FREEMASON :
Agenda Di Tanah Melayu
~~~~~~~~~~~~~~~~
~ #TengkuDaengMawelle
edit #HayamArirang
Sesungguhnya Freemason & Illuminati telah lama bertapak di Malaysia, semenjak ratusan tahun lagi.
Mereka membawa agenda dan jarum jarum halus untuk menjadikan mereka pertubuhan yang mengawal dunia. Melalui perjumpaan perjumpaan rahsia para penyembah Iblis, Dajjal (a.k.a. AntiChrist) telah memaklumkan kepada Raja-Raja Eropah (Kerabat Diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam `inner circle` supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur Jauh.
Raja-Raja Eropah pun bertungkus lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal dan tentera menuju ke Tanah Melayu.
Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau, Kerajaan-Kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.
Belanda juga menyerah kalah di Melaka. Memang aneh, walaupun Belanda berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di `Semenanjung Emas` yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.
Mereka pernah berkali-kali cuba bertapak di Perak pada peringkat awalnya, tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri bagi yang tidak mengetahuinya (maaf… saya tiada kebenaran untuk bercerita lebih tentang hal ini).
Tetapi "The Hidden Hand" tidak mudah berputus asa. Kalau Portugis dan Belanda tidak berjaya pun tidak mengapa. Mereka masih boleh berharap dengan menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.
Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja China dan India ke Tanah Melayu.
MENGAPA KAUM CHINA DAN KAUM INDIA ?
Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati "Ordo Ab Chao" iaitu "Divide and Rule" atau "Pecah dan Perintah".
Ringkasan Penjajahan-Penjajahan di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Semakin lama semakin ramai pekerja China dibawa masuk ke Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.
Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil `secret societies` China yang menganut fahaman Illuminati dan juga agen-agen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsigelap bagi orang-orang China. Apabila majoriti pekerja China sudah ramai, mereka dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap dan ketika inilah masanya untuk bermain api.
Perebutan kawasan perlombongan bijih cuma merupakan sebahagian taktik sahaja.
Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima Residen British di Tanah Melayu. Dua kongsi gelap terbesar iaitu "Ghee Hin" dan "Hai San" telah bertempor dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak.
Taktik ini juga digunakan di kesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
JELAS DI SINI, YANG MEMBUAT
KEKACAUAN BUKANLAH ORANG
ORANG MELAYU SENDIRI, TETAPI
ORANG LUAR.
Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka, maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.
Cuba kita renungkan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu seperti mana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian, strategi dan siasah serta mengekalkan Sultan-Sultan? Aneh kan?
Kita boleh lihat taktik Illuminati-Inggeris di tempat-tempat lain. India misalnya, Raja-Raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.
INI MEMBERIKAN SIGNAL YANG
JELAS TERUTAMANYA KEPADA
DYMM RAJA-RAJA MELAYU ...
ILLUMINATI-FREEMASON
MEMANG AMAT TERINGIN UNTUK
MENAMATKAN RIWAYAT
KESULTANAN MELAYU.
~ Raja-Raja Pattani telah dikejar
sehingga ke Kedah dan Perak dan
dibunuh dengan kerjasama orang
orang Thai.
~ Kesultanan Jawa juga telah
ditamatkan kuasa politiknya oleh
Hindia-Belanda dan kini tiada
apa-apa pun kepentingan sekadar
wujud untuk dijadikan `muzium
hidup` di Indonesia.
~ Kesultanan Sulu sudah lama
pupus.
Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.
Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.
Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali. China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang China dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan Maharaja. China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, namun hanya Hong Kong yang dijajah British.
Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Kepulauan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka, namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai `Negeri Naungan Ratu Inggeris`.
MENGAPA?
Kerana Tanah Melayu masih mempunyai Pemerintah. Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui Residen-Residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung.
Sultan-Sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran `Sultan` atau `Pemerintah` dalam tulisan Jawi walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka.
PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.
Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap Bangsa Spiritual ini. Jika tersilap perancangan, maka akan terangkatlah satu kuasa misteri lagi rahsia bangsa ini.
Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah `Masterpiece` yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?
Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?
APA RAHSIANYA?
Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai Kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?
Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang yang besar (Rujuk "Mendam Berahi").
Mereka telah terlambat untuk menguasai satu Bangsa Spiritual yang akan menamatkan segala ramalan Kitab-Kitab Kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajjal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karektor sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam "The Holy Scriptures" dengan tegas menyatakan,
“Cepat cari bangsa itu, Kristiankan
atau Liberalkan mereka atau kamu
semua akan musnah!”.
Sebab itu di dalam buku-buku sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.
Benua Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah `rezeki terpijak` dalam perjalanan mereka mencari satu bangsa misteri. Beratus tahun mereka menangani bangsa `Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu di Islamkan.
Tetapi mereka terlambat.
PERANCANGAN ALLAH SWT
LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.
Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka, Organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik dan berpusat di Lisbon, Portugal ketika itu) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu "St. Francis Xavier" untuk mengkristiankan orang-orang Melayu. Tetapi perancangan itu gagal sama sekali.
Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda. Dajjal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain, jika tidak diperlukan maka "habis madu sepah dibuang". Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.
MEREKA MENGAKUI DENGAN
SEBENAR-BENARNYA BAHAWA
BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH
DILAYAN KEJAM.
Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis. Setelah mempelajari karektor bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.
Sebab itu Inggeris lebih `beradab` melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan mereka yang lain. Bangsa Melayu lebih di`manjakan` Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan.
Peristiwa pemberontakan dan pembunuhan ke atas J.W.W. Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar Residen yang memahami karektor orang Melayu. Sebab itu "Hugh Low" yang dihantar menggantikan J.W.W. Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.
Di suatu ketika, British menggunakan kekerasan, di suatu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta Sultan-Sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.
PIHAK INGGERIS MEMANG
HENDAK MELAKUKAN BEGITU
TETAPI DINASIHATKAN OLEH
THE HIDDEN HAND supaya
memperlahankan tindakan
mereka.
APA RAHSIANYA?
DAJJAL LAKNATULLAH AMAT
TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI
ANTARA INGGERIS DAN BANGSA
SPIRITUAL DI BUMI MELAYU DAN
INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPAT
KAN RAMALAN-RAMALAN DALAM
"THE HOLY SCRIPTURES" SEPERTI
KEBANGKITAN IMAM MAHADI
DAN TURUNNYA NABI ISA A.S.
Melalui `Secret Societies` di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka "Pelan Jangka Panjang" untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang pelan Illuminati-Zionis dalam merangka pelan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang pelan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.
INILAH PELAN PALING LICIK DAN
TERSEMBUNYI DARI ILLUMINATI.
...
KONGSI GELAP CHINA :
Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah "Heaven and Earth Society". Nama-nama yang lain adalah seperti "Hung League" dan "Three United Association".
Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M. Ward (The Hung Society. 1925).
Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.
Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa, miskin dan terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.
Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.
Berbeza dengan `secret societies` di Eropah di mana umumnya ahli-ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit, kongsi-kongsi gelap China adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama `The Hidden Hand` mahu mempergunakan orang-orang China. Mereka dijadikan "pawn of the game" dalam usaha "The Hidden Hand" mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.
ORANG-ORANG CHINA IBARAT
BENTENG MANUSIA BARISAN
HADAPAN BAGI MENGHADAPI
PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.
Jika peperangan terjadi, orang-orang China yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUKAN DAN PARANG TERBANG dari Bangsa Melayu. Bangsa kesayangan The Hidden Hand, Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang China sebelum merancang pelbagai pelan untuk membuat "counter attack".
Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu, di`provoke` atau diusik sensitiviti mereka.
TETAPI MEREKA AKAN
MEMENDAM PERASAAN DEMI
PERASAAN DENDAM MEREKA,
sehingga ke tahap kritikal dan
`psycho`. Apabila sampai satu
tahap, ALTER AMUK mereka akan
meletus.
Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka. Dari mana perkataan "amok" dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat, bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan "amok" dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.
"Alter amuk" adalah seolah-olah eksklusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.
Tetapi setiap orang Melayu tulen `amnya menyimpan alter berbahaya ini. Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun China atau India rasis dan chauvinist dapat hidup di bumi Melayu ini.
JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI
MENGHORMATI BUDAYA DAN
AGAMA MEREKA, TIDAK MENJADI
MASALAH BUAT ORANG-ORANG
MELAYU UNTUK TURUT
MENYAMBUT MEREKA DENGAN
SENYUMAN DAN MENGHORMATI
MEREKA KEMBALI.
Ingat, orang-orang Melayu sukakan diplomasi berbanding kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles dan Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.
Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang China di Tanah Melayu. Pertamanya, majoriti orang-orang China yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dari rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.
Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di Tanah Melayu?
Mereka adalah juga
KONGSI-KONGSI GELAP INI.
Merekalah agen-agen yang bekerja mengumpulkan orang-orang China dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.
Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas Kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuminati Inggeris "menculik" rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.
Rakyat China miskin yang "innocent" tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka. Orang-orang China yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969, menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.
Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.
Budaya-budaya Komunism ini juga telah cuba diselitkan ke dalam perjuangan Tentera Fisabilillah Bangsa Melayu. Tentanglah Komunism ini dari menular seperti di Indonesia dalam perjuangan kita Bangsa Melayu! Jangan berpecah belah sesama kita dan kembalilah ke pangkal jalan ... ke jalan putih yang sebenar.
Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya Komunis China sedangkan kita lebih hebat dari mereka?
Perjuangan kita kerana ALLAH SWT dan bukan kerana Duit. Sekularisma, Liberalisma juga harus kita tentang. Jadikan kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai pengajaran serta peringatan.
...
25 AGENDA ILLUMINATI :
~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah daftar 25 prinsip/tujuan Illuminati yang telah "Adam Weishaupt" tetapkan selepas Rothschild mula membiayai Konspirasi Illuminati.
Ia telah pun berjalan sejak ratusan tahun yang lalu, dan kini tiba di kemuncaknya dan sedang diterajui oleh kuda tunggangan mereka, British-Amerika dan keluarganya di seluruh dunia. Memacu mengikut susunan langkah demi langkah, melaksanakan Konspirasi sepertimana yang diatur oleh Illuminati.
25 agenda ini merupakan satu "Manual" yang pada dasarnya memperlihatkan rancangan jangka panjang, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.
Antara Agendanya seperti berikut :
1] Aturkan semua manusia supaya
lebih cenderung dan senang ke
arah kejahatan berbanding
kebaikan.
2] Anjurkan gerakan Liberalisme
(Hancurkan keagamaan).
3] Gunakan idea "Kebebasan" untuk
mewujudkan pertentangan atau
krisis antara kelas dalam
masyarakat.
4] Gunakan segala cara untuk
mencapai Tujuan Illuminati seperti
yang telah ditetapkan.
5] Perolehi/Dapatkan "Hak" untuk
"BERDUSTA" ke atas setiap
peristiwa yang berlaku (Tulis
semula "Sejarah" mereka).
6] Kekuatan sumber dan keupayaan
harus tidak kelihatan sehingga
saat benar-benar telah bersedia
dan memperoleh kekuatan yang
tidak boleh lagi di permainkan
atau dimusnahkan.
7] Galakkan masyarakat supaya
cenderung untuk merusuh dan
ber"demontrasi" (secara psikologi)
sebagai satu cara menguasai
emosi mereka.
8] Pergunakan alkohol, dadah,
rasuah, perempuan dan segala
bentuk maksiat secara sistematik
untuk merosakkan golongan belia
dan anak muda mereka.
9] Berusaha memiliki kekayaan,
harta atau aset dengan apa cara
jua pun.
10] Gunakan slogan-slogan hebat
seperti Hak Asasi, Kebebasan,
Persaudaraan, dll sebagai
pegangan tuntutan rakyat jelata
dalam peperangan psikologi.
11] Peperangan harus diatur,
sehinggalah kedua-dua pihak
yang bertentangan bakal
mengalami masalah hutang
yang berat kemudian dianjurkan
perdamaian setelah mereka
menjadi lemah (tidak lagi
berupaya) untuk mengawal
keDaulatan wilayah masing-
masing.
12] Setiap ahli perlu menggunakan
kekayaan yang ada untuk
menentukan "calon" yang dipilih
dan tempatkan di Pejabat awam.
Taat kepada tuntutan mereka
(ahli) dan gunakan mereka
(calon) sebagai bidak dalam
percaturan orang-orang di
belakang layar. Penasihat harus
dipelihara dan dilatih sejak kecil
untuk menguasai urusan dunia.
13] Mengawal akhbar atau media.
14] Agen akan muncul ke hadapan
selepas mencetuskan kacau-
bilau dan bertindak pula dengan
lagak sebagai penyelamat orang
awam.
15] Wujudkan kemelesetan industri,
kepanikan/kegawatan ekonomi
kewangan, pengangguran,
kelaparan, kekurangan makanan
dan gunakan keadaan ini
sebagai alat untuk menguasai
orang ramai atau para perusuh
dan kemudian gunakan perusuh
ini untuk menghapuskan semua
penghalang (DEMONSTRASI
JALANAN).
16] Menyusup ke dalam pertubuhan
rahsia Freemason dan gunakan
nya bagi keperluan Illuminati.
17] Kendalikan penipuan secara
sistematik, dengan mengguna
kan "Slogan" secara lantang dan
ungkapkan janji manis kepada
masyarakat bahawa mereka
bakal nikmati kebebasan dan
hidup mewah walau pun semua
itu adalah PALSU.
18] Rancang dengan teliti untuk
sesuatu resolusi, bincangkan
halacara pertempuran di jalanan,
aturkan mana-mana yang perlu
untuk mempercepatkan
kejayaan menguasai penduduk.
19] Gunakan agen sebagai pemberi
maklumat atau nasihat di
belakang tabir selepas berlaku
perang atau huru hara dan
gunakan diplomasi secara
rahsia untuk mengawal keadaan.
20] Bangunkan monopoli berskala
gergasi menuju ke arah
penguasaan Kerajaan Dunia.
21] Gunakan cukai yang tinggi dan
wujudkan persaingan yang tidak
sihat untuk membawa kepada
kehancuran ekonomi dengan
menguasai BAHAN MENTAH.
Aturkan pergerakan para
pekerja dan biayai pesaing
mereka.
22] Membina kekuatan persenjataan
melalui pasukan Polis dan
Tentera untuk melindungi
kepentingan kita.
23] Ahli dan Pemimpin-Pemimpin
Kerajaan SeDunia (OWG) akan
dilantik oleh Pengarah kita.
24] Menyusup ke semua kelas dan
lapisan masyarakat dan kerajaan
untuk tujuan menipu, mengkotak
katikkan dan rosakkan golongan
muda dengan mengajar teori
dan prinsip-prinsip `ilmu yang
kita tahu adalah PALSU.
25] Undang-Undang Nasional dan
Antarabangsa perlu digunakan
untuk menghancurkan segala
per`adaban, memperhamba dan
mengawal orang ramai.
...
Bermula pada Abad Ke-17 di Eropah, lebih tepat lagi, pada 1 Mei 1776 di German, ada satu gerakan budaya yang digelar sebagai "The Age of Enlightenment". Objektif utama gerakan ini adalah untuk melakukan reformasi berlandaskan kepercayaan "Teori Sains" dan "Pendidikan Sekular" secara langsung mencabar atau menentang kepercayaan agama dan juga tradisi. Mereka dididik mengamalkan pemikiran saintifik, skeptilicism dan juga pemikiran intelektual.
[Itulah rasionalnya mengapa maka tarikh "1 May" telah dipilih untuk Dunia mera`ikan "HARI PEKERJA" (atau dulu, "HARI BURUH", aka "HARI HAMBA `ABDI").
Semakin hari pengikut reformasi "Age of Enlightment" ini semakin bertambah dan pada tahun 1776, seorang ahli filosofi berbangsa German, bernama "Johan Adam Weishaupt" menubuhkan sebuah organisasi rahsia di negeri Bavaria, German dan menamakan pertubuhan ini sebagai "The Order of the Illuminati".
Pada asalnya pertubuhan ini tidak diendahkan kerana orang ramai menyangka yang mereka hanyalah pertubuhan yang biasa, tidak sehingga pada tahun 1785 pertubuhan ini ditindas dan diharamkan oleh pemerintah Bavaria iaitu "Charles Theodeore".
Pengharaman ini dilakukan kerana Kerajaan Monarki Bavaria pada waktu itu bimbang yang pertubuhan ini akan menjatuhkan System Monarki (Sistem BeRaja) mereka dan juga dikhuatirkan mencabar kuasa Gereja Katolik pada waktu tersebut.
Walaupun telah ditentang dan diharamkan pada tahun 1975, ramai yang masih menganggap kumpulan ini masih lagi wujud sehingga hari ini. Ini adalah perkara yang paling menakutkan tentang illuminati, ada yang percaya ini cumalah teori konspirasi dan ada yang benar-benar percaya kumpulan ini sedang merancang untuk mengawal dunia.
Bermula dari perancangan yang mengubah sejarah dunia seperti "Revolusi Perancis", pembunuhan John F Kennedy, Serangan 9/11, pergolakan di timur tengah dan banyak lagi, semua ini adalah untuk melaksanakan agenda mereka iaitu agenda New World Order (NWO).
Ataupun dikenali secara ringkasnya sebagai NOW. Ini adalah sebuah rancangan yang dirancang oleh Illuminati untuk mewujudkan "1 Kerajaan Dunia" yang akan memerintah seluruh dunia, bermaksud semua Negara akan patuh kepada 1-Badan Kerajaan sahaja. Dan golongan-golongan elit illuminati yang akan menjadi pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan tersebut.
Dengan erti kata lain mereka akan mengawal dunia dan mewujudkan "Kerajaan Totalitarian". Tapi kenapa ini objektif mereka? Jawapan ada di bawah.
Banyak lagi kumpulan-kumpulan rahsia yang lain seperti Freemason, "Skull and Bones" dan Zionism walaupun mereka ini dari kumpulan yang berbeza tetapi mereka berkongsi satu persamaan yang menakutkan. Dimana mereka semua dikatakan, menyembah syaitan. Ini boleh dibuktikan oleh symbol yang sering digunakan, simbol-simbol ini sering digunakan di dalam ritual sihir dan simbol-simbol ini seperti pentagram, tiga segi, "symbol mata satu" ada di sekeliling kita khususnya di industri hiburan.
Inilah jawapan mengapa illuminati ditubuhkan, dengan objektif utama "New World Order" kerana Mereka sedang menunggu kedatangan Dajjal yang mereka percaya adalah tuhan mereka yang sebenar, itulah sebab kenapa mereka mahu mengawal dunia sebagai persediaan untuk Dajjal suatu hari nanti.
Terpulanglah, hendak percaya ataupun tidak ...
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan