tiga daripadanya maklumkan pada ibubapa akan tetapi sorang ni tak maklumkan.
Saya tahu tahu pelajar yang tidak maklumkan pada ibubapa call marah marah saya . Saya nak terangkan hal sebenarnya padanya tetapi dia tidak mahu dengar dan mengatakan bahawa dia tidak akan tarik balik report . Nak terang apa apa settle dimahkamah.
Esoknya saya dapat call dari ipd kajang menyatakan bahawa saya diminta untuk hadir ke ipd kajang untuk memberi keterangan. Bila sampai je di ipd kajang tidak diambil keterangan tetapi dimasukkan ke dalam lokap. Duduklah saya bersama sama mereka yang berada di dalam itu selama 5 hari .
Saya denda dia dengan rotan sebab tak mahu solat .. bila disuruh banyak kali menyorok . Bila saya panggil dia lari . Kes saya ni melibatkan 4 orang murid . Dua murid datang . Dua lagi lari termasuk budak yang parent report tu . Saya tanya dia cakap tak dengar sedangkan lagi dua tu datang . Kemudian dia sedar dia menipu . Saya minta maklum pada parent tapi murid yang parent report tu tak maklum. Cuma yang saya tahu parent dia report polis pasal hal saya ni . Dia dakwa saya dera anak dia
Selepas selesai tempoh tu saya keluar dan tiap bulan kena hadir bicara di mahkamah.
Minggu hadapan pula saya kena hadir pada 26/12 di majistret kajang.
Apa pon saya hanya minta kalian semua doa baik baik untuk saya ye. Terima kasih semua yang turut mendoakan saya.
#doabaikbaik :)
#pray4ustazadib

Darjah satu

Ada anak Darjah 1 tahun 2018? Ini persiapan kau sebagai ibu bapa.

1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.

Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.

Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.

Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.

Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.

Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

Fakta : Ada murid buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,

" Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan."

Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.

Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.

Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku.

Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.

Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.

Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.

BERHENTI MERUNGUT!

Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.

******

Sesi persekolahan untuk tahun 2018 akan bermula sekitar 12 hari sahaja lagi. Masih ada masa untuk ibu bapa ajar anak sebagai persiapan mereka melangkah ke alam persekolahan nanti.

Banyak lagi tips yang aku nak tulis. Tapi dah penat. Cukup la dulu 10 tips ini ya. Kalau aku rajin aku tulis lagi.

Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.

#MFS
- Cikgu Tahun Satu.

Guru sejati

Isu Cikgu Azizan patut jadi iktibar besar utk rakan guru. Beberapa bulan lalu saya telah menulis satu panduan penting sebagai nasihat ikhlas kepada warga pendidikan seluruh negara. Pengalaman bertugas selama 23 tahun, di tiga buah sekolah mengajar saya tentang sifat sebenar rakan sekerja, watak pentadbir, pegawai di Ppd, JPN dan KPM. Saya mengenali ramai mrk dan berdasarkan pengalaman itulah saya menulis panduan berikut..Baca POINT NO 2 dan No 3...Yang terbukti hari ini.

Berkongsi sesuatu yg bermanfaat umpama memberikan emas kepada sahabat. Share jika memberikan kebaikan kpd orang lain.

SATU PANDUAN DAN INGATAN BUAT WARGA PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Jangan terlalu over dos kerja sbg guru. Ramai yang sakit jiwa, stress dan mati mengejut. Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu. Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala.
Nota ;Kajian Kesihatan Mental terbaru mengesahkan 90% punca stress banyak berlaku di tempat kerja (sekolah)

2. Guru bukan aktivis badan kebajikan tapi 'Pembina Modal Insan'..Nasib mu belum pasti dapat pembelaan.Ianya bukan auta tapi fakta. Pilihlah pengerusi kelab staf yang berani menyuarakan masalah  dalaman dan bukan pandai sembang hebat. Jangan lantik tujuan pekena kawan-kawan. Kelab Staf bukan sekadar konsultan menyambut hari guru dan jamuan. Suarakan yg hak dan isu kebajikan rakan-rakan.
Kesatuan guru pula sudah tiada taring sengatan, Bayaran yuran umpama mencurah air di dalam lautan.Tengoklah sendiri, tiada hasil yg mengembirakan !!
Nota ; Atas cadangan kpd pentadbir dan setelah dipersetujui PIBG semasa menjadi Pengerusi Majlis Staf, salah satu beban guru yang dapat dikurangkan ialah pemansuhan majalah sekolah (ditukar eMajalah)

3. Pemegang jawatan di sekolah, PPD, JPN dan KPM tidak mampu  melakukan perubahan. Menyelesaikan isu kecil pun mrk terikat dasar dan punca kuasa peraturan. Anda mungkin terkontang kanting kemudian.  Segelintir cuma mrk yg tidak mengutamakan pangkat kedudukan. Suatu hari anda akan merasai kebenaran pepatah 'habis madu sepah dibuang bertaburan'. Ketika memerlukan sokongan, rakan sekolah hilang lari bertempiran. Sikap 'enau dalam belukar' akan kelihatan. Yakinlah ini kenyataan !

4. Berubah kerajaan persekutuan atau 10 kali Menteri Pendidikan berganti jawatan, belum tentu kita ada pembelaan. Pilihan yg ada, kerjalah dengan kegembiraan. Usah risau dgn sistem dan dasar tak ketahuan. Yang boleh ikut, kita ikut. Jika anda tidak mampu mengubah angin, laraskan layar anda!

5. Pemimpin sekolah harus berani berubah. Jangan terlalu rigid, belajarlah bertoleransi, bina karektor disegani dan disayangi. Anda pasti lebih dihormati. Persaraan dan kehilangan akan dirasai. Malangnya ramai yg mencipta jurang benci, macam kukubesi, alahai sedih sekali. 80% pentadbir pendidikan kini tak cukup masak dan tiada kualiti.

6. Markah prestasi usah kecewa jika tidak memuaskan hati. Bekerjalah dgn penuh komitmen dan rendah diri. Sentiasa syukur dan redha. Jgn merungut atau kecewa, mungkin itu bukan hak kita. Kerjalah dgn ikhlas, jangan dengki atau tikam kawan utk tunjuk prestasi kepada majikan. Usah fikir target APC dan imbuhan. Paling utama  biar hati gembira, hubungan silatulrohim mesra berkekalan.
Nota; Sy telah meminta dua pengetua membuat pengecualian penilaian APC selagi bertugas, sebabnya sy mendengar perbualan rancak rasa tak puashati APC yg diterima rakan lain. Sifat irihati yg wujud dalam kalangan guru sgt tinggi.

7. Sokong dan hargai rakan taulan. Berikan ucapan tahniah kpd mrk yg terima anugerah prestasi atau kemajuan. Ingati harijadi rakan dan doakan mrk kejayaan. Salurkan aura positif kpd sahabat kenalan. Doakan mrk kerana itulah senjata paling berkesan.

8. Hakikat  kebenaran 90% persekitaran pendidikan berada pada tahap negatif dan punca stress. Semangat menurun akibat sikap dalaman. Sokongan dan penghargaan kurang diberikan rakan sejawatan. Persaraan awal semakin jadi pilihan. Banyak keluhan pentadbiran rigid, tidak terbuka terhadap teguran, mesyuarat kerap, lama dan membosankan. Ada pentadbir mula lemas dalam kuasa pinjaman. Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.

9. Targetlah umrah atau Ibadah haji seawal usia. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana.. percayalah janji Allah mana ada dusta !
Cuti sekolah jalanlah sepuasnya. Ianya ubat minda dan kesihatan utk  menghilangkan tekanan dalaman.  CRK kita 7 hari sahaja, sapulah cuti sekolah jalan cari makan yang memang hak kalian.

10. Tuisyen dan kelas tambahan, tak salah anda minta bayaran. Masa bekerja @ mengajar  sudah padan.  Teringin buat kelas tambahan..silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran.

11. Semasa di sekolah kerjalah sehabis baik, Menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jgn pandang belakang, jalan terus ke depan, buat apa yang anda suka dan cuba usaha menambah pendapatan, asal halal, bermanfaat dan jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mrk nak kita fail dalam kehidupan.

12. Jika tiada masalah  kewangan dan beban hutang pencenlah awal sebagai pilihan.

Cr Lukman Moidin
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia @ Pertubuhan BARAKAH Malaysia
#copypaste_group_sebelah

Isnin, 18 Disember 2017

Guru

RENUNGAN CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN......

ZAMAN DULU murid cari pelbagai alasan untuk ponteng ke sekolah kerana takut guru hukum apabila dah buat salah...

ZAMAN SEKARANG guru cari pelbagai alasan untuk tidak datang ke sekolah kerana takut selepas hukum murid yang buat salah...

TELAHKU BEKALKAN anakku dengan SATU PESANAN andainya suatu hari nanti dia ditakdirkan menjadi GURU !!!...

Anakku, tugas utama guru ialah MENGAJAR MATA PELAJARAN / SUBJEK yang telah diluluskan / tetapkan oleh kementerian. Jadi hendaklah kamu fokus perkara itu kerana kamu dibayar gaji untuk itu !!!...

Kiranya anak muridmu bertumbuk JANGANLAH kau mencampuri atau meleraikanya kerana kamu TIDAK dibayar untuk menjadi PENDAMAI !
Itu tugas pihak keselamatan....

Kiranya anak muridmu menghidu gam/hisap dadah JANGANLAH kamu mencampuri dengan melarang perbuatan itu kerana kamu TIDAK dibayar untuk menjadi pencegah penyalahgunaan dadah !
Itu tugas pihak Pencegah Penyalahgunaan dadah...
Begitulah seterusnya dengan perkara² yang bukan berkaitan kamu dibayar selain mengajar mata pelajaran/subjek yang telah ditetapkan.

Sekiranya ibu bapa datang mempersoalkan atau mempersalahkan kamu atas perbuatan anak mereka itu dengan bertanya;
KENAPA CIKGU TIDAK MELERAIKAN PERGADUHAN ITU @ TIDAK MELARANG ANAK SAYA MENGHISAP DADAH ?

Maka jawablah dengan tenang ;
Encik/Puan, TUGAS SAYA TERBATAS,  HANYA MENGAJAR MATA PELAJARAN mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan pada kelas anak Encik/Puan saja. Sama dengan tugas Encik/Puan yang terbatas hanya TAHU BUAT ANAK SAJA !!!...

Sekiranya anak Encik/Puan bergaduh maka Encik Puan serahkan kepada polis agar bulan direhatkan dalam penjara !!!
Sekiranya anak Encik/Puan menghisap dadah serahkan kepada PEMADAM agar boleh ditempatkan di Pusat Sehenti !!!...

Saya tidak mahu menggelapkan hidup saya AKIBAT MENERANGKAN masa hadapan anak Encik/Puan !!!....

Ahad, 17 Disember 2017

Meeting

🇸 🇨 🇭 🇦 NIMS:
10 rules bertukar pejabat sbb naik pangkat atau tukar tempat kerja. Slogan dia, respect and harmony. What you give you get bek.. Haha.

Rule 1. Jangan baru tukar pejabat, terus nak tukar itu dan ini, ini tak betul, ni salah. Hormati sbb kamu masuk rumah orang.

Rule 2. Jangan baru ambik kepimpinan terus cakap "saya tak nak seperti sebelum ni.. Lembab, teruk dll. Simpan dlm hati kalau betul pun. Kene ingat jasa org sblm ini.

Rule 3. Jangan tukar terus berlagak nak tukar semua perkara. Mesti ada sebab orang dulu tak buat. Study dulu. Orang dulu pun tak kurang cerdik dari kamu.

Rule 4. Bekerja dengan tangan dan hati, bukan dengan mulut dan air liur.

Rule 5. Understudy, baca fail dan pekeliling. Paling kurang 2 minggu. Selepas 2 minggu bukan lagi orang baru. Jangan sampai 6 bulan cakap errr " saya masih orang baru".

Rule 6. Masuk meeting, dengar dahulu. Tengok cara orang bermeeting. Lain tempat lain cara. Jangan sibuk nak cakap itu ini. Kalau diberi peluang atau ditanya barulah jawab. Nanti orang tahu kita tak tahu. Jgn suka sebut, kat pejabat saya dulu mcm ni... Mcm bagus sgt pejabat dulu.

Rule 7. Org baru, sila sapa semua orang. Ada masa perkenalkan diri. Paling penting untuk dikenali adalah para pemandu dan makcik cleaner.

Rule 8. Jangan masuk-masuk bising itu tak cukup ini tak cukup. Guna sekadar yang ada. Yang penting satu pen hitam di poket. Kita bukan pegawai kerusi meja. Mintak pelan2.

Rule 9. Jangan masuk terus nak cari musuh, tembak orang tak tentu hala dalam meeting.

Rule 10. Hormati pegawai/kakitangan senior umurnya. Jangan kira dia apa pangkatnya. Mereka berpengalaman. Jangan marah atau tegur kesalahan mereka di khalayak. Jaga airmuka mereka.

Semoga bahagia.  Pejabat adalah rumah kedua kita. Kita bekerja untuk hidup bukan kerja untuk bermusuh. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya. Tapi lebih hebat Semoga berjaya

Kredit artikel asal oleh: Saudara Mohd Amiruddin Hamzah.

Kahwin

Kahwin ni dik macam ni..

Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤

Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬

Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢

Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan 😢

Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖

Ada ketika ipar duai mulut macam celaka 😕

Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan 😅

Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱

Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺

Ada masa rasa  apasal lah macam ni kehidupan 🤔

Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰

Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan 💸

Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍

Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜

Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔❌

Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.

Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.

Realiti tak sama dengan fantasi 💑

Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.

Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.

Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.

Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.

#khidmatmasyarakat

Kredit: Nurmaliza
Photographer: @hamizahhhh