The James Webb Space Telescope (JWST) iaitu teleskop angkasa generasi terkini berjaya dilancarkan ke angkasa semalam.
๐ Projek yang memakan masa lebih 25 tahun ini adalah kerjasama dari NASA, ESA (Agensi Angkasa Eropah) dan CSA (Agensi Angkasa Kanada) dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane 5 di Pusat Angkasa Guiana, French Guiana, Amerika Selatan.
๐ JWST ini bakal menggantikan teleskop angkasa yang terkenal sebelum ini iaitu Hubble Space Telescope (HST) yang telah menghasilkan gambar-gambar galaksi, nebula, bintang yang sangat cantik.
๐ JWST masih dalam perjalanan ke posisi untuk teleskop ini berfungsi iaitu kira-kira 1.5 juta kilometer dari Bumi iaitu di titik Lagrange 2 (L2) - ambil masa 30 hari untuk ke sini.
✅ Tidak sabar untuk melihat gambar cerapan yang dibuat oleh JWST ini. Pasti dapat meneroka banyak lagi keindahan alam ciptaan Tuhan di angkasa lepas.
๐ท: NASA
#TerokaSains #JWST
Tiada ulasan:
Catat Ulasan