Rabu, 14 Oktober 2020

doa ibu

 *DOA LEBIH MUSTAJAB BILA 'JUAL' NAMA IBU.* 


Tempoh hari saya singgah ke kedai runcit, terdengar sebuah perbualan seorang lelaki yang sedang loudspeaker phone bercakap dengan ibunya. 

"Rul, kalau nak berdoa apa-apa jual nama ibu ya". 

Semasa mendengar perbualan tersebut saya merasa pelik. Kenapa pula nak menjual nama ibunya?

Ibunya sambung lagi, kalau Rul nak mudah pergi umrah *doa macam ini :* 

*"Ya Allah,* permudahkanlah urusanku untuk menunaikan umrah, aku nak sangat bawa ibu melawat Mekah sekali"

Kalau Rul nak beli rumah, *doa begini :* 

*"Ya Allah* lancarkan urusan beli rumah agar jika ibu datang melawat & bermalam dia rasa selesa" 

*In syaa Allah* doa tu naik tanpa hijab. 

*Masya Allah,* 

tak terfikir seorang ibu mendidik anaknya mengenai doa sebegitu sekali. 

Kemudian ibunya berkongsi pula tentang satu ceramah yang beliau hadiri. Kisah seorang sahabat yang badannya gemok tapi berkahwin dengan seorang isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi saw pun bertanya padanya apa rahsia dapat isteri yang cantik. 

Beliau pun share " Setiap hari aku berdoa, *Ya Allah* kurniakanlah aku isteri yang bila mana mak aku pandang wajahnya, mak terus berasa sayang & kasih padanya"

الله اكبر

*Mulia sungguh Allah tempatkan level seorang ibu ni kan?

Lepas ni tuan & puan bolehlah berdoa sambil selit nama mak. .

Jika mak sudah tiada gunalah nama ayah atau mak & ayah mertua.  

*Tapi jika mak & ayah semua sudah tiada, kita boleh berdoa :*

*"Ya Allah,* limpahkanlah rezeki sebanyak-banyaknya kepadaku supaya aku dapat berinfaq buat mak & ayahku di alam sana. Aku nak sangat buat mereka gembira, sebab dulu masa kecil mereka selalu gembirakan aku."

*In syaa Allah,* dengan niat yang murni & penuh kasih sayang macam ni pasti Allah akan lebih mudah makbulkan doa kita. 

Moga semuanya ada berkah, *Aamiin.

Ust Asraff Ayob

Tiada ulasan:

Catat Ulasan