Sabtu, 27 November 2021

Mustang

 CnP drp kawan yg perihatin... 


Saya nak minta kita semua pakat viral merata rata post saya ni kerana banyak sangat iklan dlm FB tentang jualan kereta scrap dr Singapore pada harga tak munasabah ‘All In’ termasuk loan 100% kebanyakannya kereta mewah … memang kita yg gila kereta ni akan terpesona macam jumpa Janda lawa yg nak kat kita lah…. bayangkan Civic Type R 2017- RM30k, BMW M3 2014- RM33k/50k , Vellfire 2018 pun 30k jee… dan macam macam kereta idaman kalbu kalau kat Malaysia ni boleh tengok je lah. 

Ramai juga dah terkena tipu… modus operanti sama saja:

1- selepas kita pilih kereta idaman kita dlm list dia… rambang mata mak oooii .. Mustang GT baru 30k je

2. lepas tu dia minta kita punya IC, driving lesen dan payslip utk diaorang apply loan… on same day saja kita punya loan lulus 100% pulak tu at unbelievable rate.. blacklist pun tak de hal… dia kata ni loan kedai sebab tu murah… cakap bg hati cair!!

3. Lepas tu dia akan minta kita bayar rm2500 untuk process JPJ/Puspakom bagai… dia kata undertable money! ni kalau ada geng JPJ baca post saya ni kena tolong ambil perhatian..

4. Lepas kita bayar RM2500… dia akan update kita delivery progress sampai kita nak berak pun tak kluaq tak sabaq nak pandu M3 yg kita dah order tu..

5. Lepas tu… tup! tup! dia akan kata keta sangkut kat kastam la pulak.. nak certain amount to settle dalm 4K-10K.. kalau kita tak settle susahlah sebab hati dah jatuh cinta..sebelum tu tak bincang pun hal Kastam ni sebab dia kata kereta scrap! 

6. then ada lagi…   dia akan minta towing insurance pulak… dan lagi dan lagi.. lepas tu you contact pun dia tak layan dahhh… air mata darahlah sapa yg dah terkena.

… ada kes yg kena scammed sampai 40k sebab excited sangat nak dapat kereta idaman 😫😫😫

Mungkin siapa yg dah terkena tu malu nak buat report Polis sebab takut Polis marah kat dia… ‘ Awat hang ni bodo sangat macam ni pun boleh percaya’… firasat sayalah ni😁

 

Lakonan mereka kalah Eman Manang atau Dato Rosyam Noor… hati boleh cair sebab keta idaman punya pasal… macam kita mula bertunang dulu la jugak… tiduq pun senyum mimpi indah..


padahal dr awal lagi dalam hati kita dah rasa benda ni tak kena… akal kata ni tipu belaka tapi nafsu kita akan kata betui sebab telah jatuh cinta punya pasal…takkan depa nak tipu..  macam dulu kita bawa balik markalah… Mak kita kata dia tak bekenan tapi kita nak jugak…

............

..................

Tolong semua viral!

Semoga sedikit usaha kita membantu kawan kawan kita dr jatuh cinta dgn Janda Janda lawa Type R.. M3…AMG… siti Mustang GT … Vellfire.. dan bagai pada harga terlebih mampu milik.


kita tanya diri kita sendiri… eeh kalau kereta idaman murah macam ni legal pulak tu guna di Malaysia takkan depa tak reti bawak masuk sendiri jual kat kita di Malaysia atau bawak masuk used car depa sendiri..

 

Bila you bagi bad comment kat posting depa tu nanti dia kan blok- dia akan kata ‘ only relevant comment will posting’ dah dasar penipu


Tolong Viral!! Hati hati semua mudah mudah Allah bantu kita hentikan syndicate ni..


# Akhir Zaman ini penuh tipu Daya, Manusia berhati Iblis....


Time.nak duit kita depa cakap lembut Gigi Dari lidah, janji Bagai DEWA,. Kita yg terpukau mudah ikut, Kita yg bodoh sebab TAMAK....


Sama macam Dalam Pelaburan, Scammer Dan pelbagai bisnes online Dan saham..


- Hati Hati, bykkan Selawat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan