Sabtu, 13 November 2021

Deuterium

 https://zonajakarta.pikiran-rakyat.com/internasional/amp/pr-182995019/putus-urat-malu-perdana-menteri-malaysia-minta-jatah-proyek-pembangunan-ibu-kota-baru-indonesia-saya-mohon


*Bismillah : PM Malaysia Memalukan Raja, Rakyat Dan Negara.*


Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.


*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*


Lawatan YAB PM Malaysia, DS Ismail Sabri ke Jakarta membawa hasil yang benar-benar memalukan rakyat dan Negara ini.


Saya tak boleh bayangkan bagaimana seorang PM Malaysia boleh pergi ke Negara jiran dan tanpa segan silu meminta projek dari Negara tersebut.


Dah tak cukup projek lagi ke di Malaysia ni ?


Saya, YM Dato Aziz Chemor dan ARM sudah acap kali menawarkan diri untuk bekerjasama dengan PM dan pihak kerajaan.


Kami ada beberapa Aset besar yang mampu membantu rakyat dan Negara ini. Dan salah satunya adalah *Heavy Water @ Deuterium.*


Kalau tak faham apa itu *Heavy Water @ Deuterium,* baca link yang saya kongsikan di bawah ini.


https://www.youtube.com/watch?v=U7CCq4oBgw4


*Heavy Water @ Deuterium* ini adalah sumber energi yang paling murah, bersih dan selamat untuk masa hadapan.


Ia bakal menggantikan minyak dan gas tidak berapa lama lagi.


Pada masa ini banyak Negara terutamanya negara-negara maju yang sedang bercakap mengenai *Heavy Water @ Deuterium* ini.


Ia sudah sampai ke peringkat di mana Negara China sanggup berperang dengan NATO demi untuk menguasai Laut China Selatan.


Ada apa di Laut China Selatan ?


Di situlah letaknya sumber *Heavy Water @ Deuterium* yang terbesar di Dunia. Dan ia tidak akan habis sampai hari kiamat.


Dan lubuk *Heavy Water @ Deuterium* yang terbesar di Dunia pula adalah di *Marina Trench* yang terletak di dalam perairan Negara Filipina.


Dan untuk makluman semua, lebih dari dua pertiga konsesi *Heavy Water @ Deuterium* yang ada di *Marina Trench* sudah di kuasai secara sah oleh ARM.


Sebab itu ARM berani mendakwa bahawa kita mampu bersaing dengan Amerika dan China menjelang tahun 2030 nanti.


Ini kerana ARM ada beberapa Aset yang sangat di perlukan oleh Dunia.


Kalau setakat hutang Negara yang hanya berjumlah RM 1.4 trillion itu kami mampu melangsaikannya.


Tak perlu pergi mengemis atau meminta sedekah dengan pemimpin-pemimpin Negara lain. Memadai hanya bekerjasama dengan kami sahaja.


Kami ini bukan sekadar hanya Sembang Kari sahaja. Tetapi kami juga memang boleh membuktikan apa yang telah kami sampaikan kepada umum.


ARM memang benar-benar sudah bersedia untuk membawa Negara ini *to the next level.*


Jadi kepada YAB DS Ismail Sabri, kalau masih tetap tidak mahu bertemu dengan kami, sila letak jawatan secara terhormat dengan kadar segera.


*YAB DS sudah memalukan Raja-Raja Melayu, Rakyat dan Negara ini.*


*Ini adalah satu kesilapan dalam hubungan diplomatik antara negara yang cukup fatal !*


Ia tidak seharusnya berlaku sama sekali.


*Saya, YM Dato Aziz Chemor dan ARM* benar-benar kecewa dengan peristiwa ini.


*Inilah padahnya apabila Negara kita sedang di pimpin oleh golongan yang paling keji dari Bangsa ini.*


Layari laman web resmi saya untuk mengikuti nota-nota saya yang lepas di ; www.agendabaru.com


*Apakah anda masih perlu terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia ?*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


*Al Fakir Ilallah.*

- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.

12 November 2021.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan