Jumaat, 26 Disember 2025

Barbarossa

 Nama dia dicuri & di takrifkan sebagai penjahat bagi Eropah. 


Filem Pirates of the Caribbean. Watak Captain Hector Barbossa. 


Nama sebenar beliau ialah Khizr bin Ya'qub. 

Gelaran "Barbarossa" (Janggut Merah) itu asalnya milik abangnya, Orug Reis. 

Selepas abangnya syahid, Khizr mewarisi gelaran itu dan menyambung perjuangan. 


Malah, Sultan Suleiman Al-Qanuni (Sultan Uthmaniyyah paling agung) memberi gelaran "Hayreddin" yang bermaksud "Sebaik-baik Agama". 


Hayreddin Barbarossa bukan calang-calang orang. Beliau adalah Kapudan Pasha (Laksamana Besar) Empayar Uthmaniyyah. 


Pangkat dia setaraf dengan Laksamana 

Tentera Laut moden hari ini. Dia pegang cop mohor Sultan. Barbarossa pernah malukan seluruh Eropah dalam Pertempuran Preveza (1538). 


Pope di Vatican dah cuak gila. 

Dia panggil semua raja-raja Kristian dari Sepanyol, Venice, Genoa, Papal States, Malta untuk tubuhkan satu pasukan "Avengers" Eropah yang dipanggil Holy League. 


Matlamat Holy League cuma satu: Hapuskan Barbarossa. 


Eropah hantar 600 buah kapal perang dengan 60,000 tentera. Diketuai oleh laksamana legenda mereka, Andrea Doria. 


Barbarossa ada berapa? 

Cuma 122 buah kapal dan 20,000 tentera. Nisbah 1 lawan 5. Andrea Doria dah gelak besar. Dia ingat ini hari terakhir Barbarossa. 


Tapi Barbarossa ada sesuatu yang orang Eropah tak ada: Iman dan Taktikal Genius. 

Daripada bertahan, Barbarossa buat kerja gila. Dia arahkan kapal-kapalnya MENYERANG dulu! 


Dia guna formasi "Bulan Sabit" dan pecahkan kapal musuh satu per satu. Kapal Uthmaniyyah lebih kecil tapi laju. Kapal Eropah besar gedabak tapi lembab nak pusing. 


Barbarossa pusing keliling kapal gergasi Andrea Doria macam ikan jerung pusing ikan paus. Kapal Eropah langgar sesama sendiri. 


Andrea Doria, laksamana kebanggaan Eropah tu, cabut lari tinggalkan medan perang dalam kegelapan malam. Barbarossa menang besar tanpa kehilangan walau satu pun kapal utama! 


Sejak hari itu, Laut Mediterranean bertukar menjadi "Tasik Uthmaniyyah" selama 33 tahun. 


Tiada kapal Eropah berani lalu tanpa izin Barbarossa. Masa di Sepanyol, sedang berlaku Inquisition. Orang Islam dan Yahudi diseksa, dibakar hidup-hidup, dan dipaksa murtad. 


Rintihan umat Islam Andalusia sampai ke telinga Barbarossa. Tanpa fikir panjang, dia kerahkan armadanya bukan untuk rompak emas, tapi untuk buat misi menyelamat. 


Dia angkut 70,000 pelarian Muslim dan Yahudi dari Sepanyol, seberang laut, dan bawa mereka ke tempat selamat di Afrika Utara. 

70,000 nyawa! Bayangkan logistik zaman tu. Kapal kayu, tiada GPS, tiada enjin. 


Dia ulang-alik masuk ke kandang musuh semata-mata nak selamatkan saudara seagama. Inilah bukti dia adalah Mujahid, bukan Lanun. 


Barat label dia "Barbary Pirate" sebab mereka tak boleh terima hakikat "orang gasar" (pada mata mereka) boleh kalahkan teknologi Eropah. Perancis (Raja Francis |) pernah minta tolong Barbarossa untuk lawan musuh mereka. 


Barbarossa bawa armadanya "parkir" di Toulon, Perancis semasa musim sejuk. Selama beberapa bulan, Laungan Azan berkumandang lima kali sehari di tengah-tengah bandar Perancis. 


Gereja di Toulon dikosongkan sementara untuk dijadikan masjid bagi tentera Barbarossa solat. 

Orang Eropah ternganga tengok disiplin tentera Islam. Tak ada yang mabuk, tak ada yang kacau perempuan, tak ada yang mencuri. 


Jauh beza dengan tentera Eropah sendiri yang suka buat onar. Hayreddin Barbarossa meninggal dunia bukan di tiang gantung dan bukan dibunuh musuh. 


Beliau wafat dengan tenang di istananya di Istanbul pada tahun 1546. Makamnya masih ada di Besiktas, Istanbul, berhampiran Muzium Tentera Laut. 


Dulu, setiap kali kapal tentera laut Uthmaniyyah belayar keluar untuk berperang, mereka akan lalu di depan makam Barbarossa dan beri tabik hormat serta bacaan Al-Fatihah. Itu tanda penghormatan abadi kepada "Raja Laut" sebenar. 


MasyaAllah, hebatnya jiwa hamba Allah yang bernama Hayreddin Barbarossa ini. Beliau tidak mengejar harta dunia walaupun lautan emas berada di bawah telapak kakinya. 


Sebaliknya, beliau mewakafkan seluruh hidup, kepakaran dan armadanya demi meninggikan kalimah Allah dan membela nasib umat yang tertindas. 


Kredit : Mazlan Syafie 


Search: heyraddin barbarossa


Rujukan:


1. Ismail Hakkı Uzunçarşılı,

Osmanlı Tarihi, Jilid II

(Türk Tarih Kurumu)

→ Rujukan utama sejarah Uthmaniyyah


2. Gábor Ágoston & Bruce Masters (eds.),

Encyclopedia of the Ottoman Empire

(Oxford University Press, 2009)


3. Colin Imber,

The Ottoman Empire, 1300–1650

(Palgrave Macmillan)


4. Virginia H. Aksan,

Ottoman Wars 1700–1870

(Pearson Longman)


5. Suraiya Faroqhi,

The Ottoman Empire and the World Around It

(I.B. Tauris)


6. John F. Guilmartin,

Gunpowder and Galleys: Changing Technology and Mediterranean Warfare

(Cambridge University Press)


7. Roger Crowley,

Empires of the Sea

(Faber & Faber, 2008)

🔹 Buku Barat paling popular & objektif tentang Barbarossa


8. Fernand Braudel,

The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II

(University of California Press)


9. Molly Greene,

Catholic Pirates and Greek Merchants

(Princeton University Press)


10. Daniel Panzac,

The Barbary Corsairs

(Brill Academic Publishers)


11. Stanford J. Shaw,

History of the Ottoman Empire and Modern Turkey


12. Maria Rosa Menocal,

The Ornament of the World

(Back Bay Books)


13. Jane S. Gerber,

The Jews of Spain

(Free Press)


14. Christine Isom-Verhaaren,

Allies with the Infidel

(I.B. Tauris)


15. Roger Crowley,

Empires of the Sea (Bab Toulon)


16. Necipoğlu, Gülru,

The Age of Sinan

(Reaktion Books)


17. Turkish Naval Forces Historical Archives


Tiada ulasan:

Catat Ulasan