Sabtu, 25 Disember 2021

Banjir

 #TabungDiri 


APA KITA BELAJAR DARI BANJIR INI?


Beberapa pengajaran kita dapat untuk insafi diri dari bencana banjir ini sebagai panduan.


1. Bencana banjir dan alam ini bukan lagi dikawasan terpilih, dimana sahaja boleh berlaku. bersedialah kawan kawan.


2. Rumah flat kita tak tenggelam, tetapi kenderaan banyak yang tenggelam. Lihat dimana kawasan tinggi dikawasan perumahan kita dan kenal pasti.


3. Sumber elektrik akan putus, maka apa persiapan kita jika tak keluar rumah. Saya mula beli power bank kuasa tinggi dan power bank solar panel sebagai persiapan. Generator elektrik mungkin lebih membantu.


4. Sumber air bersih. Dimana kita boleh simpan dan ada sumber air bersih buat kediaman jika terputus bekalan air nanti. 


5. Pertimbangkan untuk ambil insuran/ takaful yang cover banjir bagi harta kita mulai sekarang.


6. Di rumah sebaiknya ada bekalan makanan kering yang tahan lama untuk kita bertahan. Ada makanan kering yang tahan sampai 2023 pun ada, lalu dengan tidak sahaja tekak kita. 


7. Mulai sekarang, semua amaran cuaca dan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita perlu cakna dan ambil perhatian serius. Kita rasa, "alah kita tak akan kena punya". Saya juga anggap begitu selama ini.


8. Cepat buat keputusan, kita kena cepat buat keputusan nak bertahan dalam rumah atau keluar cepat cepat. Lambat buat keputusan kita dalam bahaya.


9. Perlu ada lampu tambahan dalam rumah tanpa elektrik. Ia membantu kita diwaktu kegelapan dan mencari sesuatu.


10. Jika mampu buat tempahan bilik hotel dikawasan yang selamat untuk kita segera berpindah. Saya bantu buat tempahan buat adik saya yang rumahnya tengelam di Shah Alam. Cari hotel tinggi dan selamat.


11. Beberapa sahabat saya mula beli boat kecil dan jekat keselamatan bercahaya untuk simpanan kecemasan mereka. Saya belum ada ruang nak simpan jika beli.


12. Sediakan kipas Rechargeable Portable 48H yang boleh bertahan tanpa elektrik sebagai persiapan. 


13. Setiap keluarga, wajib ada satu bag kecemasan yang saya senaraikan dalam pos lepas . Kita sama sama buat dan sediakan. Jadi apa apa, kita capai itu dulu.


14. Sediakan Tunai secukupnya. Waktu bencana ATM mesin adakalanya tidak berfungsi. Barang susah dapat dan mungkin mahal sedikit. Sediakan duit untuk kita belanja secara tunai.


15. Jangan harapkan bantuan sesiapa, kita usaha dan rancang dari sekarang setakat kita mampu sebagai persiapan. Kerajaan, pasukan keselamatan mungkin lambat beri bantuan. Kita yang sediakan 'sampan kehidupan' kita.


Kawan kawan, 


Sebab itu ada orang kaya boleh sewa helicopter untuk selamatnya keluarganya dulu. Sebab dia kaya dan dia ada pilihan. 


Kita tak perlu salahkan sesiapa, kita juga mungkin lakukan benda yang sama jika ditempatnya. Keluarga lebih utama.


Marilah kita bina, 'sampan kehidupan' kita mulai sekarang dari harapkan bantuan 'sampan dari kerajaan' kerana kita tak pasti bila akan sampai. 


Doakan buat sahabat kita yang ditimpa bencana agar kekal tabah dan Tuhan muliakan mereka ini. 


Kami sedang belajar ya Allah.

Azizul Azli Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan