Isnin, 27 September 2021

Suria

 Bagaimana jika bintang Betelgeuse ditukarkan dengan matahari di sistem suria?


Bintang Betelgeuse lebih besar daripada saiz matahari, dikatakan satu bintang Betelgeuse ini boleh memuatkan jutaan matahari. Ini akan menyebabkan planet Utarid (عطارد), Zuhrah (الظهرة), Bumi (الارض) dan Marikh (المريخ) ditelan oleh bintang besar ini. Semua planet lain dalam sistem suria akan bergerak secara rambang dan tidak dapat beredar dengan sistematik akibat tidak mempunyai daya tarikan ketika matahari dihilangkan dari kedudukannya. Apabila bintang Betelgeuse telah diletakkan di tempat matahari, maka planet-planet yang tadinya melencong ke arah lain akan kembali semula mengorbit seperti biasa tetapi dalam keadaan panas dan terbakar kerana suhu bintang tersebut terlalu tinggi berbanding matahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan