DAH LAMA SAYA PENDAM
Sampai bila saya mampu berdiam?
Jiwa memberontak.
Kat akhirat nanti, jenuh ketaq kaki, menjawab depan Tuhan, apa diguna dengan amanah ilmu yang diberi.
Apatah lagi, awal-awal dulu, saya pernah menulis tentang perlunya saintis bersuara ( https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2020/01/650214/saintis-tempatan-perlu-perjelas-wabak-coronavirus ).
Daripada bacaan saya dalam artikel ini (https://www.sinarharian.com.my/article/172306/KHAS/Covid-19/Doktor-bidas-pandangan-Rita-Rudaini-persoal-keberkesanan-vaksin ), saya sedikit menyebelahi Puan Rita Rudaini.
Vaksin sepatutnya bersifat 'mencegah'. Lihatlah dalam mana-mana buku teks Medical Microbiology. Saya berikan contoh definisi dari Centre for Disease Control & Prevention (CDC) ( https://www.cdc.gov/vaccines/vac-gen/imz-basics.htm ) dan WHO ( https://www.who.int/health-topics/vaccines-and-immunization#tab=tab_1 ) . Jika ada yang mengatakan hanya untuk mengurangkan risiko, kongsikan dengan saya supaya saya boleh perbaiki lecture note saya. Imuniti kelompok yang kami pelajari daripada zaman matrikulasi, membawa kepada sarjana muda Mikrobiologi di Universiti Malaya, hinggalah ke PhD di Faculty of Medicine, Dentistry, and Health Sciences, The University of Melbourne, Australia, pun berkiblatkan 70%-80% imuniti kelompok, sebelum COVID-19 muncul di muka bumi.
Awal-awal dulu, saya juga 'salute' dengan salah seorang pakar perubatan, meskipun dia bukanlah berlatarbelakangkan vaksinologi. Tegas mempertahankan vaksin COVID-19. Dengan lantang menyebut, kita mesti capai 70-80% populasi yang divaksinasi. Kanak-kanak tak perlu vaksin, kerana Allah bagi 'special' imuniti. Tapi masa tu sahajalah.
Saya berpendapat, jika merasakan diri 'ahli', perlulah diperjelaskan dengan data dan tidak bermain persepsi juga emosi. Sepertimana kita membenci testimoni herba itu ini, begitu juga dalam mempertahankan vaksinasi.
------------------------------------
Saban hari, 'ahli' akan berkata vaksin COVID-19 untuk kurangkan risiko jangkitan. Jika kurangkan risiko dinamakan vaksin, tidakkah ia aneh? Sabun tangan juga mengurangkan jangkitan. Makan buah-buahan juga mengurangkan jangkitan. Berkumur mouthwash juga mengurangkan jangkitan. Cuma kena jelaskan, kenapa vaksin COVID-19 ni, tak seperti vaksin polio, mmr, dtap etc yang 'mencegah jangkitan' patogen tersendiri. Kenapa dengan mengurangkan risiko sahaja, 'vaksin COVID-19' ini diangkat martabatnya menjadi satu vaksin? Jadi ‘ahli’lah yang kena perbetul dan perjelaskan.
Kenapa satu ketika dahulu, kita kata vaksin (COVID-19) hanya untuk dewasa? Kini, ia expand hingga kanak-kanak kecil pula? Berapakah kadar kanak-kanak berada pada stage 3 hingga 5 berbanding jumlah keseluruhan yang dijangkiti, jika objektif vaksin ini untuk mengurangkan severiti?
Saya juga teringin bertanya kepada sebahagian kita yang mengaku 'ahli’, berapa banyak genome yang kita dah sequence kehari ini? Berapa banyak primer PCR dah kita design sendiri? Berapa banyak microb dah kita inokulasi? Berapa banyak cell line kita dah kultur dengan tangan sendiri? Berapa banyak tikus dah kita guna untuk kaji keberkesanan vaksin yang kumpulan kajian buat? Berapa kali pernah kita buat cfu counting, makanan asas budak mikrobiologi? Dan soalan ini tak akan berkesudahan. Kalau jawapan rata-rata tidak, bolehkah kita claim diri ini ahli? Semua ni benda-benda asas dalam vaksin imunologi.
------------------------------------
Saya tak berhasrat merendahkan sesiapa. Saya sendiri pun tak pandai mana walaupun terlibat sedikit dalam vaksinologi. Cuma sudah-sudahlah rasa kita tahu segalanya. Can we sometimes terima yang kita bukanlah tau semuanya? Boleh tak yang kita juga mengaku, bahawa kita pun tak tahu jawapan kita betul ataupun salah masa jawab soalan microb dan immuno sewaktu pro-exam ketika degree dulu? Boleh tak kita terima yang ada di antara kita, yang resit subject microb masa pre-clinical year dulu? Boleh tak mengaku yang kita tak belajar pun detail vaksin selain apa yang dikongsi oleh pensyarah secara surface tu sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan