Isnin, 27 Disember 2021

Banjir

 "As I see it"


Ada beberapa masalah yang berkaitan banjir yang mungkin kurang dibincangkan. Berikut adalah perkara yang saya fahami yang mungkin kurang tepat dan terperinci tetapi mudah untuk memahami fenomena banjir. 


Perkara pertama dari segi perancangan penempatan/perbandaran, perlu ada membuat penilaian alam sekitar (termasuk sistem saliran) untuk kawasan yang hendak dibangunkan penempatan. Dengan teknologi yang ada hari ini, ketinggian setiap kawasan kecil di atas muka bumi boleh ditentukan dengan tepat, jadi kawasan tinggi dan kawasan rendah boleh dipetakan untuk setiap daerah atau negeri dengan anggaran kecerunan muka buminya juga. Jadi  simulasi impak hujan yang turun dengan kuantiti (mm hujan) dan masa tertentu juga boleh meramalkan kawasan mana yang akan banjir, kelajuan/kadar pergerakan air dan berapa lama masa diperlukan untuk air banjir itu surut. 


Perkara yang kedua: jika muka bumi mempunyai bilangan pokok hutan dewasa yang tinggi, apabila air hujan turun, sebahagian besar air itu mempunyai masa yang mencukupi untuk diserap masuk ke dalam bumi, mengurangkan kuantiti air yang akan mengalir di permukaan bumi. Sebaliknya, jika banyak pokok² telah ditebang dijadikan kayu balak, permukaan bumi menjadi gondol yang menyebabkan apabila hujan turun, kuantiti air hujan yang diserap masuk ke dalam bumi berkurang dan kuantiti air hujan yang mengalir di atas permukaan bumi bertambah dan akan bergerak daripada tempat lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah. Jika tidak wujud sistem saliran, atau sistem saliran tidak dirancang dengan baik, maka banjir akan berlaku di sesuatu kawasan lebih rendah kerana kadar kuantiti air yang memasuki kawasan itu melebihi kadar kuantiti air yang dialirkan keluar daripada kawasan itu. 


Sebagai contoh, kalau kadar aliran air memasuki suatu kawasan adalah 300 m³/min, sedangkan kadar aliran air yang keluar hanya 100 m³/min, maka dalam 1 min, kawasan itu akan mempunyai lebihan air 200 m³, dan kalau aliran air berlaku dalam satu jam (60 min), maka kawasan itu akan mendapat lebihan air 200 m³/min × 60 min = 12,000 m³. Jika kawasan itu adalah sebuah kawasan lapang berukuran 100 m × 100 m, ia akan ditenggelami air sedalam 1.2 m dalam masa 60 min. Jika selepas 60 minit itu aliran air masuk tiba² terhenti, maka masa yang diperlukan untuk semua 12,000 m³ air itu surut menjadi sifar adalah 12,000 m³ ÷ 100 m³/min = 120 min = 2 jam (masa air surut). 


Bolehkah anda bayangkan perkara-perkara di atas?


Cnp megat ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan