Rabu, 24 Jun 2020

e learning

Tips Mudah Merakam Video Mengajar

01 Mengapa Flexible Holder mesti dipendekkan
https://drive.google.com/open?id=18-M0OZ0_HhAqCgWJgQjuiafASvu9c_dc

02 Cara menggunakan Flexible Holder
https://drive.google.com/open?id=1xNRb0gB4COrK0-JeJQKDb2DBgiDPXOor

03 Kedudukan kamera tidak semesti tepat di atas kertas
https://drive.google.com/open?id=1B7qFV0FyswmMl7fU1fvXA2u2TsBkxhno

04 Masalah bayang tangan guru
https://drive.google.com/open?id=1v-AsBm100vahTpTOLSieI_pmOL5NkF_Z

05 Wajib guna earphone yang ada microphone
https://drive.google.com/open?id=1XrQg0vvSI-fehTcmVxKWeR3KCPYjwTTC

06 Awasi saiz tulisan
https://drive.google.com/open?id=1jfvWoB5mLU7NiBDswhWDOrHz4bi06RT_

07 Jangan paksa pelajar membaca buku di video
https://drive.google.com/open?id=1W5F7wM33tN-mMqEn3_hATcnJKG9twmag

08 Panjang video jangan lebih dari 4 minit
https://drive.google.com/open?id=1Yf4puvwCBnmu9K8yfbLzQ5r1SzwgVpji

09 Cara memendekkan video bagi tajuk yang panjang
https://drive.google.com/open?id=1vxyKr1kWbmovA72lf4KiEHqIQNt6AMz4

10 Lukis dulu sebelum merakam supaya video tidak panjang
https://drive.google.com/open?id=19VxcxQw7fQCUG8MXbeQF5H7QhI1sBtqf

Rabu, 17 Jun 2020

Plus

Someone posted in facebook:-

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA oleh Arwah TUN RAZAK yang Dikhianati Oleh Tun M

Usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)...

Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.

Dalam artikel ini, saya mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.

Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.

Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.

Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.

JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.

Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu.

Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.

Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan.

Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.

Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang jual kepada pemodal asing. Lebih gila untuk difikir apabila anak syarikat yg untung diswastakan manakala yg rugi kekal ditanggung oleh negara.

Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.

UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal.

Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi beray sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M dan proksi mereka.

Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini.

Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.

Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut...

Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?...

Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas... Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar 'PAMPASAN', sesuatu yang sangat tak masuk akal...

Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...

Panjang lagi kisah ni cuma saya pendekkan bagi pembaca mudah hadam.

Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh bace ni... dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ni...

Tetapi bila Malaysia jadi maju kaya bawah Dr M keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj tol kutip hasil titik peluh rakyat... Kat mana logiknya?...

Nampak sgt Dr M ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara...

Selasa, 16 Jun 2020

tutor online

assalam

Kepada pensyarah yg baru buat kelas online gunakan meet, zoom atau lain2 perisian seelok-eloknya kelas tutor  pertama adalah latihan menggunakan perisiaan bersama pelajar. Kelas online tak sama dgn kelas bersemuka.

Bila semua on mic kacau bilau jadinya. suara psyarah entah ke mana.. apa yg diajar pun tak sampai.. berikut beberapa panduan pengenalan kpd pelajar

1. Ajar guna mic.. bila masa perlu on bila masa perlu off.

2. Psyarah tak bole tanya semua pelajar utk jawab.. kene ada sasaran.. sebut nama pelajar yg perlu jawab.

3. seelok-eloknya guna mic, atau pastikan volume suara bole didengar oleh pelajar.. tanya pelajar utk pastikan suara psyarah bole didengar. jgn kita syok sendiri yea..

4. Psyarah sebagai admin bole mute mic pelajar yg mengganggu tutor akibat bunyi bising sekeliling atau mic bising akibat harming (guna speaker n mic komputer akan sebabkan bunyi speaker masuk balik ke mic)

5. Psyarah sila guna earphone yea..

ok.. sekian perkongsian hari ini.. ada lg tips teman kongsikan..

**perkongsian ini hasil pemerhatian kelas online anak2

ingin

Anda sudah beristeri tapi masih membayangkan wanita lain untuk menikah lagi. Itu yang dinamakan *KEINGINAN*

Ketika anda bertemu wanita cantik dan solehah, anda ingin menikahinya tetapi wajah isteri anda selalu terbayang-bayang. Itulah yang dinamakan *KETAKUTAN.*

Namun, anda tetap nekad menikahinya. Itulah yang dinamakan *KEBERANIAN.*

Ketika anda sedang mengadakan akad nikah tiba-tiba isteri anda datang, itulah yang dinamakan *KEDAPATAN.*

Tetapi isteri anda tidak marah dan tidak menyerang madunya. Malah ikut hadir dalam acara tersebut bahkan membawa anak anda sekali demi menjaga maruah anda. Itu yang dinamakan *KEAJAIBAN.*

Ketika anda pulang ke rumah isteri pertama, dia menyambut anda dengan senyuman bahkan menghulurkan secawan kopi panas kesukaan anda sambil  berbisik "abang semakin kacaklah". Itu yang dinamakan *KEANEHAN.*

Jika setelah minum kopi tiba-tiba tubuh anda menjadi kejang dan mulut pula berbuih, itulah yang dinamakan *KEkimi-A!an* .

Selamat Hari Pahlawan Bapa Sedunia
🤣🤣🤣🤣🤣🙏🏻

info sihat

Utk ingatan semua dan diri sendiri...

TEKANAN DARAH

           BP tinggi
          ----------
120/80 - Normal
130/85 --Normal (Kawalan)
140/90 - Tinggi
150/95 - Terlalu Tinggi
----------------------------
PARAS GULA

3.7-Hipo(gula rendah)/Hyper
4.0 -Normal
5.0- Normal (kawalan)
5.7- Tinggi
6.0-7.0- Terlalu Tinggi

*Tiada bacaan gula terlalu tinggi awas anda bakal stroke*

           DENYUTAN NADI
          --------
72 per minit (standard)
60 --- 80 p.m. (Biasa)
40 - 180 p.m. (tidak normal)
----------------------------

          SUHU BADAN
          -----------------
98.4 F (Normal)
99.0 F Di atas (Demam)

Tolong bantu saudara-saudara anda, Rakan dengan berkongsi maklumat ini ....

Serangan Jantung Dan
Minum Air Panas:

Ini adalah artikel yang sangat baik. Bukan sahaja mengenai air suam selepas makan,
tetapi mengenai *Serangan Jantung*. Teh Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan,
*bukan air sejuk*, mungkin sudah tiba masanya kita mengamalkannya
tabiat minum *air panas* semasa makan.
Bagi mereka yang suka minum air sejuk,
artikel ini boleh digunakan untuk anda. Ia sangat Memudaratkan untuk minum Air semasa makan. Kerana,
air sejuk akan menguatkan barangan berminyak yang anda
baru sahaja makan. Ia akan
perlahankan penghadaman. Apabila enapcemar ini '
bertindak balas dengan asid, ia akan rosak dan menjadi lebih cepat
diserap oleh usus daripada makanan pepejal. Ia akan merangkumi usus. Tidak lama lagi, ini akan menjadi lemak
dan membawa kepada kanser. Lebih baik minum sup panas
atau air suam selepas makan.

kentang goreng dan burger
adalah musuh kesihatan jantung terbesar. Coke selepas itu memberi lebih kesan yg lebih buruk.Elakkan mereka
Untuk jantung & Kesihatan anda.

Minum satu gelas air suam apabila sebelum anda hendak tidur mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam untuk mengelakkan serangan jantung atau strok.

Ahli kardio berkata jika semua orang membaca
mesej ini dan menghantarnya kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa.
Bergembura dan Nikmati hidup

💉KUMPULAN DARAH YG SERASI

Jenis Darah Serasi

O- boleh menerima O-

O + boleh menerima O +, O-

A- boleh menerima A-, O-

A + boleh menerima A +, A-, O +, O-

B- boleh menerima B-, O-

B + boleh menerima B +, B-, O +, O-

AB- boleh menerima AB-, B-, A-, O-

AB + boleh menerima AB +, AB-, B +, B-, A +, A-, O +, O-

Ini adalah mesej penting yang dapat menyelamatkan nyawa! Kehidupan boleh diselamatkan ..
KESAN AIR
💐 Kami Tahu Air adalah
       penting tetapi tidak pernah
       tahu mengenai perkara itu
       Waktu Khas anda
       perlu minum .. !!

       Adakah anda ???

 💦 Minum Air di
       Masa yg betul ⏰
       Memaksimumkannya
       keberkesanan pada
       Badan manusia;

        1 gelas Air 1 minit
              selepas bangun -
             🕕⛅ membantu
           aktifkan organ-organ                           dalaman..

       2⃣ 1 gelas Air
              30 minit 🕧
              sebelum Makan -
              membantu penghadaman ..

       3⃣ 1 gelas Air
              sebelum
             Mandi 🚿 - membantu
 menurunkan tekanan darah anda
             

       4⃣ 1 gelas Air
              sebelum pergi
             Tidur- 🕙 menghindari
              Stroke atau
              Serangan jantung.

      Apabila seseorang
       berkongsi sesuatu
       nilai dengan anda dan
       anda mendapat manfaat daripadanya,
       Anda mempunyai moral
       kewajiban untuk membaginya
       dengan yang lain.