JUST SAY NO‼️🇲🇾
Rakyat tidak boleh lagi bertolak ansur dengan kerajaan yang telah memisahkan masyarakat kepada dua kelompok - "Vaccinated dengan Unvaccinated"
Kehidupan akan lebih sihat apabila ke semua rakyat menjalani hidup bersama tanpa unsur diskriminasi berkaitan kesihatan.
Selama ini kita tidak mengasingkan individu dijangkiti HIV atau AIDS kerana kita diberikan kesedaran AIDS berjangkit melalui berkongsi jarum suntikan dan seks rambang.
Justeru, tiada satu hujah solid yang kerajaan boleh gunakan untuk menghalalkan tindakan memisahkan rakyat kepada dua kelompok.
"Dine-In", Rentas Negeri, Daerah adalah hak asasi manusia bukan keistimewaan golongan yang menerima vaksin ujikaji COVID-19.
Pelitup muka adalah dipakai apabila bergejala bukan perlu dipakai oleh semua orang setiap masa di tempat awam.
Jarak fizikal bukan kesalahan kerana adalah mustahil untuk manusia tidak bergaul dengan masyarakat.
Bersalaman dan bersentuhan tidak membuat anda dijangkiti COVID-19 kerana virus korona tersebar melalui percikan air liur ketika batuk, bersin dan bercakap bukan melalui sentuhan fizikal.
Malah jurnal perubatan dunia iaitu The Lancet memahami apa yang berlaku dan memberikan amaran kepada kerajaan seluruh dunia kerana memisahkan masyarakat.
Pada 20 November, The Lancet menerbitkan amaran kepada kerajaan peringkat di seluruh dunia untuk berhenti membuat dakwaan palsu "golongan tidak divaksinasi mengancam yang divaksinasi dan berisiko dijangkiti COVID-19."
Amaran itu diberikan kepada US dan Germany kerana istilah, "pandemik golongan yang tidak divaksinasi"
Penggunaan frasa ini mendorong saintis untuk mendakwa yang tidak divaksinasi mengancam yang telah divaksinasi ujikaji COVID-19.
Ini kerana semakin banyak bukti individu yang divaksinasi mempunyai risiko selain peranan dalam penularan COVID-19.
Amaran oleh jurnal The Lancet diakhiri dengan mengisytiharkan adalah salah dan berbahaya untuk mendakwa "pandemik orang yang tidak divaksinasi".
Dalam amaran diterbitkan oleh The Lancet itu, kumpulan doktor menyeru semua kerajaan di seluruh dunia menghentikan stigma yang tidak wajar terhadap golongan yang tidak divaksin termasuk pesakit, rakan sekerja, warganegara lain dan menggesa usaha menyatukan semua masyarakat.
Justeru, soalan saya kepada Pemerintah yang membawa "Keluarga Malaysia" diterajui Datuk Seri Ismail Sabri.
Adakah "Keluarga Malaysia" ini adalah konsep diskriminasi bersifat "Medical Apartheid"?
Ini kerana tindakan kerajaan sepanjang program vaksinasi negara berjalan telah memisahkan masyarakat kepada dua kelompok. Ismail Sabri, what say you?
Rujukan The Lancet:
https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(21)02243-1/fulltext
- YY Community Channel
- 22.11.21
Tiada ulasan:
Catat Ulasan