Jumaat, 1 Disember 2017

Beli umah

ABANG NAK TEGUR

1. Pointer kat universiti memang bukan penentu gaji kau berapa. Tapi, kalau pointer bagus, mak bapak kau kan happy gila.

2. Sebelum habis belajar, dah boleh mula cari side income untuk masukkan dalam tabung kahwin atau tabung untuk modal beli rumah.

3. Duit PTPTN jangan kau habiskan. Saya galakkan masuk UiTM. Sebab yurannya murah. Universiti lain jangan jeleslah.

4. Yang dapat biasiswa pulak, biasanya dapat lebih banyak daripada PTPTN. Jadi, sepatutnya mesti boleh simpan lebih banyak, kan.

5. Masa belajar bukan masa untuk kau bercinta. Buat habis duit PTPTN saja. Yang untung, perempuan. Yang sengkek, lelaki lah.

6. Buat dana kecemasan sebelum habis belajar. Katakan gaji fresh graduate RM1,500. Kau kena simpan 6 kali ganda, RM9,000.

7. Sebaiknya simpan kat Tabung Haji dan ASB. Paling kurang, dapat bonus dan dividen tinggi. Kau simpan dalam akaun bank, rugi.

8. Mula hantar resume dan cari kerja beberapa bulan sebelum kau habis belajar. Tak payah nak buang duit jalan ke Krabi, dan Korea.

9. Bayar PTPTN, jangan mengelat. Pasal tu kena cari kerja cepat. Sebab kau dah kena bayar lepas 12 bulan pengajian tamat.

10. Untung kau yang buat side income sejak masih belajar, kau boleh buat simpanan cepat, tak perlu tunggu dapat kerja.

11. Nanti bila dapat kerja, cukup 6 payslip kau kumpul, dah boleh beli rumah pertama. Modal? Kan dah kumpul awal-awal.

12. Masa belajar dulu kau kan dah ada motor seketul bapak kau belikan. Kau pakai tu dulu, kalau kereta tu belum kau perlu.

13. Tabung kecemasan > Tabung modal rumah > Tabung kahwin. Beberapa bulan sebelum kahwin, kau angkatlah kereta sebijik.

14. Kau jangan lurus bendul sangat. Kalau kau nak kahwin awal-awal pun takpa. Tak salah pun. Tapi belanja bulanan jadi tinggi sikitlah.

15. Sebelum kahwin, kau boleh lagi duduk bilik berkongsi. Tapi, selepas dah kahwin, mesti kena sewa satu rumah terus nanti.

16. Sebelum kahwin, tak kisah merempit naik motor saja ke sana sini. Selepas kahwin, paling kurang kena ada kereta sebiji.

17. Sebelum kahwin, kau ada satu kampung saja. Selepas kahwin, kau ada dua kampung. Satu kampung kau, satu kampung bini.

18. Bagus kahwin awal, tapi rancanglah betul betul. Lepas kahwin, rezeki banyak masuk. Perlu usaha, segala kerja kau kena sauk.

19. Abang tak ada apa nak tegur. Yang kat atas tu hanya pesanan saja. "Tegur" bunyi macam bagus sangat. "Pesan" bunyi lebih murni.

20. Abang nak pesan lagi, si bujang wajib simpan 30%-50% gaji. Zaman sekarang, perlu buat side income walau dah ada gaji hakiki.

21. Jangan malu pakai motor, orang kutuk, kau tolak ke tepi. Kawan kau pakai kereta, tapi hujung bulan tak happy tengok baki gaji.

22. Yang laki beli rumah sebelum kahwin supaya nampak berharta, bijak kewangan. Tak puas beli satu, belilah sampai jadi jutawan.

23. Yang perempuan, belilah rumah sebelum dinikahkan, supaya rasa lebih selamat dan pastinya lebih terjamin masa depan.

24. Nak beli rumah? Kalau gaji kau RM1,500 dan kau rasa tak cukup, carilah side income yang berpenyata supaya bank pandang.

25. Tak ada cara lain. Nak berjimat, dah jimat habis. Memang kena cari side income. Iya, memang tak senang kalau nak senang.

26. Anak muda bukan manja, tapi tak jumpa cara. Anak muda bukan suka mengeluh, tapi tak tahu jalan mana untuk disuluh.

27. Mulakan dengan baca buku urus kewangan dan hartanah. Jangan baca novel fantasi, cintan cintun, sweet nak mati.

28. Mulakan follow rapat Facebook dan page yang selalu cerita pasal kewangan dan hartanah. Semuanya FREE. Nak follow saya pun boleh. Facebook saya ada ciri-ciri tu. Eh!

29. Dah banyak yang saya bebelkan kat sini. Sekadar cuma teringin nak tengok anak muda kita jadi bijak, kuat, kaya, dan berdikari.

30. Kau nak ikut pesanan ni, silakan. Kau nak kecam pun, silakan. Abang dah biasa kena kecam dik. Abang rela, asalkan anak muda jadi bijak. Rasa macam poyo pulak.

Haha! - HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan