Pada pagi hari Rabu pukul 8.04 pagi 18 /11/2021 pengetua SMK Banting Puan Rosnah binti Sarip telah menelefon saya melalui WhatsApp call bertanyakan tentang kehadiran pelajar 3 duranta seramai lebih kurang 13 orang. Beliau pada masa tu berada di dalam lab. Boleh rujuk gambar.
Beliau telah mengugut saya supaya mengambil suntikan vaksin supaya masalah relief kelas tidak lagi timbul untuk kelas saya. Ini telah bercanggah dengan saranan KKM yang menyatakan vaksin adalah harus dan tidak diwajibkan termasuklah juga kepada frontliners.
Saya merasakan itu adalah satu ugutan dan ancaman secara lisan kepada keselamatan diri saya dan juga tubuh saya. Saya merasakan kehadiran saya di sekolah tidak lagi selamat selepas beliau membuat ugutan tersebut kepada saya.
Saya membuat laporan polis ini kerana beliau telah menafikan hak saya dengan cara melarang saya berjumpa dengan pelajar saya cara bersemuka di dalam kelas semata-mata kerana saya tidak mengambil vaksin dan juga sebab-sebab yang sah di sisi perlembagaan Malaysia.
saya juga difahamkan pelajar yang tidak lengkap vaksin duduk boleh hadir ke sekolah dengan cara diasingkan di bahagian belakang kelas.
Saya sekarang diasingkan di bengkel Sains Rumah Tangga yang tidak lagi digunakan secara bersendirian . Dilarang keras berjumpa dengan guru-guru dan AKP yg lain. Pergerakan saya dibatasi. Ini telah melanggar hak asasi saya sebagai seorang yg bebas dan pelanggaran yang sangat jelas dan nyata hak saya sebagai individu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Saya ingin menuntut hak saya yang dinafikan ini di sisi perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan yang sangat bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang menjamin hak asasi seseorang warganegara iaitu tiada diskriminasi.
Tambahan Program PICK adalah program sukarela bukan mandatori.
Kenapakah saya didiskriminasi atas sebab tidak mengambil vaksin sedangkan ia program sukarela?
Sekian laporan saya. Mohon pihak tuan untuk menyiasat kes aduan saya ini.
Satu dokumen yang SOLID.Semoga Allah balas segala perbuatan zalim mereka
BalasPadamماشآءالله
BalasPadam