Ahad, 12 Disember 2021

ARM

 *PARTI PAS PEMEGANG KUNCI PEMBENTUKAN  CARE TAKER GOVERNMENT?*


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua.


Saya berpendapat begitulah. PAS boleh melakukannya.


 PAS ditubuhkan demi Islam dan  berpolitik dengan matlamat untuk melaksanakan seluruh Syariat Allah dan Rasul-Nya dalam pemerintahan negara.


 Inilah antara sebab utama bermulanya perpecahan bangsa Melayu UMNO dengan PAS.



Akan tetapi sepanjang enam puluh tahun telah berlalu apa yang berlaku?  Matlamat PAS hanyalah menjadi sebuah angan-angan saja. 


Sampai bila akan begitu? 


Jawapannya sampai PAS terutama Presidennya  *benar-benar  yakin dan percaya bahawa  sistem demokrasi telah amat memperdayakan PAS* terutama sewaktu selama 22 tahun  di bawah diktatorship PM ke-4, dan para pemimpin pseudo demokrasi selepasnya.


Menubuhkan negara Islam itu wajib. Maka oleh kerana itu *meninggalkan  sistem demokrasi itu juga adalah  wajib kerana sistem demokrasi tidak akan memberikan sebarang jaminan untuk terbentuknya negara Islam bahkan menghalangnya.*


Untuk melaksanakan Syariat Islam di negara ini,  PAS perlu menguasai  Putrajaya.  *Menguasai Putrajaya hanyalah sebuah mimpi bagi PAS  kerana memang  mustahil samasekali bagi  PAS  untuk  mendapat suara majoriti dalam realiti  komposisi politik dan kaum di Malaysia.*


Maka dengan demikian  jadilah  perjuangan parti PAS  sekadar perjuangan berebut kerusi.


*Jika PAS ikhlas untuk Islam,  PAS wajib tinggalkan demokrasi.* Tak perlulah PAS mensesiakan masa yang tinggal sedikit sahaja lagi ini.


Untuk merealisasikan impian itu dengan kadar segera,  PAS perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang lain.


Sejak tahun 2020 yang lalu Malaysia telah mula dimeriahkan dengan satu *gerakan Revolusi Senyap yang dinamakan Agenda Reset Malaysia.* Ramai rakyat Malaysia tidak sedar kehadiran ARM di samping ramai yang memandang sinis dan ada yang mempersendakannya.


ARM bukanlah sebuah parti politik. ARM juga bukanlah sebuah kelab,  pertubuhan atau NGO. *ARM adalah sebuah gerakan amar makruf nahi mungkar yang bergerak  senyap-senyap  yang semua maksud  perjuangan PAS bahkan seluruh maksud penurunan agama wahyu dan perutusan Nabi Muhammad SAW selama ini ada  tersembunyi dalam Agenda Reset Malaysia ini*.


Agenda Reset Malaysia sesungguhnya bukanlah suatu angan-angan.  Segala-galanya *bermula  dari  Istana Singa, Ternate, Maluku, apabila Almarhum Tuanku Sultan Mudzaffar Syah  telah mengamanahkan Dato Aziz Chemor supaya menggunakan lambang GOHEBA bagi memulakan sebuah misi yang berlambangkan pedang Rasulullah SAW.*


Apa erti tersirat atau simboliknya daripada kisah ini?


 Itulah permulaannya. *Permulaan bagi sebuah kebangunan dan kebangkitan dari Timur. Sejak itu  terbinalah MISI KHAS BANGSA MELAYU NUSANTARA.* 


Kemudian  berlakulah ketakjuban. Imelda Marcos telah  *menyerah dan mengamanahkan kepada Dato Aziz Chemor semua harta-harta Ferdinand  Marcos untuk dibangunkan The Malay Archipelago Economic Caucus. Beliau  mahukan ia berpusat di Malaysia*.


Apabila Dato Aziz Chemor bertemu dengan Dato Dr. Ramalan Yunus di Kuala Lumpur amanah dan misi yang dipikul bersama  tersebut  dinamakan AGENDA RESET MALAYSIA kerana  gerakannya akan bermula di Malaysia dan seterusnya akan berkembang ke seluruh Nusantara.


Sekarang ARM telah pun bersiap sedia untuk memulakan misi tersebut. *Bukan sekarang sebenarnya tapi sejak terutusnya nota kepada YDPA, RRM dan beberapa orang VVIP pada bulan Januari 2021.* 


*Pasukan ARM sesungguhnya sedang menunggu titah untuk melaksanakannya. Melaksanakan kedua-dua agenda agung bangsa Melayu iaitu islah dan tajdid yang kedua-duanya akan berjalan serentak*


Maka seandainya PAS ikhlas untuk Islam, benar-benar suci dalam hasrat  merealisasikan cita-cita murninya, maka  adalah *lebih bijaksana jika PAS bubarkan kegiatannya dalam  politik demokrasi*.


Langkah PAS ini *mungkin akan diikuti pula oleh para pemimpin atau MP UMNO dan lain-lain  yang ikhlas dan masih  tinggi jiwa Islamnya.*


Sokongan PAS dan MP-MP Islam terhadap ARM  akan  menyebabkan politik negara akan bergolak. Kerajaan PN di Putrajaya tentu akan jatuh tersembam. Sekali gus   Care Taker Government nescaya akan terpaksa dibentuk oleh YDPA menggantikan kerajaan politik demokrasi. 


 *Melalui Care Taker Government  baharulah sistem pemerintahan yang ARM sediakan beserta semua visi, misi dan hala tujunya akan dapat  dilaksanakan*  bagi menggantikan sistem pseudo demokrasi yang selama ini para elit politiknya  cukup merosakkan.


Apabila ia berlaku inilah *lambang permulaan fasa terakhir  akhir zaman! Kebangkitan Islam  dari Timur oleh bangsa Melayu!*


Mungkin ada pertanyaan dan persoalan. Apakah langkah yang PAS bakal lakukan  ini berupa  sebuah pengkhianatan?


Tidak! Tidak sama sekali.


PAS akan tercatat dalam sejarah  Malaysia bahkan sejarah Islam/dunia sebagai HERO. *Hero kerana jasanya membuka laluan untuk berulangnya kembali  kedaulatan  Islam di akhir zaman yang sekali gus mengangkat martabat  bangsa Melayu  dan negara Malaysia tercinta.*


PAS boleh lakarkan kejutan sedemikian atas  nama  kesedaran jihad fisabilillah, dan  keinsafan bahawa sistem demokrasi adalah sistem Yahudi Illuminati yang amat merbahaya untuk  diteruskan lagi kepada bangsa Melayu. 


 Demokrasi  selama ini telah memusnahkan Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia  secara senyap-senyap oleh tangan-tangan elit politik Freemason dunia yang berselindung di sebalik elit-elit pseudo demokrasi tempatan yang menyalin seluruh  acuan daripada Atuk PM ke-4.


Semoga Allah merahmati dan memberkati bumi bertuah ini.


Aamin ya Rabbal Alamin.


Kamaludin Endol @ ARM

12 Disember 2021.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan