Rabu, 24 November 2021

PRN melakau

 https://www.facebook.com/110391597042479/posts/624899818924985/


Nak tahu apa yang sebenarnya berlaku di PRN Melaka mudah je...


Peratusan mengundi tidaklah begitu rendah dengan mencatatkan hampir 65.85% yang keluar mengundi berbanding PRU 14 setinggi 84.52%...


Jumlah pengundi PRN Melaka pula mencatatkan penurunan iaitu 326,085 pengundi berbanding 418,112 pada PRU 14, menurun sebanyak 92,027 pengundi... 


Walaupun BN menang di PRN Melaka kali ini, tetapi sebenarnya BN semakin kehilangan pengundi mereka...


Ini berdasarkan undi popular BN PRU 14 berjumlah 156,318 manakala undi popular di PRN Melaka hanya 122,741 undi sahaja...


BN sebenarnya telah hilang hampir 33,577 ribu pengundi mereka di PRN Melaka 2021, berbanding ketika PRU 14...


Begitu juga dengan undi PH yang merosot dari sejumlah 211,153 undi ketika PRU 14, manakala memperoleh sebanyak 114,457 undi di PRN Melaka... 


PH mencatatkan penurunan terbesar sebanyak 96,696 undi di PRN Melaka berbanding pencapaian mereka ketika PRU 14 lalu...


PN walaupun tewas di PRN Melaka, mereka sebenarnya sedang mencatatkan peningkatan undi apabila GS ketika PRU 14 hanya memperoleh sebanyak 44,537 undi, manakala dengan bantuan PPBM dan Gerakan, PN memperoleh undi popular sebanyak 77,731 di PRN Melaka...


Samada pengundi PAS yang sedang meningkat sebanyak 30 ribu undi atau ianya adalah undi dari PPBM di PRN Melaka kali ini tidak menjadi soal kerana kedua calon PPBM dan PAS bertanding di kerusi majoriti Melayu... 


Tetapi yang pasti sokongan BN sebenarnya sedang merosot dengan penurunan 33 ribu undi di PRN Melaka berbanding semasa PRU 14, walaupun bilangan kerusi meningkat dari 13 kerusi semasa PRU 14 kepada 21 di PRN Melaka... 


Peratusan undi popular BN pada PRU 14 sebanyak 51% manakala di PRN Melaka hanyalah 38%, iaitu penurunan sebanyak 13% sokongan kepada BN kali ini... 


Satu peringatan kepada kem Zahid dan Najib agar jangan terlalu seronok dengan kemenangan BN di PRN Melaka, serta memikirkan dengan serius samada mahu kekal solo PRU 15 atau bersama PN...


Dari 21 kerusi BN menang di PRN Melaka, hanya 18 dari UMNO, manakala 2 MCA dan 1 dari MIC...


Manakala undi Melayu kepada UMNO hanyalah sebanyak 95,382 undi di PRN Melaka dan undi MCA serta MIC berjumlah 27,359 undi...


Undi PN kali ini datang dari PPBM sebanyak 46,688 dan PAS 22,252 berjumlah 68,940 iaitu hanya kurang 22,442 undi dari UMNO...


Walaupun undi PAS menurun berbanding PRU 14, tetapi harus di ingat pengundi PAS juga yang menyokong calon PPBM di PRN Melaka, kerana keduanya bertanding di kerusi majoriti Melayu...


Sokongan pengundi Melayu kepada PN sebenarnya sedang meningkat kerana undi Gerakan hanya berjumlah 8,791 sahaja, berbanding undi MCA dan MIC berjumlah 27,359...


Dari 5 kerusi PH menangi di PRN Melaka, 4 darinya adalah dari kubu kuat DAP ketika PRU 14, manakala 1 kerusi lagi dari Amanah, manakala semua 3 kerusi PKR semasa PRU 14 dirampas kembali BN...


Kehilangan kerusi DAP di 2 kawasan yang mereka menangi ketika PRU 14 sudah dijangka kerana majoriti yang tipis, manakala sepatutnya DAP mempunyai 6 kubu kuat untuk PRN Melaka, tetapi hanya mampu mempertahankan 4 kerusi sahaja di PRN Melaka...


Jelas pengundi Cina DAP PRU 14 sudah tahu siapa di belakang parti DAP dan PKR sebenarnya...


Dan pengundi Melayu juga tahu bahawa Anwar adalah dalang kepada kejatuhan kerajaan negeri Melaka...


Kononnya Anwar merasakan pengundi Melayu boleh tertipu kononnya UMNO jatuhkan UMNO sendiri di Melaka, natijahnya bekas KM BN Melaka Idris Haron yang yang mengetuai 4 ADUN yang melompat, telah kalah teruk di PRN Melaka, walaupun bertanding atas tiket PKR...


PN berjaya menumbangkan kubu kuat BN PRU 14 di DUN Sungai Udang yang tular kertas jumlah undi awal sebelum pusat pengundian ditutup...


PN juga berjaya menumbangkan kerusi DAP PRU 14 di DUN Bemban walaupun meletakkan calon PPBM di PRN Melaka...


Dari 21 kerusi BN, 4 daripadanya adalah kerusi yang sama dimenangi mereka ketika PRU 14...


Manakala dari 5 kerusi PH menangi, 2 daripadanya merupakan kubu kuat DAP ketika PRU 14...


Pujian boleh diberikan kepada pengundi Melayu dan Cina di DUN Gadek, Pengkalan Batu dan Duyong yang bertindak bijak memilih BN demi memastikan DAP tidak menang, walaupun majoriti pengundi adalah Cina...


Kesimpulannya, BN menang besar di PRN Melaka jika berdasarkan bilangan kerusi, tetapi undi mereka telah merosot sebanyak 33 ribu undi berbanding PRU 14 yang lalu...


Penurunan undi BN ini mungkin disebabkan ada yang masih percaya bahawa UMNO yang jatuhkan UMNO di Melaka, walhal ianya adalah angkara Anwar yang dibelakangnya mendapat sokongan dari Yahudi Amerika untuk menguasai projek pelabuhan antarabangsa laut dalam Melaka Gateway, seterusnya menghalang cita-cita China yang menyokong Najib...


Mungkin ramai dari pengundi BN yang masih mahukan Najib untuk meneruskan agenda China di negara ini seperti projek mega bernilai RM40 bilion Melaka Gateway...


Tetapi mereka lupa bahawa projek mega Najib Forest City di Johor kini telah terkenal di seluruh dunia sebagai projek gajah putih antara yang terbesar...


Projek di Gelang Patah berkeluasan 1,370 hektar yang dilancarkan oleh Najib pada tahun 2006 ini sebenarnya adalah salah satu dari cita-cita China iaitu di bawah agenda China's Belt yang dijangka siap pada tahun 2035...


Projek mega Najib dengan kos setinggi 100 bilion USD ini, sebenarnya adalah untuk membolehkan penduduk dari negara China memiliki hartanah mereka di Malaysia...


Projek ini hampir berjaya apabila 80% jualan dari negara China telah dibuat, tetapi kemudiannya dibatalkan oleh Mahathir ketika PH menang PRU 14...


Ini mengakibatkan pada awal tahun 2020, tidak sampai satu ribu penduduk yang menghuni di Forest City dan kebanyakannya adalah pembeli tempatan, sedangkan jumlah keseluruhan hartanah di Forest City dibina untuk menempatkan sehingga 700 ribu penduduk...


Video mengenai kegagalan Forest City boleh didapati di laman YouTube dengan kata kunci "Most Useless Mega Projects in the World"...


Bangsa Melayu harus sedar bahawa sesetengah sikap pemimpin atasan BN adalah juga sama bahaya dengan pemimpin atasan PH yang berkiblatkan kuasa besar dunia yang merbahaya, semata-mata untuk menunjukkan "kejayaan" mereka untuk kekal berkuasa...


Na'uzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


@MalayanCyberForces

Tiada ulasan:

Catat Ulasan