Saya pernah kongsikan nukilan ini.
Sebelum serangan Portugis, Sultan Mahmud Shah Ibni Sultan Alauddin Riayat Shah, telah bermimpi 3 malam berturut2 bahawa "Matahari Jatuh Di Tanah Bumi; Baginda melihat gambaran Melaka ranap sama sekali. Baginda telah merasakan serangan ke atas Melaka kerana sebelum ini baginda telah mengalihkan perancangan gerakan serangan Portugis untuk menyerang Kota Mekah & Kaabah. Tafsiran secara berhemat dari "Nujum Diraja bahawa ianya petanda burok Melaka akan tumbang di tangan Portugis dalam peperangan tersebut.
Maka,
Salah satunya, cara untuk menyelamatkan Khazanah Kekayaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dari Gudang Khazanah Perbendaharaan Melaka dari jatuh ke tangan pihak musuh.
*4 panglima Kesultanan Melayu Melaka di lantik:
*Peranan, fungsi & tanggongjawab panglima2 berserta pengikut2:
Menyelamatkan dan menyimpan Khazanah Kesultanan Melayu Melaka.
*Pangkat dalam kerajaan:
1. Panglima Hijau - Panglima Badrul Shah; Usia 30an; sepupu Sultan Mahmud; berasal dari Bentan
2. Panglima Merah - Panglima Tok Kiyai; Usia 50an.
3. Panglima Kuning - Panglima Mamat; Usia 20an.
4. Panglima Hitam - Panglima Bujang; Usia 20an.
*Warna berdasarkan pakaian panglima.
*Perancangan & Strategi:
996 peti; 1 peti berukuran 4-5 kaki tinggi dan lebar 1 depa; anggaran berat 1 peti = 1 ton.
Nilaian USD ber Bilion2; malah mencecah USD Trillion.
1. Pasukan 1: Panglima Merah; Ke Utara - Gunung Gua Tempurong di Perak; 70 ekor gajah: setiap gajah 4 peti di kanan & kiri = 280 peti.
2. Pasukan 2: Panglima Hitam; Ke Timor - Gunung Tahan, Gunong Senyum & Gunong Benom di Pahang; 70 ekor gajah: setiap gajah 4 peti di kanan & kiri = 280 peti.
3. Pasukan 3: Panglima Kuning; Ke Selatan - Gunung Ledang di Johor; 70 ekor gajah: setiap gajah 4 peti di kanan & kiri = 280 peti.
4. Pasukan 4: Panglima Hijau Ke Barat menaiki jong ke Pulau Nangka di Melaka; bersama 156 peti.
*Pelaksanaan Di Tapak :
1. Solat sunat 2 rakaat.
2. Berdoa (di lampirkan).
3. Bertafakur.
* Panglima2 tersebut tidak pulang ke Melaka.
* Para pengikut panglima menyembunyikan identiti mereka, menyamar dan bergaul bersama masyrakat tempatan. Rahsia penyembunyian harta dibawa sampai mati.
*Panglima2 tinggal berseorangan di tempat persembunyian. Sekali sekala para pengikut datang meziarah. Makam2 mereka berada berdekatan tempat penyembunyian khazanah.
*Tiada sesiapa yang mengetahui akan makam2 tersebut.
*Secara amnya, apabila Portugis menjejakkan kaki ke tanah bumi Melaka, sebahagian khazanah Kesultanan Melayu Melaka masih ditinggalkan telah ditelan bumi dan dijaga oleh entiti2 yang sukar dirungkai oleh tentera2 Portugis.
*Khazanah Kesultanan Melaka akan diserahkan kepada seseorang yang merupakan pemegang amanah khazanah kekayaan tersebut untuk dipergunakan di akhir zaman ini.
*Berdasarkan doa panglima, 500 tahun setelah harta tersebut disembunyikan.
"Maka tenggelamlah segala khazanah yang mereka (Portugis) idamkan.
Harta ini bukan milik kita tetapi amanah untuk dipelihara.
Harta ini milik seseorang untuk 500 tahun akan datang"
Tahun 1511 + 500 tahun = Tahun 2011.
*Peperangan di tanah bumi Syria pada 2011, (salah satu tanah bumi Syam dahulunya, selain Palestin, Jordan & Lebanon). Alim Ulama telah menyatakan bahawa peperangan yang berlaku tersebut merupakan "Gerbang" permulaan "Peperangan Malhamah Al Qubra" di penghujung akhir zaman.
*Berdasarkan Kalender Maya pada 21 Disember 2012, ahli falak mengatakan kedudukan kesemua planet-planet berada dalam satu garisan@barisan saf yang lurus dengan matahari sepertimana yang telah berlaku pada tarikh hari kemerdekaan Tanah Melayu@Malaysia pada 31 Ogos 1957.
* Portugis marah dan membakar Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Di antara harta2 yang di rampas dan di bawa bersama Kapal Flor De La Mar (Si Kuntum Laut) ke Portugal adalah:
Nilaian: USD 3 Billion.
1. Perempuan2 Melaka Penenun Kain.
2. Anak2 Gadis Bangsawan Melaka.
3. Tiang2 Seri Istana Yang Di Hias & Disadur Dengan Emas & Perak.
4. Tandu Gajah Sultan Melaka Disepoh Emas.
5. 60 Ton Emas, Barang Kemas Dari Gunung Ledang.
6. Meja Besar Berkaki Emas.
7. Gelang Sakti Nakhoda Bego.
8. 6 Singa Tembaga Besar Pemberian Maharaja China.
9. Baju Perisai Perang Berkain Baldu, Senjata & Topi Besi Berhias Indah.
10. Peta & "Blue Print" Jambatan Emas & Perak Ke Gunung Ledang.
11. Surat Rahsia Dari Puteri Gunung Ledang.
12. Sebuah "Carriot Limousine" 30 Roda Yang Diperbuat Dari Emas.
13. Emas Dari Jambatan Yang Dileburkan.
14. 6 Batu Misik.
15. 8,000 Laras Istinggar (Senapang).
Kapal Flor De La Mar (Si Kuntum Laut) dikatakan membawa muatan sebahagian harta2 yang di rampas dari Istana Kesultanan Melayu Melaka: tetapi dikatakan kapal tersebut tidak sampai ke Portugal.
Pada November 1511, sewaktu dalam perjalanan ke Portugal, kapal tersebut telah menempuh ribut puting beliung, petir, guruh di bahagian utara berhampiran Sumatera dan tenggelam.
Sejak 30 tahun sehingga kini, para pakar sejarah & marintime tempatan dan antarabangsa; terutama Portugis telah membuat kajian dan cuba mencari dan menaikkan kapal tersebut tetapi gagal tidak menjumpainya.
Para pakar sejarah Portugis mengetahui, mempercayai dan meyakini bahawa harta2 yang dirampas tersebut telah disorok dan disembunyikan oleh entiti2 yang sukar di rungakaikan sepertmana tentera2 Portugis telah hadapi sewaktu gerakan serangan dan penawanan Kota Melaka dahulu; mereka menghadapi larangan dan kesukaran untuk mengambil harta2 tersebut.
Wallahu A'lam.
Nukilan,
Teratai & Naga E.KI.D.N.
28 Julai 2021; 0200H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan