Awat hang kecam STEM ?
1. Kecam STEM ? Mana ada aku kecam STEM. KBAT pun aku tak kecam, inikan STEM. Buat apa kecam, STEM tu hanya akronim, sama macam CS, akronim untuk Computer Science. Aku pernah jadi saintis, bergelumang dgn alat juta2.. takkan aku nak kecam STEM.
2. Kelmarin dulu ada PG buat kajian STEM tanya aku. Aku kata ok .. cun. Pastu aku tanya, buat STEM tu subjek apa? Dia kata Maths, nak uji satu pendekatan. Pastu aku tanya, kenapa dalam tajuk guna STEM, bukan Maths ? Dia kata tak boleh ke ? Aku tanya je.. yang dikaji Maths, kenapa tajuk STEM plak. Lepas tu dia bingong sendiri, bukan aku.
3. Kat tadika ramai yang mengaku guna STEAM, sebab kanak-kanak suka 'Arts' kata mereka. Aku pun setuju. Kemudian ada tadika yang buat Aktiviti Sains... dgn melukis guna sponge... lalu di namakan aktiviti STEAM kerana memasukkan elemen A dalam STEM, kata cikgunya. Aku pun tak tahu kenapa nak melukis dgn sponge nak kena sebut 'A dimasukkan dalam STEM' - jadi STEAM. Susahnya jadi cikgu sekarang ni.
4. Aku pernah berbual dgn seorang guru sains yang menjadi guru STEM contoh sebuah sekolah. Dia mengajar sains dan suka buat aktiviti yang menarik. Ini memang stail dia sejak dulu. Aku pun suka guru yang banyak buat aktiviti. Dia memang kreatif. Dia mengajar sains tapi tak pula guna apa2 teknologi selain komputer sebagaimana guru agama juga. Dia tak mengajar Maths, dan engineering adalah out of question. Dia dipanggil guru STEM kerana banyak buat aktiviti Sains. Macam pelek plak.
5. Aku juga pernah bertanya pasal Ikon STEM. Tentulah sebagai ikon, seseorang itu mesti menguasai empat disiplin tersebut dengan baik, sebab ikon bukan calang2 orang. Kalau kuasai satu sahaja, katakan Sains, yang tiga lagi sipi2, macamana dapat Ikon STEM ?
6. Aku pun selalu bertanya, kenapa kita susah2 nak diterangkan pula STEM kepada ibubapa, kononnya mereka tiada kesedaran STEM - sapa kata ? Ibubapa dah lama sedar pentingnya bukan sahaja sains, teknologi, engineering, maths, tetapi juga agama, akhlak, BI, BM dan semua subjek yang diajar di sekolah. Malah ada yang tahu pentingnya ujian spt 1119, TOEFL, IGCSE, A level dll. Mereka juga tahu kerjaya saintis, jurutera dan teknologi itu penting. Ramai je mak bapak yang kerjayanya dalam pelbagai profession, bukan hanya STEM...
7. Bagus juga ada orang yang bertanya macam aku sebab pertanyaan adalah inkuiri dan inkuiri adalah salah satu pendekatan asas dalam Sains. Bila inkuiri dalam Sains, mudah difahami, tetapi bila Sains diSTEMkan tak tahulah pula bagaimana kekdahnya.
8. Kalau dulu kita guna alat radas dalam amali sains spt kaki retot dan bunsen burner, tak ada plak masalah yang timbul. Kini nak difikirkan pula kaki retot dan bunsen burner dari perspektif engineering. Yang nak diamalikan belum tentu lagi faham, ditambah lagi benda yang memang tak perlu nak difikirkan baik budak mahupun guru… sedang semua pun tahu kaki retot sebagai tungku dan bunsen burner sbg sumber haba.
9. Abis sekolah kat UK pun guna STEM kenapa tidak kita ? UK sebagai sebuah negara maju mahu kemajuan sedia ada diteruskan lebih giat. Sekolah rendah dan menengah UK in general memang lengkap dan kondusif, lalu dipertingkatkan lagi dgn makerspace dll kemudahan. Lihat lah, satu kelas 20 orang, dgn lappy dan TV besar. Tapi tak pula mereka menyebut STEM berlebih2an dlm semua hal. Yang lebih adalah kemudahan dan exposure utk memberi pengalaman pembelajaran kepada murid sebagai keutamaan, bukan istilah STEM. Ikutlah yang ini dulu... boleh ?
10. Aku hanya bertanya, jangan kecam aku. Aku menanti jawapan yang boleh aku taakul.
OT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan