Sabtu, 30 Disember 2017

Rompakan

Nak cerita sikit ptg ni pasal kejadian aneh yang berlaku di sebuah rumah.  Rumah ni sudah 13 kali dipecah masuk pencuri dan perompak. Lebih aneh lagi,  yang melakukannya adalah orang yang sama dan dikenali oleh tuan rumah tersebut.

Oleh kerana tiada tindakan oleh tuan rumah, makin bermaharajalelalah perompak. Lucu tapi sadis..  bila tuan rumah merungut rungut asyik rumahnya yang kena rompak, lalu ditinggalkan perompak beberapa keping not atas lantai. Sempat lagi perompak minta tuan rumah berterima kasih. Tuan rumah pun berhenti merungut dan memuji perompak,  kerana tak ada perompak yang budiman dan berbudi bahasa seperti itu sekarang ni.

Bila jumlah rompakan akhir akhir ini makin banyak diambil dan makin sikit jumlah rm yang ditinggalkan untuk tuan rumah, tuan rumah dah mula makin naik darah.

Tapi perompak ni pandai memujuk..  katanya, nasib baik dia yang rompak. Kalau perompak lain tentu lebih teruk. Di luar sana ada yang lebih ganas dan lebih jahat lagi. Jadi, diberinya pilihan nak biarkan perompak sedia ada atau yang di luar sana datang merompak?.

Tuan rumah tadi terpaksa merelakan rumahnya terus dirompak..  gara gara rasa takut kalau dia dirompak oleh perompak yang lebih jahat lagi, kononnya.

Tanpa pengetahuan tuan rumah,  sebenarnya perompak tadi sudah berpakat dengan perompak luar negara yang jauh lebih berkuasa. Apabila tuan rumah semakin faham dengan taktik perompak.. berpura-puralah dia menangkap perompak perompak tua yang dah tak berdaya dan kurang pengaruhnya,  untuk menunjukan kepada tuan rumah yang dia adalah perompak bertanggungjawab melindungi harta tuan rumah.

Maka berterusanlah rompakan, kerana tuan rumah merasa lebih selamat dirompak oleh perompak yang dikenali hati budinya dari perompak yang tak diketahui asal usulnya. Walhal,  menurut desas desus jiran sebelah.. kali ni, bukan nak dirompak lagi,  malah rumah itu yang nak dijual terus kepada perompak luar negara tadi.

Sedihnya,  tuan rumah masih belum sedar kerana masih percaya perompak yang ada masih jauh lebih baik dari perompak perompak lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan