Khamis, 23 Disember 2021

Sabar

 LEVEL SABAR DAN SYUKUR YANG DIAJAR OLEH SEORANG MANUSIA BIASA TAPI SEMANGATNYA LUAR BIASA.


Tanda besarnya jiwa kehambaan Abang Ebby Yus yang kita boleh belajar dari video ucapan beliau dalam rancangan Meletop ini.


1. Beliau memulakan dengan mengatakan beliau tak tahu adakah peristiwa kemusnahan rumah tersebut adalah hukuman, musibah atau ujian. Tapi beliau kata apa sahaja beliau tetap redha dengan taqdir Allah.


2. Beliau juga menceritakan yang beliau juga terlibat dalam misi bantuan banjir, malah ketika peristiwa itu berlaku, beliau berada di Bukit Kapar untuk siapkan pek-pek bantuan.


3. Beliau masih boleh ketawa ketika menceritakan peristiwa yang cukup menyayat hati iaitu rumah beliau telah dihanyutkan air banjir.


4. Beliau cerita ketika beliau dapat berita rumah beliau hanyut, beliau berdoa.. "Ya Allah.. itu sahaja yang KAU bagi pada aku.." Maknanya beliau redha. 


5. Beliau sebut lagi, beliau tak sedih sangat dengan musibah yang beliau hadapi, tapi beliau sedih bila melihat musibah terhadap orang lain yang lebih teruk dari yang beliau hadapi.


6. Beliau juga sebut, beliau dah usaha menyimpan dengan income sebagai seorang artis, tapi perancangan Allah itu lebih baik.


7. Bila beliau melihat Nabil yang semakin teresak-esak menangis, beliau kata beliau cuba sedaya upaya untuk tidak menangis, tapi beliau boleh menangis kalau tengok kesusahan orang lain yang lebih dahsyat dari beliau hadapi.


8. Beliau kata beliau dah biasa hadapi ujian termasuk sakit selama 2 tahun, tapi apa yang buat beliau bersyukur ialah Allah masih beri nafas untuk beliau teruskan hidup.


9. Beliau sebut kekuatan yang beliau ada ialah kekuatan yang Allah bagi, dan kekuatan semangat dari keluarganya yang sentiasa memberi semangat. Bila berlaku musibah terhadap beliau, keluarganya lah yang paling cepat hubungi dan beri semangat.


10. Beliau juga sebut yang beliau dipanggil dalam program Meletop, jadi bukan beliau nak tagih simpati. Beliau hanya minta doa semua agar beliau terus istiqamah untuk kuat menghadapi ujian.


11. Pesanan Abang Ebby untuk mangsa-mangsa banjir, beliau sebut, memang semua orang ada impian yang indah, yang baik-baik, tapi ingat bila ada ujian, ujian itu pun datang dari Allah. Kita kena terima je perkara buruk-buruk walaupun perit kerana ianya dari Allah. Beliau juga sebut, yang perlu kita tunggu ialah perkara kebaikan yang akan datang selepas kesusahan. Pasti ada hikmah di sebaliknya.


12. Akhir sekali, beliau kata hidup kita ni pun adalah ujian. Sejak dari kita lahir sampai kita meninggal dunia, kita akan sentiasa diuji. Jadi nak kata apa lagi, hadapilah.


Semua point-point ini disampaikan oleh seorang manusia biasa, tapi ujiannya luar biasa. "Tazkirah" beliau lebih hebat dari para asatizah yang mungkin belum diuji seperti beliau. Semua ayat-ayat Al-Quran tentang sabar dan syukur mungkin tidak diingat dalam kepala beliau, tapi beliau tunjuk yang beliau menghayati dan mengaplikasi 2 sifat itu dalam kehidupan.


Maksudnya, orang yang selalu mengajak kepada sabar dan syukur itu belum tentu boleh aplikasi apa yang mereka selalu pesan. Kerana bila diuji, barulah kita tahu di mana level kesabaran dan kesyukuran kita.


Moga Allah terus mengurnia sabar dan syukur buat kita semua insyaallah.


Issey Abdillah.

22 Disember 2021


Link video Youtube:


https://youtu.be/zYYPaGxXHY4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan