ASTEROID, METEOR DAN METEORIT:
Cnp dari fb psyarah kimi-A! teman
ayah ku
Adakah kita sedar atau tidak bahawa sejak tahun 1988, sebanyak 1,200 asteroid telah menghentam Bumi kita dan kita hanya boleh mengesan hanya 5 darinya sebelum ia tiba?
Mungkin ada yg tertanya-tanya apa beza asteroid, meteoroid, meteor dan meteorit. Dari mana datangnya asteroid ini? Ada berapa banyak asteroid di luar sana dan besar ke asteroid nih? Bahaya ke tidak asteroid nih?
Asteroid adalah merupakan saki baki batu-batu yg membentuk planet dalam sistem solar kita. Semuanya wujud sekitar 4.57 billion tahun dahulu bersama pembentukan planet termasuk Bumi. Ianya mengelilingi Matahari seperti Bumi dan planet lain juga.
Asteroid berasal dari perkataan Greek yg bermaksud "seperti bintang/star-like".
Meteoroid adalah asteroid juga tapi lebih kecil. Meteor adalah asteroid/meteoroid yg meruwap semasa memasuki atmosfera Bumi - atau kita panggil "the shooting star". Bila meteor ni tak habis terbakar dan jatuh terbongkang atas permukaan Bumi di depan kita..keboom!!!... tu kita panggil meteorit (meteorite). Jadi semuanya benda yg sama sahaja tapi mempunyai nama yg berlainan.
Asteroid ni memang dah ada sekeliling sistem solar kita ni..ada yg dekat dgn Bumi (kita panggil NEA = Near-Earth Asteroid) dan yg paling banyak sekali berada di Jaluran Asteroid Utama (Main Asteroid Belts, MAB) iaitu dalam ruang di antara Planet Mars (Marikh) dan Jupiter (Musytari). Asteroid pun ada banyak lagi berbillion di Jaluran Kuiper dan Awan Oort. Tersangat banyak serpihan yg tinggal hasil dari pembentukan sistem solar kita nih. Fuuhh...
Banyak ke asteroid yg dekat dgn Bumi (NEA) kita nih?
Emmm..banyak juga la my dear!
Sehingga March 5, 2020 - sebanyak 22,261 NEA ditemui dimana sebanyak 1,955 tu agak besar dan boleh datang melawat kita bebila masa dan boleh mengancam nyawa kita..aduyai!
Dari mana asteroid NEA ni datang?
Kebanyakannya datang dari Jaluran Asteroid Utama (MAB) tu lah..di sanalah asalnya.
Ada berapa banyak asteroid di sana (MAB) tuh?
Aduiiisss..takut..ada berjuta kat sana dan ada yg besar-besar sehingga 100 km diameternya..kecut perut. Jika yg besar ni dtg melawat kita, maka akan berlaku Kepupusan Besar-besaran la spt yg pernah berlaku 66 juta tahun dahulu - menyebabkan kepupusan dinosaur. Itu baru bersaiz 10-15 km..belum lagi 50-100 km! MasyaAllah.
Ada ke kemungkinan kita boleh temui meteorit nih?
Yez my dear..tersangat banyak tapi perlu rajin serta kesabaran yg tinggi. Nak senang boleh cari di gurun (bukan Gurun Kedah nih). Boleh buat duit woo!
Berapakah saiz meteorit terbesar yg pernah ditemui?
Fuuhh..tersangat la besar..saiznya 2.7x2.7x0.9 m..beratnya melebihi 60 tan..fuuhh. Jika jatuh kat tepi rumah kita, boleh jadi kaya tuh..huk huk..itu pun jika kita tak hangus la. Meteorit terbesar ni ditemui pd tahun 1920 di Namibia..dinamakan "Hoba Meteorite"..dipercayai jatuh sekitar 80,000 tahun dahulu. Disebabkan terlalu berat, maka tiada siapa yg sanggup mengubahnya..he he...tiada kawah dan tiada kesan jatuh..seolah-olah mcm dibawa orang ke situ..takjub..tersangat takjub! MasyaAllah. Boleh pergi melawat! Ada dalam foto disertakan.
Apa kandungan bahan dalam asteroid nih?
Asteroid dikelaskan kepada tiga jenis secara kasarnya:
1) C-type (Carbonaceous) - kaya dgn karbon
2) S-type - kaya silika
3) M-type - kaya dgn logam (besi dan nikel)
Untuk makluman kita semua, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah pun menetapkan tarikh Jun 30 setiap tahun sebagai "International Asteroid Day" utk mendidik penghuni dunia ttg ancaman asteroid ini. Negara kita ada sambut tak? Hu hu...
Kenapa tarikh itu dipilih? Birthday ayahku ke? He he..tidak! Tarikh itu dipilih sempena tarikh June 30, 1908 - iaitu tarikh satu asteroid yg masih belum ditemui meteoritnya yg membakar hutan seluas 2,150 km persegi di Tunguska Siberia..saiznya dijangka baru sekitar 100 meter shj. Takut kan.
Jadi, soalan ayahku adalah "Adakah kita sbg penduduk Bumi telah bersedia utk hadapi lawatan asteroid yg besar-besar (>=10 km) nih"? Mereka semua dah ada di sana tu..hanya menunggu masa sahaja..aduuhhh. Para saintis juga bersetuju bahawa kemusnahan hidupan besar-besaran di Bumi ini kemungkinan besarnya adalah hasil dari hentaman asteroid ini.
Sama-samalah kita berdoa agar Bumi kita ini dijauhkan dari segala malapetaka termasuk dari asteroid ini. Aameen.
Terima kasih.
#ayahkumenulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan