Rabu, 29 September 2021

Apps pdpr

 HIMPUNAN KOLEKSI APLIKASI YANG BERGUNA UNTUK PDPR


📮 APLIKASI SIDANG VIDEO ONLINE


1. Google Meet

2. Zoom

3. Telegram Voice Chat + Video

4. Microsoft Teams

4. Whatsapp Video Call

5. Facebook Messenger Room


📮 APLIKASI UNTUK BINA SLAID YANG MENARIK


1. Canva

2. Emaze

3. Slidesgo

4. Slide mania

5. Prezi

6. Visme

7. Powtoon

8. Crello

9. Google Slides

10. Myviewboard


📮 APLIKASI KUIZ/PERMAINAN DALAM TALIAN


1. Kahoot

2. Quizlet

3. Quizziz

4. Mentimeter

5. Edpuzzle

6. Word Wall

7. Plickers

8. Tarsia

9. Blended play

10. Gamilab

11. Nearpod

12. Whiteboard.fi

13. Bamboozle

14. Blooket

15. Jigsawplanet.com

16. Jeopardy

17. Genial.ly

18. Gimkit

19. Classpoint

20. Seesaw

21. Edpuzzle

22. wow.boomlearning.com

23. Liveworksheet


📮 APLIKASI MEDIA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN


1. Padlet

2. Google Sites

3. Whiteboard.Chat

4. Google Jamboard

5. Wizer.me

6. Blend space


📮 APLIKASI EDIT VIDEO


1. Filmora

2. Adobe Premiere Pro

3. Wevideo

4. Inshot

5. Capcut

6. Platagon

7. Kinemaster

8. Quik

9. VN


Telegram: t.me/pendidik2u

Facebook: fb.com/pendidik2u


SILA SHARE

Isnin, 27 September 2021

Suria

 Bagaimana jika bintang Betelgeuse ditukarkan dengan matahari di sistem suria?


Bintang Betelgeuse lebih besar daripada saiz matahari, dikatakan satu bintang Betelgeuse ini boleh memuatkan jutaan matahari. Ini akan menyebabkan planet Utarid (عطارد), Zuhrah (الظهرة), Bumi (الارض) dan Marikh (المريخ) ditelan oleh bintang besar ini. Semua planet lain dalam sistem suria akan bergerak secara rambang dan tidak dapat beredar dengan sistematik akibat tidak mempunyai daya tarikan ketika matahari dihilangkan dari kedudukannya. Apabila bintang Betelgeuse telah diletakkan di tempat matahari, maka planet-planet yang tadinya melencong ke arah lain akan kembali semula mengorbit seperti biasa tetapi dalam keadaan panas dan terbakar kerana suhu bintang tersebut terlalu tinggi berbanding matahari.

Jumaat, 24 September 2021

Jurnal

 Ramai yg tak faham dan tak tahu... Semua ingat doktor tu raja segala bahagian perubatan.. 


So apa yg doktor cakap semua telan.. Ini SALAH sama sekali..


Covid ni penyakit,


Laporan covid sampai ke pengetahuan doktor hanya melalui selepas kajian makmal oleh pakar perubatan lain yg terlibat dalam kerja melihat, mengkaji sample dari pesakit, ahli virologi, pakar perubatan, dan pakar ubat (pharmacy)


Cerita bermula apabila doktor diagnos pesakit, dan doktor dapati pesakit tersebut mempunyai penyakit "aneh/pelik" yg doktor sendiri tak ketahui.


Next selepas itu untuk mengetahuinya, proses pengambilan sampel dari pesakit yang mengalami penyakit "aneh/pelik" berkenaan.


Next selepas itu sample itu di bawa ke makmal untuk di siasat dan dikaji.


Next selepas itu makmal menjumpai sesuatu yg baru dari sample berkenaan,


Next selepas itu sesuatu yg baru itu mesti di isolate(diasingkan/dipisahkan) dari sample.


Next selepas itu sesuatu yg baru itu mesti di purify untuk mendapat real state sesuatu yg baru itu.


Next selepas itu sesuatu yg baru itu dijadikan bahan kajian/bahan ujikaji dalam makmal.


Next selepas itu barulah terhasil keluar keputusan.. Hasil yg keluar inilah diberitahu/diedarkan kepada doktor kemudiannya..


Doktor kutip semua sampah-sampah journal yg dibuat oleh ahli makmal berkenaan dan percaya, telan mentah-mentah percaya bulat-bulat umpama itulah wahyu yg turun dari langkit..


Doktor-doktor tak tahu persoalan apa dikalangan ahli-ahli makmal dan saintis bicarakan dibelakang journal itu!!!


Doktor-doktor tak tahu pertikaian apa dikalangan ahli-ahli makmal dan saintis bicarakan dibelakang journal itu!!!


Prof, PhD yg mengajar di universiti tak tahu pertikaian apa dikalangan ahli-ahli makmal dan saintis bicarakan dibelakang journal itu!!!


Prof, PhD yg mengajar di universiti tak tahu persoalan apa dikalangan ahli-ahli makmal dan saintis bicarakan dibelakang journal itu!!!


Org awam tak tahu pertikaian apa dikalangan ahli-ahli makmal dan saintis bicarakan dibelakang journal itu!!!


 *Apa pertikaian dikalangan ahli-ahli makmal dan saintis bicarakan dibelakang journal itu!!!* 


 *Virus SARS-CoV-2 TAK WUJUD!!!!* 


Semua tak tahu hal ni!!!!

Mcm mana mereka kata tak wujud? 


Mereka telah FOIs semua journal yg ada, minta sample virus berkenaan untuk mereka nak lihat dan kaji dan selidiki,


Malangnya....


 Semua author journal berkanaan jawab *NO, WE DO NOT HAVE THE SAMPLE OF THE VIRUS...* 


Bab ubat (pharmacy), tak cerita lagi.. next eposide.. mcm mana bleh terhasilnya ubat dan mcm mana mereka buat ubat dan mcm mana mereka jana duit dari jual ubat ni...

Khamis, 23 September 2021

3 religion

 *Thought of the Day*


The question was,

*"The people of which religion will enter Paradise... Judaism, Christianity or Islam???*


To answer this question the scholars of each religion were called upon. 


The famous scholar Imam Mohammed Abdullah represented the Muslims. A famous Cardinal represented the Christians and a famous Rabbi represented the Jews.

And this question was put forth to them: 


*Who will go to Paradise?* 

*Jews, Christians or Muslims???* 

 

Imam Mohammed Abdullah, who was representing the Muslims, stood up and gave such a logical answer in front of the gathering, that left the Christian Cardinal and the Jewish Rabbi absolutely speechless. They left the gathering with their heads bowed down. 


The answer given by the Muslim Imam was short, concise , polite and full of wisdom. There was a smile on the faces of the Muslim community and this chapter was closed forever. 


Imam Mohammed Abdullah said, “If the Jews go to paradise, we will go with them *because we also have faith in Musa (Moses) Alaihi Salam, and we believe that Allah ﷻ sent him towards his people as a prophet.*


“If the Christians go to Paradise, we will go with them, *because we also have faith in Essa (Jesus) Alaihi Salam. Allah had chosen him as a Prophet to lead his people and to direct them towards the right path.* 


But if Muslims go to Paradise, we will go alone with the Mercy of Allah *ﷻ*. No Jew or Christian will go with us, because *they did not believe in ﷺMohammed  nor did they have faith in him..!!*


*أللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم تسليماً كثيراً(ﷺ).*⛻

Yasiin hajat


 YASIN HAJAT


Untuk Yang Berhajat….


1. Sebaiknya buat lah solat sunat Tahajud

dahulu (di sepertiga malam yang akhir)

2. Di ikuti solat sunat Hajat.

3. Bacalah Yasin selepas solat subuh dan ulanglah ayat2 seperti yg tertera..

4. Mesti 3 kali Jumaat berturut2, jika tidak anda dikehendaki mengulangi semula.

5. Anda mesti yakin.


Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras…


* (ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll) Mohon dan doalah dgn yakin.


* Untuk lebih mustajab buatlah juga solat sunat taubat, kadang2 doa kita tidak mustajab kerana dosa2 kita sendiri. 


Wallahualam.


Kredit: siim

Rabu, 22 September 2021

Repot bekcin

 *REPORT POLIS CONTOH UNTUK KANAK2 SEKOLAH* 


🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍓

 Ini contoh untuk anak sekolah,

Untuk diri sendiri ubah laa sikit.


Saya membuat laporan polis ini dengan keizinan ibu bapa saya atau penjaga saya. 


Saya ............adalah seorang rakyat Malaysia  berumur......... Kad pengenalan saya ........... Saya adalah pelajar .......

bersekolah di............. Saya berhak menolak dari di cucuk vaksin experimental Cov19 ke atas tubuh badan saya. Hak saya sebagai rakyat Malaysia yang di jamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 4, Perkara 6, Perkara 8 dan Perkara 13. Oleh itu saya tidak membenarkan sesiapa mencucuk vaksin  Cov19 ke atas saya seperti mana yang mahu di sarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti mana yang mahu di laksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia. 


Saya adalah remaja yang sihat tubuh badan dan saya tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin covid19 ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal. Saya tidak akan mempertaruhkan nyawa saya untuk vaksin ujian covid 19 ini. Terdapat berbagai kaedah pencegahan dari virus covid 19 melalui cara perubatan holistik, homeopathy dan makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan covid19.

Di bawah adalah sebab - sebab penolakan saya terhadap vaksin eksperimental covid19.

1. Tiada jaminan ‘vaksin’ itu selamat pada jangkamasa panjang (no long term safety )


2. Kemudaratan (adverse event) selepas ‘vaksin’ telah dicatat setiap hari di seluruh dunia

3. Kenaikan kadar kematian selepas  covid‘vaksin’ sudah mencecah lebih 30,000 orang di Eropah, USA dan UK.


4. Tiada data (longterm safety data)yang cukup berkaitan wanita yang merancang untuk hamil pada masa akan datang.


5. Tiada data ( longterm safety data) yang cukup berkaitan kanak-kanak dan remaja


6. Banyak amaran dikeluarkan oleh pakar- pakar virology & immunologi berkaitan  kemudaratan vaksin covid19 yang juga bakal mengundang bahaya immune akan datang


7. Kandungan ‘vaksin’ wajar dipersoalkan dan diselidik sendiri oleh Malaysia, seperti graphene oxide.


8. Spike protein kini dikenalpasti sebagai bahan yang menyebabkan pembekuan darah dan kemudaratan penyakit covid19; justeru ‘vaccine’ mRNA yang ada gene sequence untuk (sel penerima vaksin) membuat spike protein, ada potensi membawa kemudaratan ‘adverse event’ yang serius di masa akan datang, dan mesti disiasat dalam tempuh yang lebih lama, bukan 2-6 bulan sahaja


9. ‘Vaksin’ kurang berkesan selepas se suatu tempoh


10. ‘vaksin’ hampir  “obsolete” kerana ada varian baru


11. Penerima vaksin masih boleh sebarkan kepada orang lain (transmission)


12. ‘vaksin’ tidak menjamin perlindungan (protection)  pada penerima vaksin berbanding dengan perlindungan immune selepas dijangkiti virus covid-19 dan variant baru.


13. Paksaan ‘vaksin’ wewujudkan budaya “medical apartheid” dalam masyarakat & pecah-belahkan masyarakat 

Banyak isu keselamatan, keberkesanan dan kemudaratan yang belum terjawab berkaitan covid-vaccine.


15. Kerajaan Malaysia, pihak pengeluar vaksin dan pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang komplikasi selepas suntikan vaksin experimental covid19 ini di lakukan ke atas mana - mana individu termasuk saya. Keluarga saya yang akan menanggung segala kesusahan andai berlaku perkara yang tidak di ingini terhadap saya selepas di vaksin kelak. Oleh itu saya tidak mahu menanggung risiko besar yang melibatkan kesihatan saya.


Sekian laporan saya



point pun boleh masuk

Selasa, 21 September 2021

Virus

 *Manusia sebenarnya sudah berjuta tahun hidup bersama virus..*


Virus memang Allah ciptakan memiliki watak brutal.. 


Akan tetapi sejahat-jahatnya virus bukan senang depa nak ghatah organ manusia.. 


Sebab virus tahu pada setiap organ manusia Allah ada ciptakan TENTARA sebagai penjaga tubuh manusia..


Pls, click links below :


●What are antibody

https://youtu.be/Cvu1ApHkhYM


●Cell vs Virus: A battle for health

https://youtu.be/oqGuJhOeMek


●How Does Your Immune System Work

https://youtu.be/PSRJfaAYkW4


Allah is so Great, He created you to survive and win! He keeps fighting for you


Bukan sahaja virus, cells cancer yg lebih halus saiznya dpd virus dan bacteria Antibody badan boleh tibai :

https://youtu.be/Va1jaBGwoT8


*So kenapa manusia harus risau dan runsing tentang kejahatan viruses..?*


Hari-hari manusia yg sempurna ciptaannya menjalankan kehidupan mereka seperti biasa kenapa harus takut kepada virus..? 


Tahukah anda, Allah itu lebih sayang kepada manusia yg sempurna ciptaanNya daripada virus yg huduh apatah lagi memiliki watak glojoh dan jahat.. Allah lebih sayang nabi Musa Dan pengikutnya yg beriman dpd Peraun dan tukang sihir yg ikut setan dan iblis.. Walhal keduanya adalah ciptaan Allah swt..


Tahukah anda, setelah Allah ciptakan virus Allah ciptakan toxin, najis, nanah dan darah yg kotor utk makanan virus.. 


Tahukah anda, setelah Allah ciptakan Cells antibody Allah ciptakan pula alkalinefood, nutriens dan antioxidant utk support bodycells.. 


Tahukah anda, selepas Allah ciptakan manusia Allah letakkan AQAL dlm otaknya supaya manusia itu mampu membezakan mana BAIK dan mana BURUK


Tahukah anda selepas Allah ciptakan manusia Allah hadiahkan IMAN dalam qalbunya supaya manusia boleh membezakan mana HALAL dan mana HARAM.


Oleh itu sejak dulu manusia itu hari-hari menjalankan kehidupan mereka seperti biasa. Sebab manusia makhluq yg paling sempurna.


Kenapa manusia harus hidup kalut dengan virus yg miskin?


*Hanya manusia yg sama makanannya dengan viruslah yg takut kepada virus...*


Hanya manusia yg tunduk patuh kepada PENCIPTAnyalah yg hidupnya sentiasa terurus


Allah telah perintah manusia :


Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik (toyyiba) yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.


*There is more wisdom in your body than in your deepest philosophy*


Wallahu a'lam bissawaab..

Iv spp

 Tips Temuduga SPP


Round Pertama- Panel SPP

1. Pengenalan diri (1 Minit diberi masa)

- Nama

- Asal

- Pengkhususan(ISMP) 

- Pencapaian/Penglibatan Tertinggi


Round Kedua- Panel SPP

1. Setiap Calon diberi masa 1-2 minit untuk menjawab soalan.


2. Soalan mesti straight to the point

3. Soalan dari Panel SPP

a) Menerapan Rukun Negara di sekolah

b) Peranan Guru dalam memastikan keharmonian murid yang pelbagai latar belakang dan kaitkan dengan rukun negara

c) Bagaimana Menerapkan Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan di sekolah

d) Aktiviti yang boleh dilaksanakan disekolah yang berkaitan dengan rukun negara


Round 3

3) Wakil Jabatan- Guru Cemerlang B.Iban (Dua Soalan yang akan ditanya untuk setiap Calon) Jadi jumlah masa diberi adalah 1-2 minit seorang untuk menjawab setiap soalan.

a) Lebih bertanya tentang isi kandungan dalam DSKP bahasa Iban

b) Pentaksiran Bilik Darjah yang digunakan

c) Elemen Merentasi Kurikulum

d) Bagaimana Mengajar Murid Membaca, Menulis dalam pembelajaran dan pengajaran B.Iban

e) Sememang Guru Cemerlang akan bertanya tentang DSKP iaitu Kurikulum Opsyen yang dipohon oleh Calon. Jadi calon hendaklah khatam dan sentiasa bersedia.


Round 4

Panel SPP

1) Ceritakan apa-apa sahaja, boleh jadi calon kena ceritakan isu-isu semasa,


2)  ada juga Panel tanya buku apa yang anda telah baca sebelum masuk Temuduga. Dan ceritakan apa yang anda telah baca.


Round 5

Panel SPP

Yang mana penting antara ASK iaitu Attitude, Skills, Knowledge. Jadi panel dia nak lihat bagaimana calon guru memilih antara ASK tersebut. Jika pilih Attitude mengapa pilih Attitude. Nyatakan sebab. Jika pilih Skills nyatakan. Sama juga knowledge. 


Round 6

Tidak sempat wakil Jabatan tanya disebabkan panel SPP masa tu, lebih banyak bercerita tentang pengalaman mengajar, kelulusan ISMP dan pencapaian terbaik.


Sekian perkongsian dari saya


Room LTD 2

8/9/2021 pukul 8.00-9.20pagi

Isnin, 20 September 2021

Tempat

 Kembar tempat

(akan dikemaskini)


Alorsetardam

Araustralia

Bagan Dakota

Bahaumas

Boston Kanan

Boston Kiri

Gemenchester

Gontham City

Gopenghagen

Great Brinchang

Johornesburg

Kolkota Bharu

Kuala Kansas

Kulaifornia

Masaichusetts

Muarnich

Ottawau

Paris Buntaque

Paritienne

Pekannsylvania

Perague

Perthlis

Pilahdelphia

Romebau

Romepin

Sabak Bremen

Sikney

Taipei-ing

Tampines

Telukmenistan

Tronohto

Sabtu, 18 September 2021

Pesanan

 Antara intipati Bicara Tokoh Unggul 2013, Dato' Sri H. Syed Zainal Abidin bin Hj. Syed Mohamed Tahir, di DSM pagi tadi adalah sepertimana berikut:


A) Kena ada di dalam diri setiap orang khususnya pada yang menuntut ilmu:


i. Kena ada cita-cita/tujuan

ii. Carilah role-model--Seseorang yang kita mahu jadi sepertinya

iii. Kena rajin berusaha

iv. Kena pandai menguruskan masa

v. Kena belajar untuk memahami

vi. Kena ada keyakinan diri tapi jangan over confident

vii. Kena belajar berkumpulan

viii. Kena ada disiplin

ix. Kena pandai pilih kawan


 Dalam hidup, jangan buat perkara-perkara ini:


i. Jangan malu bertanya

ii. Jangan ponteng kelas/majlis ilmu

iii. Jangan rasa kitalah tahu semuanya

iv. Jangan menangguh kerja/tugasan

v. Jangan sesekali putus asa

vi. Jangan hilang fokus

vii. Jangan takut buat salah

viii. Jangan suka bagi alasan

ix. Jangan tiada keseimbangan--jangan study ja, benda lain/tanggungjawab lain lupa ('healthy minds come from healthy body')


C) Above all..dan yang PALING PENTING SEKALI adalah jangan lupa:


i. Jangan lupa solat !

ii. Jangan lupa untuk selalu berdoa pada Allah berpanjangan

iii. Jangan lupa bersyukur

iv. Jangan lupa berdoa, berinteraksi dan berkomunikasi dengan mak dan ayah

v. Jangan lupa hormati dan hargai guru-guru anda

vi. Jangan lupa zikir dan selawat

vii. Jangan lupa solat hajat, jadikanlah rutin


Very inspiring talk by him and ini adalah sekadar perkongsian...Wallahualam...Insya Allah

Rabu, 15 September 2021

Ponteng tugas

 #luahan_ahli


Jangan diungkit kisah lama jika seseorang itu telah pun mengorak langkah membaiki diri nya.


Admin suka dengan ayat nyer "...Kita membantu atau kita mengeji itu pilihan kita...."

***********************************************************


Salam cikgu...  Mohon post tampa dedahkan identti saya... 


Isu pegawai ponteng tugas - tolong jangan menghukum perkara yg telah berlaku.. Siapa anda nak menilai masa lalunya.. HARI ni beliau diuji dengan kekilafan masa lalu, mungkin kita rasa dia bodoh, tp dia sendiri yg pilih dan memilih untuk masa depan dia.. 


Sy sendiri pernah ponteng tugas,.. 2 bulan sy tidak hadir bertugas, Awal perkhidmatan penuh tekenan dipostingkan di salah sebuah tempat terpencil yg xpernah terjangkau dek akal... Sy jd depression, sy ambik keputusan keluar dr lokasi (tempat bekerja) ke ibu negara, sy merasakan sy tidak dpt menjadi diri sy jika berada di sana, sy merasakan diri terperangkap dlm satu tempat yg menyekat keupayaan sy yg mmg dikenali dan diakui sejak zman sek dan uni, 


Dipendekkan cerita Smpai satu masa  sy terdengar ceramah Berkata, "ada sebb Allah letak kan kita di sesuatu tempat yg mungkin kita x suka tp Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hmbanya" Tup2 buka FB pula post qoutes di FB  "bila melihat murid mu yg menggengkilkan hadir lah satu gambaran bahawa ada satu dari mereka yang akan menarik tangan kita ke syurga"... Allahuakbar terduduk teresak2 sy kenangkan budak2 sek sy yg mengjengkelkan tu... 


Sy ambik keputusan balik ke "lubuk" tersebut... Dengan semangat baru penuh keinsafan, berhadapan dgn segala kesalahan yg sy lakukan...  Sy call JPN nama belom termaktub dalam sistem tatatertib, sy call sek bncang dgn Pengetua pntdbir, bersemuka... Akui kesalahan.


Hari demi hari tahun berganti tahun, sy lebih bersemangat mendidik pelajar, libatkan diri dan pelajar dalam segala macam program peringkat daerah negeri, sy cuba lupakan kenangan pahit sy, mcm biasa cerita cerita melayu ada yg xpuas hati ada yg iri hati ada,  dipulaukan bahkan di anak tirikan oleh pentadbir sendiiri pon ada...  Namun sy ambil. Langkah mamposs kau lah.... Cari circle yg positif,.... syukur Alhamdulillah SKT sy saban tahun xpernah kurang 89%  Ke atas,... Smpai skang (walaupon ada yg 89% tu ada yg di anggap rendah tp pd sy dan situasi semasa yg di hadapi itu dah cukup baik) 


Alhamdulillah sy dh berjaya pindah keluar dari "lubuk" tersebut balik ke kampong halaman, KALI nie sy dihukum kembali atas masa kekilafan lalu... Apabila nak naik DG dlm buku perkdmatan tertulis sejarah hitam tersebut, namun tidak di nyatakan tindakkan nya  (kecuali gaji yg telah di potong mengikut jmlah kiraan yg tidak hadir)....  


Sejujurnya Sy redha dan berlapang dada, sy sangat tenang dan positif walaupon dah hampir 1 tahun belom tahu status kenaikan DG sy sehingga sekarang....(borang isi offline) sy anggap ini lah kifarah sy atas perbuatan kilaf masa lalu.... 1001 kenangan yg cukup ragamnya namun sukar sy gambarkan,  pengalaman pahit manis berharga dlm diary seorang Pendidik muda mcm sy...


Alhamdulillah dgn Pengetua baru cuba membantu minta segala perlaporan dari sek lama, dan sentiasa memberi sokongan dari segi moral kpd sy.... Sek baru, jd identiti baru, aib aib dlm perkdmatan yg lalu biar lah menjadi sejarah dlm kamus Perkdmatan sy...


Rakan2 guru andai anda tahu sakit nya berada dalam kekilafan tersebut, Tolong lah jangan tambah penderitaan guru tu lagi... Kita tiada hak menghukumnya, Emosi terganggu, bukan makan hari bertahun pon belom pasti hilang, sy yakin dan percaya ada hikmah buat guru tersebut, Allah uji bukan dekat guru tu sahaja, tp Allah uji rakan2 di persekitaran guru tersebut juga termasuk kita.. Kita membantu atau kita mengeji itu pilihan kita... - Sekian. Tq admin

Ahad, 12 September 2021

Respect your teacher

 Tips jadi pelajar hebat


JANGAN ASYIK STUDY

Kalau hidup habis dekat library, asyik menyendiri baca buku sorang-sorang, tak berkawan dan tak tegur sapa, itu satu hidup yang sedih dan bosan.


Waktu habiskan kedoktoran dekat Hong Kong dulu, supervisor saya selalu pesan jangan study banyak sangat.


Kena bersukan. Main badminton, main bola, jogging dan sebagainya. Hidup kena ada balance. Satu pembaziran usia sekiranya zaman universiti dihabiskan dengan menghafal buku teks semata-mata.


FAHAMI SkEMA PEMARKAHAN

Kena faham. Lain subjek lain gaya dan stail pemarkahan. Fahami juga perangai dan style guru yang tanda paper tu.


MARKAH HANYA ANGKA

Belajar rajin dan beri yang terbaik. Abaikan markah. Apa yang anda dapat selepas berusaha bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi. Kena redha. Asalkan dah usaha, guru sentiasa bangga dengan anda.


SEDAR DIRI

Kenali diri anda. Lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Check balik waktu yang anda dapat konsentrasi lebih.


BAGI PERHATIAN

Kalau nak tidur, tidur kat hostel jelah. Dah datang kelas tu bagilah sepenuh perhatian. Pupuk minat suka ilmu. Supaya tak bosan, participate. Angkat tangan dan tanya soalan. Berborak dengan guru waktu tutorial. 2 ways communication baru tak bosan.


BE PREPARED

Kena datang bersedia. Baru seronok belajar. Jangan buat kerja rumah lekeh-lekeh.


STUDY SMART & HARD

Jangan study cara orang malas. Dua jam belek buku teks sambil baring atas katil ialah cara orang malas. Dan bosan. Bukan masuk pun.


Lebih baik study sekitar 20 minit ke setengah jam tapi secara aktif dan bijak. Buat nota ringkas, belek soalan exams tahun dulu dan sebagainya.


Jangan belajar dalam kelas. Sebelum masuk kelas, belajar dan baca topik tu siap-siap. Belajar dan kerja rajin tak cukup.


Orang paling rajin, gajinya paling sikit. Orang paling rajin ialah buruh dan maid. Gaji mereka paling sikit sedangkan kerja letih dan banyak. Kena study smart and hard.


NETWORK

Pelajar yang nak pergi jauh patut ada kemahiran bersosial. Belajar cara komunikasi yang betul dan cara berurusan dengan orang.


Belajar speaking sikit. Jangan segan bila orang gelak.


PLANNER

Pejam celik dah tua pastu mati. Sayangnya. Jangan gitu. Rancang hari anda. Gunakan masa secara bijak. Jangan asyik main game saja. Dan jangan asyik menonton saja. Kena ada keseimbangan.


If you fail to plan, you plan to fail.


BELAJAR HORMAT ORANG

Jangan kurang ajar. Jangan maki hamun guru dan kutuk-kutuk dan gelakkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain dan guru cermin diri. CGPA tinggi pun kalau biadap dan takde akhlak, tiada gunanya.


Jangan sombong pasal rasa kita anak orang kaya. Some students are so poor that they have nothing except money.


Jangan jadi begitu.


Pelajar yang layan guru macam sampah, pelajar tu sendiri jadi sampah. Usah begitu.


-unknown-

Rabu, 8 September 2021

Umrah pasca covid

 *Peraturan Terkini Umrah* 


1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah. 


2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca. (Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos 'booster' drpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat) 


3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.  


4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah. 


5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.

(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt MySejahtera),

Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidil Haram) 


6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja. 


7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang. 


8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi. 


9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi. 


10. Tiada kuarantin di Arab Saudi. 


11. Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja). 


12. Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah. 


13. Tiba di Arab Saudi, agensi / jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah. Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal. 


*THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah / ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah* 


14. Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej. Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot /bkelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot. 


15. *Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna.* 


16. Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiringi oleh Pegawai Saudi / wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah. 


17. Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi. 


18. Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna. 


19. Solat 5 waktu dalam Masjidil Haram perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan. 


20. Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh / waktu penerbangan dengan keputusan negatif. (Kos PCR ini telah termasuk dalam harga pakej).


21. Tawaf wada’ masih belum dibenarkan. 


22. Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. (Kos kuarantin jemaah adalah di bawah tanggungan sendiri).


*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.* 


*Perlindungan Insurans Covid-19* 


1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR 450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut. 


2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans. 


3. Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR 500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja. 


*Mutawif* 


1. Mutawif tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Untuk bimbing ibadah Umrah, mutawif perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

Contoh repot covid

 *_CONTOH DRAF LAPORAN POLIS, sekarang tugas kita pula sebagai individu untuk bantu bertindak buat laporan_*

 Tuan/Puan,

*PENOLAKAN MUKTAMAD VAKSINASI COVID 19 SERTA TUNTUTAN HAK ASASI SESUAI DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA*

Saya, _ (No.K/P: ) dengan ini menolak kesemua jenis suntikan dan vaksin Covid-19 untuk diri saya.

 2. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa saya tidak mahu divaksin COVID-19:

 2.1 Sepertimana yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bahagian atas sisipan vaksin bagi 'Risalah Maklumat Ubat Untuk Pengguna', vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia ketika ini jelas menyatakan “PRODUK INI TELAH DILULUSKAN MENURUT GARIS PANDUAN PENDAFTARAN BERSYARAT UNTUK PRODUK FARMASEUTIKAL SEMASA BENCANA DI MALAYSIA. PEMBERIAN PRODUK INI ADALAH BERDASARKAN PILIHAN INDIVIDU SEMATA-MATA." Justeru sebagai warganegara, saya mempunyai hak terlindung di sisi perlembagaan. Saya berhak untuk menerima atau menolak sebarang jenis ubat yang dimasukkan ke dalam badan saya sesuai dengan hak kebebasan/perlindungan kehidupan diri dan keluarga di bawah Perlembagaan menurut Bahagian IV Kanun Keseksaan daripada semua dari semua bentuk perbuatan pengganas menurut seksyen 130B (2)(3) dan 212/221; serta kesalahan material BabVIB, IX, XI, dan XVI Kanun Keseksaan, Perkara 4(1), 150, 126,dan 183 Perlembagaan serta torts/Nuremberg Code/UN etc.

 

2.2 Selain itu, vaksin COVID-19 dihasilkan kurang dari setahun dalam pembangunan ujian keselamatan ke atas manusia. Vaksin COVID-19 tidak mematuhi piawai keselamatan yang memerlukan pemerhatian (pengawasan) dan kajian sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Kesan sampingan tidak muncul dalam jangka masa singkat setelah disuntik, ia memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

 2.3 Di borang penerimaan suntikan vaksin COVID-19 juga jelas menyatakan bahawa saya menanggung apa jua kesan selepas vaksinasi, sedangkan pembuat vaksin, pengedar, doktor mahupun kerajaan sendiri terlepas dari menanggung liabiliti atas produk yang telah disyorkan.

 2.4 Berikut senarai menunjukkan dokumen vaksin COVID-19 di Malaysia masih di fasa kajian. Dan kerana ini saya tidak mahu merisikokan kesihatan saya dalam masa panjang atau pendek.

 Pfizer (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04368728):

Estimated Primary Completion Date : November 2, 2021

Estimated Study Completion Date : May 2, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04368728

 Moderna (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04470427):

Estimated Primary Completion Date : October 27, 2022

Estimated Study Completion Date : October 27, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04470427

 Astrazeneca (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04516746):

Actual Primary Completion Date : March 5, 2021

Estimated Study Completion Date : February 14, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04516746

 Sinovac's (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04456595):

Actual Primary Completion Date : December 17, 2020

Estimated Study Completion Date : February 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04456595

 CanSino

Estimated Primary Completion Date : December 30, 2021

Estimated Study Completion Date : January 30, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04526990

 3. Saya menegaskan bahawa saya maklum manfaat dan kebaikan vaksin. Saya juga maklum dengan kesan sampingan dengan meneliti sisipan vaksin yang telah dikeluarkan NPRA. Justeru saya memohon keputusan tidak mengambil vaksin ini dihormati sesuai dgn hak saya mengikut perlembagaan prinsip keagamaan, tradisi dan hak asasi tubuh/kehidupan saya serta rakyat oleh Tuhan/Rukunegaradi bawah Bahagian III Perlembagaan dan Undang-undang Kecemasan Perkara 150(6A)[Seksyen 130B (3) (1) Kanun Keseksaan],11(5), 3(1), dan 4(1) Perlembagaan.

 4. Saya juga ingin menegaskan, saya tidak berminat mendengar atau menghadiri sebarang sesi soaljawab, penerangan, dan kaunseling berkenaan suntikan/vaksinasi Covid-19.

 clinicaltrials.gov

Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View - ClinicalTrials.gov

 Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View.

 12:05

MD

Pujukan, desakan, persoalan dan gangguan dalam sebarang bentuk termasuk panggilan telefon, mesej pesanan ringkas, whatsapp, lawatan ke rumah, desakan ketua jabatan atau premis kesihatan dan sebagainya adalah tidak akan dilayan. Jika ia tetap berlaku dan menjejaskan emosi, psikologi dan mental, saya sekali tidak akan teragak-agak membuat laporan dan aduan kepada pihak berwajib termasuk pihak berkuasa dan Biro Pengaduan Awam (SISPAA).

 5. Sehubungan dengan itu juga, saya dengan sekeras-kerasnya meminta pihak berkuasa serta pihak kerajaan untuk menarik balik peraturan-peraturan ‘doublestandard’ yang di kenakan hampir di semua tempat kepada saya dan juga kepada rakyat Malaysia yang menolak untuk di vaksin kerana ia jelas telah melanggar hak-hak asasi mengikut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

 6. Selain itu, laporan ini di buat atas kehendak sendiri dan tiada hasutan dari mana-mana pihak serta segala maklumat penolakan saya ini adalah sebahagian daripada maklumat peribadi saya dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikongsi dan dihebahkan kepada mereka yang tidak berkenaan dengan apa tujuan sekalipun terutamanya untuk dipandang serong atau diaibkan. Sekiranya saya dapati ini berlaku, sekali lagi saya akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang tersedia.

 7. Dengan laporan ini, saya membantah segala jenis paksaan dan apa jua Pengaruh Tidak Wajar (Undue Influence) untuk vaksinasi covid-19, termasuk bantahan terhadap sebarang bentuk DISKRIMINASI “Medical Apartheid” yang telah berlaku terhadap diri saya dan pada mana-mana masyarakat dalam negara ini.

Sekian laporan saya, terima kasih.

 

_____

Nama : DR. AAAA

No. i/c: 88888888

Ahad, 5 September 2021

Tugas guru kelas

 🤵🏻🤵🏻🤵🏻anda telah dilantik untuk menjadi guru kelas 5 amanah. jadi apa BIDANG TUGAS GURU KELAS ❗️❗️❗️❗️


🧑🏻‍🎓🧑🏻‍🎓 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS


 1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, 

Penolong Ketua Tingkatan,           Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJK

Kokurikulum, dan  AJK Akademik mengikut matapelajaran.


2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.


3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:



a) Jadual Waktu

b) Jadual Tugas Harian

c) Struktur Organisasi Kelas

e) Pelan Larian Kecemasan

f) Gambar-gambar pemimpin

g) Sudut Bacaan

h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori


4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat


5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.


6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.


7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan  kebajikan 

Jumaat, 3 September 2021

Pendidikan

 *PERJUMPAAN LIBAT URUS YBMK PENDIDIKAN*


(Dr Radzi Jidin)

Pembukaan sekolah mengambilkira PPN :


1. Sekiranya sekolah dibuka 3hb Okt, tiada sesi persekolahan di negeri fasa 1. 


2. Negeri fasa 2, kelas yg akan hadir murid Tingkatan 6 sem 2. 


3. Negeri fasa 3, buka sekolah utk murid Tingkatan 5 dan 6 shj. 


4. Negeri fasa 4, 2 minggu pertama buka utk Ting 5 dan 6. Kemudian 2 minggu berikutnya buka utk Tingkatan 1-4, dan sekolah rendah. 


5. Kapasiti sekolah hanya 50%. Cnth, dlm kelas 5A dibahagi 2. (5A1 dtg sekolah, 5A2 buat PdPR). Seblm ni wlaupun ada SOP yg bagus tp berlaku kesesakan sewaktu datang dan pulang sekolah. 


6. Pendekatan ini akan terus dipantau. Keselamatan murid diberi keutamaan. 


7. Keadaan dlm bilik darjah : Pengudaraan adalah penting. Langsir disimpan, pelitup muka diwajibkan sepanjang masa kpd murid dn guru. Penyuraian murid secara berperingkat. SOP lain akan kekal. 


8. Asrama akan dibuka utk negeri fasa 3, murid akan guna test kid dibekalkan KPM. 


9. Pembukaan sekolah telah dibincang teliti dgn MKN dan KKM. 


10. Takwim akademik : Murid akan kekal dlm kelas hingga Februari 2022. Mac 2022 baru murid naik kelas. Mungkin sesi 2022 akan di ganjak sedikit. Murid Thn 1 2022 masuk bulan Mac. 


11. Uniform sekolah boleh pakai pakaian yg sopan jika tiada uniform sekolah. Jgn bebankan ibu bapa, rambut pnjng sikit tu buat2 xnampak. Yg penting mereka hadir ke sekolah


12. Kehadiran murid tidak diberi penekanan ttp perlu ambil tahu mengapa murid itu xhadir. KPM nk tengok trend dan punca murid xhadir. 


13. Bagi tahu ibu bapa jika jd kontak rapat Covid-19, jgn benarkan anak dtng ke sekolah. Test kit akan dibekal ke sekolah. Murid dn guru boleh test sekiranya bergejala. 


14. Vaksin guru dan AKP dh lebih 80%. Program disusun begitu rapi. Guru yg tidak divaksin tidak dibenarkn mengajar murid bersemuka. Tetapi mereka tetap perlu hadir ke sekolah. KPM dan JPA sedang teliti tindakan yg sesuai diambil kpd 2500 guru yg pilih utk xdivaksinkn. Menteri mohon tindakan perlu disegerakan. 


15. Pekerja kantin, pkk, cleaner xboleh bekerja di sekolah jika xvaksin. 


16. Vaksin utk murid. KPM dh mohon supaya murid Ting 5 dan 6 diberi suntikan vaksin. Murid umur 12 thn boleh divaksin jika dibenarkan KKM, namun tertakluk kpd bekalan vaksin.


17. Sekiranya berlaku kes positif Covid-19 di sekolah, maka perlu ditutup selama 2 hr. GB bincang dgn PKD ttg penutupan sekolsh. Ikut keputusan PKD selanjutnya. Dlm era endemik KPM akan lihat bgaaimana utk menangani keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya. 


18. Isu Peranti dan data : Sekiranya peranti dh cukup hanya perlu data kpd pelajar. Telco dh byk membantu kerajaan. KPM mempunyai kekangan kewangan, tumpu belanja kpd hal yg lebih penting. Cdgn Internet akan dipasang di 

sekolah ttp keadaan belum mengizinkan. Kaedah flip classroom boleh digunakan apabila mengajar bersemuka. 


19. Kos penyediaan modul tinggi : Peruntukan jika diizinkan akan di masukkan kedlm akaun PIBG. 


20. Jika kelas 20 murid shj tetap perlu digilirkan sebab pendekatannya kehadiran murid hanya 50%. SKM boleh operasi seperti biasa (150 murid kebawah). Pendidikan khas mohon tidak digilirkan sebab murid xramai. 


21. Pendapatan sekolah : Sewa kantin dan kedai buku sekolah xdikutip. Pendapatan sekolah berkurang. Buat masa ni keputusan dikekalkan. KPM akan terus melihat bantuan yg boleh diberikan kpd sekolah


22. Amali sains akan diteruskan


23. Kegiatan luar bilik darjah : Buat masa ni fokus kpd akademik dahulu. Atlet boleh buat late starter.


24. Olah kembali peraturan disiplin 1959. Peraturan yg dh lama akan dilihat dn diteliti semula. Pengudaraan kipas perlu ditambah. Design br sekolah akan diberi perhatian. Tentang infrastruktur sekolah, penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat


*Kesimpulan*:

- Cuti guru hujung thn xakan diganggu. 

- Mohon jasa baik bila KPM umum pembukaan sekolah berilah sokongan. 

- PGB dan semua guru berilah kepercayaan kpd KPM. 

- PGB, guru dan ibu bapa perlu sentiasa patuhi SOP. 

- Sekolah akan dibuka seperti dijadualkan.