Rabu, 11 April 2018

Kuat lemah

KEKUATAN DAN KELEMAHAN..

Kekuatan dan kelemahan tidak boleh dipisahkan.Tiadalah kekuatan jika tiada kelemahan, juga tiada kelemahan jika tiada kekuatan.Kedua-duannya bersatu.

Kekuatan mampu menjadi kelemahan dan kelemahan juga mampu menjadi kekuatan. Kadang-kadang kelemahan itu lebih membantu daripada kekuatan yang ada, kadang-kadang juga kekuatan itu akan menjadi bebanan dan halangan pula.

Kedua-duanya berselingan antara satu sama lain.

Biarkan orang lain dengan kekuatanya, biarkan orang lain dengan kelemahanya

kita hanya bersyukur dengan segala
kuat lemah kita. Selalu bersyukur Allah jualah yang menjadikan kita kuat dan Dia jugalah yang menjadikan kita lemah.
Maka beryukurlah dengan ketentuaNya.

Jika kita bangga dengan kelebihan dan kekuatan kita htta menjadi riak dan takabur maka beringatlah bahawa kekuatan itu semuanya bukan hak milik kita, ianya milik Allah, milik mutlakNya. Dan, jika melenting atau bersungut dengan serba kekurangan dan kelemahan kita hatta menjadikan kita seorang hamba hina yang tidak bersyukur maka beringatlah bahawa ianya datang daripada Allah, segala baik buruk datangnya daripada Allah, jika kita melenting maka dengan siapakah kita melenting itu?

Berhati-hatilah bila berbicara sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang ada
di dalam hati hamba-hambaNya.

Apalah yang ada pada kita ini?

Harta..
Akal..
Pangkat..
Kedudukan
Rupa ..

Kelak tanah jua menjadi penginapan,
akhirat jua kita kembali menemuiNya.

Tiadalah daya upaya kita melainkan denganNya.

"Ya Allah Ya Tuhan kami
Terimalah segala amalan kami selama ini jauhkan kami dari perasaan riak dan takabur.  ..

Jadikanlah kami, kaum keluarga kami, sahabat kami dan semua hamba-hambaMu yang berdiri teguh di atas jalanMu antara ahli syurgaMu nanti.
Jadikan kami semua ini mulia di sisiMu.

 Aamiin ya Allah

#seLamatMALAM
#SALAMKEMAAFAN

sultan Abdul samad

*SULTAN ABDUL SAMAD*

Ada mengatakan semua pembangunan ini dibuat melalui hasil lombong timah.

*Tapi sebenarnya, Kekayaan ini terkait dengan rizab emas Nabi Sulaiman yang dikeluarkan sedikit bagi membangunkan ibu negara Selangor dan yang terpenting,sistem rel kereta api Tanah Melayu.*

*Bagi mencari sejarah penggunaan harta Nabi Sulaiman ini, saya mula mendampingi susur galur keluarga Sultan Abdul Samad.*

Akhirnya, saya berpeluang melihat 'carta keluarga' yang disusun melalui cicitnya yang saya panggil Pak Ungku. Seorang ahli tasawuf yang duduk di Banting.
Seiring dengan peredaran zaman, baginda juga tidak lepas dari disandung fitnah.

*Baginda dituduh menjadi tali barut British. Yang orang tidak tahu, British sentiasa mencari peluang untuk berbaik dengan Sultan Abdul Samad bagi mengorek rahsia mengenai hasil emas dan harta karun yang menjadi tunggak kekayaan baginda.*

Daripada sejarah lisan yang disampaikan oleh keturunan Sultan Abdul Samad, saya difahamkan, baginda pernah dipanggil ke Istana Buckingham untuk diberi gelaran "SIR", tetapi sesuai dengan kedudukannya sebagai pemerintah dan wali kecil ketika itu, beliau tidak mahu menjatuhkan martabat dirinya sebagai seorang raja Melayu dan maruahnya sebagai seorang mukmin, perlawaan itu ditolak secara baik.
Sultan Abdul Samad dan orang kepercayaannya yang dipanggil sebagai "Panglima Hitam" pernah belayar ke Palestin untuk mengambil kunci emas Nabi Sulaiman.

*Kunci ini diguna bagi mengeluarkan sedikit harta dari rizab emas Gedung Nabi Sulaiman yang terletak di Tanah Melayu, dengan kekayaan inilah, beliau membangunkan, bangunan Sultan Abdul Samad, ibupejabat KTMB, stesen besar KTM, bangunan-bangunan lama dan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan yang paling utama adalah landasan keretapi yang berlingkar di Tanah Melayu ini.*
Saya tidak perlu kemukakan bukti, saudara boleh lihat dengan mata kepala sendiri dan panjangkan fikiran....apa begitu muliakan hati penjajah mahu membangunkan bangunan-bangunan ini dengan seni reka Islam?

Jika benar hati penjajah begitu bersih, mengapa bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain tidak mempunyai sentuhan Islam, sebaliknya architecture Inggeris secara TOTAL? Dengan kekayaan tersebut, pembinaan bangunan2 ini dibiayai oleh Sultan Abdul Samad, Inggeris hanya menjadi pembina dan pereka.

Beliau hanya meninggalkan namanya pada Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kenang-kenangan.
Di bawah bangunan tersebut terdapat bilik bawah tanah dan terowong-terowong yang menghubungkan beberapa lokasi lain di ibu negara. bilik-bilik bawah tanah itu satu ketika dahulu menempatkan emas negeri-negeri Selat tetapi sekarang tidak wujud lagi, bilik dan kompleks bawah tanah itu masih ada.

*Dipetik dan diolah dari penulisan Shah Paskal*

Selasa, 10 April 2018

Panas enjin

Enjin kena warm-up ka?

Dulu sewaktu di Jepun, apabila tiba musim sejuk di antara bulan 12 hingga 2, memang malas ke kelas. Nak naik motor sejuk bontot. Handle pun sejuk. Bila jalan kena angin, pun sejuk walaupun pakai full leather suit dengan jaket snow board.

Bila stop, buka glove, pegang ekzos pipe, bessss. Tak sempat maintain panas, dah sejuk balik.

Maka, menjadi rutin, sebelum naik motor, panaskan enjin dulu. Suatu hari, saya disekolahkan oleh mekanik motor saya, ex-racer dan jurutera enjin pakar ICE (internal combustion engine). Awat hang idle enjin motor hang lama sangat Iwan? (Dia cakap Jepun, saya translate ke Bahasa Kedah supaya hangpa paham hehehe).

Saya pun jawab poyo macam pandai guna commonsense saya; ya la Ueno-San, sejook kowt?? Sat gi mati la plak.

Dia jawab, jangan idle lebih daripada 30-saat. Tak kira kondisi musim sejuk atau panas. Enjin kontinental atau Jepun. Enjin direka untuk bergerak. Apabila enjin dan minyak enjin sejuk, sistem pembakaran akan banyakkan minyak supaya pembakaran rich. Kalau kekal idle, minyak tadi akan meleleh di dalam keadaan cecair ke dalam silinder merosakkan piston, dinding silinder dan blok enjin.

Jika keadaan stoichometric, minyak akan menjadi wap di combustion chamber bercampur udara dan spark, lalu dikompres piston untuk menukar energi haba ke energi kinetik.

Habis tu, steering fluid, minyak gearbox dan pelincir moving parts masih sejuk, ok ka berjalan?

Ueno-san respon; jika dibiarkan idle tanpa kita guna steering dan gear, minyak akan kekal berada di sum masing-masing tanpa diedarkan ke gear-gear moving parts. Tak ada maknanya.

Maka katanya, idle jangan melebihi 30-saat. Enjin moden ada autochoke yang akan rich-kan campuran fuel dan apabila kita bergerak, ia akan selaras automotik ke idling sesuai. Untuk minit 1 hingga 15, jangan kasar dengan throttle. Bawa beradab. Santuni enjin, gearbox dan differential. Bawa slow, TETAPI HARUS BERGERAK.

Baru saya faham bahawa takrif warm-up enjin di dalam mode parking itu tak wujud. Tak digalakkan. Saya rasa ramai orang tak tahu atau ada maklumat songsang tentang isu ini kan? Lalu kita pun amalkan ajaran sesat-permotoran semenjak kereta pertama kita sedangkan amalan  macam ni memang salah.

Pada tahun 1999, kereta 4 pintu pertama saya selepas DC2R 98-Spec dan sebelum Evo6 RS adalah E39 BMW 525i. Di manualnya jelas tertulis : do not leave your car engine in idle condition for more than 40 seconds. Ini rahsia supaya enjin, transmisi dan segala moving parts tahan lama.

Saya harap informasi radikal ini walaupun akan mencipta kontroversi, mampu membantu anda memanjangkan hayat K20A, 4AG-E, B18C, B16B, RB26DETT, 13B-REW, SR20DET, M54, S65B44 ataupun M156 AMG anda.

#irwansanei #tweakautomotive #cosworthmalaysia

Nota : idling enjin di dalam keadaan kereta berhenti tidak bergerak hendaklah dielakkan, jika mampu. Idling di dalam situasi apapun memendekkan hayat enjin dan menggunakan bahan bakar yang banyak. Membazir minyak (dibaca : fuel). Maka, cuba pendekkan tempoh warm-up (dibaca : memanaskan enjin) di dalam mode parking. Gerakkan kenderaan anda 30-90 saat setelah enjin dihidupkan dan biar enjin warm-up ketika bergerak. Berlembut dengan throttle. Pandu seperti biasa apabila enjin di suhu operasi optimum sekitar 98.9-darjah Celcius yang disarankan oleh SAE (Society of Automotive Engineers).

Isnin, 9 April 2018

Deed

Haris D bundle mania:
SEMUA KEBAIKAN ADALAH BESAR
PADA SISI ALLAH

Satu petang seorang tua yang ada pertalian saudara jauh,berkayuh basikal dari rumahnya di satu kampung lain yang jaraknya lebih 2 km,datang kerumah saya.Setelah memberi salam,dia berkata,"Aku mai ni nak sampaikan salam adik beradik hang di Gunung Semanggol.Aku pi sana makan kenduri dua hari lepas."Peluh yang mercik di mukanya,disapu dengan sapu tangan yang lusuh.Saya menjemputnya masuk tetapi dia menolak kerana nak terus balik.Setelah mengucap salam,basikalnya ditolak hingga luar pagar dan menghilang di selekoh..Saya menghantarnya dengan pandangan dan kagum dengan  sifatnya,apa tidaknya,hanya untuk menyampai salam,dia sanggup meredah panas dan begitu jauh berkayuh basikal.Inilah antara contoh insan yang disebut nabi tidak meremehkan atau memandang kecil suatu kebaikan,walaupun hanya sekadar menyampaikan salam.

Sabda nabi“Janganlah kamu meremehkan kebaikan walaupun kecil”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)

"Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan, meski sekadar bermanis muka ketika menemui saudaramu" (HR. Muslim )

Jelas bahawa dalam berbuat baik,tidak ada kecil besarnya disisi Allah,hanya kita yang memandai-mandai meremehkan dan memandang kecil satu kebaikan,meletak ukuran sendiri kerana bercampur sifat menunjuk dan berbangga,sedangkan ukuran sebenar ditangan Allaah..Mereka yang ikhlas berbuat baik,tidak pernah merasa kecil satu perbuatan baik,akan direbutnya jika berkesempatan.

Sabda nabi lagi, "Sungguh aku melihat seorang laki-laki menikmati kesenangan di dalam syurga kerana  sebatang pohon yang ia singkirkan dari tengah jalan yang mengganggu manusia" (HR. Muslim ) :

 “Barangsiapa yang membuang batu di jalanan, ia akan dicatat telah mendapat satu kebaikan , dan barangsiapa mempunyai suatu kebaikan, maka ia akan masuk syurga”. (Tabrani)
Ini contoh merebut kesempatan berbuat baik,bila melihat sesuatu yang mungkin mengganggu atau membahayakan orang lain,segera diatasinya.Tukarannya adalah syurga walaupun banyak orang mengelak dan berlalu serta bersungut,ini bukan kerja aku.

Sabda nabi lagi,"Wahai para wanita muslimah! Janganlah salah seorang di antara kalian meremehkan pemberian tetangganya walau pemberiannya hanyalah kaki kambing.” (HR. Bukhari).

Begitu juga dalam menerima pemberian,jangan diremehkan. Terimalah dengan  besar hati walaupun apa yang diberi amat sedikit atau rendah nilainya,tetapi tinggi pada sisi Allah.

Setiap kebaikan walaupun kecil akan melahirkan kebaikan yang lain. Jika kita melakukan kebaikan, maka akan menjadi pintu gerbang untuk memasuki pelbagai kebaikan yang lainnya. Jika kita meremehkan atau meninggalkannya, akan menutup pintu gerbang yang mendatangkan kebaikan-kebaikan tersebut.Saya mengajak anda mengubah persepsi dari anggapan kebaikan ada kecil besarnya,kepada  semua kebaikan itu besar dan utama,jangan dilepas jika telah didepan mata.

Sebaliknya,jangan pandang remeh kesalahan kita.Seremeh apa pun,seringan mana pun, sekecil mana pun kesalahan, ia tetaplah kesalahan. Jangan berbangga dengan  kesalahan kita,kerana  sikap inilah yang akan menambahburukkan kita. Jangan anggap kecil sebuah kesalahan hanya kerana  melihat kesalahan lain yang lebih besar.Pandanglah setiap kesalahan sebagai sesuautu yang tidak boleh dilakukan.Satu kesalahan juga menjadi sebab dan gerbang ke arah kesalahan yang lain,jd jangan mula berbuat yang salah. Wallahu a'lam.

~ABD GHANI HARON

Jumaat, 6 April 2018

Isteri

Khas buat semua Isteri2..zaujah2..ahliah2...dan semua bakal wife kat luar sana..Pesanan yg sgt baik n padat dari kakanda Hamka kereta mayat(Dr pakar rumah tgga)..

Soalan pembaca:

Salam,
Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik,  Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, terbaru Ungku Emran bercerai dengan Erra Fazira yang memang cantik, bekas ratu lagi... Soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!