Jumaat, 4 Julai 2025

Pendidikan

 NYALA RASA GURU


Dr Azam ni mantan SISC+ yang terkenal dengan sifat Melaka-nya yang tinggi. Bold dan outspoken. Orang kabo jenis sound tegak je. Reputasi dia ni mendahului tuannya di mana-mana. 


Petang tadi dia hadir ke bumi Pahang untuk satu sesi Bicara Profesional : Nyala Rasa Guru. Dia bertanggungjawab dalam salah satu langkah reformasi non-negotiable - Latihan Guru. Maka perkara utama yang perlu dia address adalah keperluan untuk kembali kepada asas perguruan. 


Soal kepimpinan pentadbir :


"Sibuk nak gi umrah. Lepas umrah, umrah. Benda penting macam kehadiran, enrolmen STEM, pencapaian Bahasa Inggeris, kau tak amik tahu pun." 


Isu pendidikan digital :


"Zaman dah digital, kau mengajar gaya analog. Dua tambah dua kau masih guna biji getah. Budak tu kat Internet memacam dah dia belajar. Bila budak boring, tanak datang sekolah, kau salahkan peperiksaan takde. Amendeeee.."


Kurangkan ceremonial : 


"Tuan-puan jangan risau. Di padang Mahsyar tak disoal isu tak sambut ketua dengan kompang dan gamelan. Budak tak reti membaca tu yang akan disoal." 


"Lepas potluck, potluck. Potluckkkk manjang. Ingat sikit Saidina Umar tak suka perut tu buncit"


Kontroversi PBS


"PBS ni diperkenalkan tahun 2011. Masa tu Fadhlina tengah belajar lagi. Kau punya malas nak faham, orang tu pulak kena terangkan kat Parlimen." 


"Cikgu anak saya tak terangkan langsung pasal result PBD. Pukul 8:30 pagi lepas dia pass result dia cakap encik boleh bawak anak balik dah." 


Sesi petang tadi walau macam kelakar campur tegang, aku rasa (aku harap) jadi ruang untuk semua orang refleks. Dr Azam memang bagus tapi sebenarnya, semua guru patut jadi sebagus dia. Baru kita tak pening kepala mengadap perubahan. Kalau tak semua pun, setidak-tidaknya sebahagian besar. 


Terima kasih Dr Azam. Sampai jumpa lagi dalam wadah yang lain. Teringat kata-kata sahabat di matrikulasi dulu..


"Hidayah ni datang dalam pelbagai bentuk."


Kadang-kadang dia hadir bagaikan petir!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan