Isnin, 13 Disember 2021

Lemba

 



Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.


Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat manis bila di makan buah yang telah masak.


Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum kepada orang yang terkena santau. Tampa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.


Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.


Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.


Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.


Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.


Sumber: Ustaz Rosdi Hasan

Ahad, 12 Disember 2021

ARM

 *PARTI PAS PEMEGANG KUNCI PEMBENTUKAN  CARE TAKER GOVERNMENT?*


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua.


Saya berpendapat begitulah. PAS boleh melakukannya.


 PAS ditubuhkan demi Islam dan  berpolitik dengan matlamat untuk melaksanakan seluruh Syariat Allah dan Rasul-Nya dalam pemerintahan negara.


 Inilah antara sebab utama bermulanya perpecahan bangsa Melayu UMNO dengan PAS.



Akan tetapi sepanjang enam puluh tahun telah berlalu apa yang berlaku?  Matlamat PAS hanyalah menjadi sebuah angan-angan saja. 


Sampai bila akan begitu? 


Jawapannya sampai PAS terutama Presidennya  *benar-benar  yakin dan percaya bahawa  sistem demokrasi telah amat memperdayakan PAS* terutama sewaktu selama 22 tahun  di bawah diktatorship PM ke-4, dan para pemimpin pseudo demokrasi selepasnya.


Menubuhkan negara Islam itu wajib. Maka oleh kerana itu *meninggalkan  sistem demokrasi itu juga adalah  wajib kerana sistem demokrasi tidak akan memberikan sebarang jaminan untuk terbentuknya negara Islam bahkan menghalangnya.*


Untuk melaksanakan Syariat Islam di negara ini,  PAS perlu menguasai  Putrajaya.  *Menguasai Putrajaya hanyalah sebuah mimpi bagi PAS  kerana memang  mustahil samasekali bagi  PAS  untuk  mendapat suara majoriti dalam realiti  komposisi politik dan kaum di Malaysia.*


Maka dengan demikian  jadilah  perjuangan parti PAS  sekadar perjuangan berebut kerusi.


*Jika PAS ikhlas untuk Islam,  PAS wajib tinggalkan demokrasi.* Tak perlulah PAS mensesiakan masa yang tinggal sedikit sahaja lagi ini.


Untuk merealisasikan impian itu dengan kadar segera,  PAS perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang lain.


Sejak tahun 2020 yang lalu Malaysia telah mula dimeriahkan dengan satu *gerakan Revolusi Senyap yang dinamakan Agenda Reset Malaysia.* Ramai rakyat Malaysia tidak sedar kehadiran ARM di samping ramai yang memandang sinis dan ada yang mempersendakannya.


ARM bukanlah sebuah parti politik. ARM juga bukanlah sebuah kelab,  pertubuhan atau NGO. *ARM adalah sebuah gerakan amar makruf nahi mungkar yang bergerak  senyap-senyap  yang semua maksud  perjuangan PAS bahkan seluruh maksud penurunan agama wahyu dan perutusan Nabi Muhammad SAW selama ini ada  tersembunyi dalam Agenda Reset Malaysia ini*.


Agenda Reset Malaysia sesungguhnya bukanlah suatu angan-angan.  Segala-galanya *bermula  dari  Istana Singa, Ternate, Maluku, apabila Almarhum Tuanku Sultan Mudzaffar Syah  telah mengamanahkan Dato Aziz Chemor supaya menggunakan lambang GOHEBA bagi memulakan sebuah misi yang berlambangkan pedang Rasulullah SAW.*


Apa erti tersirat atau simboliknya daripada kisah ini?


 Itulah permulaannya. *Permulaan bagi sebuah kebangunan dan kebangkitan dari Timur. Sejak itu  terbinalah MISI KHAS BANGSA MELAYU NUSANTARA.* 


Kemudian  berlakulah ketakjuban. Imelda Marcos telah  *menyerah dan mengamanahkan kepada Dato Aziz Chemor semua harta-harta Ferdinand  Marcos untuk dibangunkan The Malay Archipelago Economic Caucus. Beliau  mahukan ia berpusat di Malaysia*.


Apabila Dato Aziz Chemor bertemu dengan Dato Dr. Ramalan Yunus di Kuala Lumpur amanah dan misi yang dipikul bersama  tersebut  dinamakan AGENDA RESET MALAYSIA kerana  gerakannya akan bermula di Malaysia dan seterusnya akan berkembang ke seluruh Nusantara.


Sekarang ARM telah pun bersiap sedia untuk memulakan misi tersebut. *Bukan sekarang sebenarnya tapi sejak terutusnya nota kepada YDPA, RRM dan beberapa orang VVIP pada bulan Januari 2021.* 


*Pasukan ARM sesungguhnya sedang menunggu titah untuk melaksanakannya. Melaksanakan kedua-dua agenda agung bangsa Melayu iaitu islah dan tajdid yang kedua-duanya akan berjalan serentak*


Maka seandainya PAS ikhlas untuk Islam, benar-benar suci dalam hasrat  merealisasikan cita-cita murninya, maka  adalah *lebih bijaksana jika PAS bubarkan kegiatannya dalam  politik demokrasi*.


Langkah PAS ini *mungkin akan diikuti pula oleh para pemimpin atau MP UMNO dan lain-lain  yang ikhlas dan masih  tinggi jiwa Islamnya.*


Sokongan PAS dan MP-MP Islam terhadap ARM  akan  menyebabkan politik negara akan bergolak. Kerajaan PN di Putrajaya tentu akan jatuh tersembam. Sekali gus   Care Taker Government nescaya akan terpaksa dibentuk oleh YDPA menggantikan kerajaan politik demokrasi. 


 *Melalui Care Taker Government  baharulah sistem pemerintahan yang ARM sediakan beserta semua visi, misi dan hala tujunya akan dapat  dilaksanakan*  bagi menggantikan sistem pseudo demokrasi yang selama ini para elit politiknya  cukup merosakkan.


Apabila ia berlaku inilah *lambang permulaan fasa terakhir  akhir zaman! Kebangkitan Islam  dari Timur oleh bangsa Melayu!*


Mungkin ada pertanyaan dan persoalan. Apakah langkah yang PAS bakal lakukan  ini berupa  sebuah pengkhianatan?


Tidak! Tidak sama sekali.


PAS akan tercatat dalam sejarah  Malaysia bahkan sejarah Islam/dunia sebagai HERO. *Hero kerana jasanya membuka laluan untuk berulangnya kembali  kedaulatan  Islam di akhir zaman yang sekali gus mengangkat martabat  bangsa Melayu  dan negara Malaysia tercinta.*


PAS boleh lakarkan kejutan sedemikian atas  nama  kesedaran jihad fisabilillah, dan  keinsafan bahawa sistem demokrasi adalah sistem Yahudi Illuminati yang amat merbahaya untuk  diteruskan lagi kepada bangsa Melayu. 


 Demokrasi  selama ini telah memusnahkan Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia  secara senyap-senyap oleh tangan-tangan elit politik Freemason dunia yang berselindung di sebalik elit-elit pseudo demokrasi tempatan yang menyalin seluruh  acuan daripada Atuk PM ke-4.


Semoga Allah merahmati dan memberkati bumi bertuah ini.


Aamin ya Rabbal Alamin.


Kamaludin Endol @ ARM

12 Disember 2021.

Izzana

 SURAT TERBUKA BUAT TAN SRI ANNUAR MUSA


Hari ni ramai orang tag dan mesej aku pasal menteri MCMC, Tan Sri Annuar Musa yang mempertahankan lantikan anak Kak Jat NFC sebagai pengarah dalam MDEC. Maka aku terpanggil untuk menulis sebuah warkah terbuka ini kepada Tan Sri Annuar Musa. Aku mengharapkan ia sampai dan dibaca beliau.


Assalamualaikum Tan Sri yang dimuliakan Allah,


Saya Aliff. Seorang anak muda yang lahir daripada sperma dan ovum orang miskin. Kedua ibu bapa saya bukan sesiapa, hanyalah rakyat Malaysia biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bukan anak Tan Sri, bukan anak Dato’. Ayah saya hanyalah seorang pegawai rendah kerajaan, mak pula hanya seorang penjual kuih di tepi jalan untuk membantu ekonomi keluarga yang berada dalam kemiskinan bandar.


Umur saya sama macam anak Kak Jat, Izzana Salleh. Bezanya, ketika saya berusia 21 tahun, saya masih belajar di Australia. Mungkin dia sekolah private, start awal, habis awal. Ketika itu, saya juga bekerja sebagai pencuci jamban profesional untuk mendapatkan lebihan wang untuk dihantar kepada keluarga di Malaysia. Bukan setakat jadi cleaner, saya juga pernah jadi tukang buat rumah, petik buah dan pencuci pinggan di restoran Uyghur ketika menjadi pelajar di Australia.


Manakala anak Kak Jat pula, di awal usia 21 tahun, dia sudah menjadi pengarah di dalam sebuah syarikat yang mendapat geran softloan lebih kurang RM200 juta. Tak tahulah berapa puluh ribu gaji dia dapat ketika itu. Dia sebagai graduan biotechnology, pulang ke Malaysia terus dapat kerja yang baik. Aku yakin gajinya juga lumayan.


Tan Sri yang memegang amanah rakyat,


Pada ketika saya menjadi pelajar di benua kangaroo, saya telah bangunkan syarikat cleaning, shipping, dan trading bersama-sama rakan-rakan saya di sana. Agak berjayalah juga untuk kami anak-anak muda Malaysia sampai kena bayar cukai di sana. Banyak jugalah. Tapi mungkin tidak seberjaya Izzana yang ada modal sebanyak RM200 juta, ada ibu ketua wanita UMNO dan ayah seorang ahli korporat. Dan ada Annuar Musa yang dipanggil Uncle. Dia sendiri pun ahli UMNO seawal usia 18 tahun kalau tak silap.


Setelah 2 tahun kerja makan gaji, saya bangunkan firma M&E di sana dan dapatlah job kecil-kecilan. Maklumlah, orang merantau, bukan “white ass” kan. Takda connection dan tiada Tan Sri yang saya boleh panggil uncle seperti Izzana. Ketika itu, NFC sudah mula tersontot. Izzana yang juga anak Dato’ terbang ke London buat MBA di Imperial College, siapa bayar fee belajar dia? Manakala saya pula ke Abu Dhabi menjadi project engineer mencari rezeki di negara unta.


Ketika NFC makin parah, Izzana boleh ke Harvard sambung belajar lagi, manakala saya ke UK bekerja sebagai project manager di firma tenaga terkenal di eropah. Syarikat-syarikat saya di Australia juga masih berjalan dengan baik diuruskan oleh para pekerja dan pelajar Malaysia. Saya hanya mahu merasa bekerja dengan orang eropah setelah bekerja dengan orang arab. Nak cari pengalaman hidup. Saya tak sanggup buang duit untuk berjalan, jadi saya pilih dengan cara bekerja, baru berjalan melihat negara lain. 


Tan Sri yang saya hormati,


Saya faham yang ibu kepada Izzana kawan baik Tan Sri, Izzana juga graduan Ivy League, tetapi adakah itu indicator merit yang Tan Sri katakan? Tak terasakah Tan Sri yang  betapa “desperate-nya” Izzana untuk mecari merit diri sendiri sehingga terpaksa meletakkan syarikat yang dia baru daftar tahun ini (Rise Human Capital) di dalam profile pada laman pengarah MDEC. Syarikat itu setakat ini hanya sekadar buat event sembang-sembang sahaja. Itu merit Tan Sri?


Menjadi pengarah di Talentcorp dan SOCSO juga jelas adalah lantikan politik. Takkanlah hanya kerana dia graduan Ivy League dia faham tentang dunia digital ekonomi. Apa syarikat teknologi yang dia pernah bangunkan? Kalau Tan Sri tanya saya, saya ada syarikat IT dan software house. Kami juga pioneer developer blockchain technology di Malaysia. Kami juga pioneer drone developer yang telah siap mengeluarkan 2 publication tentang drone ciptaan kami. Saya juga usahawan startup teknologi yang tak pernah terima apa-apa geran mahupun bantuan perniagaan daripada kerajaan selama ini.


Izzana ada apa Tan Sri? Apa dia pernah buat? Apa dia faham pasal industri ini? Ketika di parlimen pun, Tan Sri hanya ulang dan ulang, dia graduan Imperial dan Harvard, itu sahaja.


Tan Sri yang dibayar gaji oleh rakyat,


Tan Sri bagitahu jangan salahkan Izzana disebabkan masalah business keluarga dia. Saya rasa Tan Sri masih mabuk sebab baru berjaya jadi menteri barangkali. Izzana tu pengarah NFC Tan Sri. Dia bukan sekadar bekerja. Dia juga adalah salah seorang yang disaman kerajaan dalam isu NFC. 


Let say-lah kita abaikan NFC. Kita bagi dia benefit of the doubt. Mungkin sebab mak ayah yang suruh dia jadi pengarah. Tapi selepas itu, apa yang dia dah berjaya buktikan? Apakah syarikat yang berjaya di bawah seliaan dia? Sebagai graduan biotechnology yang telah gagal mengurus syarikat penternakan, bagaimana mungkin dia layak mentadbir agensi yang menjaga industri digital yang bukan bidang dia?


Tan Sri boleh tolong jawab tak soalan saya ini. Berapa elaun Izzana dapat jadi pengarah MDEC tu? Tolong share appointment/offer letter, boleh?


Tan Sri yang budiman,


Saya kira Tan Sri tidaklah bodoh, jadi saya pasti Tan Sri tahu yang perlantikan daripada menteri kewangan itu jelas hanya percaturan politik. Izzana juga ahli UMNO bukan? Saya telah jelaskan yang Izzana tidak layak dan tiada merit langsung. Sudah tiadakah anak muda lain yang lebih layak sampai 3 GLC dia dapat? Tiada lagi wanita yang tiada kaitan dengan politik layak?


Jika sekadar belajar di Havard dan Imperial dianggap terlebih merit. Saya boleh cadangkan beberapa kawan saya yang juga graduan Harvard, Oxford dan Cambridge yang telah menghasilkan banyak kajian bahkan memegang banyak patent inovasi. Dan mereka juga usahawan digital, bukan usahawan lembu dan kondo. Tidak pernah dilantik lagi menjadi pengarah di GLC-GLC. 


Bezanya kawan-kawan saya ini, bukanlah anak mantan ketua wanita UMNO, bukan juga ahli UMNO, dan tiada pengalaman menguruskan geran sebanyak RM200 juta. Mereka juga bukan kroni kaum elitis menteri kewangan. Mereka sama seperti saya, lahir dari sperma dan ovum rakyat marhaen. Mungkin sebab itu mereka tidak dipilih.


Tan Sri yang didoakan rahmat dan kebaikan,


Saya telah senaraikan hampir kesemua syarikat yang dia pernah duduki dan dia miliki. Yang mana tiada satu pun saya kira berjaya. Izzana juga tidak berasa berjaya kerana dia sendiri malu meletakkan nama syarikat-syarikat tersebut dalam profile dirinya sendiri. Adakah orang sebegini layak dengan merit?


Rujuk balik :


 https://www.facebook.com/106639804995509/posts/196960875963401/?d=n


Saya mengecam lantikan di MDEC kerana MDEC dekat dengan hati saya, kawan-kawan saya, anak-anak muda dan usahawan-usahawan startup di Malaysia. Saya tidak mahu seorang yang tidak punya pengalaman dan tidak faham realiti duduk di dalam jemaah pengurusan menyuarakan pandangan bagi pihak kami. Saya percaya, dia takkan membantu kami. Ideanya juga hanya sekadar retorik.


Saya percaya ramai jauh lebih layak. Jika Tan Sri menyebut Izzana mencapai merit dah terlebih layak, jelas betapa dangkal dan sengalnya otak seorang menteri yang mentadbir kementerian yang menjaga dunia digital. Saya nasihatkan Tan Sri turun ke bawah, jangan hanya mendabik dada melihat anak kawan-kawan yang berjaya masuk ke Ivy League sambil mendongak langit. Ramai lagi anak muda yang jauh lebih layak, hebat dan berbakat.


Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri..


Saya sebenarnya amat mengkagumi Tan Sri yang hebat berpidato di dalam dewan. Tetapi hujah Tan Sri kali ini jelas membunuh kaliber Tan Sri sendiri. Cuba menjustifikasi amalan “cable” adalah sangat menghina akal dan menghina anak muda yang tiada cable. Elok kiranya Tan Sri beristigfar banyak-banyak. Kalau suruh letak jawatan, pasti taknak. Gaji masyuk juga kan?


Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya tidak kisah jika Izzana benar-benar layak walaupun dia anak ahli politik. Masalahnya, dia benar-benar tidak layak dan ramai lebih layak. Dia tiada pengalaman dalam industri dan even gagal dalam perniagaan. Dia hanya ada 2 tiket. Anak Kak Jat dan graduan Ivy League. Itu saja. Dia tak pernah merasai kesusahan anak muda lain membangunkan startup. Tidak juga berjaya membangunkan sesuatu dalam dunia digital. Dia juga bukan seorang inovator atau technologist. 


Mungkin dia layak jadi setiausaha akhbar Tan Sri lah kot atau pegawai khas Tan Sri yang menjaga event dan branding. Sebab syarikat RISE dia tu rajin buat event dan talk sahaja. Atau, memang dia dihantar ke MDEC untuk lebih mencantikkan event-event since MDEC memang lebih dikenali sebagai agensi event-event selama ini.


Tapi Tan Sri..


Jika MDEC ini bukan agensi untuk rakyat marhaen, bukan untuk anak muda yang biasa-biasa, dan bukan untuk usahawan startup dari golongan marhaen. Ianya hanya untuk kaum elitis. Maka saya mohon maaf. Tan Sri boleh lantik lagi ramai cable-cable yang layak menurut Tan Sri untuk memenuhkan MDEC. Saya cadangkan Tan Sri lantik Ahmad Helmie Hassan sekali. Dia pun duk ulang-ulang script Ivy League banyak kali, sebiji macam Tan Sri.


Sekian warkah ini. Saya doakan Tan Sri kembali berfikir secara waras dan cakna hal industri. Pandanglah anak muda lain sebagaimana Tan Sri pandang anak kawan-kawan Tan Sri. Mungkin suatu hari nanti, roda sudah berubah. Anak cucu Tan Sri pula sampai giliran duduk di bawah.


Aliff Ahmad

Co-Founder SCRUT


Anak orang miskin. | Bukan graduan Ivy League. | Tiada lembu dalam kondo. |

Tak pernah terima geran kerajaan untuk perniagaan. | Bukan suami dan lebai daiyus.|


;)

Sabtu, 11 Disember 2021

Hutang

 


AMERIKA BERHUTANG 57,000 TAN EMAS DARI INDONESIA


The Green Hilton Memorial Agreement adalah suatu perjanjian yang sangat menggemparkan dunia. Perjanjian ini kemudiannya dikatakan telah menyebabkan terbunuhnya presiden Amerika Syarikat John Fitzgerald Kennedy (JFK) pada 22 November 1963.


Oleh kerana perjanjian ini juga, dikatakan pula kemudiannya telah memicu jatuhnya presiden Indonesia Bung Karno dari kerusi presiden setelah jaringan tambahan CIA menyusup masuk ke Indonesia.Dengan menggunakan cita-cita tinggi Soeharto, ini merupakan perjanjian yang hingga saat ini tetap menjadi misteri terbesar dalam sejarah dunia. Dek kerana perjanjian ini, hampir setiap presiden yang menjawat jawatan sebagai presiden Indonesia dibuat menjadi terlalu sibuk supaya tidak sempat mengkaji dan menuntutnya.


Perjanjian ini merupakan salah satu harta amanah rakyat dan bangsa Indonesia, bahkan perjanjian ini dilihat oleh masyarakat sebagai harta abadi umat manusia. Bayangkan saja jika 57,000 tan emas dirupiahkan? Seusai masa perang dunia berakhir, Negara-negara timur dan barat yang terlibat dalam perang memulai kembali membangun infrastrukturnya. Akan tetapi negara-negara barat kartel yahudi yang tidak mempunyai cukup dana untuk membangun lagi infrastruktur negaranya, ia melirik ke negara-negara timur Asia yang masih menyimpan banyak emas fizikal.


Emas tersebut nantinya akan mereka jadikan cagaran untuk mencetak wang yang lebih banyak dan dipergunakan untuk mengembangkan industri serta menguasai teknologi. Untuk ini, talibarut Mason yang bekerja di Federal Reserve (Bank Sentral di Amerika) bersama BIS (Bank of International Settlements) pun datanglah mengunjungi Indonesia. Melalui pertemuan mereka dengan Soekarno, mereka mengatakan bahawa atas nama kemanusiaan dan pencegahan akan terjadinya perang lagi, setiap negara harus mencapai kesepakatan bahawa emas yang dimiliki oleh negara-negara bahagian timur akan diserahkan kepada Federal Reserve untuk dikelola demi program kemanusiaan.


Sebagai gantinya, negara-negara tersebut akan menerima obligasi dan sijil emas sebagai tanda kepemilikan. Beberapa negara Asia yang terlibat dalam kesepakatan ini di antaranya adalah Cina, Filipina, Malaysia dan Indonesia. Beberapa tahun kemudian Soekarno mulai menyedari bahawa kesepakatan antara negara-negara timur dengan barat (kartel Yahudi dan lembaga kewangan dunia) tidak dijalankan sebagaimana mestinya.Anggapan Soekarno bahawa yang terjadi saat itu adalah sebuah persekongkolan Yahudi yang merupakan sebahagian daripada Freemason..


Oleh kerana yang terjadi ialah tidak ada pun program-program kemanusiaan yang dijalankan mengunakan cagaran tersebut, Soekarno telah memprotes keras dan menyedari bahawa Indonesia telah ditipu bulat-bulat. Akhirnya pada tahun 1963, Soekarno membatalkan perjanjian tersebut dan mengalihkan hak kelola emas kepada Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedi (JFK). Hal tersebut diterima baik oleh JFK mengingatkan hakikat bahawa Amerika Syarikat saat itu sedang terjerat hutang besar-besaran setelah terlibat dalam perang dunia.


Oleh kerana kekuasaan dan tanggungjawab Federal Reserve bukan pada pemerintah Amerika Syarikat yakni ianya dikuasai oleh pemilikan swasta yang juga milik orang Yahudi. Apabila pemerintah Amerika Syarikat ingin mencetak wang maka pemerintah harus meminjam terlebih dahulu dan dikenakan bunga yang dijadikan sebagai kolateral.

Pemerintah Amerika Suarikat kemudian melobi Soekarno agar emas yang tadinya dijadikan kolateral oleh kartel Yahudi dialihkan kepada pemerintah Amerika Syarikat.


JFK meyakinkan Soekarno bahawa ia bersedia membayar bunga 2.5% setahun dari nilai emas yang digunakan dan mulai berlaku dua tahun setelah perjanjian ditandatangani.Setelah dilakukan MoU sebagai tanda persetujuan , maka dibentuklah Green Hilton Memorial Agreement di Geneva (Swiss) yang ditandatangani oleh Soekarno dan John F. Kennedy yang berisikan peminjaman Amerika Syarikat daripada Indonesia emas batangan lebih dari 57,000 ton emas dalam kemasan 17 paket emas.


Tidak lama berselang setelah penandatanganan Green Hilton Memorial Agreement tersebut, presiden Kennedy telah ditembak mati oleh Lee Harvey Oswald. Setelah kematiannya para kartel bank Yahudi memindahkan cagaran emas tersebut ke International Collateral Combined Accounts for Global Debt Facility di bawah pengawasan OITC (The Office of International Treasury Control), kemudian perjanjian ini menjadi polemik hingga saat ditumbangkannya Soekarno oleh gerakan order baru yang didalangi oleh CIA dan diangkatnya Soeharto sebagai Presiden baru Republik Indonesia.


Satu-satunya aset yang ditingggalkan Soekarno sebelum ia meninggal yang berkaitan dengan Green Hilton Agreement tersebut adalah sebuah buku yang menyembunyikan ratusan akaun dan sub-akaun yang digunakan untuk menyimpan emas yang dipegang Federal Reserve. Sampai saat ini tidak ada satu rupiah pun dari bunga yang dibayarkan pada rakyat Indonesia sesuai dengan kesepakatan JFK dan Soekarno melalui perjanjian tersebut.


Hal sama juga terjadi pada bangsa China, Filipina dan Malaysia, dan kerana itulah pada awal tahun 2000-an China mulai menggugat di pengadilan New York, namun masih belum juga menunjukkan hasilnya..

Melayu

 *MENGAPA ORANG MELAYU MISKIN DAN ORANG CINA LEBIH KAYA!*


*ADAKAH ORANG CINA LEBIH RAJIN DARI ORANG MELAYU DAN ADAKAH ORANG MELAYU MISKIN DISEBABKAN SIFAT MALAS ITU SENDIRI.*


Penulis : Puan Zaharah Sulaiman

Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu

Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

Lokasi : INSTAC Kuala Lumpur


Kita terlewat 10 tahun kebelakang daripada kemerdekaan berbanding dengan negara Indonesia disebabkan pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu, malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya. Kegagalan ini menyebabkan terbentuk apa yang dinamakan *"kontrak sosial"* yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campurtangan empat orang asing tanpa hadirnya orang Melayu pun didalamnya.


Umumnya, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak ridha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan *"kontrak sosial"* itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.


Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil *"kontrak sosial"* dengan kaum pribumi Tanah Melayu. Tanah yang mereka perolehi  adalah tanah yang bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa melayu hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang bernilai amat rendah.


British telah membela kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Modal kaum Cina yang besar itu dibantu oleh Bank OCBC dan Hong Kong Bank.


Bangsa Cina tidak berjaya melalui kerajinan pun, tetapi kerana besarnya modal mereka tersebut, dan mereka terus menguasai kekayaan itu sehingga kini.


Pada hakikatnya, pada awal lagi bangsa Melayu adalah bangsa sangat rajin menoreh getah waktu awal pagi turut bersawah, waktu petang menganyam. Malangnya, modal mereka terlalu sikit dan pekerjaan mereka di kampung itu tidak membawa kekayaan seperti orang Cina.


Orang melayu bijak sebenarnya namun tersekat dari kemajuan kerana tiada bantuan modal.


Sekarang di Malaysia 60 peratus dari keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing. 


Tanah rizab melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur tinggal hanya 1 peratus. Sebelum ini, penulis pernah menulis surat berkenaan perkara ini kepada Kerajaan namunnya hasilnya mengecewakan.


Tun Abdul Razak sedar tentang perkara ini atas nasihat Tun Sufian tentang kebanjiran bangsa Cina yang sangat ramai ke Malaysia ketika itu. Bagi mengimbanginya, Tunku Abdul Rahman Putra membawa orang-orang rumpun Melayu yang antaranya dari Filipina, Jawa, Sumatera dan seumpamanya berhijrah ke Malaysia.


Hasil penyelidikan penulis bangsa Melayu adalah bangsa kedua tertua selepas bangsa Arab iaitu *Bani Jawi* daripada keturunan Keturah. Anak Nabi Nuh (as) yang bernama Sam pergi ke Timur. Bangsa Melayu ramai dan hasil penyelidikannya adalah 99 peratus DNA bangsa melayu boleh dikesan pada Orang Asli New Zealand, Hawaii, Djibouti, Burma, Cambodia, Siam dan sebagainya.


Orang Utara (Cina) turun ke bawah dan pada tahun 1972 seramai 2 juta orang Melayu di  Cambodia dibunuh dalam satu tragedi penghapusan etnik. Sekarang Melayu Kemboja cuma tinggal 100 ribu orang sahaja. Vietnam itu satu asimilasi dengan bangsa Cina, yang berasal dari bangsa Melayu juga. Kalau lihat pada paras rupa mereka lebih mirip bangsa Cina. Orang Kedah pula ramai yang mati dibunuh Tai (orang Utara), ramai yang berasal daripada Patani dibunuh dengan kejam. Orang Kedah terkemudian ramai yang datang daripada Selangor, Perak dan lain-lain negeri.


Orang Melayu sangat tinggi ketamadunannya. Semasa Portugis mendarat, mereka terkejut melihat Istana Raja Melayu 3 tingkat dan beranda yang luas namun tidak pasti diperbuat daripada apa. Melaka juga mempunyai kubu tembok batu.


Orang Melayu turut terkenal dengan kepandaian dalam bidang maritim. Mereka suka mengembara dengan kapal laut. Kapal laut orang Melayu sangat besar mengalahkan saiz kapal Portugis beberapa kali ganda. 


Dicatatkan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka.


*Sebenarnya Laut Cina*


Selatan itu nama asalnya ialah Pentas Sunda yang menandakan besarnya Kerajaan Melayu yang menguasai lautan ketika itu, malangnya sejarah itu dilenyapkan oleh  penjajah British dengan menukar namanya menjadi Laut Cina Selatan.


Di kala itu Melaka ada istana, Masjid yang elok, sebuah Masjid yang berwarna putih. British menghapuskan tapak-tapak sejarah ini dengan menggunakan jumlah wang yang besar.


*Peninggalan sejarah ini banyak dilenyapkan kerana mahu menjaga keharmonian tapi para penyelidik bersetuju mengungkitnya semula selepas kes Kulasegaran mempertikaikan bangsa Melayu bukan penduduk asal.*


Para penyelidik mahukan orang Melayu kenal sejarah yang disembunyikan dan memperbaiki bangsa Melayu agar kembali bangkit untuk bersatu agar kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu yang dahulu tidak berulang lagi.


*Lenyapnya Pulau Batu Putih* ke tangan mereka amat mengaibkan kerana sudah ada perjanjian terdahulu yang dipersetujui bersama, kini kita kehilangan sebuah pulau yang brnilai dari segi lokasinya.


Keadaan yang membarah dalam *kontrak social* ditambah lagi apabila British hanya memajukan kawasan penempatan Cina sahaja iaitu di kawasan bandar dengan menggunakan dana 100 juta Pound Sterling yang bersamaan dengan 1 Billion sekarang. *Waktu itu bermulalah Sekolah Cina, Sekolah Inggeris, jalanraya, lampu dan sebagainya.*


Melayu masih dikekalkan berada di kampung sedangkan kemajuan dilaksanakan hanya di bandar dengan rancaknya.


Di waktu kemerdekaan Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya, malangnya mereka mengkhianat lagi pada orang Melayu.


*British mengkhianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Kedah tetapi diserahkan kepada orang-orang Cina.*


Keadaan orang Melayu bertambah buruk apabila orang-orang Cina diberikan tanah itu, mereka mencagarnya di Bank OCBC dan Hong Kong Bank. 


Maka, orang-orang Cina menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat, melalui duit Bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli, maka *"money makes money".*


Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya.


Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.


Penulis : *Puan Zaharah Sulaiman*

Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu

Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

Lokasi : INSTAC Kuala Lumpur.