Ahad, 14 November 2021

Imam mahdi

 Dari syeikh abu zaki

Imam mahdi pi mekkah dgn visa taw.. Ada bullet train lagi.


Ini berlainan dengan pandangan yg mengatakan zaman imam mahdi tiada teknologi. 

Wallahualam

.


Menurut Ustaz Sahib Pamidi 

(Anak murid Habib Abu Bakar Al-Adeni) 

Tulisan di fb ustaz pada Dec 21 2018.


Mengikut kajian guru-guru kami bahawasanya:


-muncul Al-Mahdi ketika dunia pada era kemuncak teknologi dan kemodenannya, serba serbi canggih

(Tidak terbukti dari mana-mana nas bahawa Al-Mahdi muncul ketika tiada lagi teknologi dan sebagainya melainkan dengan perkataan "dunia kembali seperti zaman Rasulullah" maka dikatakan Al-Mahdi muncul di zaman tiada lagi teknologi tetapi hal ini tidak dapat dibuktikan dengan mana-mana kajian bahawa teknologi akan lenyap, kalau benar sekalipun maka apakah yang menyebabkan ianya terhenti?, adakah kerana gerhana yang didakwa memutuskan teknologi?, atau dengan dentuman komet atau meteor?. Sebenarnya tiada mana-mana kajian yang boleh membuktikan hal sedemikian dapat memutuskan teknologi kerana sudah banyak kali dunia mengalami gerhana dan pernah dihentam meteor tetapi mengapa tiada tanda-tanda pengurangan teknologi?, makna dari Mafhum hadis tersebut adalah dunia kembali seperti zaman Rasulullah pada perlaksanaan Islam dan keamanannya bukanlah pada ketiadaan teknologi dan kecanggihannya, maka dengan inilah kami berkeyakinan di zaman kemunculan Imam Al-Mahdi dunia berada pada tahap kemajuan teknologi yang paling canggih)


-Teknologi berterusan wujud sehinggalah kemunculan Dajjal setelah Imam Al-Mahdi,

(Malah kebanyakkan pengkaji tentang Akhir Zaman berpendapat, berkemungkinan Dajjal memiliki kemampuan menyebarkan fitnah dgn cepat menggunakan teknologi, maka mana mungkin pendapat ini benar sekiranya teknologi telah terputus di zaman Al-Mahdi kerana kemunculan Dajjal secara muktamad adalah selepas Imam Al-Mahdi)


Dan Teknologi akan lenyap ketika Nabi Isa A.S turun di menara putih di Damascus 

(Maka menurut guru kami ketika Nabi Isa turun pada waktu itulah segala teknologi terputus dan lenyap sama sekali disebabkan mukjizat Nabi Allah Isa ibnu Maryam, setelah itu bermulalah zaman-zaman manusia tanpa teknologi, kenderaan kuda, pedang dan perisai kembali digunakan ketika berlaku Malhamatul Kubro) 


Setelah itu berlaku Malhamatul kubro, peperangan terbesar di Akhir Zaman di antara tentera Islam yang dipimpin Imam Al-Mahdi dan orang Yahudi dikepalai oleh Dajjal yang membawa kepada pembunuhan Dajjal oleh Nabi Isa A.S di gerbang Hud Masjidil Aqso,,


Tulisan di Fb Ustaz Sahib Pamidi 

Bertarikh 21 Dec 2018

Sabtu, 13 November 2021

Seorang guru

 Seorang guru berkata,


" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "


Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,


" Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.


Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.


Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "


Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam. 


Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita. 


" Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.


Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.


Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."


Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.


Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,


" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? "

Jepang

 Berhijrah ke Negara Lain


Jika ada peluang, saya bercadang untuk berhijrah ke Jepun. Kenapa?


1. Jepun adalah negara yang telah maju. Baik dari kemudahan kesihatan hinggalah pengangkutan, boleh dikatakan fasiliti mereka hampir "sempurna".


2. Bekalan makanan yang berkualiti. Di sana kita tak perlu pilih² barang yang kita ingin beli. Kualitinya sama sahaja. Contohnya epal, ambil sahaja dan bayar. Kualiti hampir pasti.


3. Inflasi hampir sifar. Barang makan/minuman yang dijual 100yen 30 tahun dahulu  masih dijual pada harga yang sama hari ini. Harga makanan juga murah jika dibandingkan dengan pendapatan. Pilihan juga banyak dan sedap.


4. Kadar jenayah yang sangat rendah. Saya jarang² kunci pintu rumah dan pintu kereta semasa tinggal di sana.


5. Air yang bersih. Saya ambil cawan dan tadah dari paip sahaja. Tak perlu tapis². Di sana tiada orang jual penapis air bayar bulan². Nak tukar air akuarium pun tak perlu anti-klorin.


6. Senang cari "makan". Kita boleh buat kerja part time di sana. Gaji sejam boleh belikan kita makanan untuk tengahari dan malam. Kerja juga ada banyak, lebih² lagi jika bahasa Jepun kita kuasai.


7. Masyarakat yang baik. Penduduk di sana boleh dikatakan baik² belaka. Adalah segelintir yang tak suka orang luar, tapi jika kita tak cari pasal, mereka pun tak akan timbulkan masalah.


8. Tak perlu visa. Warganegara Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk Jepun. Ini sangat membantu.


Banyak lagi kebaikannya, cuma:


Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri...


Emas mahal sekarang.

Deuterium

 https://zonajakarta.pikiran-rakyat.com/internasional/amp/pr-182995019/putus-urat-malu-perdana-menteri-malaysia-minta-jatah-proyek-pembangunan-ibu-kota-baru-indonesia-saya-mohon


*Bismillah : PM Malaysia Memalukan Raja, Rakyat Dan Negara.*


Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.


*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*


Lawatan YAB PM Malaysia, DS Ismail Sabri ke Jakarta membawa hasil yang benar-benar memalukan rakyat dan Negara ini.


Saya tak boleh bayangkan bagaimana seorang PM Malaysia boleh pergi ke Negara jiran dan tanpa segan silu meminta projek dari Negara tersebut.


Dah tak cukup projek lagi ke di Malaysia ni ?


Saya, YM Dato Aziz Chemor dan ARM sudah acap kali menawarkan diri untuk bekerjasama dengan PM dan pihak kerajaan.


Kami ada beberapa Aset besar yang mampu membantu rakyat dan Negara ini. Dan salah satunya adalah *Heavy Water @ Deuterium.*


Kalau tak faham apa itu *Heavy Water @ Deuterium,* baca link yang saya kongsikan di bawah ini.


https://www.youtube.com/watch?v=U7CCq4oBgw4


*Heavy Water @ Deuterium* ini adalah sumber energi yang paling murah, bersih dan selamat untuk masa hadapan.


Ia bakal menggantikan minyak dan gas tidak berapa lama lagi.


Pada masa ini banyak Negara terutamanya negara-negara maju yang sedang bercakap mengenai *Heavy Water @ Deuterium* ini.


Ia sudah sampai ke peringkat di mana Negara China sanggup berperang dengan NATO demi untuk menguasai Laut China Selatan.


Ada apa di Laut China Selatan ?


Di situlah letaknya sumber *Heavy Water @ Deuterium* yang terbesar di Dunia. Dan ia tidak akan habis sampai hari kiamat.


Dan lubuk *Heavy Water @ Deuterium* yang terbesar di Dunia pula adalah di *Marina Trench* yang terletak di dalam perairan Negara Filipina.


Dan untuk makluman semua, lebih dari dua pertiga konsesi *Heavy Water @ Deuterium* yang ada di *Marina Trench* sudah di kuasai secara sah oleh ARM.


Sebab itu ARM berani mendakwa bahawa kita mampu bersaing dengan Amerika dan China menjelang tahun 2030 nanti.


Ini kerana ARM ada beberapa Aset yang sangat di perlukan oleh Dunia.


Kalau setakat hutang Negara yang hanya berjumlah RM 1.4 trillion itu kami mampu melangsaikannya.


Tak perlu pergi mengemis atau meminta sedekah dengan pemimpin-pemimpin Negara lain. Memadai hanya bekerjasama dengan kami sahaja.


Kami ini bukan sekadar hanya Sembang Kari sahaja. Tetapi kami juga memang boleh membuktikan apa yang telah kami sampaikan kepada umum.


ARM memang benar-benar sudah bersedia untuk membawa Negara ini *to the next level.*


Jadi kepada YAB DS Ismail Sabri, kalau masih tetap tidak mahu bertemu dengan kami, sila letak jawatan secara terhormat dengan kadar segera.


*YAB DS sudah memalukan Raja-Raja Melayu, Rakyat dan Negara ini.*


*Ini adalah satu kesilapan dalam hubungan diplomatik antara negara yang cukup fatal !*


Ia tidak seharusnya berlaku sama sekali.


*Saya, YM Dato Aziz Chemor dan ARM* benar-benar kecewa dengan peristiwa ini.


*Inilah padahnya apabila Negara kita sedang di pimpin oleh golongan yang paling keji dari Bangsa ini.*


Layari laman web resmi saya untuk mengikuti nota-nota saya yang lepas di ; www.agendabaru.com


*Apakah anda masih perlu terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia ?*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


*Al Fakir Ilallah.*

- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.

12 November 2021.

Akta 342

 Kena saman sebab tak patuh SOP. Kena bayar tak?


Kalau tanya saya, jawapannya TAK PAYAH BAYAR.


Saman sebab langgar SOP, tapi SOP bukan law.


Sila buat SN: Statutory Notice = Notis Berkanun. Anda akan faham kenapa sy kata tak perlu.


SOP bukan undang-undang.


SOP dibuat di bawah akta 342 Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit.


Tapi, sebelum layak guna Akta 342, KKM kena bagi BUKTI JANGKITAN sebagai memenuhi syarat pematuhan untuk guna Akta ini.


Isunya, hingga hari ini KKM masih gagal kemukakan bukti. Dah lebih 500 orang buat laporan polis dan tuntut bukti tapi tiada jawapan solid yang mengikut prosedur saintifik sebenar dalam menentukan bukti jangkitan.


Ya, anda lihat orang positif dan sakit. Tak kurang juga ramainya positif tapi tidak sakit. Yang sakit, apa bukti sakit itu disebabkan oleh virus covid sedangkan kita hanya bergantung pada PCR test.


Test kit PCR ini ada banyak isu dan tidak reliable diakui sendiri oleh pencipta PCR test.

Sakit yang anda nampak/rasa boleh jadi dari punca lain. Tiada bukti sakit itu benar-benar disebabkan oleh covid hanya kerana PCR test menunjukkan bacaan positif.


Again, PCR test tidak reliable! 


Keabsahan penggunaan Akta 342 boleh dipersoalkan selagi tiada bukti jangkitan secara saintifik sebagai syarat utama untuk guna Akta 342.


Selagi tiada bukti, segala arahan SOP yang jelas melanggar perlembagaan negara adalah tidak valid.


Perlembagaan Negara adalah undang-undang utama di Malaysia. Segala undang-undang yang dibuat selepas merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.


KKM dan semua yang terlibat juga boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana telah sengaja melakukan banyak kerosakan, mengakibatkan kematian bunuh diri, depresi, dan isu lain yang merugikan banyak pihak.


Ini termasuk mereka yang menghalang anda untuk mendapatkan hak anda sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan. Semua boleh diheret sama ke mahkamah tak kira guard, pemilik premis, polis dan sebagainya. 


Bermula PKP March 2020, segala SOP yang dibuat yang kononnya di bawah Akta 342 masih belum sah selagi tiada BUKTI JANGKITAN dikemukakan oleh KKM.


Jadi, anda nak patuh kerajaan atau patuh undang-undang? Kalau tak berani, bayar saja saman, dan mereka akan terus bermaharajalela.


Kalau anda yakin, sila buat SN dan fahamkan.


Tiada caj dikenakan utk buat SN, cuma usaha dan sedikit kos utk document sahaja. Ramai-ramai buat, dan kita terus educate lebih ramai lagi. Ini antara jalan yang ada pada waktu ini, selagi undang-undang masih terpakai sebagai pembelaan diri kita.


Takkan nak duduk diam, tunggu dan redha saja atas apa yang jadi. Nak tunggu siapa utk pertahankan diri, anak-anak dan keluarga? 


Sabda Baginda SAW bermaksud : "Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala." (Hadis Riwayat  Al-Bukhari).


- NBI Nov 2021 -