Ahad, 31 Julai 2022

Kobit

 Hi, just nak share, cerita saya panjang sikit....ibu saya baru meninggal 2 minggu lepas, takde sakit apa asalnya..healthy person, makan semua jaga tak gemuk tak kurus. Ibu saya start sakit lepas jab 2nd pfizer, dia ambik 1st jab pn saya taktau kakak yg hantar, kakak saya peminat vax jadi golongan mak2 ni tengok org keliling buat dia jadi nervous la klau takde vax. Kata dia lagipun duit dah cukup nak pergi haji, kalau tak jab takleh g haji kata dia😔. Mula2 lps 2,3 minggu jab, dia tanya saya kenapa mata dia kabur so ingat kena tukar cermin mata, buat cermin mata baru katanya ok sikit. Lepas lebih kurang 3 bln jab, telinga berdesing tak berenti slalu sakit kepala, mata bengkak...pergi klinik doc kata vertigo, mkn ubat tak hilang2. Pergi hospital cek darah, darah tinggi, jantung, kencing manis...result semua ok sihat walafiat kata hospital takde masalah. Lepas 4, 5 bulan dada jadi sempit susah nafas, badan makin susut. Pergi hospital, klinik tak ada jawapan kata 'mereka2 yg teramat pakar dlm perubatan' ni mungkin sbb penat (sbb ibu saya jaga nenek)...jadi ibu saya minta bidan urut. 2 hari lepas urut satu badan lebam2. Jadi pelik sebab selama ni b4 covid mmg at least 2 bulan skali panggil org dtg urut kat rumah tak pernah la lebam satu badan. Tapi sbb covid restriction jadi ada la dalam setahun tak panggil org urut, so saya pikir mayb sebab tu jadi lebam2, lama tak urut.

Tapi makin lama jadi makin teruk, dalam +-2 mggu lebam satu badan still tak hilang, badan jadi tak larat, lembik terus. Pergi hospital cek darah lagi, mula2 dorang kata ok boleh balik, tapi half day hospital call suruh datang balik kena admitted sbb blood count dlm badan less than 4 g/dl ( normal female 11-15g/dl). After that, 2 bulan kluar masuk wad transfused darah ber bag2, lost count ( darah putih, darah merah, pletlet) tp blood count still rendah ( for example, harini masuk darah merah, next 2 days back to 4 g/dl). Then after months, ambil bone marrow sample..guess what LEUKEMIA. Tibe2 ada leukemia? Guess what, kata 'so called pakar', normal la byk org tua tibe² dapat kanser darah bila dah tua. 

Jadi, lepas diagnosed kanser, kena la chemo, kata mereka yg 'amat pakar' itu je cara utk selamatkan ibu saya. Mereka kata pergi ke chemo paling kuat sbb condition ibu saya, other than kanser dia considered as healthy person sbb tak ada penyakit lain so dia boleh tahan chemo tu. On the way ke chemo ke-3 ( 1 bulan setengah selepas diagnosed) ibu saya kena jangkitan kuman dlm darah, badan ibu saya dah tak tahan, mereka tidurkan dia sbb seizure dan muntah darah. Sehari ditidurkan, ibu saya kembali ke rahmatullah pada usia yg bagi saya masih muda, 61 tahun.

Saya redha ibu saya pergi dan itu yg terbaik buat dia, to be honest saya syukur Tuhan panggil dia sbb lebih baik tempat dia di sana dari hidup di dunia yg sgt kejam sbb ibu saya mmg sgt baik tak banyak komplen, byk diam, semua org kenal dia dgn lembut tutur kata & slalu sangka baik pada org & ingatkan saya pada Tuhan. Niat dia jab pfizer pun semata2 nak pergi haji.

Cuma yg terkesan pada saya...apa sebenarnya fungsi so called pakar2 perubatan zaman ni? betul ke mereka bekerja dalam dunia perubatan utk bantu pesakit? Atau jadikan mereka dari sihat kepada sakit? Atau just a good business to get money? No patients no business? Rasanya kebanyakan org yg otaknya berfikir dan matanya luas melihat tahu jawapan yg tepat utk soalan saya ni.....

Untuk sesiapa yg dah jab, kalau ada simptom2 pelik cepat2 la ambil tindakan, mgkin saya tak dapat bantu ibu saya tapi dgn apa yg saya sampaikan ni dapat bantu org lain utk cepat ambil tindakan  kalau ada simptom2 pelik mcm ibu saya atau reconsider sebelum ambil tindakan.

Sabtu, 30 Julai 2022

Gigih

 INI BUKAN DALAM DRAMA TV


Saorang ayah tua mengayuh kadang bergilir dgn anak lelaki.


Isteri yang tak mampu berjalan duduk menjulur kaki.


Anak perempuan dewasa bantu menolak beca disisi.


Anak lelaki dewasa didepan menarik dengan tali.


Inilah drama realiti.


Berkilometer di daerah Tumpat setiap hari..


Empat beranak berjalan dibawah matahari

Barang buangan tepi jalan yang mampu memberi rezeki.


Itulah yang akan memberi seteguk air dan sesuap nasi dan dengan harapan malam mampu tidur dalam indah mimpi supaya bangun dengan segar utk terus berjalan lagi.


Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati.

**Mereka penerima bantuan JKM**


Sumber: FB Sabrii Ibn Yunus



Hijrah Nabi

 Garisan merah ialah laluan biasa kafilah dari dua tempat ini. 


Garisan biru ialah laluan baharu yang Nabi rintis sendiri untuk elak dijejaki. 


Teliti dan bandingkan. Ini belum tengok rupa bentuk muka bumi sebenar laluan yang direntasi Nabi. Amat sukar!


Jom kita ulang kaji sedikit lagi tentang hijrah Nabi.

.

.


----------------

Kronologi Hijrah Nabi


Tahun ke-14 kerasulan.


27 Safar, 

- Jumaat. Nabi mula keluar dari rumah untuk berhijrah. 


27-30 Safar.

- Jumaat hingga Ahad. Nabi bersembunyi di gua Tsur.


1 Rabiulawal.

-Isnin. Nabi mula bergerak ke Madinah.


8 Rabiulawal.

- Isnin. Nabi tiba di Quba'. Rehat beberapa hari di sini. Nabi bina masjid pertama.


12 Rabiulawal.

- Jumaat. Nabi teruskan perjalanan. Tiba di perkampungan Bani Najjar. Di sini Nabi menetap.


(Sumber: Kitab Al-Rahiq al-Makhtum)


Mungkin ada yang salah sangka: Nabi bukan berhijrah pada bulan Muharam ya. 

Muharam hanya ditetapkan sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah sebagaimana Januari bagi kalendar masihi.


----------------

SEMASA BERHIJRAH


1.

Malam

11 orang Makkah sendiri menyepung rumah Nabi senyap-senyap untuk membunuh Baginda namun gagal. Pada malam itu jugalah Nabi keluar rumah untuk berhijrah. 


2.

Abu Bakar 

Nabi terus ke rumah Abu Bakar. Pada malam itu juga mereka berdua keluar dari Makkah. Isteri dan anak-anak terpaksa ditinggalkan. 


3.

Gua Tsur

Pada malam itu juga Nabi dan Abu Bakar mendaki ke puncak Bukit Tsur untuk menyembunyikan diri di dalam sebuah gua. Bukit Tsur berbatu-batu sukar didaki, berketinggian 728 meter dengan masa pendakian sejam lebih. 


4.

3 hari

Selama tiga hari Nabi dan Abu Bakar tinggal di dalam gua. Sepanjang tempoh itu puak Quraisy ke sana ke sini menjejaki. Mereka kebingungan. Selepas operasi pencarian reda, baru Nabi keluar untuk meneruskan hijrah.


5.

8 hari, 380 kilometer

Tempoh dan jarak perjalanan Nabi dari gua Tsur hingga sampai di Quba'. Nabi tidak ikut laluan biasa sebaliknya laluan sukar dan jauh untuk elak dikesan.


6.

Qaswa'

Nama unta tunggangan Nabi dalam hijrah. Asalnya Abu Bakar hadiahkan namun Nabi berkeras untuk membayarnya juga. Banyak jasa Qaswa' kepada Nabi. Qaswa' mati tiga bulan selepas Nabi wafat. 


----------------

SEBELUM BERHIJRAH


1.

13 tahun

Nabi menyampaikan Islam di Makkah. Ramai golongan marhaen mengikuti Nabi namun kebanyakan golongan pemimpin masyarakat menentang keras. 


2.

Ditindas

Nabi dan umat Islam ditindas habis-habisan. Ada yang terbunuh dan ramai yang diseksa. Lebih 10 tahun mereka bersabar. Bagaimanapun kemuncaknya, pemimpin-pemimpin Quraisy sepakat hendak membunuh Nabi!


Pada malam mereka melancarkan operasi membunuh Nabi, malam itu juga Nabi berhijrah.


Jumaat, 29 Julai 2022

Kasi berani

 Yang membawa isu dihentam..

Yang konon sokong pun diam..

Masa disuruh berjuang dialah Panglima Hitam...

Itupun kawan2 yg jolok naik sebab takut kena baham..

Maka depa jadilah gagak hitam...

Yang dok aokk aokkk belakang timbul tenggelam...

Bila Panglima Hitam kena tekan sampai karam...

Jadilah dia kambing hitam...

Yang gagak hitam lari diam-diam..

Tukar muka jadi talam...


Kata pepatah..

Cakap berdegar-degar..

Tahi atas gelegar..

Dapat hasil kau yang gelepar..

Kena balun cepat je kau lari macam kena kejar.


Moga segala kebenaran tersebar..

Segala kemungkaran terbongkar..

Sesekali jadi guru kena juga ajar..

Agar jadi pedoman buat yang rasa diri besar..

Supaya sedar..

Bahawa hidup kau pun atas pagar!

Rabu, 27 Julai 2022

Hukum

 **ARAB BADWI INI TIDAK MENGHAFAL AL-QURAN,,

TETAPI NALURI SEMULA JADI

DAN KECERAHAN HATINYA


MENYEBABKAN IA DAPAT MENGESAN 

BAHAWA TERDAPAT KESALAHAN DIDALAM AYAT SUCI AL-QURAN YANG DIBACAKAN SECARA TIDAK DISENGAJAKAN**


(Jangan kita pukul sama rata dengan meletakkan  maha pengampunnya Allah itu pada semua tempat)


kisah seorang arab Badwi menegur 

imam Al Asma'ey rahimahullah


pernah satu ketika

Imam Al Asma'iy sedang mengajar dihadapan murid muridnya,,


sehinggalah sampai disatu bahagian yang beliau menggunakan dalil ayat dari Al Quran berkaitan hukum mencuri yang dipotong tangannya...


ayat yang dibacakan oleh beliau berbunyi begini


والسارق والسارقة فاقطعوا 

.. أيديهم جزاء بما كسبا نكلا من الله والله غفور رحيما


mendengarkan ayat ini dibacakan,,


seorang arab Badwi mencelah dan bertanya


wahai asma'iy!!!

kata-kata siapakah itu???


imam asmaiy menjawab

Kalamullah!!


kemudian

dengan penuh Yakin arab Badwi ini berkata dengan tegas,,

ini Bukan Kalamullah wahai Asma'iy!!!


maka

bila lihat perbalahan ini,,anak anak murid  imam asma'iy meminta Agar arab Badwi ini berhenti dari mempertikaikan apa yang dibacakan oleh guru mereka

mereka menuduh arab Badwi ini mengingkari Al Quran


tetapi Imam Al Asm'iy

Masih lagi mampu mengawal diri dan ia bertanya kepada arab Badwi ini,,,


adakah Kamu menghafaz  satu al Quran wahai saudaraku???


arab Badwi ini menjawab tidak


kemudian ia bertanya lagi

kalau begitu adakah kamu hafaz surah yang mengandungi ayat ini wahai saudaraku???


arab Badwi ini menjawab dengan penuh yakin

tidak!!!

dan dia menambah lagi 

dan ini bukan kalamullah  iaitu apa yang dibacakan oleh al asmaiy tadi


setelah perbalahan semakin panas

Imam al asma'iy pun membawa al quran dan membukanya 

diselak sampai ke ayat yang dibacakan tadi


kemudian apabila sampai pada surah al maidah ayat ke 38


beliau menyuruh agar arab badwi ini pasang telinga dan dengar baik baik


sebelum itu ditanya adakah arab ini beriman setiap apa yang turun kepada Baginda???


ia mengakuinya dan membenarkannya


kalau begitu Biarlah Al Quran yang menjelaskan isu ini


maka dibacakan lah ayat ini


(والسارق والسارقة فاقطعوا ايديهم 

.. جزاء بما كسبا نكالا من الله والله عزيز حكيم ) 


betapa terkejutnya Imam Al Asma'iy

rupanya Beliau tersalah tanpa sedar,,


yang awalnya dibaca 

والله غفور رحيما


tapi yang sebetulnya adalah 

والله عزيز حكيم


disinilah imam al asmaiy meminta maaf soal kesilapannya


tapi beliau tertanya tanya dan kagum dengan arab Badwi ini

bagaimana ia boleh mengesan  yang bacaannya salah??


lalu ia bertanya pada Arab ini

bagaimana ia boleh tahu


maka arab Badwi ini menjawab


wahai Asmaiy


Allah Maha Perkasa

dan beliau Memperkasakan Hukum yang diAturnya

dengan Tegas,,

maka  dipotonglah Tangan Pencuri itu


tetapi

kalau ayat ini ditutup dengan

Allah Maha pengampun lagi maha Mengasihani

maka takkan terpotonglah tangan pencuri itu


mendengarkan Penjelasan Arab Badwi ini

semua hadirin berasa Kagum,,,


ayat hukum potong tangan ini bukan untuk tempat  kemaafan atau Pengampunan 

ia adalah ketegasan dalam Mentaati dan menghidupkan  syariat Allah seperti mana yang Allah Mahukan didalam Al Quran dan Sunnah


kalau dengan penghina Allah Dan Rasul pun kita masih boleh berlembut dengan alasan tak boleh balas keburukan dengan ke keburukan,,,

kena memaafkan,,,kerana allah maha pengampun,,

nabi juga kasih dengan Ummatnya,,,

susahlah akan ramai lagi yang bakal buat hal yang sama...


masyaallah