Sabtu, 3 Januari 2026

قناعة



 Siapa yang qana‘ah, dia hidup sebagai hamba Allah.

Siapa yang tidak qana'ah, dia hidup sebagai tawanan dunia.


Bisyr al-Hafi :

“Apabila hati telah qana‘ah, dunia datang atau pergi tidak lagi melukakannya.”


Imam Al-Ghazali :

“Qana‘ah itu apabila hati tidak bergoncang ketika nikmat berkurang, dan tidak lalai ketika nikmat bertambah.


Ibn Rajab al-Hanbali :

“Qana‘ah lahir daripada iman yang benar terhadap qada’ dan qadar.”


Ali bin Abi Talib :

“Hati yang qana‘ah tidak akan diperhambakan oleh apa yang ia miliki.”


Said bin Jubair :

“Orang yang qana‘ah tidak sibuk mengeluh, kerana dia sibuk bersyukur.”


Ibn Qayyim al-Jawziyyah :

“Hati yang qana‘ah tidak letih berangan, dan tidak sakit kerana kekurangan.”


Yang paling penat di dunia

bukan orang miskin,

tetapi orang yang tidak pernah merasa cukup.

Rabu, 31 Disember 2025

Rezeki

 Duluuuu aku tak suka pakai tudung tawww... Dari zaman belajar sampai kerja


Aku suka glemer glemer, seksi seksi pergi kerja. Tapi aku tak tinggal solat.  Even malam nak pergi melagho cucuk langit dengan kawan kawan pun isyak tetap buat. Kawan aku hampir semua chinese lah masa tu. So sepesen lah aku dengan diorg. Hahaha


One day, aku nak carik baju seksi seksi sikit nak keluar. Normally dress skirt pendek la... Then aku bukak almari


Jatuh sehelai selendang dekat bahu aku . Yang aku dah lupa pun kewujudannya. Satu satunya selendang yang ada


Lepastu aku ambil selendang tu, aku lilit kat muka dan cakap dengan diri sendiri

"Eh lawa juga muka aku pakai selendang ni kan"


And know what, aku tak jadi pakai baju seksi, aku decide pakai seluar jeans, Tshirt lengan panjang dan selendang tu. Sekadar pin dan selempang ke belakang. Serabai lah sikit. Anak tudung pun takder. Hahahaha


So aku keluar dengan rasa konpiden. 


Dah selesai urusan diluar, aku jalan kaki nak ke kereta. Aku terserempak lah dengan 2 orang lelaki. Memang style rempit gila lah. 


Bila diorang lalu sebelah aku, diorang bagi salam.

 "Assalamualaikum awak" lepastu diorang berlalu


Aku jadi jemm kejap. Sebab aku lupa aku tengah pakai baju sopan dan tudung. Hahahaha


Lepas aku perasan, aku jawab salam terus hati aku tersentuh. Betapa pakaian yang baik buat kita dihormati 🥹


Aku balik rumah, aku terus call mak aku. Aku cakap "Mak, along nak pakai tudung mulai hari ini. Doakan ye"


Mak aku happy gila. Happy yang teramat sangat sangat. Dia doakan aku kuat juga.


Tau tak kenapa aku perlukan doa mak aku. Sebab tempat aku kerja dan department aku yang deal dengan sales, client, event yang macam macam dan semua nya chinese, tak mengizinkan melayu yang pakai tudung untuk bekerja disitu. Hahahahaha. 


So aku nervous weiiii...


Tapi aku tak peduli dah, aku decide je pergi kerja pakai tudung tanpa notis😂


So what was happened?


Aku sampai je office, office yang sebelum tu riuh dari luar dengar nya tiba tiba senyap sunyi sepi. Hahahahaha


Kawan kawan chinese aku ternganga dan tanya what happened to U? Why u macam ni? Why why?? 


Aku tak terkejut sebab dah jangka kan hal ni. So lepastu aku pura pura macam takder apa apa berlaku. Teruskan je keje. Sehingga lah meeting petang nya... Ada boss aku. Baru muncul


Seperti jangkaan, boss chinese aku pun speechless kejap tengok aku 😂 


Selesai je meeting dia terus sound aku depan semua orang.

"Why U wearing scarf without notify me. U know what, at a first place during interview, If U wearing scarf, I wont hire U


And U know I am going to promote U as a senior executive. Datuk sure wont approve U. Haish U niiiii. U will ruin everything"


Aku senyum je dan reply dengan tenang "If that promotion really for me then it will. If otherwise, I dont mind"


Then boss aku pun cakap.. 

"We will see how lah" (muka dia memang sebal gila)


Aku iklan jap diri aku. Btw aku antara orang yang cekap lah jugak buat kerja. Appraisal aku, boss siap letak "she is an asset of the company" aku naik gaji setiap tahun. So untuk itu aku berserah je. Ada rezeki ada, takder rezeki takder lah. Tapi aku lansung tak goyang untuk take off tudung aku semula. Aku pun tak tau mana datang kekuatan tu.


And yaa boss aku ada sebut datuk tu kan. Tu mmg director company. Dia yang akan approve setiap kenaikan gaji atau pangkat. And yerp dia yang paling anti perempuan bertudung terutama department aku ni. Seksi seksa dia mau. Hahaha


Dan 3 hari kemudian kebetulan ada meeting besar yang melibatkan department aku dan dia. 


Ok nervous aku kembali semula. Abeslah kalau aku kene setepek jugak ni masa meeting. Hahahaa


So hari yang yang mendebarkan pun tiba. Aku tak debor dah pasal promotion tu. Aku debor jangan lah aku kene maki ni. Hahahaaha


Aku macam biasa, lilit shawl kemas kemas. Pakai baju corporate properly. Aku pakai baju kemeja pink, vest hitam dan shawl pink haritu


So meeting is going on macam biasa. Tiba tiba tengah tengah meeting, dia tengah membebel sambil conteng conteng whiteboard pasal forecast, dia berhenti dan pandang aku (aku dah jenuh sebenarnya menunduk.hahaha) 


"Hey U!"


"Young lady with pink scarf. What do U think with our forecast?


Fuhh lega dia mintak pendapat je. Ingat nak maki. Hahaha. So aku pun bebel bebel lah apa yang patut


So short story, meeting pun selesai tanpa kene maki🤣🤣


Tapi boss aku kene panggil dengan nada tinggi macam jerkah

. "Hey Richard, U come to my office. Bring that file"


Okay aku nervous semula😂 boss aku bakal kene marah sebab aku ni


Dengan tangan gigil2 lah sikit, aku pun buat keje macam biasa


15 minit kemudian boss aku keluar dengan muka menggelupur...


Di bawa nya 1 file terus ke meja aku


"Noor, Datuk said to me..

 "That pink lady, if she really good promote her asap!"


Then depan aku, terus boss bukak file promotion, dah siap bertanda tangan datuk. 


Bergenang wei air mata aku. 


Aku terus lari keluar, carik tempat bersih sujud syukur dan telefon mak aku 😭


Bertakung mata aku sambil menaip ni. Teringat moment tu. Hahahaa


So effective lah level senior aku serta merta. Colleagues aku lama lama diorang dapat terima dah penampilan baru aku


And after 2 bulan. Diorang suprise kan aku dengan 1 pernyataan.


"U know what Noor, hari hari weolls akan tunggu sampai u punch card sebab nak tengok U pakai apa harini. Kami semua sangat sangat mesmerize the way U dress Up with tudung"


Boss aku yang sound aku dulu tiba tiba menyampuk jugak.


"Ya Noor U teruskan pakai tudung okay. I like your style now compare masa U free hair"


Aku pun tepek laa


"Dulu U yang benci sangat I pakai tudung. Why dah berubah?"


"I thought U akan jadi macam makcik makcik kantin. Tu I tanak"


Haha taguna boss.


And year later aku dipromote jadi asistant manager pula. 


Masyallahhh rezeki Allah jika dia berkehendak kan. Allah tu suruh buat je apa arahan Dia, YAKIN dan PERCAYA. Walau terpaksa langgar undang undang manusia iaitu undang undang company aku 😂


Okay setel lah kisah aku. Haha. Terima kasih sudi membaca ❤️❤️


Btw, dekat office diorang panggil aku Noor sebab diorang tak pandai sebut Mai. Asyik jadi Meiii je. Serabut pulak aku. . hahaha


Sumber myzatul

Isnin, 29 Disember 2025

Rezeki

 ✨Seni Menahan Menghukum🔨

Aku tenung lama infografik ni.


Tentang Barbara Ehrenreich.

Tentang buku Nickel and Dimed.


Jujur, tajuk dia buat aku tersentak.

"Kau miskin sebab kau malas?"


Ayat ni... biasa sangat kita dengar.

Biasa sangat kita nampak di ruangan komen media sosial.

Malah, kadang-kadang, ayat ni pernah terlintas dalam hati kita sendiri bila tengok orang susah.


"Kenapa dia tak usaha lebih?"

"Kenapa tak buat dua tiga kerja?"

"Mesti tak pandai urus duit ni."


Aku tarik nafas.

Rasa berdosa.

Sebab kita mudah menghukum benda yang kita tak pernah rasa.


Barbara ni, dia bukan tulis buku dari menara gading.

Dia turun ke lapangan.

Dia tinggalkan kehidupan selesa dia, dan cuba hidup sebagai pekerja gaji rendah.

Cleaner.

Waitress.

Pembantu rumah.


Dia nak jawab satu soalan besar:

"Betul ke kalau kerja keras, kita boleh keluar dari kemiskinan?"


Jawapan yang dia jumpa... menakutkan.


Rupanya, kerja gaji rendah ni bukan kerja orang malas.

Ia kerja yang mematahkan tulang.

Berdiri berjam-jam.

Angkat beban berat.

Mental kena hadap maki hamun pelanggan dan majikan.


Tapi kenapa masih miskin?


Sebab sistem tu sendiri kadang-kadang macam perangkap tikus.

Masuk boleh, keluar tak jumpa jalan.


Aku cuba hadam satu per satu realiti yang dia tulis.

Aku huraikan dari sudut pandang aku.


Pertama, tentang tempat tinggal.

Ini asas Hifz al-Nafs (Menjaga Nyawa) dan Hifz al-Mal (Menjaga Harta).

Orang miskin kadang-kadang terpaksa bayar cukai kemiskinan.

Nak sewa rumah murah, kena ada deposit 2+1.

Mana nak cari duit segepuk tu bila gaji cukup-cukup makan?


Akibatnya?

Mereka terpaksa duduk motel atau bilik sewa harian (situasi luar negara).

Yang kalau dikira sebulan, harganya jauh lagi mahal dari sewa rumah biasa.

Duit habis bayar sewa mahal sebab tak mampu bayar deposit murah.

Nampak tak ironi dia?


Kedua, tentang kesihatan.

Bila gaji kecil, makanan sihat tu satu kemewahan.

Makan sekadar kenyang. Mee segera. Roti kosong.

Badan tak dapat nutrisi, mudah sakit.

Bila sakit, tak ada medical card. Tak ada simpanan kecemasan.

Kalau cuti sakit, gaji potong.

Maka mereka kerja dalam sakit.

Badan makin rosak. Produktiviti jatuh.

Akhirnya, kekal di takuk lama.


Ketiga, tentang masa depan.

Ini berkait rapat dengan Hifz al-Aql (Menjaga Akal).

Orang selalu tanya, "Kenapa orang miskin tak plan masa depan?"

"Kenapa tak belajar skill baru?"


Jawapannya mudah tapi pedih.

Bila otak kau sibuk fikir "malam ni nak makan apa" atau "esok cukup tak duit tambang bas", ruang untuk fikir strategi 5 tahun akan datang tu... tertutup.

Hidup jadi survival mode.

Bukan strategic mode.


Kita yang ada privilege kestabilan ni, mudah cakap pasal mindset.

Sebab perut kita kenyang.

Sebab tidur kita lenyak atas tilam empuk.

Sebab kita ada safety net kalau jatuh.


Barbara ajar kita satu benda.

Sebelum kita suruh orang hustle, pastikan mereka ada stability.

Macam mana nak lari pecut kalau kaki terbenam dalam lumpur?


Di sini, aku terpukul dengan rasa keinsafan.

Kita selalu lupa konsep Rezeki dalam akidah kita.

Kita ingat kita kaya sebab kita pandai.

Kita ingat kita selesa sebab kita rajin.

Itu Ujub. Itu bibit Takabbur.


Hakikatnya, Allah letak kita di tempat selesa ni, bukan untuk kita jadi hakim kepada mereka yang di bawah.

Tapi sebagai ujian Syukur dan Rahmah.


Imam Al-Ghazali banyak cakap soal hati.

Tentang Zuhud yang memandang dunia ni kecil.

Bila kita faham dunia ni pinjaman, kita takkan sombong dengan apa yang kita ada.


Dan tentang Tawakkal.

Kita berusaha, orang miskin pun berusaha.

Tapi Allah yang tentukan hasilnya.

Mungkin pada pandangan mata kasar, mereka gagal kumpul harta.

Tapi entah-entah, Sabar mereka menahan perit kehidupan tu yang buat darjat mereka tinggi melangit.


Mungkin peluh yang menitik masa mereka angkat sampah tu, lebih wangi di sisi Tuhan berbanding minyak wangi mahal kita yang duduk dalam aircond.


Jadi, apa tugas kita?

Adakah sekadar angguk dan cakap kesian?


Tidak.

Tugas kita adalah menjadi Jalan Keluar.

Menjadi asbab keringanan.


Kalau kita majikan, bayarlah gaji yang memuliakan manusia.

Kalau kita kawan, janganlah berkira hal kecil.

Kalau kita orang luar, hentikanlah menghukum.


Tahan lidah dari kata pemalas.

Tahan hati dari sangka buruk.


Kadang-kadang, orang tu tak perlukan nasihat kewangan kita.

Dia cuma perlukan peluang.

Dia perlukan sistem yang adil.

Dia perlukan kita faham yang kasut dia tak sama saiz dengan kasut kita.


Hidup ni bukan perlumbaan siapa paling cepat kaya.

Hidup ni medan ujian siapa paling bermanfaat.


Moga Allah jaga hati kita dari rasa lebih daripada orang lain.

Sebab hakikatnya, kita semua sama.

Hamba yang menagih belas Ehsan Tuan Punya Dunia.


Mari kita doa sama-sama.


"Ya Allah, Ya Razzaq, Ya Fattah.

Murahkanlah rezeki saudara-saudara kami yang sedang sempit.

Bukakanlah jalan keluar bagi mereka yang sedang buntu.

Jika rezeki itu ada di langit, turunkanlah.

Jika di bumi, keluarkanlah.


Ya Allah,

Jadikanlah kami asbab kemudahan buat orang lain.

Bersihkanlah hati kami dari sifat sombong dan memandang rendah pada hamba-Mu yang lain.

Kurniakanlah kami kefahaman bahawa setiap nikmat adalah amanah untuk dikongsi, bukan untuk dimegah.

Kuatkanlah bahu mereka yang sedang memikul beban kehidupan.

Dan rehatkanlah hati mereka dengan ketenangan yang hanya datang dari-Mu.


Amin Ya Rabbal Alamin."


📜Hadis

وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

"Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya."


(Hadis Riwayat Muslim, No. 2699)


#comiclife #muhasabah #AIcopywriting #CopywritingAI



Jumaat, 26 Disember 2025

Barbarossa

 Nama dia dicuri & di takrifkan sebagai penjahat bagi Eropah. 


Filem Pirates of the Caribbean. Watak Captain Hector Barbossa. 


Nama sebenar beliau ialah Khizr bin Ya'qub. 

Gelaran "Barbarossa" (Janggut Merah) itu asalnya milik abangnya, Orug Reis. 

Selepas abangnya syahid, Khizr mewarisi gelaran itu dan menyambung perjuangan. 


Malah, Sultan Suleiman Al-Qanuni (Sultan Uthmaniyyah paling agung) memberi gelaran "Hayreddin" yang bermaksud "Sebaik-baik Agama". 


Hayreddin Barbarossa bukan calang-calang orang. Beliau adalah Kapudan Pasha (Laksamana Besar) Empayar Uthmaniyyah. 


Pangkat dia setaraf dengan Laksamana 

Tentera Laut moden hari ini. Dia pegang cop mohor Sultan. Barbarossa pernah malukan seluruh Eropah dalam Pertempuran Preveza (1538). 


Pope di Vatican dah cuak gila. 

Dia panggil semua raja-raja Kristian dari Sepanyol, Venice, Genoa, Papal States, Malta untuk tubuhkan satu pasukan "Avengers" Eropah yang dipanggil Holy League. 


Matlamat Holy League cuma satu: Hapuskan Barbarossa. 


Eropah hantar 600 buah kapal perang dengan 60,000 tentera. Diketuai oleh laksamana legenda mereka, Andrea Doria. 


Barbarossa ada berapa? 

Cuma 122 buah kapal dan 20,000 tentera. Nisbah 1 lawan 5. Andrea Doria dah gelak besar. Dia ingat ini hari terakhir Barbarossa. 


Tapi Barbarossa ada sesuatu yang orang Eropah tak ada: Iman dan Taktikal Genius. 

Daripada bertahan, Barbarossa buat kerja gila. Dia arahkan kapal-kapalnya MENYERANG dulu! 


Dia guna formasi "Bulan Sabit" dan pecahkan kapal musuh satu per satu. Kapal Uthmaniyyah lebih kecil tapi laju. Kapal Eropah besar gedabak tapi lembab nak pusing. 


Barbarossa pusing keliling kapal gergasi Andrea Doria macam ikan jerung pusing ikan paus. Kapal Eropah langgar sesama sendiri. 


Andrea Doria, laksamana kebanggaan Eropah tu, cabut lari tinggalkan medan perang dalam kegelapan malam. Barbarossa menang besar tanpa kehilangan walau satu pun kapal utama! 


Sejak hari itu, Laut Mediterranean bertukar menjadi "Tasik Uthmaniyyah" selama 33 tahun. 


Tiada kapal Eropah berani lalu tanpa izin Barbarossa. Masa di Sepanyol, sedang berlaku Inquisition. Orang Islam dan Yahudi diseksa, dibakar hidup-hidup, dan dipaksa murtad. 


Rintihan umat Islam Andalusia sampai ke telinga Barbarossa. Tanpa fikir panjang, dia kerahkan armadanya bukan untuk rompak emas, tapi untuk buat misi menyelamat. 


Dia angkut 70,000 pelarian Muslim dan Yahudi dari Sepanyol, seberang laut, dan bawa mereka ke tempat selamat di Afrika Utara. 

70,000 nyawa! Bayangkan logistik zaman tu. Kapal kayu, tiada GPS, tiada enjin. 


Dia ulang-alik masuk ke kandang musuh semata-mata nak selamatkan saudara seagama. Inilah bukti dia adalah Mujahid, bukan Lanun. 


Barat label dia "Barbary Pirate" sebab mereka tak boleh terima hakikat "orang gasar" (pada mata mereka) boleh kalahkan teknologi Eropah. Perancis (Raja Francis |) pernah minta tolong Barbarossa untuk lawan musuh mereka. 


Barbarossa bawa armadanya "parkir" di Toulon, Perancis semasa musim sejuk. Selama beberapa bulan, Laungan Azan berkumandang lima kali sehari di tengah-tengah bandar Perancis. 


Gereja di Toulon dikosongkan sementara untuk dijadikan masjid bagi tentera Barbarossa solat. 

Orang Eropah ternganga tengok disiplin tentera Islam. Tak ada yang mabuk, tak ada yang kacau perempuan, tak ada yang mencuri. 


Jauh beza dengan tentera Eropah sendiri yang suka buat onar. Hayreddin Barbarossa meninggal dunia bukan di tiang gantung dan bukan dibunuh musuh. 


Beliau wafat dengan tenang di istananya di Istanbul pada tahun 1546. Makamnya masih ada di Besiktas, Istanbul, berhampiran Muzium Tentera Laut. 


Dulu, setiap kali kapal tentera laut Uthmaniyyah belayar keluar untuk berperang, mereka akan lalu di depan makam Barbarossa dan beri tabik hormat serta bacaan Al-Fatihah. Itu tanda penghormatan abadi kepada "Raja Laut" sebenar. 


MasyaAllah, hebatnya jiwa hamba Allah yang bernama Hayreddin Barbarossa ini. Beliau tidak mengejar harta dunia walaupun lautan emas berada di bawah telapak kakinya. 


Sebaliknya, beliau mewakafkan seluruh hidup, kepakaran dan armadanya demi meninggikan kalimah Allah dan membela nasib umat yang tertindas. 


Kredit : Mazlan Syafie 


Search: heyraddin barbarossa


Rujukan:


1. Ismail Hakkı Uzunçarşılı,

Osmanlı Tarihi, Jilid II

(Türk Tarih Kurumu)

→ Rujukan utama sejarah Uthmaniyyah


2. Gábor Ágoston & Bruce Masters (eds.),

Encyclopedia of the Ottoman Empire

(Oxford University Press, 2009)


3. Colin Imber,

The Ottoman Empire, 1300–1650

(Palgrave Macmillan)


4. Virginia H. Aksan,

Ottoman Wars 1700–1870

(Pearson Longman)


5. Suraiya Faroqhi,

The Ottoman Empire and the World Around It

(I.B. Tauris)


6. John F. Guilmartin,

Gunpowder and Galleys: Changing Technology and Mediterranean Warfare

(Cambridge University Press)


7. Roger Crowley,

Empires of the Sea

(Faber & Faber, 2008)

🔹 Buku Barat paling popular & objektif tentang Barbarossa


8. Fernand Braudel,

The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II

(University of California Press)


9. Molly Greene,

Catholic Pirates and Greek Merchants

(Princeton University Press)


10. Daniel Panzac,

The Barbary Corsairs

(Brill Academic Publishers)


11. Stanford J. Shaw,

History of the Ottoman Empire and Modern Turkey


12. Maria Rosa Menocal,

The Ornament of the World

(Back Bay Books)


13. Jane S. Gerber,

The Jews of Spain

(Free Press)


14. Christine Isom-Verhaaren,

Allies with the Infidel

(I.B. Tauris)


15. Roger Crowley,

Empires of the Sea (Bab Toulon)


16. Necipoğlu, Gülru,

The Age of Sinan

(Reaktion Books)


17. Turkish Naval Forces Historical Archives


Khamis, 25 Disember 2025

سحت

 Perkataan "Suht" (سحت) dalam bahasa Arab mempunyai maksud yang sangat spesifik dan mendalam, terutamanya dalam konteks agama Islam dan etika kewangan.

Secara ringkasnya, Suht bermaksud harta atau hasil yang diperoleh melalui jalan yang haram, keji, atau tidak sah.


📖 Maksud dan Penjelasan

  1. Harta Haram: Ia merujuk kepada sebarang kekayaan atau pendapatan yang didapati dengan cara yang dilarang oleh syarak.

  2. Menghapuskan Berkat: Dari segi bahasa, perkataan ini juga membawa maksud "membinasakan" atau "menghapuskan". Oleh itu, harta suht dianggap sebagai harta yang mencabut keberkatan dalam hidup seseorang.

  3. Konteks Al-Quran: Perkataan ini disebut dalam Surah Al-Ma'idah (ayat 42, 62, dan 63) yang mencela mereka yang suka "memakan harta yang haram" (akkālūna lis-suḥt).

🚫 Contoh-contoh Harta Suht

Antara perkara yang dikategorikan sebagai suht termasuklah:

  • Rasuah: Mengambil atau memberi wang untuk memutarbelitkan kebenaran atau mendapatkan hak orang lain.

  • Riba: Bunga atau faedah yang diambil daripada pinjaman.

  • Hasil Penipuan: Menipu dalam timbangan, sukatan, atau kualiti barangan dalam perniagaan.

  • Harta Anak Yatim: Menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan peribadi secara tidak sah.

  • Upah Maksiat: Pendapatan daripada aktiviti yang haram seperti perjudian atau pelacuran.


💡 Kesimpulan

Dalam Islam, mengelakkan harta suht adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan dosa, malah dipercayai menjadi penghalang kepada doa yang dimakbulkan dan membawa kerosakan kepada peribadi serta keluarga.