Khamis, 21 Disember 2017

Sport rim

Apabila Gaji Naik Dan Dapat Bonus
********************************

Setiap tahun pasti ada yang naik gaji kan? Ada juga yang akan dapat bonus. Penjawat awam kompem dapat RM1000 pada Januari nanti.

Jadi, apa yang korang akan buat dengan wang bonus atapun gaji yang akan naik nanti?

Rancanglah dengan baik supaya dapat dimanfatkan sepenuhnya.

***

Bila gaji naik ataupun dapat bonus;

1. Sayangi kereta lama jika masih elok, bukannya tukar kereta baharu.

2. Belikan rumah untuk orang rumah bukannya tambah orang rumah lagi satu.

3. Selesaikan hutang jahat dulu, bukannya cipta hutang jahat yang baharu.

4. Belajar menabung bagi cukup dana kecemasan 6 bulan dulu, bukannya menabung untuk beli Iphone X.

5. Jangan tambah apa-apa dalam rumah jika masih elok dan baharu.

6. Buat perlindugan takaful untuk isteri dan anak sebagai tanda kasih sayang sebagai ayah dan suami.

7. Belikan beras wangi yang berkualiti untuk keluarga, bukannya tukar sport rim kereta.

8. Belanja ibu bapa dan keluarga makan di luar untuk hiburkan hati mereka, bukannya pergi beli jam berjenama untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan pejabat.

9. Belikan isteri rantai emas dan cincin sebagai tanda berterima kasih kerana siapkan sarapan dan pakaian kerja kita. Bukannya tukar tayar jadi kepak keluar.

10. Tambahkan nilai derma tabung masjid. Jika dulu RM1 saja apa salahnya masukkan RM10 ataupun RM20. Bukannya masih kekal derma RM1 walaupun bergaji RM3000.

***

Gunakan bonus dan gaji yang naik dengan sebaik-sebaiknya. Mulakan menyimpan 10% daripada pendapatan untuk masa hadapan.

Yang bergaji kecil, tak mengapa. Mulakan melabur di instrumen seperti Tabung Haji dan ASB. Purata dividen 6-7% akan membantu korang sedikit sebanyak dalam mengharungi zaman GST ni.

Naik gaji, cuba kekalkan gaya hidup. Tak perlu tambah komitmen hutang yang tak perlu. Binalah aset di usia muda. Bukannya duk bina liabiliti.

Ambil tahu, ambil peduli tentang kesihatan kewangan korang. Korang mampu mengubahnya.

Kaum isteri tu, dapat bonus jangan duk berlumba-lumba beli Tupperware ye. Dah penuh satu almari dah korang kumpul tu. Baik beli emas. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan